Jumaat, 4 April 2025

RESEPI AISKRIM MAGNUM STRAWBERRY 🍓🍓🍓


BAHAN A
(aiskrim vanilla)

Susu cair 1 tin
Susu pekat 1/2 cawan
Ovalette 1 sudu
Esen vanilla
Tepung jagung 1 sudu

BAHAN B :
Topping

Coklat masakan strawberry
(double boil )

CARA MEMBUATNYA :

1- Blendkan semua BAHAN A 

2- Masukkan toping coklat strawberry ratakan.

3- Masukkan aiskrim vanilla.

4- Simpul masukkan ke dalam freezer

P/s - Blendkan dahulu aiskrim vanilla, baru double boilkan coklat masakan..untuk elakkan dari coklat beku.

** Saya masukkan toping guna sudu jer..😊

Kredit : Noor Farhana ana

SELAMAT MENCUBA 👍

Aiskrim Magnum :-
https://s.shopee.com.my/8f8EeHa4pj

LOMPANG GULA MERAH


BAHAN A

3/4 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
4 cawan air
Sedikit garam halus

👉 Satukan semua bahan. Masak hingga gula hancur dan mendidih. Sejukkan dan tapis air gula.

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
Sesudu kecil kapur makan

CARA2

👉 Terlebih dahulu panaskan periuk kukus.
👉 Satukan tepung dalam satu bekas dan masukkan air gula merah yang telah ditapis serta masukkan juga air kapur.
👉 Kacau hingga betul2 sebati dan tapiskan sekali lagi.
👉 Jangan lupa sapukan minyak dalam acuan lompang supaya tidak melekat.
👉 Setelah air kukusan mendidih, panaskan acuan lompang lebih kurang 2 hingga 3 minit sahaja.
👉 Kemudian kacau2 adunan tersebut dan tuang terus dalam acuan. Tak perlu angkat kukusan.
👉 Tuang penuh ke dalam acuan.
👉 Kukus selama 10 hingga 11 minit sahaja.

Kredit resepi : Rozza Roha

Gula Merah :-
https://s.shopee.com.my/g5x7fShkd

Jumaat, 21 Februari 2025

RESEPI KUIH BUAH MELAKA


BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
*1 cawan air..kalau rasa kurang lembut..tambah sedikit air
1/2 ketul gula melaka..potong dadu kecil2
4-5 helai daun pandan kisar dengan *1 cawan air di atas
Sedikit pewarna hijau (tak nak letak pun boleh)
Kelapa parut putih + sedikit garam halus..gaul sebati (kukus sekejap)

CARA MEMBUATNYA :

1) Dalam bekas berisi kedua tepung..gaul rata..tuang air pandan + sedikit pewarna hijau..uli2 jadikan doh yang lembut

2) Buat bulat2 doh agak2 nak besar mana..tekan leper doh tadi..isikan gula melaka..bulatkan semula..buat sehingga habis doh

3) Sebelum tu panaskan air hingga mendidih. Masukkan 2 helai daun pandan..simpulkan..masukkan doh tadi dalam periuk..timbul dipermukaan boleh angkat doh tu guna penapis kecil.. Lalukan sekejap bawah air paip..toskan

4) Golekkan buah mekaka atas kelapa parut putih bagi rata..boleh makan

Kredit Resepi : zura zul

SELAMAT MENCUBA 👍

Kuih Melaka :-
https://s.shopee.com.my/3fjYhK9FTd

Selasa, 18 Februari 2025

SKEWER DAGING

Suami minta buatkan skewer daging untuk bbq esok hari. Dengan pantasnya pergi beli bahan 😆

Bahan-Bahan :-

Daging Lembu 2kg
Capsicum (cili benggala) 4 biji
Bawang Holland 3 biji
Sos bbq 1 botol kecik
Sos black papper 1 botol kecik
Batang lidi

Cara-Cara :-

> Basuh & potong daging lembu dengan saiz 4
segi sederhana.
> Capsicum & bawang Holland pun potong
kecik bentuk 4 segi.
> Satukan bahan-bahan dan letak sos bbq & sos
black papper. Perap semalaman.
> Dah siap perap, cucuk je. Tak kesah nak
panjang mana.
SIAP
* Nak letak baby tomato pun boleh dkt hujung
lidi tu.
* Gantikan ayam pun boleh je.
* 2kg daging dapat anggaran 57 cucuk.
* Capsicum tu beli 3 warna untuk nampak lagi
menarik.
Edit : Dah siap masak
skewerdaging

Kredit : Nur Aqilah Jufri

Rempah Sate :-
https://s.shopee.com.my/5AYMU9EqYK

Ahad, 16 Februari 2025

RESEPI PENCICAH THAI SEDAP!


1) Bawang putih: 7-8 ulas
2) Cili : bergantung pada kepedasan Masing2
3) Akar pakchi @ketumbar
4) limau nipis 6-7 biji
5) 2 sudu sos ikan

- Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Saya guna chopper, sebab malas nak tumbuk 😅
- Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.
- Perah limau nipis , letak gula, garam sikit je dan perasa.
- Daun ketumbar potong2 dan gaulkan je. Kalau tak nak potong dan nak lagi senang korang chopper kan skali daun ketumbar tu😅) siapppp...

Nota: kalau pencicah tu pekat sangat boleh tmbah sedikit air suam
Boleh la untuk jadikan pencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yg telah direbus atau dibakar. Yang saya buat sotong sumbat Bakar.

Credit : Siti Zubaidah Ibrahim

Pencicah Cili Thai :-
https://s.shopee.com.my/40MP65dkRg

RESEPI NASI AYAM MARVELOUS CARA SAYA.


BAHAN-BAHAN :

Ayam 1 ekor (potong 4)
Halia
Air
.
- Rebus ayam sampai masak.
.
BAHAN PERAPAN AYAM :

Ayam yang dah di rebus
1biji bawang besar *
8ulas bawang putih *
2inci halia *
Kicap
Minyak bijan
Sos tiram
1pc pati kiub

- BLEND BAHAN YANG BERTANDA*
.
CARA MEMBUATNYA :

- campur kesemua bahan termasuk bahan blend perap ayam dalam 30 minit.
- 10 minit sebelum nak goreng tapis ayam untuk bagi air perapan ayam kering.
- goreng dgn minyak yang betul² panas.
- ambik minyak panas sirap atas permukaan kulit ayam sampai garing.
.
RESEPI NASI AYAM

BAHAN-BAHAN :

3cwn beras * saya pakai beras basmathi
3½cwn air rebusan ayam
1pati kiub
½ketul butter
2sdb minyak masak
4sekawan : buah pelaga/cengkih/kulit kayu manis/bunga lawang
Daun pandan *simpul
Garam
Bahan blend :bawang merah & bawang putih
.
CARA MEMASAK :

-panaskan butter dan minyak
-masukan 4 sekawan, bahan blend dan daun pandan tumis sampai naik bau.
-masukan beras goreng sekejap.
-pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik.
-masukan air rebusan ayam + garam + pati kiub,gaul bagi sebati.
-masak nasi macam biasa.
.
BAHAN SAMBAL CILI :

6biji cili besar*
10biji cili api*
6ulas bawang putih*
1biji tomato*
Minyak bijan
Garam
Air rebusan ayam.
.
CARA MEMBUATNYA :

-goreng kesemua bahan bertanda * separuh masak.
-blend bahan yg goreng tadi.
-masukan ke dalam periuk, masukan air rebusan ayam + minyak bijan sikit je dan garam.
-masak sampai pekat.
.
KUAH KICAP :

Pakai bahan yang diperap ayam tadi.
Tapis dan masak sekejap atas dapur.
.
KUAH SUP :

Sup masak mcm biasa semua dah pandai buat kan..😅
Nak ayam cantik dan sedap minyak bijan wajib ye.
.
Kredit Resepi : Nadia
SELAMAT MENCUBA 👍

Nasi Ayam Hainan :-
https://s.shopee.com.my/6zz8Oci0dG

DAGING MASAK KETUMBAR


Bahan2 👇🏻

Daging lembu 1 kilo
* Bawang besar
* Bawang putih
* Cili merah
* Kunyit hidup
* Halia
Biji ketumbar 2 sudu
Serai 2 batang di ketuk
Asam jawa 1 sudu
Gula 1 sudu

Bawang Holland potong2 kasar, cili padi hijau, cili padi merah masukkan last sekali untuk garnish.

Blend semua bahan2 yang bertanda * diatas lepas tu perap
kan dengan daging dan asam jawa dan gula dalam satu jam.

Panaskan minyak, tumis serai dan semua daging yang korang dah perap tadi, daging ni akan keluarkan air yang banyak korang tutup kuali tunggu kering sikit pastu tambah lagi air paras daging tadi pastu tutup balik api sederhana. Kerap kacau2 ya jangan sampai hangus.

Bila air daging dah kering dan dah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa (sukahati korang la nak letak serbuk perasa brand apa), masukkan bawang holland dan cili padi sebiji2 kacaukan sekejap patut tutup api. Siap!

Makan ngan telur dadar, ulam2 nasi panas2, pergh mantap!

kredit: aziah nima

Biji Ketumbar :-
https://s.shopee.com.my/9zdcFB1TO7