Melabur Unit Trust dengan EPF/KWSP
5MAR
Assalamualaikum,
Rupanya- rupanya masih ramai yang masih tidak tahu dengan jelas mengenai cara pelaburan Unit Trust ini.
Sebenarnya, sekiranya kita tidak cukup wang sebanyak RM 1000,
bagi rakan-rakan saya yang mempunyai EPF/KWSP,
Anda boleh melabur dengan KWSP anda tersebut melalui akaun 1.
Kan senang kan? Tak perlu kumpul duit RM 1000 pun, masih layak lagi melabur.
Tak perlu bimbang akan kehilangan duit anda.
Duit dalam akaun 1 anda tersebut tidak akan hilang pun, MENGAPA?? Sebab anda sendiri tahu bagaimana susahnya nak keluarkan wang KWSP bukan?
Jadi, kalau KWSP benarkan, bermakna pelaburan unit trust adalah sangat bagus. Kalau tidak, tak kan la KWSP benarkan bukan?
Bagaimana caranya?
Pengeluaran wang KWSP untuk pelaburan, hendaklah dikira berdasarkan seperti berikut :
Jumlah yang layak = ( Nilai Pelaburan AKAUN 1 – Nilai had yang telah ditetapkan oleh KWSP mengikut umur) x 20%
Jadi, anda tak perlu susahkan mengumpul wang bukan? Senang..
Contohnya macam Ali berumur 27 tahun telah layak melabur sebanyak RM 10,000 dan beliau masih mempunyai sebanyak 28 tahun lagi untuk cukup waktu pencen di mana umur yang KWSP benarkan buat pengeluaran di akaun 1..
sekiranya beliau melabur sehingga beliau pencen iaitu 20 tahun tersebut, wang pelaburan Ali semakin bertambah RM RM 108,347..mengikut Pocket Calculator.
Jadi, tunggu apa lagi..
Hubungi saya.
Yang tak sabar berjumpa dengan orang kaya!