Ahad, 6 Disember 2015

Amalan Bidaah dan khurafat Saafar

Dalam bulan ini masih terdapat di kalangan masyarakat yang melakukan perkara bidaah dan khurafat yang jelas bercanggah dan bertentangan dengan syariat Islam. Kepercayaan karut tersebut bermula daripada amalan atau kepercayaan Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan agama Islam, sememangnya terkenal dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat yang dilarang Islam.
 .
Kebanyakan orang Arab pada zaman jahiliyah beranggapan terdapat kesialan pada bulan Safar. Ternyata pemikiran jahiliyah ini masih diwarisi oleh segelintir kecil umat Islam pada zaman ini akibat lemahnya keimanan dalam jiwa dan kejahilan mereka terhadap ilmu tauhid. Mereka beranggapan bulan Safar merupakan bulan di mana Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia. Oleh itu banyak musibah dan bencana terjadi, khususnya pada hari Rabu terakhir bulan Safar.
 .
Menyandarkan sesuatu musibah bakal menimpa terhadap sesuatu perkara seperti kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu, gerakan binatang dan lain-lain adalah perbuatan yang tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan oleh Allah SWT tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusan-Nya.
 .
Firman Allah SWT:
7:131
“Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”  (al-A’raaf 7: 131)
Oleh itu bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur (ramalan buruk kerana sesuatu),  maka dia telah terjebak dalam lembah kesyirikkan.
 .
Daripada ‘Abdullah ibnu ‘Umar r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ

“Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik.”  (Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748)
 .
Daripada ‘Abdullah Ibnu Mas’ud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مِنَّا إِلاَّ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ ثَلاَثًا وَمَا.

“Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seoarang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah tersebut) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal.”  (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 3411)
 .
.
.

KEPERCAYAAN KHURAFAT DUNIA ARAB

Sesetengah umat Islam menghindarkan diri dari melakukan perjalanan pada bulan safar melainkan terdapat keperluan yang mendesak.
Sebagai contoh dalam kitab al-Futuhat al-Haqqaniy, penulis kitab tersebut memilih untuk menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini dan menasihati agar semua pengikut tarekat tersebut untuk tidak meninggalkan rumah melainkan sekiranya benar-benar perlu.
Dalam kitab tersebut dikhabarkan bahawa Syaikh tarekat tersebut ‘Abdullah Faiz Daghestani berkata: “Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, 70,000 penderitaan (bala) akan menimpa dunia. Sesiapa yang mengekalkan adab tersebut (beberapa amalan yang tertentu), dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa.”
 .
Perkara yang disebutkan ‘tathayyur’ atau meramalkan sesuatu kejadian yang buruk disebabkan oleh sesuatu perkara adalah sinonim dengan masyarakat jahiliyah. Contohnya;
.
1.  Sekiranya mereka ingin memulakan perjalanan mereka akan melihat pergerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah. Mereka beranggapan arah gerakan tersebut boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin akan dihadapi dalam perjalanan tersebut. Sekiranya pada tanggapan mereka gerakan tersebut menunjukkan alamat yang tidak baik maka mereka membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan tersebut.
.
2.  Imam al-Syafi’i r.h pernah berkata: “Dahulu golongan jahiliyah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Sekiranya ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah tersebut. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, baginda menyeru orang ramai: “Kekalkan burung pada sarangnya.”  Riwayat Abu Nu’aim al-Asfahani di dalam Hilyah al-Auliya’.
 .
Islam menyelar budaya ‘tathayyur’ ini dan menganggap ianya merupakan satu perbuatan yang mencemar kemurniaan tauhid kerana ketergantungan hati seseorang kepada sesuatu perkara selain daripada Allah SWT dengan menyakini perkara tersebut boleh membawa mudharat atau manfaat kepada kita. Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan-Nya semata-mata.
 .
Firman Allah SWT:
9:51
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”   (At-Taubah 9: 51)
 .
.
.

KEPERCAYAAN KHURAFAT DUNIA MELAYU

Masyarakat Melayu juga turut mempercayai bahawa bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka. Lantaran itu beberapa amalan bidaah telah dicipta sempena bulan Safar bagi menghindari sebarang bentuk malapetaka yang berkaitan dengan kedatangan bulan tersebut. Setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai suatu cara untuk menolak bala.
Antara amalan khurafat yang popular ialah;
 .
1.     Pesta Mandi Safar
Masyarakat terutamanya yang tinggal berhampiran sungai atau pantai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dan bersuka ria dengan kepercayaan perbuatan berkenaan kononnya boleh menghapuskan dosa dan menolak bala.
Mereka berarak menuju ke destinasi terpilih diiringi dengan alunan muzik, nyanyian, jampi serapah dan alunan zikir tertentu. Setelah itu mereka mambaca jampi tertentu atau menulis ayat-ayat tertentu di atas kertas lalu memasukkannya ke dalam bekas berisi air dan mandi dengannya. Sebenarnya amalan mandi Safar ini diwarisi dari budaya Hindu.
Sebaliknya pesta berkenaan menambah dosa kerana ada yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk di sisi syarak dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas, malah mencari bala kerana kadang-kadang ada yang mati lemas akibat kelalaian sendiri.
2.     Menulis Azimat
Berdasarkan kepercayaan karut itu ada yang menulis ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk yang kemudian diletakkan dalam tempayan, kolam, perigi atau sungai untuk diminum atau mandi dengan airnya konon untuk mendapat perlindungan daripada bala buruk pada hari berkenaan.
3.     Majlis Perkahwinan
Kebanyakan masyarakat Islam terutama orang-orang tua tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dan keramaian dalam bulan Safar kerana mereka khuatir bahawa kedua-dua pengantin tidak bahagia dan akan susah atau tidak mendapat zuriat dan mempercayai jodoh pasangan pengantin tersebut tidak akan berkekalan.
.
4.     Nasib Malang
Ada juga yang beranggapan bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang dan hendaklah dijalankan satu upacara khas untuk membuang nasib malang tersebut.
Bagi masyarakat Bajau di Sabah pula, mereka mempercayai bayi yang lahir pada bulan Safar tidak bernasib baik. Lantaran itu, untuk mengelak sebarang kecelakaan ke atas bayi tersebut, pada masa menyambut Maulud Nabi, bayi itu akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Simboliknya ialah untuk meminta pertimbangan daripada Allah agar tidak memburukkan nasib bayi tersebut.
5.     Korban
Terdapat juga segelintir pihak yang beranggapan dianjurkan untuk mengerjakan ibadah korban pada tarikh 27 Safar.
.
Kesemua ini merupakan perkara-perkara tahyul dan khurafat yang harus dibanteras sehingga ke akar umbi. Lantaran itu hendaklah seluruh umat Islam menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bidaah tersebut.
Allah SWT berfirman
31:13
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”  (Surah Luqman 31: 13).
 .
.
.

TIDAK PERNAH DIAMALKAN

Ternyata kesemua amalan yang dikhususkan sempena bulan Safar di atas tidak pernah diperintah oleh Rasulullah SAW serta tiada seorang sahabat mahupun para al-Salafussoleh yang mengamalkannya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.”  (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697)
“Sesiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia.”  (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718)
 .
.
.

TIADA KEMUDARATAN

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa segala tanggapan bahawa bulan Safar adalah bulan yang penuh dengan musibah dan bencana buruk adalah tidak benar. Baginda SAW sering berpesan supaya umatnya berwaspada ketika berhadapan dengan sesuatu musibah dan memberikan peringatan supaya jangan sekali-kali umat Islam beriktikad sial atau nahas Safar berupaya memudaratkan kehidupan manusia.
 .
Rasulullah SAW bersabda; “Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu, dan tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a., Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad r.a.)
 .
Rasulullah SAW bersabda; “Beranggapan sial termasuk kesyirikan (beliau menyebutnya tiga kali).” Lalu beliau bersabda, “Tidak ada di antara kita yang selamat dari beranggapan sial. Menghilangkan anggapan sial tersebut adalah dengan bertawakal.” (HR. Abu Dawud)
 .
Hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan ramalan bahawa akan datang sesuatu perkara yang buruk disebabkan sesuatu perkara (tathayyur) kerana ianya termasuk dalam kategori amalan syirik. Ternyata syirik merupakan satu perbuatan yang zalim dan Allah SWT tidak akan mengampunkan golongan yang mengsyirikannya melainkan bagi mereka yang bertaubat.
.
Allah SWT berfirman:
4:116
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”  (Surah al-Nisa’ 4: 116).
.
Mencela waktu atau bulan yang tertentu adalah seolah-olah mencela Allah SWT kerana semua waktu itu adalah ciptaan Allah SWT. Bagi setiap waktu termasuk bulan Safar ini sekiranya dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat serta amal soleh adalah termasuk dalam waktu yang baik dan penuh keberkatan. Oleh itu hendaklah bulan Safar ini dilihat seperti bulan-bulan yang lain dalam kalendar hijrah dan kita terus mengerjakan amal-amal ibadah yang disunnahkan seperti bulan-bulan lain.
 .
Allah SWT berfirman
64:11
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”  (al-Taghaabun 64: 11)
 .
Yakinlah bahawa Safar sama dengan bulan-bulan lainnya yang telah Allah SWT jadikan sebagai kesempatan untuk melakukan amal-amal yang bermanfaat. Menganggap Safar sebagai bulan pembawa sial merupakan perbuatan haram dan syirik kerana tidak ada yang mampu memberikan manfaat dan menimpakan mudarat kecuali Allah SWT; sebagaimana firmannya;
10:107
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, tak ada yang dapat menolak karunia-Nya.Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  (Surah Yunus :107)

ONEXOX PREPAID

Kelebihan Prepaid Onexox Secara Ringkas...

ONEXOX JIMATTTT!!


Apa anda dapat sebagai PENGGUNA produk RM10 ONEXOX nih....
Saya ulangi sebagai "PENGGUNA" bukan agen ya....

1. Kadar panggilan murah & MENJIMATKAN. 
2. Tempoh sah dilanjutkan ke 28 BULAN JIKA ANDA KEKALKAN NO LAMA ANDA @ no baru onexox dengan syarat tambah nilai sekaligus rm50 dalam masa 30 hari selepas pengaktifan nombor baru dan tarikh ini bukan statik ia bergerak ke depan mengikut nilai top up anda.
3. FREE SMS setiap bulan sehingga 1800 sms setahun.
4. Data plan yangg murah dan laju
5. Tak perlu maintain, nak pakai topup la... 
6. Dapat pahala & topup free sebab bila anda mengajak kawan-kawan anda kearah PENJIMATAN dalam program User Get User.Ganjaran 5% setiap tambah nilai. Itu pun Jika anda mahu mengajak rakan,tak ajak pun anda dapat berjimat juga.
7. n banyak lagi, tapi.........

Yang paling utama, produk RM10 ni tidak menzalimi anda!!! DIJAMIN Tiada pay per use data dan program program yang menyedut kredit secara halus.Kredit anda selamat dari ditipu.Memang banyak berlaku pemotongan kredit oleh telco gergasi tanpa kerelaan pelanggan.Adakah anda rela sering ditipu?

PELAN & PERKHIDMATAN ONEXOX
100% MILIK BUMIPUTERA ISLAM: 
~ PANGGILAN SERENDAH 7 SEN (SESAMA ONEXOX/XOX)
~ PANGGILAN SERENDAH 6 SEN / 2 SEN 1 SMS(FAMILY & FRIENDS)
~ PANGGILAN SERENDAH 9 SEN (LAIN2 TALIAN)
~ 150 SMS PERCUMA SESAMA TALIAN X 12 BULAN
~ GANJARAN TOPUP PERCUMA & TUNAI (SAHABAT ONE) - User Get User
~ PELAN INTERNET YG BERPATUTAN DAN LIPUTAN MELUAS
(TIADA TERMA PAY PER USE ).
~ FAMILI & RAKAN KE 10 NOMBOR FAVOURITE ( SEMUA TALIAN!!!)
~ PINDAHAN KREDIT
~ POINTS UK REDEEM DATA, AIRTIME DLL
~ TOP UP DIMANA2 7-E, STESEN MINYAK, E-PAY,KEDAI YANG ADA MESIN PELBAGAI GUNA, ONLINE BANKING MELALUI PORTAL SELFCARE XOX

(minta top up XOX sahaja).Jangan risau tentang kemudahan reload kerana banyak kedai runcit jual top up guna mesin ni..

recharge xox


 * Bagi penjimatan maksimum anda disyorkan top up RM50 sekaligus bagi menikmati 100% kadar jimat(akaun DA).Terpulang kepada anda..

Perbandingan kadar penjimatan bila caj blok per 30 saat dan panggilan singkat 10 saat (kiraan berdasarkan panggilan ke telco lain yang bukan dalam list FnF). Tak payah ragu ragu.lihat gambar rajah dibawah. lama dah anda rugi,jangan berlengah lagi,jom bertukar kerana ada yang lebih jimat..
onexox jimat



Cuma Beli 1 SimKad ONEXOX Prepaid sudah melayakkan anda dalam Program Prepaid ONEXOX USER get USER

USER GET USER (UGU)

Terma & Syarat:
1. Program ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan ONEXOX sahaja.
2. Setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmatan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
3. Pelanggan layak mendapat 5% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.
4. Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.
5. Pelanggan hanya perlu membawa kenalan bersama-sama dokumen pengenalan kepada mana-mana PENGEDAR ONEXOX yang sah untuk mendaftar langganan.
6. Pelanggan yang mengesyorkan mesti memastikan nombor telefonnya dimasukkan bersama ketika pengedar mendaftarkan langganan kenalannya.
7. Tertakluk kepada mekanisme ganjaran.

Mekanisme Ganjaran:
1. 5% ganjaran keatas jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan melalui Pengedar Sah ONEXOX atau mana-mana rangkaian pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh One XOX Sdn. Bhd. sahaja.
Picture
2. Ganjaran adalah berdasarkan kepada jumlah angka ringgit yang dipamerkan.
Contoh:- Jumlah ganjaran RM28.90 akan dinilai RM28 sahaja.
3. Ganjaran terkumpul pada bulan semasa akan dilunaskan pada bulan berikutnya diantara 16-20 haribulan (hari bekerja).
4. Jumlah ganjaran dibawah RM50 akan dilunaskan dalam bentuk tambah nilai sahaja.
5. Jumlah ganjaran RM50 dan keatas akan dilunaskan dalam bentuk tunai ke akaun bank terpilih. Caj perbankan RM3 dikenakan bagi setiap transaksi.
6. Kemaskini maklumat perbankan: Daftar dan login ke Sahabat ONEXOX dan kemaskini maklumat perbankan.
'Account Manager' -> 'View Profile' -> Isi ruangan ‘Maklumat Perbankan’ -> klik ‘Kemaskini’

Contoh Pengiraan bonus User Get User : 20 org x RM50(topup) = RM1000 x insentif 5% = RM50
Bulan tu anda dpt topup FREE sebanyak RM50. Dan bulan berikutnya anda dapat lg selagi diorang buat topup. Lagi ramai anda kenalkan one, lagi banyak topup free...:-)

Kedua:
1800 SMS Percuma....Banyak Tak? 
Ketiga:
Anda boleh kekalkan no lama kedalam simkad ONEXOX ini. Mungkin ada sedang pakai no telipon dari telco yang lain, dan anda sangat sayang no tersebut, anda boleh kekalkan no tersebut kedalam simkad ONEXOX ini, asalkan no lama itu diregister dengan nama anda. KOS Hanya RM 15 Termasuk Penghantaran.RM 10 jika COD.
Keempat:
Anda boleh top-up dimana2 kedai yang jual topup guna E-Pay di seluruh Malaysia dan juga secara online. Walaupun ONEXOX PREPAID masih baru berbanding dengan telco yang lain, tetapi kemudahan untuk mendapatkan Topup adalah setaraf dengan mereka.
Kelima:
Anda boleh buat duit dengan simkad ini!
Lihat dulu INFO dibawah ini, ia boleh mengubah kehidupan anda sampai bila-bila. nanti saya terangkan...:-)
Kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan Talian Pra bayar mereka utk membuat panggilan pendek . Kebanyakan hanya membuat panggilan dibawah 30 saat . Kebanyakan Telco mempunyai charging block masing masing . Cuba check balance kredit anda , selepas itu buat panggilan pendek atau dibawah 30 saat . Selepas habis panggilan periksa baki kredit anda 
Berapakah yg di charge oleh telco masing masing ? 15 sen, 18sen, 22sen , 35 sen dan mungkin ada yg lebih lagi . Cuba bandingkan rate ONEXOX iaitu 7 sen , berapa banyak anda akan berjimat. Haa banyakkan?


ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian anda. Selain kadar biasa yang kompetitif, ONEXOX juga menawarkan lebih penjimatan keatas kadar rendah apabila  baki kredit di dalam Akaun Dedikasi digunakan.
Picture
Beberapa denominasi tambah nilai yang dibuat akan dipecahkan ke Akaun Dedikasi dan Akaun Utama bagi memberi ruang penjimatan kepada anda. 
Picture
Picture
Kaedah caj:
Panggilan dan SMS dikenakan pada kadar rendah daripada baki Akaun Dedikasi. Kadar biasa daripada baki Akaun Utama dikenakan setelah tiada baki di dalam Akaun Dedikasi.

Anda boleh memindahkan sebahagian amaun daripada DA ke MA untuk menggenapkan kredit MA bagi melanggan pakej internet mudah alih & membuat pindahan kredit MA ke pihak ke-3.

Taip SMS ke 22111TRNS<jarak>DA<jarak>(amaun yang ingin dipindahkan)
contoh: TRNS DA 13

Sila hantar SMS yang berkaitan (untuk melanggan internet/membuat pindahan kredit MA ke pihak ke-3) selepas berjaya membuat pindahan baki DA ke MA.


JANGAN BERLENGAH LAGI: SIM KAD BERHARGA RM10 SAHAJA DAN BOLEH KEKAL NO LAMA JIKA MAHU.SILA HUBUNGI:
EN.RAHIMIN 012-9522559
 (No ni dah MNP dari telco lama ke onexox)
cepat sebelum rakan anda diperkenalkan oleh orang lain.. 
JIKA ANDA BERMINAT MENJADI DEALER JUGA SANGAT DIALU-ALUKAN
UNTUK SELURUH MALAYSIA KERANA SYARIKAT BERKEMBANG MELALUI DEALER DEALER DAN BUKAN MELALUI KEDAI HP..DENGAN BAYARAN MENJADI SUBDEALER RM 290 (anda dapat 10 sim kad,RM100 erecharger (untuk top up client) dan akses ke sistem pendaftaran no baru serta MNP).Bayaran ini amat minima jika nak dibandingkan menjadi dealer telco berjenama yang mencecah ribuan ringgit..jom sahabat semua jadi usahawan telekomunikasi.














Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengankeazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
.
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
.
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
.
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
.
.

 FADHILAT SOLAT HAJAT

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
.
.
.

PANDUAN SOLAT HAJAT

.
Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.
.
.
.

 CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

.
Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
 .

1.  Lafaz dan niat:

.

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah

.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
.
.
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.
.
.

3.  Membaca Tasbih

.
a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
.
b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:
.
.

4.  Wirid Selepas Solat Hajat

.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
      b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
 .
     c.  Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.
.

5.  Doa Solat Hajat

  .
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.
.

AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.