Selasa, 22 Ogos 2017

AKU SEBUAH IPAD

Aku Sebuah Ipad. Aku direka bentukkan di California dan dipasang di China. Aku diberi nama Ipad Mini A1455 dan Aku berwarna kelabu. Aku telah dibawa ke Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok. Disana Aku berjumpa dengan ramai rakan-rakan seperjuanganku. Pada suatu hari, Aku melihat ramai orang berpusu-pusu beratur masuk ke bilik dimana Aku dan rakan seperjuanganku berada. Aku melihat rakan-rakanku, seorang demi seorang pergi bersama tuannya yang baru. Hal ini membuatkan Aku berasa gementar dan tidak sabar untuk berjumpa tuan baruku. Akhirnya, Aku telah dimiliki. Aku telah menjadi hak milik seorang jejaka bernama Fatihi. Aku berasa begitu bangga.

Dia membawaku pulang ke rumahnya. Aku ditatang bagai minyak yang penuh. Aku berkhidmat untuknya tanpa mengira masa. Setiap hari Aku digunakan untuk pelbagai hal. Paling banyak Aku digunakan untuk melayari internet dan mengambil gambar atau merakam video. Aku berasa begitu bangga dan berdiri dengan gahnya di atas jenama Apple. Namun, dengan kegahan itu Aku tetap memiliki kekurangan. Tuanku lebih memilih Tab sebagai gadgetnya yang pertama berbanding Aku. Aku dijadikan yang kedua kerana Aku tidak dibolehkan untuk membuat panggilan seperti mana kelebihan yang ada pada Tab itu. Tuanku lebih memilih Tab sebagai tempat untuk dia bersosial menggunakan Whatsapp, Facebook, Instagram, dan Wechat. Aku hanya digunakan ketika perlu sahaja. Aku lebih banyak menghabiskan masaku di dalam almari berbanding disisi tuanku.

Masa terus berlalu. Tanpa disedari, sudah tiga tahun Aku bersamanya. Walaupun Aku kurang digunakan, Aku tetap menyayangi tuanku kerana dia menjagaku dengan baik. Pada suatu hari, tuanku membawa balik satu gadget yang baru. Aku melihat gadget itu begitu canggih. Gadget itu bernama P10. Aku tahu bahawa Aku pasti tidak akan dapat menandinginya. Setelah tuanku memiliki P10 Aku sudah tidak digunakannya lagi. Aku berasakan bahawa Aku pasti akan menjadi yang ketiga buat tuanku. Namun, sangkaanku meleset. Tiga minggu selepas keberadaan P10, Aku kini dijual. Sekarang Aku sudah berada di tangan pemilik yang baru. Aku harap tuanku yang baru ni akan menjagaku dan lebih menghargai keberadaanku ini. Untuk tuanku yang lama, tidak akan Aku lupakan kenangan-kenangan kita bersama terutama kenangan ketika Program Jejak Warisan di Melaka kerana saat itu Aku berasa begitu berfungsi untuk Tuanku.

TQ Bebehhh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan