Rabu, 30 Ogos 2017

DOA PADA HARI ARAFAH

Pencerahan Dari UDAY (Ustaz Dr. Abdullah Yasin) Yang lebih jelas dan nyata (terperinci Dari diatas)

1. Rasul saw bersabda:
خير الدعاء دعاء يوم عرفة
(Sebaik-baik doa :  Doa Hari Arafah) - (HR Tarmizi)
أفضل الدعاء دعاء يوم عرفة
(Doa paling afdhal : Doa Hari Arafah) - (HR Imam Malik). Kedua-dua Hadis ini Hasan derjatnya menurut Syaikh Nasiruddin al-Baniy)

2. Berdasarkan hadis di atas Doa Arafah adalah doa yg paling afdhal dan kita sngt disuruh spy berdoa pada Hari Arafah tidak kira dimanapun kita sedang berada.

3. Dalam hadis di atas Nabi saw menyebut HARI ARAFAH bukan DI ARAFAH. Ini memberi isyarat bhw kita digalak agar berdoa pada Hari Arafah bukan Di Arafah. Oleh itu kita boleh berdoa dimana pun kita berada termasuk kita di Malaysia.

4. Perlu diketahui bhw HARI menurut Islam bermula dari terbenam matahari hari sblmnya dan berakhir hingga terbenam matahari hari berkenaan.

5. Di antara RUKUN Haji yg paling utama : WUQUF di Arafah sejak tergelincir matahari 9hb Zul Hijjah hingga matahari terbenam. Masa itulah doa yg paling maqbul dan mustajab bagi mereka yg sedang wuquf.  Ketentuan masa bagi yg jamaah haji yg sdg wuquf sdh tentu mengikut waktu Arab Saudi.

6. DOA org yg Wuquf di Arafah antara Zohor hingga Maghrib sudah pasti paling AFDHAL jika dibandingkan dg mereka yg berada di luar kawasan Arafah sbb berhimpun pada mereka bbrp klebihan Tempat, Masa, Wuquf.

7. Kita di Malaysia tidak perlu terikat dg Waktu Arab Saudi sbb Hari Arafah bagi kita di Malaysia bermula dari terbenam matahari sblmnya. Jika diisytihar Hari Arafah 9hb Zul Hijjah di Malaysia hari Khamis 31hb Ogos maka Maghrib hari Rabu sblmnya sudah bermula hari Arafah di Malaysia hingga trbnam matahari hari Khamis tersebut.

8. BERDOALAH bnyk2 sepanjang masa tersebut dari Maghrib Rabu hingga sebelum Maghrib hari Khamis. BUKAN bermula jam 5.00ptg Asar Khamis atau antara jam 8.48 - 11.30 mlm Khamis sbgmn yg diviralkan.

9. In syaa Allah doa kita di Malaysia pada Hari Arafah juga ada kelebihan tersendiri. Kita digalakkan agar puasa SUNAT Arafah sdgkan mereka yg sdg wuquf di Arafah pula MAKRUH berpuasa. Bukankah Rasul saw pernah brsbda : Ada 3 golongan yg doanya maqbul dan tidak akan ditolak : Doa pemimpin yg adil, Doa orang yg dizalimi, dan Doa orang yg sdg berpuasa. (HR Tarmizi -Sahih)

10. Mari kita azam utk berpuasa pd Hari Arafah Khamis / 31hb Ogos 2017 ini dan memperbanyak doa utk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Pencerahan di atas berdasarkan kajian Uday. Anda ada hak utk setuju atau menolak. Jika dirasa ada manfaatnya sila share dg rakan2 yg lain.

جزاكم الله خيرا كثيرا والسلام عليكم ورحمة الله

Tiada ulasan:

Catat Ulasan