Selasa, 29 Mei 2018

Melaka Homestay

PROMOSI HOMESTAY MUSIM HARI RAYA 2018

Homestay Baru Yang Murah Dan Selesa Untuk Percutian Di Melaka. Sewa secara harian/mingguan/bulanan boleh dirunding. Sekiranya menginap  lebih 2 Malam harga Akan diberi tanpa mengikut hujung minggu atau cuti umum.

For Muslim Only

Chalet ( 1 Katil Queen)

RM 100 SEHARI

1 Bilik + Ruang Tamu+Tandas Luas selasa
1Katil Queen

Kemudahan Rumah
*Aircond
*Television
*Pancuran Air Panas
*Peti Sejuk





Terletak Berdekatan Lebuh AMJ
Bandar Melaka (20minit)
7 Eleven (1km)
Petron (100meter)
Petronas/KFC 24Jam (500Meter)
Berdekatan Kedai Makan
5 Minit Perigi Hang Tuah
10 Minit ke Politeknik Kota Melaka
15 Minit Manipal
20 Minit ke Politeknik Merlimau

Check In 2.00pm / Checkout 1.00pm

Bayaran Boleh dibuat secara tunai ketika masuk jika tidak bayar secara bankin..

Untuk terangan lanjut Sila Hubungi En Ardi Aminuddin bin Othman Di talian No 014-6392686

http://www.wasap.my/60146392686/HOMESTAY

POLITIK & AGAMA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN


Kemunculan teori pemisahan politik daripada agama dalam masyarakat Islam adalah perkara yang terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar. Mereka yang menimbulkan perkara ini sebenarnya bertujuan mewujudkan fenomena menghalang kebangkitan semula "Negara Kuasa Besar Islam", yang berjaya membebaskan dunia dengan makna kemerdekaan yang hakiki.

Kedaulatan wilayah Islam didirikan Rasulullah SAW adalah petunjuk Allah dalam ilmu politik, ia wajib diimani dan diamal oleh masyarakat Islam, lebih kuat lagi apabila sistem tersebut terbukti berjaya membebaskan masyarakat Arab daripada belenggu jahiliyyah yang sesat, zalim dan ganas.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, negara Islam ditegakkan oleh para sahabat dan tabi'en berjaya menumbangkan kuasa besar Timur dan Barat yang berorientasikan penjajahan dan perhambaan. Kebenaran politik Islam terbukti lagi apabila keseluruhan penduduk bumi yang diperintah oleh Islam menjadi penganut Islam yang setia sehinggalah kepimpinan negara bergilir dalam kalangan berbagai-bagai bangsa yang menganut Islam, tidak hanya dalam kalangan bangsa Arab sahaja.

Setelah negara Islam dijatuhkan dengan kehilangan khilafah, kuasa besar yang muncul selepasnya telah kembali kepada dasar jahiliyah baru yang diubahsuai dari semasa ke semasa. Negara tanah jajahan dikatakan merdeka daripada penjajahan asing dengan keluarnya penjajah dan diganti dengan sistem pemerintahan yang bersifat bangsa dan anak negeri, tetapi sebenarnya, ditukar kepada penjajahan pemikiran dengan penerusan ideologi dan sistem warisan peninggalan penjajah asing.

Semua keadaan ini memaksa negara dunia ketiga, khususnya negeri umat Islam terus disebut sedang membangun, tetapi tidak terbangun, oleh sebab dibelenggu penjajahan akal yang belum dirungkai dan terus bergantung dan berkait dengan negara yang pernah menjajah mereka dengan berbagai-bagai ikatan dan jalinan.

Kemunculan ideologi daripada sekularisme yang memisahkan urusan duniawi daripada agama dalam masyarakat Islam, khususnya aspek politik adalah warisan peninggalan penjajah dan termasuk dalam agenda barat yang menghalang kemunculan semula pemerintahan Islam yang sebenarnya menjadi penyelamat manusia sejagat.

Kuasa besar dunia hari ini menganggap Islam menjadi penghalang cita-cita mereka bagi menguasai dunia secara penjajahan atas nama hak asasi dan kebebasan, dengan penguasaan terhadap sesama manusia dan sumber kehidupan mereka secara sebelah pihak dan berkisar dalam kalangan bangsa dan golongan tertentu sahaja. Keadaan yang ada menjadikan seluruh dunia terkeluar dari landasan hidup bermasyarakat yang menjadi ikutan sejagat, hilangnya tanggungjawab kemanusiaan yang wajib seperti tolong-menolong dan berlaku adil terhadap semua umat manusia.

Yang dikatakan hak asasi manusia dan kebebasan hanyalah menjadi topeng godaan golongan yang kuat (autokrat) terhadap golongan yang lemah dan istilah kepada ungkapan "new world order" atau order baharu dunia sebenarnya adalah "penjajahan baru".

Malangnya, apabila sikap negatif terhadap politik sengaja diwujudkan dalam masyarakat Islam, sehingga lahirnya ungkapan sesat yang membuat kenyataan, bahawa semua urusan politik adalah kotor dan jijik, difahamkan ia termasuk juga politik Islam. Persepsi songsang ini ditimbulkan supaya umat Islam berpeluk tubuh menerima siapa sahaja yang memerintah, sehingga menerima siapa sahaja yang menjajah, asalkan bebas beribadat dan beradat, hanya cukup sekadar ini.

Kedudukan sikap acuh tidak acuh seperti itu menyebabkan Islam yang mulia tidak memimpin tetapi dipimpin atau dalam istilah popularnya "diperkudakan", tidak memerintah tetapi diperintah. Maka berlakulah kehinaan terhadap penganut Islam dan umatnya, sehingga diratah laksana makanan yang dikelilingi oleh para pelahap yang rakus.

Kewajipan menegakkan negara dalam syariat Islam dihilangkan, menyebabkan hukum-hukum Islam daripada Ilmu Allah, Kalam-Nya dan teladan daripada Rasulullah SAW disia-siakan bahkan ada yang dihina.

Cahaya Islam tidak boleh dipadamkan oleh sesiapa, walaupun diusahakan oleh mereka yang bersifat "kuasa besar", kerana ia datang daripada Allah Azza wa Jalla Tuhan Yang Maha Esa. Pencipta Alam, Tuhan Yang Maha Perkasa Lagi Bijaksana. Kita wajib menjadikan cahaya Islam ini petunjuk ke jalan yang benar, mengambil dan menimba daripada petunjuk-Nya yang terpelihara dalam al-Quran yang teguh dan kuat.

Sebelum kita meninjau dengan lebih jauh perbincangan tajuk ini, "Politik" dan "Islam" tidak difahami dengan sahih, sekiranya kita tidak memahami apakah takrif politik dan takrif Islam yang sebenarnya kerana Islam yang datang daripada Allah dan Rasul yang dipilih sendiri oleh Allah bagi menyampaikan Islam kepada manusia, hendaklah menjadi sumber yang asasi, supaya dapat dibezakan Islam dengan agama lain, serta dapat memahami apakah kedudukan politik dan amalannya mengikut ajaran Islam.

Khusus bagi orang-orang yang beriman dilarang sekeras-kerasnya mencela mana-mana ajaran Islam, termasuk juga politik Islam kerana semua ajaran ini berkait dengan iman dan Islamnya seseorang.

Tulisan ini menjelaskan tajuk khusus berkenaan politik dan hubungannya dengan agama mengikut perspektif Islam, penjelasan daripada al-Quran dan hadis dengan huraian oleh para ulama yang muktabar dalam kalangan salaf dan khalaf, kalangan yang benar-benar menerima pusaka Ilmu daripada para Nabi dengan benar, amanah dan ikhlas. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini dapat membebaskan daripada belenggu kejahilan umat dan kelemahan ulama yang melanda umat Islam.

Perlu diketahui bahawa Islam mempunyai batas sempadan dengan ajaran yang lain, terpelihara daripada sebarang penyelewengan dengan jaminan Allah, ia tidak mampu dinodai oleh ajaran lain, sama ada yang dinamakan agama atau ideologi. Mereka yang cuba mengheret Islam daripada landasannya yang kukuh akan terpelanting ke dalam kebinasaan dunia dan celaka di akhirat, walaupun dia pemimpin yang berkuasa atau ulama yang berijazah tinggi.

Islam tetap memuliakan akal dan ilmu yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, tetapi hendaklah diakui manusia, ilmu dan akalnya tetap bersifat makhluk yang dibebani kelemahan yang mewajibkan mereka merujuk petunjuk dan memohon pertolongan Allah. Ketahuilah bahawa manusia yang bersifat seperti iblis yang sombong, bongkak, angkuh dan enggan menyedari dia adalah makhluk yang lemah, tidak layak mendapat hidayah daripada Allah.

Takrif Politik

Perkataan politik berasal daripada bahasa latin, seterusnya diterjemahkan dengan perkataan yang sama dalam pelbagai bahasa dunia, sama ada bahasa Barat atau Timur. Makna dan maksudnya ialah mentadbir, memerintah, memimpin dan mengendalikan urusan.

Dalam bahasa Arab ia disebut dengan perkataan siyasah, daripada perkataan - sasa, yasusu, siyasatan. Disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Kaum Bani Israil pada zaman dahulu yang menjadi pemimpin siyasah mereka ialah para Nabi, setiap orang Nabi yang dimatikan diganti oleh Nabi selepasnya, tiada lagi Nabi selepasku, akan ada para khalifah (pemimpin yang memerintah), mereka itu ramai.

Para sahabat bertanya: apakah perintah (pesanan) Rasulullah terhadap kami ? Sabdanya :

Tunaikan bai’ah (ikrar taat setia) dengan keutamaan yang pertama dan berikutnya. Berikan hak mereka kepada mereka, sesungguhnya Allah akan menyoal mereka berkenaan urusan kepimpinan yang diminta supaya mereka menunaikannya.”

Perkataan siyasah tidak disebut di dalam al-Quran, tetapi maksudnya termasuk dalam perkara yang dinaskan secara nyata, para ulama menegaskan ia termasuk dalam maksud perkataan "Khilafah" yang dinyatakan Al-Quran, yang menjadi salah satu daripada tujuan manusia dicipta oleh Allah Taala.

Firman Allah Taala, bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi. Mereka (Malaikat) lalu berkata; Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu mereka yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman; Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

 - Surah Al-Baqarah : Ayat 30 -

Para ulama seperti al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah, Ibn Khaldun di dalam kitabnya Al-Muqaddimah, Abu Ya'la dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah, mereka masing-masing meletakkan siyasah (politik) dalam kewajipan Khilafah dan Imamah:

“Tugas imamah (kepimpinan negara) itu diwujudkan bagi melaksanakan kewajipan khilafah yang pernah dilakukan oleh kenabian bagi memelihara agama dan siyasah (politik) mentadbir urusan keduniaan. Bagi melaksanakannya, hukumnya wajib dengan Ijma’(para ulama).”

Urusan politik termasuk dalam perkara ilmu fiqah dengan bab dan fasal serta furuknya. Ada juga kalangan ulama menulis secara khusus dengan nama imamah, atau ahkam sultaniyyah atau siyasah syar’iyyah. Kesemua aspek ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ibnu Ato'illah as-Sakandari menyebut dalam mukadimah kitab al-Hikam (kitab yang terkenal dalam ilmu tasawwuf), menaqalkan kata-kata Imam Malik:

“Sesiapa yang bertasawuf dalam keadaan tidak memahami ilmu fiqah, maka sesungguhnya dia menjadi zindiq (ajaran sesat yang menyeleweng akidahnya) dan sesiapa yang mendalami fiqah dalam keadaan tidak mengambil kira ilmu tasawuf maka dia menjadi fasik dan sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya maka dia berada dalam keadaan yang benar.”

Takrif Agama

Perkataan agama dalam bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa sanskrit, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Barat dengan perkataan religion. Dihuraikan dengan makna ajaran dan kepercayaan yang berkait dengan ketuhanan dan aspek yang berhubung dengannya seperti ibadat dan akhlak atau kepercayaan kepada yang maha berkuasa dan perkara yang ada hubungan dengannya dari segi ibadat.

Islam bermaksud yang lebih luas daripada perkataan agama atau "religion". Al-Quran menyatakan ia adalah daripada maksud perkataan al-din. Firman Allah Taala Mafhumnya:

“Sesungguhnya agama dan cara hidup (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Dan tidaklah menjadi pertelingkahan dalam kalangan penganut agama kitab melainkan setelah datang kepada mereka ilmu (yang benar daripada Allah) kerana sikap melampau kalangan mereka, dan sesiapa yang kufur (ingkar terhadap ayat-ayat Allah) maka sesungguhnya Allah itu sangat segera hisabnya.”

 -Surah ali-Imran : Ayat 19

Walaupun diterjemahkan dengan perkataan agama, tetapi Islam memberi makna yang lebih luas daripada perkataan agama, mengikut bahasa yang lain kerana ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan diajar serta ditunjuk cara pelaksanaan oleh Rasulullah SAW merangkumi aspek yang tercakup di dalamnya ajaran yang berhubung dengan ketuhanan dan cara hidup yang menyeluruh mengikut fitrah kejadian manusia. Firman Allah, bermaksud:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Din Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) Din yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah ar-Rum : ayat 30)

Fitrah ialah naluri atau sifat semula jadi manusia, berjasad, roh, ananiyyah (individualistik), madani atau hadari (bermasyarakat dan bertamadun). Dengan sifat ini mereka layak beribadah, berkhalifah dan beramanah. Maka Allah menugaskan mereka dengan panduan ajaran Allah yang dinamakan al-din yang menetapkan arahan dan peraturan dalam semua perkara yang menjadi fitrah itu dan mereka wajib akur secara menyerah dan tunduk yang diringkaskan dengan perkataan Islam.

Dengan huraian tersebut menunjukkan bahawa Islam yang di sebut Din itu lebih luas daripada takrif agama, lebih luas daripada tafsiran agama mengikut bahasa yang lain daripada bahasa al-Quran (bahasa Arab).

Ajaran Islam itu bukan sahaja dalam perkara hubungan manusia dengan Tuhan dalam aspek ibadah dan perkara akhlak, bahkan menyatakan cara hubungan manusia dengan dirinya dari segi roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, hubungan dengan makhluk yang lain, sama ada yang berkait secara langsung bagi keperluan diri manusia atau tidak langsung, sehingga melibatkan seluruh alam semesta, yang nyata dan ghaib serta berwawasan daripada dunia sehingga akhirat.

Rasulullah SAW menghuraikannya apabila disoal oleh Malaikat Jibril dengan tiga bahagian, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Para ulama menterjemahkannya dengan akidah, syariat dan akhlak. Perkara akidah menjadi perbincangan ilmu usul al-din atau akidah atau tauhid. Perkara syariat menjadi perbincangan ilmu fiqah dan perkara akhlak menjadi perbincangan ilmu tasawuf. Sehinggalah perkara asas dalam tiap-tiap aspek ini menjadi fardu ain yang diwajibkan ke atas setiap penganut Islam Islam lelaki dan wanita yang mukallaf.

Islam Risalah Semua Para Rasul

Semua Rasul SAW yang dilantik oleh Allah menganut Islam dengan maksud al-Din. Firman Allah Taala, bermaksud:

“Ketika Tuhannya berfirman kepadanya; Tunduk patuhlah! (yakni Islam). Lantas Ibrahim menjawab; Aku tunduk patuh (Islam) kepada Tuhan semesta alam.”

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan dengan perkara itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata); Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ajaran ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk Islam.”

 -Surah Al-Baqarah : Ayat 131-132 -

Firman Allah lagi, bermaksud:

“Adakah kamu hadir ketika Ya’qub didatangi (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya; Apa yang kamu sembah sepeninggalanku? Mereka menjawab; Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya (Islam).” (Surah al-Baqarah : ayat 133)

Firman Allah lagi, bermaksud :

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dia telah memilih kamu dan sekali-kali Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) ajaran orang tuamu Ibrahim, dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah, dia adalah Pelindungmu, maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”

 - Surah al-Hajj : Ayat 78 -

Perkataan agama dipakai kepada Islam hanya satu pendekatan untuk memudah faham, tetapi perlu kepada huraian yang lain supaya difahami dengan betul dan sahih bahawa Islam itu berbeza daripada takrif agama dan ajaran yang lain.

Hubungan Politik Dengan Agama

Keseluruhan agama yang lain daripada Islam, samada agama samawi yang telah diubah daripada ajaran para Rasul atau agama ciptaan manusia sendiri atau ideologi politik ciptaan manusia juga, menegaskan bahawa politik tidak ada hubungan dengan agama. Dengan maksud perkara politik tiada kaitan dengan agama dan ia berasingan daripada agama, maka dalam urusan politik manusia boleh mencipta dengan akal dan ilmu sendiri tanpa bergantung kepada agama.

Adapun teori politik ciptaan manusia pula tidak ada kaitan dengan agama dan agama tidak boleh menguasainya. Ada juga kalangan yang mengaitkan politik dengan agama tetapi agama tidak boleh mengatasi keputusan politik.

Dalam masyarakat Barat yang menganut agama kristian secara jelas mengisytiharkan pegangan mereka kepada fahaman yang dinamakan sekularisme yang memisahkan politik daripada urusan agama, sehingga ada negara menjadikannya prinsip perlembagaan yang dipertahankan.

Sebahagian mereka menidakkan agama dalam perlembagaan dan ada yang mengumum agama rasmi ataupun agama negara tetapi dengan kuasa yang terbatas. Maka lahirlah dalam kalangan mereka ideologi dan teori politik yang jelas, sama ada mengharamkan agama secara mutlak seperti komunisme yang didokong oleh Karl Marx dan pengikutnya, atau membenarkan agama dianut secara bebas, tetapi politik dibebaskan daripada agama seperti yang diamalkan dalam negara liberal demokrasi.

Apabila Barat menjadi kuasa besar dunia, maka fahaman ini mempengaruhi masyarakat antarabangsa yang menganut berbagai agama. Malangnya, kalangan umat Islam juga terpengaruh dengannya sama ada secara jahil atau mencari jalan mudah untuk bebas daripada tekanan politik globalisasi.

بَارَكَ اللَّهُ فِيْ

- Wallahua'lam -

Mustafa Mohamed
Madinah, Saudi Arabia.

Ahad, 27 Mei 2018

11 GOLONGAN YANG MASUK SYURGA TANPA HISAB

SYURGA TANPA HISAB

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab.

Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a.

Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama.

MEREKA ADALAH:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)

– orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.



2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)

– bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah

– mereka yang saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)

5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud)

11. Orang yang mati syahid mempertahankan agama Islam.



“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”



sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.
------------------------------------------------------------------------
Yang baca info ni silakan share bersama kerana Allah Taala

Jumaat, 25 Mei 2018

Rahmah Homestay Semabok , Melaka









Homestay Baru Yang Murah Dan Selesa Untuk Percutian Di Melaka. Sewa secara harian/mingguan/bulanan boleh dirunding. Sekiranya menginap  lebih 2 Malam harga Akan diberi tanpa mengikut hujung minggu atau cuti umum.

For Muslim Only

Chalet (1 Katil Queen)

Rm70/weekday
Rm80/weekend or public holiday

1 Bilik + Ruang Tamu+Tandas Luas selasa
1Katil Queen

Kemudahan Rumah
*Aircond
*Television
*Pancuran Air Panas
*Peti Sejuk

Terletak Berdekatan Lebuh AMJ
Bandar Melaka (15minit)
7 Eleven (1km)
Petron (100meter)
Petronas/KFC 24Jam (500Meter)
Berdekatan Kedai Makan
5 Minit Perigi Hang Tuah
10 Minit ke Politeknik Kota Melaka
15 Minit ke Manipal Kolej
20 Minit ke Politeknik Merlimau

Check In 2.00pm / Checkout 1.00pm

Untuk Booking Perlu Deposit RM50/ Malam

**Bank In atau Transfer online ke ::
BANK ISLAM
-14014021123694

BANK SIMPANAN NASIONAL
-1455029000051094

CIMB
-7013519638

MAYBANK
-164360626567

(ARDI AMINUDDIN BIN OTHMAN)

@

Bayaran Boleh dibuat secara tunai ketika masuk jika tidak bayar secara bankin..

Untuk terangan lanjut Sila Hubungi En Ardi Aminuddin bin Othman Di talian No 014-6392686

http://www.wasap.my/60146392686/HOMESTAY

Khamis, 24 Mei 2018

Info Pengumuman Penting Untuk Rakyat Terengganu 2018

*Viralkan❗❗*

📢 *_Pengumuman penting untuk rakyat Terengganu dan Malaysia_*

✨ *_Dapatkan berita-berita terkini mengenai kerajaan Negeri Terengganu melalui Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu._* ✨

🤩🤩🤩🤩

✅Klik 'Like'  dan 'Follow'.

*1. YAB DR Ahmad Samsuri Mokhtar*
Menteri Besar Terengganu
(Pengerusi Jawatankuasa Perancang Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli)
👉https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/
👉https://twitter.com/DrAhmadSamsuri?s=09

*2. YB Ustaz Ariffin Deraman*
(Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat)
👉https://www.facebook.com/ariffin.deraman

*3. YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah*
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO)
👉https://www.facebook.com/wan.s.abdullah.3
👉https://www.facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam/

*4. YB DR Azman Ibrahim*
(Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa)
👉https://www.facebook.com/drazman.ibrahim
👉https://www.instagram.com/drazmanibrahim/

*5. YB Mohd NurKhuzaini Ab Rahman*
(Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja)
👉https://www.facebook.com/hjkhuz4kotaputera/
👉https://www.instagram.com/hjkhuzz/

*6. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah*
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan)
👉https://www.facebook.com/UstazMohdNorHamzah/

*7. YB Datuk Tengku Hassan Tengku Omar*
(Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran)
👉https://www.facebook.com/datotengkuhassan

*8. YB DR Mamad Puteh*
(Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau)
👉https://www.facebook.com/DrMamadPuteh/

*9. YB Hanafiah Mat*
(Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga &  Perpaduan Nasional)
👉https://www.facebook.com/hjhanafiah.mat
👉https://www.instagram.com/hjhanafiah/

*10. YB Ustaz Satiful Bahri Mamat*
(Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi)
👉https://www.facebook.com/saiful.bahri.9655
👉https://www.facebook.com/Ustaz-Saiful-Bahri-Mamat-241076112650863/

*11. YB DR Alias Razak*
(Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar)
👉https://www.facebook.com/razak.alias.7
👉https://www.instagram.com/alias.razak/


#Terengganu
#Maju
#Berkat
#Sejahtera

- Mat Nyebar, AJK Copy Paste

Khamis, 17 Mei 2018

Puasa dan Anugerah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa dan Anugerah

عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Dari Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No:  1944) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2.  Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.

3.  Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab perbuatan dan perkataan yang buruk serta hina.

4.  Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5.  Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6.  Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:

a.  Gembira ketika berbuka puasa
b.  Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya.

Semoga  Ramadan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Jom Berusaha Melakukan Amalan Terbaik. Andaikan  Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

18hb Mei  2018
02hb Ramadan 1439H

Sabtu, 12 Mei 2018

Rahmah Homestay Semabok Bandar Melaka

Homestay Baru Yang Murah Dan Selesa Untuk Percutian Di Melaka. Sewa secara harian/mingguan/bulanan boleh dirunding. Sekiranya menginap  lebih 2 Malam harga Akan diberi tanpa mengikut hujung minggu atau cuti umum. 

For Muslim Only

Chalet (1 Katil Queen)

Rm60/weekday
Rm70/weekend or public holiday

1 Bilik + Ruang Tamu+Tandas Luas selasa
1Katil Queen 

Kemudahan Rumah
*Aircond
*Television
*Pancuran Air Panas 
*Peti Sejuk

Terletak Berdekatan Lebuh AMJ
Bandar Melaka (15minit)
7 Eleven (1km)
Petron (100meter)
Petronas/KFC 24Jam (500Meter)
Berdekatan Kedai Makan 
5 Minit Perigi Hang Tuah
10 Minit ke Politeknik Kota Melaka
15 Minit ke Manipal Kolej
20 Minit ke Politeknik Merlimau

Check In 2.00pm / Checkout 1.00pm

Untuk Booking Perlu Deposit RM50/ Malam

**Bank In atau Transfer online ke ::
BANK ISLAM
-14014021123694

BANK SIMPANAN NASIONAL
-1455029000051094

CIMB 
-7013519638

MAYBANK
-164360626567

(ARDI AMINUDDIN BIN OTHMAN)

Bayaran Boleh dibuat secara tunai ketika masuk jika tidak bayar secara bankin..

Untuk terangan lanjut Sila Hubungi En Ardi Aminuddin bin Othman Di talian No 014-6392686

http://www.wasap.my/60146392686/HOMESTAY






Isnin, 7 Mei 2018

Melaka Budget Housestay / Homestay


Rahmah Homestay Semabok, Bandar Melaka









Satu Bilik RM70 Satu Hari

-Bilik Berhawa Dingin
-Mandian Air Panas
-Water Heater
-Peti Sejuk
-Astro Njoi
-Parking Kereta

10/15 minit ke Bandar Melaka

Berdekatan KFC ,PIZZA ,PETROLPUMP ,Masjid Semabok

Berminat??

WhatsApp : 014-639 2686 (ARDI)

http://www.wasap.my/60146392686/HOMESTAY

Sabtu, 5 Mei 2018

BERSEDIAKAH PAS MENTADBIR MALAYSIA?


PRU 14 ini merupakan yang paling menarik perhatian. PAS yang hadir dengan blok Gagasan Sejahtera datang dengan pelbagai produk FRESH dan pendekatan yang MATANG ternyata mula mengambil tempat di hati pengundi atas pagar yang sudah muak dengan politik korup dan politik fitnah dari 2 blok yang lain.

Namun di sebalik imej yang bersih dan tawaran yang menarik timbul persoalan adakah PAS bersedia mentadbir Malaysia?

Meh aku kongsikan dapatan hasil pembacaan aku dengan produk-produk PAS.

*1. MANIFESTO YANG KOMPREHENSIF.*

Aku bersembang dengan rakan aku yang merupakan seorang pensyarah di salah satu IPTA yang beliau aktif melakukan penyelidikan. Ternyata beliau mengakui manifesto PAS jauh meninggalkan pencabar di blok lain. Benda ini juga diakui oleh Pensayarah Sains Politik UKM Abdul Muein Abadi dalam kajian beliau. Kalau korang perasan sangat jarang Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menceritakan tentang manifesto mereka. Agaknya kenapa? Berlain dengan PAS yang sangat aktif menerang manifesto mereka. Link : https://goo.gl/6G4WRp

*2. KERAJAAN TEKNOKRAT.*

Ini adalah brilliant idea!
Idea yang mengaagaskan agar menteri yang dilantik kelak adalah dalam kangan orang yang pakar dalam bidang kementerian tersebut. Boleh dilantik dalam kalangan ahli parlimen mahupun bukan. Objektifnya jelas. Membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh BN. Naik baiki kerosakan? Kita serahkan pada yang pakar. Contoh Menteri kewangan bagi kepada bekas pengarah bank or bekas gabenor negara. Bukannya bagi ke Perdana Menteri yang ternyata ada conflict of interest!

*3. CALON TEKNOKRAT.*

Nampaknya PAS memang betul-betul serius melaksankan idea Kerajaan Teknokrat ini. Kau tengok lah profile calon-calon dari PAS. Bekas Briged general ada. Pakar Nukleur ada. Timbalan Presiden Perbankan Korporat RHB bank ada. CEO Petronas NGV Sdn Bhd ada. Lagenda bola sepak ada. Yang PHD holder bersepah. Siap ada 2 PHD pun ada. Seriously mengkagumkan!

*4. PERANCANGAN JANGKA PANJANG.*

Ini lagi satu bukti PAS bersedia. Secara detail ada dalam buku Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

Perancangan jangka panjang selama 33 TAHUN bagaimana Pas mahu "Create a Better Malaysia". Siap pecah kepada 3 fasa lagi bro.

Fasa 1 (2018 - 2030) : Menyelesaikan masalah yang membelenggu negara.

Fasa 2 (2031 - 2040) : Membangunkan Malaysia ke arah negara maju.

Fasa 3 (2041 - 2051) : Menjadi Model serantau

Detail dalam WINS ni korang kena cari n baca sendiri lah. Kalau hurai panjang bukannya korang nak baca pun. haha. Link : https://goo.gl/sXN3AC

*5. PERANCANGAN EKONOMI YANG JELAS.*

Ofkos kita sangat runsing perihal masalah ekonomi. PAS ternyata tidak cakap berdegar-degar. Lahirnya Dokumen Hijau yang terperinci menjelaskan bagaimana cara untuk membaikpulih seterusnya mengurus ekonomi Negara dengan baik ternyata menjadi bukti komitmen PAS dalam membaiki masalah ekonomi Negara.  Link : https://goo.gl/m5MkRv

*6. PENGALAMAN MENTADBIR.*

Pengalaman kejayaan mentadbir Kelantan yang bebas rasuah dan juga Kelantan menerima markah 99 peratus bagi Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Markah itu adalah yang tertinggi berbanding negeri lain seperti Selangor (96.20 peratus), Pulau Pinang (96.16 peratus), Terengganu (94.50 peratus), Johor (91.30 peratus) dan Kedah (90.01 peratus).

*7. DILATIH DI DALAM MINI STATE.*

Ini ramai yang tidak tahu. Di dalam PAS ia diurus ibarat satu kerajaan. Ada flow of order. Ada organisasi dan SOP yang jelas. Ada jabatan-jabatan. Antara yang mencuri perhatian adalah Jabatan PASTI dan institusi pendidikan di bawah PAS yang lain. Bayangkan sebelum menjadi kerajaan sahaja PAS mampu membangunkan 2000 buah PASTI.

*8. PEMIMPIN YANG BERINTERGRITI.*

Siapa dalam kalangan kita yang tidak mahukan kerajaan yang sifar rasuah? Inilah kelebihan di dalam PAS ini yang tiada blok lain setakat ini yang mampu tiru. Contoh mudah di Kelantan. Puluhan tahun memerintah masih mengekalkan rekod tanpa rasuah. Sebenarnya Malaysia ini banyak duit kawan2. Cuma yan pemimpin kat atas tu songlap yang buat rakyat jadi kedana ni.

Akhir kata. Terima kasih dan tahniah sebab berjaya baca sampai ke hujung. Haha. Moga ada manfaat untuk rakyat memilih.

Aku harap penulisan aku ini serba sediki memberi penjelasan kepada korang. Aku alukan segala teguran dan pertanyaan.

Moga Allah pandu kita disetiap langkah kita.