Assalamuallaikum dan salam sejahtera, memandangkan ramai yg tertanya² berkenaan boleh ke my step ambil cuti tanpa gaji sb cuti bersalin tanpa perlu letak jawatan. Jawapannya BOLEH dengan syarat:
1) kakitangan my step buat surat rasmi permohonan cuti tanpa gaji.
2 ) surat tersebut disokong oleh pegawai penyelia. (Tidak ada org lain yg berkuasa ke atas kakitangan my step selain drpd pegawai penyelia dia)
3) surat permohonan cuti tanpa gaji yang telah disokong perlu dikemukakan kepada unit pentadbiran yg menjaga rekod my step DAN unit kewangan yg menguruskan byrn gaji.
Harap jelas.. Sekian, terima kasih.
Jika ada yang diminta untuk letak jawatan oleh pegawai pentadbiran.. Minta mereka nyatakan justifikasi knp anda perlu letak surat resign memandangkan dlm kontrak tidak terkandung dibahagian penamatan perkhidmatan bahawa kakitangan my step yg bakal bersalin perlu buat surat perletakan jawatan.selain itu, dsbkan pegawai penyelia puan² telah sokong utk puan² diberi cuti tanpa gaji..jadi hanya mereka sahaja yg berhak utk menamatkan perkhidmatan puan² sekalian.
Kena faham apa maksud surat letak jawatan.. Surat letak jawatan ni kita akan kemukakan atas kerelaan hati kita dan bukan secara paksa rela.. Sekiranya pihak agensi puan² arahkan utk letak surat letak jawatan. Katakan padanya "bukankah pegawai penyelia sy adalah en/puan ..(nama).. memandangkan sy dibawah seliaan En/Puan... Jadi sy hanya perlu ikuti arahan dari mereka sahaja. Jadi pada asasnya pihak tuan/puan xboleh memberikan arahan kpd sy tanpa pengetahuan drpd pegawai penyelia sy..