Khamis, 14 Julai 2022

RESEPI NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH

A. RESEPI NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN

5 cawan beras biasa

5 cawan air

2 batang kulit kayu manis

1/ 4 cawan minyak masak

2 sudu besar mentega

1/2 cawan susu cair

1 sudu besar gula

1/ 2 sudu besar garam

3 sudu besar tomato puri

4 biji tomato
(kisar dengan sedikit air)

2 biji bawang besar*

8 ulas bawang putih*

2 ketul halia sebesar ibu jari*

Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus

CARA-CARA:

1. Rendam Beras

Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain.

Saya guna beras biasa saja, rendam selama 15-20 minit.. Kemudian, basuh dan toskan.

2. Tumis Bahan

Cairkan mentega dan minyak masak dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan kayu manis.

Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.

3. Masukkan Beras

Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.

Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, gula dan garam secukup rasa.

4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa

Last sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.

Nak masak terus guna periuk atas api pun boleh. Sementara tu kita buat pula lauknya.

B. RESEPI AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam

3 biji bawang besar (saiz besar tau)*

4-5 ulas bawang putih*

1 1/2 inci halia*

15-20 cili kering*

5 sudu besar sos cili

2 biji tomato

2 batang serai – diketuk

1 kulit kayu manis

Garam dan gula secukupnya

Kisar semua bahan
bertanda *

CARA-CARA:

1. Tumis Rempah & Bahan Kisar(Saya tak goreng ayam dahulu sebab saya tak berapa suka -ikut citarasa sendiri kalau rasa nak goreng pun boleh )

Kemudian tumis kulit kayu manis dan bawang sampai naik bau.

Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.

2. Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.Kalau nak buat kuah lebih boleh tambah air sedikit.

3. Perasakan

Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.

Perasakan dengan garam pulak. Lepas tu bolehlah masukkan ayam .Kacau semua dan gaul sebati.Tunggu sehingga ayam masak dan mendidih buleh tutup api..

Siap ayam masak merah.

C. ACAR TIMUN DAN NENAS

BAHAN-BAHAN:

Lobak merah

Bawang merah

Timun

Cili

Nenas

Gula & Cuka Secukupnya

CARA-CARA:

1. Hiris

Basuhkan semua bahan bersih-bersih dan hiris semua bagi memanjang.

2. Perasakan

Kemudian perasakan dengan gula dan sedikit cuka dan air ikut .

Utk nasi tomato nk guna beras biasa atau basmathi( pilihan)

SELAMAT MENCUBA.

Credit resepi: Fatin Elina
Air tangan dan gambar:
Eniza M. Salim

Ahad, 10 Julai 2022

RESEPI LONTONG

Bahan² kuah lemak lontong :

1/4 biji kubis
1 batang carrot - potong panjang
9 batang kacang panjang
1 ikat soo hoon 
1 keping fucuk - potong panjang
1 keping tempe - potong dadu dan goreng dahulu
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup 
1/2 biji kelapa parut 
Garam gula secukup rasa
Serbuk kunyit

Bahan kisar :

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar udang kering

Cara² :

1) Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya. 

2) Masukkan udang dan sayur² yg keras.

3) Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.

4) Masukkan kunyit sampai warna nmpk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.

5) Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Kredit : Ilham Resepi

Sambal Nasi Impit Readymade : 
Ketupat Nasi :