Ahad, 30 April 2023

RESEPI ROTI JOHN SEDAP


Kuantiti bahan resepi untuk 2-3 biji roti john saiz kecil menggunakan roti oblong.Anda boleh gandakan sukatan jika buat banyak.

1 labu bawang Holland/besar saiz sederhana potong dadu
2 ulas bawang putih kecil
3 keping daging burger daging/8 sudu makan daging ayam kisar(hirisan hotdog jika mahu )
3 sudu makan rempah kari daging
2 biji telur
Sedikit air ( 1-2 sudu makan sahaja )
Garam,gula,lada sulah dan serbuk perasa secukupnya
3 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Sayur Dan Sos :

hirisan kubis
hirisan timun
daun salad
sos cili
mayonis
mustard/blackpepper
Pilihan sos terpulang kepada anda nak letak sos apa.Asalkan sedap pada tekak anda.

Bestnya resepi roti john mudah yang akan kami berikan dalam artikel resepi ini. Yerlah dah tak lama nak puasa, mesti rindu nak keluar ke bazar Ramadhan
Cara Buat Resepi Roti John Mudah :
#1: Kita akan sediakan inti roti john dulu. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih. Proses ini sangat penting.Gunakan api sederhana kecil dan tumis hingga bawang betul-betul layu.

Barulah rasa manis bawang akan keluar dan jadikan inti sedap.Bila dah layu keluar jus,tambahkan rempah kari.Waktu ni kecilka api. Tambah sedikit air untuk elakkan rempah pekat.

Masak tumis hingga terbit minyak pada api kecil.

#2: Masukkan isi daging burger yang dicincang atau ayam kisar. Pilihan anda. Biarkan masak seketika dan perasakan dengan garam,gula,lada sulah dan serbuk perasa ikut selera. Tutup api.

Biarkan sejuk seketika sebelum anda masukkan dalam bekas. Pecahkan 2 biji telur. Dah siap inti roti john.

#3: Ambil sekeping roti dan potong dua tapi jangan sampai putus. Sapukan marjerin dan bakar seketika sebelum angkat.

Cedukkan 1 senduk kuah inti roti john ke dalam kuali rata dan tekapkan roti.Biarkan masak. Alaskan daun salad jika mahu dan taburkan hirisan kubis serta timus barulah dihiasi dengan sos.

Roti john dah pun siap untuk dimakan. Memang berbaloi untuk dicuba dan sangat sedap. Betul.

Rempah Roti John :-
👉 https://shope.ee/6zoPUofDtY

RESEPI MEE KARI


Bahan Kuah Kari:
* Ayam atau daging
* Tauhu pelampung (goreng sekejap)
* 2 biji bawang merah besar (dikisar)
* 3 biji bawang putih (dikisar)
* 2 sb udang kering (dikisar)
* 10 tangkai cili kering (dikisar)
* 1 batang serai (diketuk)
* 4 sb serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
* 2 sb serbuk cili – optional (bancuh dengan sedikit air)
* 1 kotak kecil santan
* 1 cawan air
* 1 pc kiub pati ayam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai, bahan kisar dan serbuk kari dan serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air
2. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam atau daging, biar bagi masak sekejap ya.
3. Lepastu baru masukkan santan dan air serta kiub pati ayam. Kepekatan kuah agak-agak saje ya, jangan cair/pekat sangat.
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biar mendidih dan baru masukkan tauhu tadi. Siap!

Bahan lain:
* Mee kuning (celur sekejap)
* Fishball (goreng&hiris)
* Fishcake (goreng&hiris)
* Tauge
* Daun sup (hiris)
* Lada merah/ hijau (hiris)
* Bawang goreng
* Limau kasturi
* Telur rebus- belah dua

Kredit: Bunga Jua

Serbuk Kari :-
👉https://shope.ee/8UbgmJdsY4

RESIPI MASH POTATO


Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:

8 biji kentang

1 kotak kecil susu segar

sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)

secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)

- 1 labu bawang besar (dadu)

- 2 ulas bawang putih (dadu)

- 4 sudu butter

- 2 sudu tepung gandum@ jagung

- 2 kiub ayam

- lada hitam dan sulah

- 2 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )

2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.

Masak balik atas api sederhana

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

Credit : dapurciklyn

Ubi Kentang :-
https://shope.ee/5fHVPOQ4PJ

KEK CAWAN


Bahan2:
200gm gula pasir (boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis)
4 biji telur gred A
1 sudu besar baking powder
180gm tepung gandum
35gm minyak masak/minyak jagung
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila
(atau secubit serbuk vanila)

Penyediaan:
1) ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.

2) pukul gula, telur, esen vanilla dan garam dalam satu bekas besar hingga gebu, putih dan sebati (saya guna hand mixer anggaran 15 minit)

3) kemudian masukkan bahan2 yang diayak tadi sedikit2 hingga habis, ke dalam adunan yang dipukul tadi sambil di kaup balik mengunakan spatula.

4) akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati menggunakan kaedah kaup balik.
5) masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
6) bakar selama 20 minit dalam oven bersuhu 180°C yang telah dipanaskan terlebih dulu. Ikut oven masing2 yer.

(Saya bakar dengan suhu 170°C selama 25 minit)

Sumber : Naazira Parveen

Kertas Cupcake :-
👉https://shope.ee/4piFNSyAH0

ROTI PARATHA SOSEJ CHEESE


Tengok haritu orang buat nampak sedap sangat,so kita pun try lah. Resepi kita selit sekali lagi 🤗

Bahan-Bahan:
- roti paratha
- sosej
- cheese keping
- kuning telur (untuk di sapu pada roti paratha)

Cara Membuat:
- Potong roti paratha macam dalam gambar
- Letak kan cheese dan sosej lepastu gulung macam dalam gambar
- Sapu kan kuning telur
- Bakar dengan AF pada suhu 190c selama 7-10 minit . Nak guna oven pun boleh .

**Roti paratha cepat lembut,jadi saya buat sekeping-sekeping dan masuk dalam peti ais semula,nak buat lagi keluarkan semula .

Sumber: Izz Aishah

Roti Paratha :-
👉https://shope.ee/8UbXkHvNxI

Isnin, 17 April 2023

KOKTAIL MANGGA CHEESE


BAHAN - BAHAN SUSU CHEESE :

Mangga
Cream cheese - 170g
Fresh milk - 500ml
Susu cair - 380ml
Susu pekat - 80g (kalau rasa suka manis boleh tambah lagi)

CARA - CARA :

Blendkan je semua bahan. Settle!

BAHAN ISI:

Mangga - blend tanpa air
Biji selasih - rendam dalam air
Nata de coco
Agar-agar mangga

*Agar-agar tu terpulang nak letak ataupun tak tapi kalau ada siyes lagi sedap!

BAHAN AGAR-AGAR :

Serbuk agar agar - 5g
Gula halus - 120g
Air - 500ml
Perasa mangga

CARA - CARA :

Campurkan semua dan masakkan atas api sampai mendidih. Tapiskan dalam bekas, biarkan sejuk & potong dadu.

CARA NAK HIAS :

Letak isi mangga yang dah blend tadi buat jadi base, lepastu baru letak sagu, nata de coco & agar-agar. Last skali baru masukkan susu and siap!

Ok jangan lupa tambah ais bila nak makan, siyes memang layan. 🤤

Selamat mencuba!

Kredit : Tyra Manan

Koktail Buah :-
👉https://shope.ee/3AZzCYWJ5U

Ahad, 16 April 2023

RESEPI SATAR


Bahan2nya-
.
2 kilo ikn selayang (ikan sardin)

Kelapa parut (yg muda) rm2

Lada kering rm 1

Halia 2 inci

Bwng merah 10 ulas yg sederhana besar

Bwng putih 2 ulas

Daun kesum 2 ikat

Lada burung@cili padi ikut suka nak letak ke xnak

Grm,gula,perasa kena agak2 ya..

Telur 1 @2 biji(yg ni letak last sekali ya)
.

Cara2nya-
.
Ikan ambik isi shj ya,blend bwng merah,putih,halia,lada kering,lada burung.

Satukan dlm ikn dan ramas2 manja ya jgn kuat sgt.

Kemudian ambik kelapa muda,daun kesum(dihiris halus)satukan dlm ikn.

Tambah gula, garam, perasa. Last sekali mskkan telur gaul2 perlahan. Siap

Nanti blh bakar dgn daun pisang.

Satar/Otak-Otak/Pepes
👉https://shope.ee/8UbVYSMmLR

PUDING KARAMEL VERSI TANPA TELUR🍮🍮


Buat dalam bekas mcm nie senang bila nak makan😉
Sedap tulaa makan sejuk2 nie😋

Resepi..

➡Untuk caramel

* 1 cwn gula
* 1/2 cwn air

➡Untuk puding

* Agar-agar serbuk 10g (plain)
* 4 cwn air
* 1 tin susu cair
* 1 1/2 cwn susu pekat (ikut kemanisan tekak masing2 ya)
* 3 1/2 sdb tepung kastard
* 1 sdk esen vanilla
* Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)

Cara memasak..

1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan.Guna api perlahan ya.
2. Tutup api dan tuang air secara perlahan2 ke dalam gula tadi.Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas ya.
4. Masukkan air dgn serbuk agar2 serta masak sehingga mendidih
5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dlm agar2..Biarkan mendidih.
6. Siap untuk di tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dlm peti ais..

Kredit : Fatien Zaini

Krim Karamel Puding
👉https://shope.ee/7zfExbZzTm

Rabu, 12 April 2023

5 CARA HILANGKAN TAHI LALAT PADA PAKAIAN & FABRIK. BERKESAN!


Jom cuba 5 cara hilangkan tahi lalat pada pakaian atau sebarang fabrik.

1. CUKA
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.

Caranya, campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.

Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.

2. BAKING SODA
Selain menggunakan cuka, anda boleh menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.

Cara pertama adalah dengan membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian baju yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.

Jika kulat masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!

3. JUS LEMON DAN GARAM
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.

Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.

4. PELUNTUR
Peluntur (bleach’) atau lebih dikenali sebagai Clorox adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!

Caranya, larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.

Seeloknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci pakaian tersebut. Sekiranya pakaian adalah daripada fabrik lembut dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.

5. VANISH
Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘Vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.
Pakai Varnish paling mudah👉https://shope.ee/6fB6vk4jVh
Caranya, sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.

JEMURKAN BAWAH CAHAYA MATAHARI
Selepas mencuci pakaian yang terkena kulat, jemurkannya di bawah sinaran matahari untuk kesan yang lebih efektif.

Untuk mencegahnya daripada berulang, keringkan dahulu pakaian yang berpeluh atau lembap sebelum dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Baju yang terkena susu atau makanan juga boleh direndamkan secepatnya supaya kotoran lebih senang ditanggalkan.

Jadi, jangan buang dulu baju-baju tersebut sebelum mencuba ya!

Selasa, 11 April 2023

TERGILAKAN KAWAN BAIK AKU

 



CINTA TERLARANG
Assalamualaikum semua n salam sejahtera buat pembaca fiksyen syasya. Sudah lama sangat tidak menulis cerita hantu.Kisah hantu kali ni , dari kisah aku dan kawan aku Tapi Kisah kawan aku. Masa ni aku dan dia sedang study di matrikulasi. Ops, lupa perkenalkan nama.

Nama aku Syazt. Nama samaran. Hee. So jom start!
Aku mencium tangan mama dan ayah. Berat rasa hati nak berpisah dengan mereka. Demi pelajaran dan mengejar cita-cita ku sebagai sebagai seorang doktor. Aku mesti kuat

.
Mama “Kalau ada apa-apa call aje kami. Jangan pulak terlajak subuh dekat sini.”
Aku “Baik boss. Nanti angah telefon mama kalau free”
Kereta mereka semakin hilang dari pandangan aku. Lantas, aku mengatur langkahku ke bilik. Kena cepat ni. Asimilasi akan mula pukul 3.30 petang. Aku basahkan badan dan menunaikan solat zohor. Letihnya. Kena tabahkan hati.
Tiba-tiba kedengaran bunyi siren.TURUN! SEMUA TURUN SEKARANG!
Aku cepat-cepat menggalas beg aku lalu turun ke bawah.Aku berbaris di floor 1 punya barisan.Sedang aku leka mengelamun.Seorang perempuan menegurku.
“Siapa nama kau? Nama aku Wani” katanya
“Nama aku Syaz.Kau floor 1 jugak ker?”
“Yup.Aku bilik 4.”balasnya
“Dekat sangat bilik kaudengan aku.Bilik aku 6”aku tersengih.Alhamdulilah dah dapat kawan.Dari situlah bermulanya ikatan persahabatan kami. Jodoh kami kuat sehinggakan.Kami satu kelas dalam modul 1.
2 bulan pertama di matrik.Kami sering kehulu dan kehilir bersama-sama. Banyak yang kami belajar di matrik. Tetapi, lama kelamaan Wani semakin berubah.Dia suka menghilangkan diri bila aku ajak belajar. Dia mudah panas baran dan yang paling aku perasan. Dia semakin lalai untuk menghadirkan diri ke surau. Aku hanya berdiam diri. Mungkin dia stress ataupun mungkin dia ada masalah keluarga.
Suatu hari,sedang aku menyiapkan kerja di bilik. Wani menjengukku.Aku agak terkejut pada mulanya kerana sudah hampir 2 minggu kami menyepikan diri.
“Syaz,aku ada benda nak story dengan kau.Tapi aku malu” wani sudah mula menunjukkan muka tenuk dia pada aku. Geli pulak aku. Ahaks
“Kau nak story apa? Uish dah lama kita tak gosip ni” ujarkan sambil tergelak
“Kau perasan tak, kat dalam kuliah fizik kita. Ada sorang budak modul 2 ni. Dia asyik tenung aje aku.Mula-mula aku taknak perasan. Tapi kan, haritu aku dapat whatsapp daripada dia. Dia nak kenal aku”
Mata aku terkebil-kebil mendengar cerita Wani. Aduhai, kawan sudah bahagia. Aku bila lagi ni. Dah la aku ni single since born. Hihi.Patutlah, sekarang Wani dah tak meluangkan masa dengan aku.Rupanya sudah ada teman tapi mesra.
“Lepastu wey? Ko balas apa?” tanyaku
“Aku cakapla,boleh kenal dengan aku.Lepastukan,dia ajak aku jogging esoknya tu.Mula-mula aku nampak dia kan.Dia macam tak handsome sangat.Tapi bila dah kenal dia.Aku rasa macam nak tatap aje muka dia tiap-tiap hari.Asyik rindu aje” tersipu-sipu Wani meluahkan perasaannya padaku.Sempat aku cubit lengannya.
“Gatal eh kau. Patutlah 2 minggu ni kau dah tak nak lepak dengan aku.Kecik hati aku.Bukan setakat hati jer usus, jantung,anak tekak semua merajuk dengan kau” aku buat muka acah-acah sedih
“Atototo,aku janji takkan lupakan kau”kami saling berpelukan.Tiba-tiba,lagu solo jennie berbunyi.Sape pulak telefon minah sorang ni. Aku nampak Wani tersenyum bila skrin telefonnya.
“Aku cau dulu beb, buah hati telefon pulak.Auch” aku menggeleng memandangnya. Sempat jugak aku pesan jangan lupa buat keje sekolah sebab Wani mula lalai buat homework. Asyik meniru aje. Risau pulak aku.
Keesokan paginya,aku dan Wani pergi ke dewan kuliah fizik bersama-sama. Kelas mula pukul 8.Tapi kami sudah terpacak di dewan kuliah pukul 7.Belum sempat aku nak cecah punggung di kerusi dewan kuliah. Perut aku mula sakit. Aduhai nak terberak la ni. Aku bagi tahu Wani yang aku nak pergi tandas. Pada mulanya, Wani nak teman aku. Tapi, aku menolak. Malu seh. Aku berlari ke arah tandas. Takut tak sempat wey!
Lepas hajat aku selesai. Aku pun buka pintu sebab nak keluar. Terkejut aku. Wani duduk di atas singki bilik air .Berderau darah aku
“Wani…kau ok ker?” langkah aku atur kearahnya. Tangan aku tekap di dahinya. Sejuknya.Aku pegang tangan dia. Mak ai,sejuk gila. Demam ke budak ni?. Tapi Wani langsung tidak membalas. Dia terus masuk tandas kedua. Peliknya. Gaduh dengan boyfriend ker kak oi. Aku malas nak layan. Aku terus pergi masuk ke Dewan Kuliah. Alangkah terkejutnya aku. Aku nampak Wani sedang bercakap dengan seorang budak lelaki. Mustahil! Sumpah mustahil. Aku yang keluar dulu dari tandas tadi. Tangan aku mula menggigil. Tetapi otak aku suruh steady. Aku tarik nafas. Ya allah,lindungi hambamu ini.
“Siapa ni Wani?” tanyaku
“Ni la Boyfriend aku. Nama dia Syidi. Syidi ni saya punya kawan baik, nama dia Syaz” kami berdua berbalas senyuman. Mata helang aku dapat menangkap mereka berpegang tangan. Amboi, suka hati makbapak aje sentuh anak dara orang.
“Ingatkan tadi suami kau Wani .Yelah siap pegang tangan segala” terlerai terus tangan jemari mereka. Wani tersengih mendengar perlian aku. Aku gelak-gelak untuk tutup keadaan yang awkward disitu.
Tak focus aku belajar fizik. Dua ekor tu asyik-asyik gelak lepastu sembang kosong. Tapi aku diamkan aje. Dah besarkan, pandai-pandai fikir.

Sebelum keluar dari Dewan kuliah. Syidi memberikan aku. Talam keladi dua. Dia kata dia dah kenyang. Tepat pada masa betullah. Lagipun aku pon tengah lapar. Sementara tunggu madam afina masuk kelas. Aku menyuap talam keladi itu kedalam mulut.
“Wani, cakap tq tau dekat Syidi. Sedap wey” Wani tunjuk tumbs up kepadaku. Aku ingat jumpa Syidi sekali tu aje. Rupanya banyak kali jumpa dia. Makan tengahhari pon jumpa dia. Kelas kimia pon jumpa dia. Lonely aku sebab Wani asyik cakap dengan Syidi aje. Takpela, orang tengah bahagia. Kelas kimia tamat pada pukul 5.30. Aku, Wani dan Syidi keluar bersama-sama dari Kuliah. Tapi aku kebelakang cikit. Nak bagi diorang privacy. Aku perati Syidi dari belakang. Nampak macam baik tapi tak tahu kenapa aku ade bad feelings dengan dia. Aku perasan yang di kaki dia ade macam benang hitam terikat macam gelang kat kaki dia. Benang apa tu? Tertanya aku dalam hati.

Malam tu, aku tidur awal sebab homework cikit. Yihaa! Nikmat dunia betul dapat tidur awal tapi malangnya. Aku dapat mimpi buruk pasal Syidi. Dalam mimpi tu , aku nampak Wani kena ikat. Mulut dia kena jahit. Nampak macam dia tak terdaya tapi badan aku macan kena ikat. Tiba-tiba Syidi datang lempang aku. Aku cuba lawan tapi tak boleh. Aku macam orang bodoh. Lepastu aku nampak syidi sumbat mulut Wani dengan makanan yang ada ulat. Aku menangis dan menjerit tapi tak keluar suara. Tolonglah selamatkan aku. Aku tersedar dari tidur aku bila kakak roomate aku kejutkan aku. Dia kata aku meracau-racau macam orang histeria. Aku terus capai telefon aku. Aku terus telefon Wani.
“Hello Syaz…kenapa telefon.Aku baru nak tidur ni”lega hati aku bila dengar suara dia.Aku tengok jam pukul 1.30 pagi.
“Sory Wani.Tertekan.Bye” aku terus offkan line. Aku takut.Aku fobia dengan mimpi tadi. Aku terus ambil wuduk dan solat hajat. Aku pohon supaya allah lindungi aku. Seminggu aku jadi pendiam. Aku langsung tak cukup tidur. Malam-malam , aku diganggu dengan mimpi yang ngeri.

Kadangkala, aku seperti diperhatikan sehinggakan aku kadang-kadang sesak nafas ketika tidur. Sehinggakan rakan-rakan kelas tegur aku sebab dah tak ceria. Setiap kali aku jumpa Syidi pasti aku akan mengelak. Aku takut. Aku pon tak faham dengan perasaan aku. Perasaan takut dan gerun tu datang dengan sendirinya. Setiap petang, aku mesti akan jogging sebab aku nak lupakan apa yang aku lalui. Pasal syidi, pasal mimpi ngeri dan pasal kelibat Wani yang aku nampak dekat tandas.
Setelah penat berlari, aku berhenti berehat di meja tepi library. Aku meneguk air mineral yang aku bawa bersama. Tiba-tiba, bahuku dicuit seseorang. Kawan baik lelaki aku rupanya. Nama dia Dani.

“Buat apa sorang-sorang dekat sini?”dia ambil kerusi dan duduk di depan aku
“Tadi jogging. Rehat kejap dekat sini. Penat la” aku tersengih
“Syaz, balik tak minggu ni?” aik tiba-tiba tanya pulak dia ni.
“Tak balik kot. Sebab banyak assignment. Lagipun aku nak teman Wani” Dani Cuma mengangguk.
“Kenapa tanya?”
“Saja” aku gelak sambil ketuk kepala dia dengan botol air mineral aku. Kami berborak-borak kosong disitu buat seketika. Bila jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Kami mula beredar ke asrama masing-masing. Alangkah malangnya aku, aku terserempak dengan Syidi dan Wani. Aku mengenepi kearah Dani.
“Amboi dating ker?” soal Wani
“Mana ada la, kiteorang borak aje tadi” balasku. Aku nampak Syidi tersenyum sinis padaku. Lalu mereka jalan dihadapan kami. Aku tarik baju Dani supaya biar mereka pergi dulu. Nasib baik Dani faham bahasa isyarat aku.
“Lelaki tu siapa wey?” tanya Dani
“Tu pakwe Wani” balasku
“U better avoid him” Dani cakap dengan nada perlahan.
“Haa? Apa kau cakap. Aku tak dapat tangkap?”
“Bye! Dah lewat ni. Nanti kalau aku rindu kau. Aku whatsapp kau” Dani berlalu masuk ke blok asrama dia. Blok aku pulak sebelah blok dia . Cuma yang memisahkan kami hanyalah blok pelajar. Aku terpinga-pinga. Kenapa dia cakap macam tu.
Ting! Bunyi notifikasi whatsapp daripada Dani.
Dani:
+Masuk blok kau sekarang. Jangan lupa balik minggu ni. Ingat! Balik jugak Wer
Syaz:
+Werkkk.

Minggu tu aku balik. Aku rasa tak sedap badan. Bahu aku dua -dua sakit. Badan aku pulak ada kesan lebam-lebam. Aku balik dengan Dani sebab Ayah aku kerja time tu. Ayah Dani dia baik. Dia bawak kami makan. Lagipun aku dan Dani 1 taman perumahan. Masa dalam kereta Ayah Dani banyak berborak dengan aku.
“Pakcik tengok Syaz ni macam tak sihat? Stress sangat belajar ke?” aku tergelak
“Mana ada la pakcik. Syaz ok jer. Cuma sejak akhir-akhir ni tak cukup tidur. Macam tidur-tidur ayam aje”
“Bahaya tu. Apa yang dimimpikan tu? Mimpi Dani masuk meminang ker?” aku dengar ayah Dani gelak kuat. Aduhai pakcik. Taknak aku kahwin dengan Dani. Geli lidah aku nak panggil dia abang. Dani geleng-geleng dengar ayah dia usik aku.
“Kalau Syaz cerita. Pakcik jangan gelak pulak. Syaz nak mintak pendapat pakcik sebab Pakcik kan belajat darul shifa. Syaz asyik mimpi ade sorang lelaki ni buat benda yang ngeri pada kawan Syaz, lepastukan pakcik Syaz asyik nampak benda bukan-bukan tapi Syaz cuba positif maybe itu halusinasi Syaz” aku mengeluh
“Macam mana kalau. Itu satu petunjuk dari Allah untuk Syaz.” Aku terkesima sekejap. Mungkin jugak.
“Kalau Syaz rasa tak sedap badan. Malam ni pakcik free. Ajak la mama dan ayah datang rumah pakcik dah lama tak berborak dengan mereka” aku mengangguk.

Aku memang pernah menelefon mama dan maklumkan tentang kejadian yang berlaku dekat aku. Sampai aje di rumah, Aku cerita dengan lebih details dekat mama. Aku tunjuk jugak kesan lebam-lebam di badan aku. Aku sudah tidak tahan. Aku takut dengan kejadian sebegini. Malam itu jugak aku pergi berubat dengan Ayah Dani.
Ayah Dani suruh aku duduk diatas kerusi. 4 air botol di letakkan diatas meja disebelah aku. Ayah Dani memegang kepala ku dengan tangannya yang berbalut sarung tangan. Mama dan ayah serta abang long aku pun ikut juga. Ayah dani membaca ayat-ayat suci alquran. Pintu rumah Dani terbuka luas. Dan ketika Ayah Dani membaca surah pendinding sku seperti nampak kelibat diluar pagar.

“Jangan takut ye Syaz, Dia takkan dapat masuk . Pejam mata kalau takut” ujar ayah Dani. Aku pejam mata. Ye dahiku mula berpeluh-peluh. Tiba-tiba, dada ku terasa berat dan sukar bernafas.
“Pakcik,Syaz sesak nafas. Allahuakbar” nafasku tersekat-sekat. Dadaku berombak. Ya allah jangan tarik nyawa aku dulu. Banyak dosa aku ni. Mama cuba menggapai tangan aku. Pipi mama sudah basah dengan air mata. “Jangan pegang dia. Nnti kamu pulak yang kena. Syaz kena kuat semangat, Lawan balik dan selawat banyak-banyak. Ada orang dengki ni dengan Syaz” aku mula mengeluarkan air mata. Aku takut. Aku memang tak boleh bernafas langsung. Kesakitanku bersilih ganti. Kepala aku seakan dicucuk oleh paku. Aku menjerit kesakitan. Ayah Dani masih fokus membaca ayat suci alquran.

“Dani tolong ambik baldi dan terus bagi Syaz pegang” arah Ayah dani. Sesaat setelah Dani memberikan aku baldi. Ayah Dani menyuruh aku supaya bersama-samanya menyebut Allahuakbar. Pada saat itu, aku memuntahkan benda yang berbau busuk. Lantas, aku menangis sepuasnya. Aku takut. Aku terus peluk mama.

“Sebenarnya, Dani dah bagitahu pakcik yang dia ada nampak lembaga hitam dibelakang kamu masa kamu jogging. Lepas ni, Syaz kena berhati-hati dengan apa yang Syaz cakap dengan apa yang Syaz makan. Jangan makan sembarangan apa yang orang bagi. Cuba Syaz pandang diluar pagar tu. Syaz nampak siapa tu. Dia datang sebab tidak puas hati sebab Syaz sembuh. Jangan risau, Allah itu Maha berkuasa. Kuasa penyembuhan itu ditanganNYA. Lepas ni sentiasa selawat baca surah pendinding diri. Insyaallah Allah sentiasa melindungi hambanya” aku mengangguk tanda setuju. Ayah Dani memberikan air yang dibaca ayat suci alquran kepada ku. Aku kena mandi dengan 1 botol air tu dan selebihnya aku kena minum.
Malam tu, aku tak dapat tidur memikirkan muka Syidi semasa aku berubat tadi. Sanggup dia. Aku terfikir, mungkin Syidi buat cara kotor untuk dapatkan Wani sebab Wani pernah kata dia tak suka Syidi masa mula-mula. Aku harap Wani baik-baik sahaja di matrik. Aku tidur bertemankan abang along aku. Nasib baik abang long cuti sem.

Pada hari Ahad, aku pulang semula ke matrik. Mama orang yang paling risaukan aku. Yela anak bongsu. Aku positifkan mama yang aku kuat dengan ujian allah ini. Ye aku kena kuat. Malam tu, sedang aku baring-baring di katil aku. Wani menjengah bilik aku. Wani teresak-esak sambil dia duduk disebelah aku. Aku bingkas bangun dari pembaringan aku. Tanjat mak!
“Syaz, aku malu nak cerita. Tapi aku kena cerita dengan kau.” Aku menjenguk ke arah katil roomate aku. Kesemuanya keluar. Line clear! Aku pegang tangan Wani
“Kenapa ni, cerita la dengan aku. Kita kan Bff” ujarkan dengan nada lembut.
“Syidi…Syidi…Syidi dia tercium aku hari tu masa korang balik bermalam. Dia kata Takde siapa nampak. Dia ajak aku pergi blok budak PDT sebab takde orang. Lepas tu dia tarik aku kat dinding. Dan…dia cium aku. Aku nak tolak dia. Tapi aku kaku. Aku nak menjerit. Suara aku tak dengar. Nasib baik ada security guard datang round. Aku sempat lari masuk blok” Aku tergamam. Buntang aku memandang Wani. Ya allah, kawan aku. Nasib baik allah selamatkan dia. Kalau tidak pastinya permata dirinya hilang.
Aku peluk Wani. Aku gosok belakang dia
“Kalau aku cakap, kau jangan marah ok. Sebagai Bff kau, bagi aku Rasyid tu bukan seorang lelaki yang baik untuk kau. Seorang lelaki yang baik. Dia takkan sentuh kau selagi dia belum halal kau .Maksudnya, dia tak hormat kau sebagai seorang perempuan” ujar aku
“Syaz, ada lagi aku nak bagitahu kau. Sejak akhir-akhir ni aku makin culas solat. Aku pulak makin hari aku hilang focus belajar. Badan aku lebam-lebam. Kau tengok ni” Wani tunjukkan tangannya dia dekat aku. Ye, lebam diasama macam aku.
“Kalau aku mintak kau jauhkan diri dari Syidi. Kau sanggup?” tanyaku
“Aku sanggup. Lagipun dah beberapa hari aku tak balas whatsapp dia dan jawab call dia. Aku benci dia”
“Sekarang ni, aku nak kau kembali balik dekat trek kau. Kitakan nak dapat 4 flat sama-sama. Let by gone be by gone. Aku sentiasa ada untuk kau” Aku peluk Wani. Ya allah kau lindungi bff aku ni.

Sejak dari hari itu, setiap kali kami pergi kemana-mana. Kami akan sentiasa lihat kiri dan kanan. Kami takut terserempak dengan Syidi. Dengar macam lawak tapi bila kami nampak dia dari jauh kami akan lari selaju yang boleh sebab nak elak dia. Bukan itu saja, Wani juga pulangkan segala hadiah yang Syidi bagi dekat dia. Berhantu katanya.
Dan pernah sekali itu,Syidi cuba serang aku. Dia kata aku penyebab hubungan Wani dan dia rosak. Nasib baik aku jogging dengan Dani kalau tidak mati aku. Dan ketika itu, Wani pun ikut kami jogging. kami saling berpegang tangan.
“Wani please, i can explain to you baby” ujar Syidi. Nak termuntah hijau aku dengar.
“Bro jangan macam ni, ramai orang tengok ni” Dani tunjuk ke arah pemain ragby.
“Im talking to her! Bla la korang ni. Aku nak cakap dengan makwe aku. Faham tak!”
“Kita dah takda apa-apa la! We are over!” ujar Wani. Aku nampak Dani suruh aku dan Wani masuk blok asrama. Kami berdua lari sekuat hati. Ye takut melihat Syidi. Urat di tangannya timbul begitu juga dengan urat dilehernya. Semoga kau selamat Dani
Malam itu, aku menemani Wani tidur dibiliknya. Dia kata badan dia seram sejuk. Lagipun 3 roomate dia tidur bilik kawan. Aku pon temankan lah. Sempat jugak aku hantar whatsapp pada Dani.
Syaz:
+Kau ok ker?
Dani
-Aku ok aje. Dia bla lepas korang lari. Kau jaga diri. Aku tak da 24 hours untuk protect kau
Syaz:
+Ai ai chief. Bye! Tidur dulu pakcik
Dani:
-Sleeptight little princess.

Aku tutup fone aku. Demam agaknya pakcik ni. Aku lihat, Wani dah terlena. Aku tidur bawah. Dia tidur atas katil. Bertuah punya kawan baik. Taraguna. Letak jer kepala. Terus lena aku sehingga ke bulan.
Aku terjaga dari tidur lena aku kerana dengar bunyi dentuman kilat. Aku melihat susuk seorang lelaki sedang berdiri di pintu. Aku secara reflek kebelakang sambil tangan aku mengejut Wani. Wani turut terjaga kerana tangan aku cubit dia kuat-kuat
“Apa ni sakit la Syaz” rungut Wani.
“Tengok dekat pintu” aku dah naik di atas katil. Wani turut terkejut kerana Syidi berdiri tegak di pintu bilik. Aku dah siku-siku Wani. Plss wani acting sikit goda sikit dia untuk selamat dari sini.
“Ehh Awak, kenapa datang bilik saya ni” ada getaran pada suara Wani
“To see my angel” Syidi mara kearah kami dan menarik tangan Wani. Dalam diam aku mencapai fone aku. Aku telefon roomate aku sebab dia selalu tidur lambat. Aku suruh diapanggil fellow sebab fellow duduk dekat bawah jer.
“Syidi apa kata kita cakap dekat luar. Ni kan blok perempuan. Jelez tau saya bila ade perempuan tengok awak.”
“Taknak! Shidi nak kita selesaikan dalam ni jugak. I miss u” Syidi dah start cium-cium kekura tangan Wani. Dalam hati aku, tolong la cepat sikit fellow datang! Aku dah sumpah takut.
“Dahlah Syidi, kita dah takda apa-apa. Kita focus dulu study. Lepastu baru syidi bincang pasal kahwin” Wani pujuk elok-elok Syidi.
Ting!
Nisha roomate:
+Fellow is coming! Wait there!
“Kau whatsapp siapa haa betina?” Syidi teriak kearah aku
“Mana ada. Dah lah Syidi. Keluar lah. Kau tak rasa berdosa kah nampak aurat kiteorang”
“Ini yang kau nak kan. Aku nak bawak dia ni pergi syurga sekali” lantas sebilah p*sau dikeluarkan dari poketnya. Dan ketika itu, Wani menggigit tangan Syidi dan menendang alat kemaluannya. Kami berlari kearah keluar.
“HOI! Kau nak lari mana?” Syidi bangun dan mengejar kami. Tetapi Fellow kami berjaya tangkap dia. Kami menggigil. Ye takut kerana nyawa kami ketika itu dihujung tanduk.
Syidi dibawa ke balai polis. Kami ditenangkan oleh fellow. Ramai pelajar perempuan yang berkerumun kearah kami. Sibuk jer. Tengah gigil ni. Dani datang kepadaku. Dia terkejut mendengar kejadian yang menimpa kami. Aku dah tak mampu nak bercakap. Aku termenung kosong. Sehinggalah, sir adib merupakan pensyarah agama islam menawarkan kami air supaya untuk kembalikan semangat kami.

Hari berlalu tetapi memori hitam itu tidak padam dari kotak fikiran aku dan Wani. Syidi dibuang dari kolej. Aku dan Wani berjaya menamatkan pelajaran kami dan Ye aku dan Dani berpisah sebab dia dah masuk Um dalam bidang engineering dan aku berjaya melayakkan diri ke UPM dalam bidang perubatan. Alhamdulilah. Doakan agar aku berjaya. Luv uolss 

Dapatkan Komik Kisah Hantu Bercerita Disini :-

HANTU PELAJAR

 


Penulisan aku seterusnya ini adalah berdasarkan kisah urban legend di UUM sekitar akhir tahun 90-an. Asal usul cerita tidak diketahui tetapi berlegar dikalangan pelajar terutama minggu-minggu peperiksaan hinggakan mengganggu proses study di sebuah bilik study yang di sediakan pihak kolej. Maaf jika aku karang melebih-lebih dan menokok tambah.

“Oklah mama, Zura nak pergi study dengan kawan-kawan di bilik study” Zura mengakhiri panggilan telefon dengan mamanya. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan dan semestinya sebagai pelajar tahun 2 di Universiti Utara Malaysia ini, pencapaian peperiksaan sesuatu yang penting.

Ntah mengapa malam ini terasa dingin sekali. Agaknya lokasi universiti ini sendiri terletak di kawasan lembah. Tidak kurang pelbagai cerita seram berlegar di kalangan pelajar. Paling terbaru, bila Jemi bercerita dia dan rakan-rakan sedang sibuk bermain game diablo minggu lepas. Tiba-tiba kedengaran bunyi angsa terbang di tingkap aras 3 mereka. Apa lagi semua pelahan-pelahan masuk bilik masing-masing bila salah seorang mengesahkan Cik Langsuir bergetayangan di tingkap aras mereka.

“Alah kau ni mi. Ntah-ntah memang angsa betul. Dasar jantan penakut” Ejek si Zura kepada Jemi.
“Lagipun abang aku cakap, kalau kita berani, ‘dia’ takut lah” Tambah Zura lagi yang teringatkan abangnya Aznan di Melaka.

Perbualan itu, dua hari lepas. Malam ini seperti menyesal pula si Zura lancang memidas kata-kata Jemi. Sudahlah dia juga berada di aras 3 sama seperti aras Jemi. Cuma blok sahaja yang berlainan.

Jam merangkak ke pukul 10.10 malam. Malam masih muda. Roomatenya ntah ke mana bawa haluan atau mungkin juga telah menunggu di bilik study seperti biasa. Aras ini juga kosong. Memang besar kemungkinan mereka berkumpul di bilik study. Dengan rasa percaya rakan-rakannya berada di bilik study, Zura melangkahkan kaki ke bilik tersebut yang terletak di hujung aras ini.

“Aii, sekor pun takde” Rungut Zura sambil terus masuk ke dalam bilik study tersebut. Lampu dan kipas telah sedia terpasang dan Zura terus ke meja panjang mengambil posisi mengadap pintu masuk. Kalau ada sesiapa lalu senang dia panggil. Itu fikir zura.

Sedang Zura asyik merangka nota-nota kecil. “Psstttt….” Tiba-tiba satu bunyi aneh. Terkejut Zura. Diikuti bau seperti buah oren atau limau atau lemon. Yang pasti sesuatu yang masam tetapi wangi. Meremang bulu tengkuk Zura. “Pssttt…” sekali lagi bunyi itu menjelma bersama bau yang sama. Segera Zura berpaling ke dinding belakangnya. Kosong. Tiada sesiapa di situ. Lembaga pun tiada. Angsa pun tiada.

“Takkan hantu mandarin pulak” Bisik hati Zura.
“Kalau hantu Cina aku akan tutup hidung tidak bernafas” Terus hati Zura berbisik sambil mempraktikkan jurus tahan nafas beberapa kali.

“Psssttt…” Bunyi lagi.
“Hoi Keluarlah kau kalau berani.. main pesitt.. pesitt pulak kau!” Zura sengaja bersuara konon-konon dia berani. Dia bangun dan memerhati di dinding belakang. Mana tahu ada cicak berjemaah menakutkan dia.

“Binawey. Sapalah letak Air Refreshener Automatic Spray Kat dinding ni”. Kata Zura.

Zura kembali duduk dan serta merta terkejut dia. Di kerusi hadapannya duduk seorang pelajar sedang menelaah buku. “Ntah bila minah ni masuk” Bisik hati Zura. Zura meneruskan proses studynya tanpa menghiraukan ‘rakan’ dihadapannya. Cuma sesekali Zura melirikkan matanya ke gadis di hadapannya.
“Putihnya tangan. Mesti cantik budak ni. Tapi aku macam tak perasan pulak ada budak ni di aras ni” Bisik hati kecil Zura.
“Ah. Mungkin budak baru yang aku tak perasan kot” Zura cuma mententeramkan hatinya.

Entah macam mana, tiba-tiba salah satu pen Zura terjatuh di bawah meja. Zura terus menundukan kepala untuk mengambil pennya. Sejurus memegang pen zura memandang di hadapan. “Ya Allah, lembaga di hadapannya tiada kaki” Hampir Zura menjeritkan suaranya. Kosong ruangan bawah kerusi itu hingga boleh dia melihat pintu keluar di hadapannya. Zura berfikir pantas. Dia tidak mahu ‘lembaga’ itu tahu dia dalam ketakutan. Lebih baik di dalam keadaan seperti tadi dan dia harus segera keluar dari bilik study ini.

Zura bangun pelahan.. “Huarrghhh” Zura sangap kerana ingin menjalankan strategi yang difikirkan tadi.

“Saya mengantuklah, saya hendak balik bilik” Degupan jantung Zura bagai hendak pecah kerana cuma mengawal ketakutannya.
Zura pelahan bangun dari kerusi sambil mengemaskan barangnya.

Tiba-tiba gadis itu bersuara ” Awak dah tahu ke?”. Serta merta bulu roma Zura berdiri sama macam dia berdiri. Zura membisu dan terus bergerak ke pintu. Rasa macam jauh pula pintu.

“Awaakkk… pemadam awak jatuh di kaki saya. Awak dah tahu ke?” Bertambah laju Zura berjalan.

Sampai di pintu Zura sempat melirikan mata ke dalam bilik study. Hilang??.

Tiba-tiba…. “Psssttttt….” “Bau kari????”

Segera Zura berlari ke bilik.

Dapatkan Komik Kisah Hantu Bercerita Disini :-