Rabu, 6 November 2024
RESEPI PUTU MAYAM
BAHAN-BAHAN:
Tepung Beras 1 kg.
Air Panas lebih kurang 1 1/2 liter.
Garam secukup rasa.
Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).
.
CARA MEMBUAT:
1. Masukan tepung beras dalam sebuah bekas.
Didihkan air dan masukkan garam supaya larut.
Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam
tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi
doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan
dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada
tangan anda. Bahagikan doh kepada 3 atau 4
bahagian.
2. Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain
putih bersih sebagai pelapis pada bekas
pengukus. Masukkan bahagian doh kedalam
acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau
pemerahan mengikut saiz yang perlukan.
Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan
dengan menekan sedikit kepada putu mayam
supaya tidak terbarai apabila sedia masak.
3. Kukus 5-10 minit. Hidangkan dengan kelapa
parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau
ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan
dua helai daun pandan dalam air mendidih dan
campurkan perwarna hijau.
Tepung Putu Mayam :-
https://s.shopee.com.my/qODFJoVlo
RESEPI BIHUN PINK KELATE
Bila nampak BIHUN PINK KELATE resepi dari Fariza Mohd Ghazali dah viral rasa mcm nk buat jgk. Sgt2 simple makan dgn keropok yg diramas2 dan cili padi kicap, menambah jgk saya td.
BAHAN-BAHAN :
1/2 bungkus bihun rendam dgn pewarna pink rose sehingga warna yg dikehendaki. Kemudian celur bg lembut tapiskan bihun tu ketepikan
Kangkung celur ketepikan
Bahan tumis
1/2 labu bwg putih dicincang
Udang kering tumbuk Kasar/udang hidup yg kecil
(Tp Kita pakai udang kering)
Sedikit sos labu
Cili api ptg kasar (pd yg suka pedas)
Garam
Gula
Ajinomoto
CARA MEMASAK :
Tumis bwg putih, udang kering, cili api tumis hingga wangi.
kemudian masukkan dlm 2 sudu besar sos labu, garam, gula, ajinomoto kacau sekejap.
Masukkan bihun yg dicelur tadi dgn kangkung celur kkk msk lama sgt sebab bihun tadi dah di celur dgn air panas.
*kalau guna sos labu saje tak jd sgt pink mcm ni sgt, kena campur juga pewarna tp terpulang la nk letak pewarna atau tak.
Kredit : Empunya resepi.
SELAMAT MENCUBA 👍
Bihun :-
https://s.shopee.com.my/50DmCuiznM
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...