30 Jun

Solat Sunat Aidiladha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban.
 .
.

 A.  Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha

1.  Niat:

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.

.

.

2.  Pada rakaat pertama:

   a.  Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
.
c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
.
.
3.  Rakaat ke-dua:
a.     Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
.
c.     Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
 .
.

KHUTBAH AIDILADHA

Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.
Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ )  manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
.
.

TAKBIR

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan dan kehidupan. Slogan ‘Allahuakbar’. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar.
.
Ketika mula menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga ‘Allahuakbar.
Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah.
.

Takbir Raya

اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ  –  × 5/3

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ  مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ   

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
.
.
Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
 .
.

Adab Solat Sunat Hari Raya

1.  Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.
2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir  sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).
3.  Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.
4.  Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai.  Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.
5. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.
6.  Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.
7.   Apabila hari raya bertepatan jatuh pada hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya dengan syarat mereka tinggal jauh dari masjid sehingga menyukarkan untuk datang semula dan mereka cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.
8.  Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.
.
.

HIKMAH AIDILADHA

  1. Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  2. Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

c&p shafiqlobu

Solat Sunat Witir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
.
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
.
.

Witir Penutup Solat

.
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
.
.

 Fadhilat Solat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.
.
.

Cara Melaksanakannya:

.
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
.
4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
.
Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
.
.

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

.
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
.
Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
.
2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:
3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:
.
5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir
.
.

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

.
  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam“Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
C&P~ shafiqolbu.

Solat Sunat

Solat sunat atau nawafil’ adalah solat-solat selain daripada yang telah difardhukan. Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung (melengkapi) sebarang kekurangan dalam amalan fardhu. Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, disamping mengharapkan pahala dan Keredhaan-Nya.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?”Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.”   (HR At-Tirmizi r.a.)

Peluang Meraih Ganjaran
Bagi meningkatkan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT di samping meraih ganjaran pahala seberapa banyak yang mungkin, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya mengerjakan berbagai jenis solat sunat dimana baginda sendiri mengamalkannya. Dalam sehari semalam, terdapat lebih lima puluh jenis solat sunat yang boleh diamalkan mengikut waktu-waktu tertentu ataupun bila-bila masa yang sesuai.

Dua Kategori Solat Sunat
Kesemua solat sunat terbahagi kepada 2 jenis iaitu;
  1. Solat-solat sunat Mu’akkad (dituntut atau digalakkan)
  2. Solat-solat sunat Ghair Mu’akkad. (tidak dituntut).
.
Dua Bahagian Solat Sunat
  1. Solat-solat sunat Rawatib (solat sunat mengiringi solat fardhu sama ada Qabliyyah atau Ba’diyyah).
  2. Solat-solat sunat selain dari Rawatib.
.
Solat Sunat Afdal Di Rumah
Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik solat ialah solat seorang lelaki di rumahnya kecuali yang fardu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Solat yang dikerjakan oleh seorang lelaki di rumahnya merupakan cahaya. Maka sesiapa yang mengkehendakinya, ia dapat menyinari rumahnya sehingga bercahaya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
.
Solat Sunat Yang Afdal Berjama’ah
Misalnya solat sunat 2 Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), solat Tarawih dan solat Gerhana Bulan dan Matahari.
.
Waktu Yang Di Larang Solat
  1. Selepas solat fardhu Subuh hingga terbit matahari.
  2. Mulai terbit matahari hingga matahari naik kadar segalah atau 7 hasta.
  3. Waktu Istiwa’ (rembang) iaitu matahari tepat di atas kepala sehingga gelincir matahari kecuali pada hari Juma’at.
  4. Selepas solat fardhu Asar hingga terbenam matahari.
  5. Waktu cahaya matahari kekuningan di ufuk (syafa’ merah) hingga ia terbenam.
.
Kelebihan Dan Fadilat Solat Sunat
Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW,  setengah-setengah solat sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.
  • Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
  • Begitu juga mereka yang mengamalkan solat sunat Dhuha, rezekinya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya.
  • Orang yang mengerjakan solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Orang yang mengamalkan solat sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri.
.
Hikmah Solat Sunat
  • Mendekatkan diri kepada Allah.
  • Dapat membentuk peribadi yang mulia.
  • Dapat membentuk akhlak diri yang terpuji.
  • Menampung kekurangan dalam solat fardu.
  • Memperolehi ketenangan diri dan perasaan.
  • Menjadikan diri sebagai mukmin yang sejati.
  • Menghindarkan diri daripada segala larangan Allah.
  • Menjadikan mukmin sentiasa mengingati Allah SWT.
  • Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah.
  • Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah.
  • Mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
  • Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan akhirat.

c&p : shafiqolbu

10 Idea Jana pendapatan sampingan untuk pelajar IPTA/IPTS

1. Buat bisnes online berasaskan konsep dropship

Ada macam-macam produk yang anda boleh jual kat luar sana, sama ada gadget, smartphone, tab, barangan kosmestik, barangan kecantikan dan sebagainya. Semua ini boleh dilakukan menggunakan kaedah dropship sahaja.Jangan mengada-ngada nak keluar modal untuk simpan stok melainkan anda benar-benar yakin dah ada ready buyer. Sebagai pelajar, tugas dan tanggungjawab hakiki anda adalah untuk BELAJAR. Itu sahaja. Namun, ini bukanlah bermaksud anda tak boleh cuba-cuba untuk ceburi bidang perniagaan. Anda memang sangat digalakkan untuk berniaga, TETAPI jangan sampai anda disibukkan dengan hal-hal perniagaan melebihi hal-hal pelajaran.Begini maksud saya, jika anda berniaga dengan cara biasa, iaitu anda order stok dari supplier, kemudian anda baru cari pelanggan, nanti anda akan busy dan fokus anda akan terganggu setiap kali anda terlihat stok barangan jualan yang tak laku. Jadi, untuk elakkan gangguan fokus, kan lagi baik anda fokus je pada perniagaan konsep Dropship. Risikonya lebih rendah dan pada masa sama, anda berpeluang untuk jana lagi banyak pendapatan.

2.Jalankan bisnes Trading
Dalam bisnes trading, ada dua konsep yang boleh anda lakukan, sama ada konsep B2B (Business to business) ataupun B2C (Business to consumer). Kalau anda pilih jenis yang B2B, contohnya adalah seperti anda mendapatkan supplier yang boleh membekalkan sandwich dan anda jualkan sandwich itu tadi kepada cafe tempat anda belajar.Bayaran untuk jualan kepada cafe itu tadi sama ada ikut kaedah bill to bill, cash term, credit term ataupun consignment. Cara ini lebih mudah sebabnya anda hanya perlu berurusan dengan satu pihak sahaja untuk menghabiskan stok sandwich anda tu tadi. Atau pun cara kedua, ialah B2C yang mana anda perlu jual sendiri barangan yang anda ingin niagakan. Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.Apa yang biasa saya nampak dilakukan di Universiti, ada pelajar yang jual air mineral dengan harga RM1 dan meletakkan tabung khas untuk bayaran. Jadinya, pelanggan yang nak beli boleh masukkan duit dalam tabung tu. Kaedah ini risiko agak besar, sebabnya kalau ada orang yang hatinya kotor, dia mungkin akan curi duit anda ataupun ambil barang anda tanpa bayar apa-apa.
3. Servis cuci Baju atau servis lipat baju
Student ni, kadang-kadang mereka tak ada masa nak cuci pakaian sendiri. Dah la tak ada masa nak cuci pakaian sendiri, kadang-kadang tu nak lipat baju pun tak ada masa. Terlalu sibuk dengan study, assignment, kuiz dan aktiviti kokurikulum. Jadi, kebanyakkannya memang akan hantar baju ke dobi sahaja.Bolehlah buat servis ni, itupun kalau anda ada masa. Apa yang saya lihat, sekarang ni ada banyak juga tempat yang buka kedai dobi self service. Anda boleh gunakan servis ini untuk membantu perniagaan ala-ala dobi anda tu nanti.
4.Jual Topup
Semua orang ada handphone kan sekarang ni? Masa zaman saya belajar dulu, ramai betul yang jadi taukey topup. Siap cari ejen lagi untuk jualkan topup. Itu zaman saya la. Zaman sekarang ni, berbeza sikit.
Mana-mana yang nak buat duit dengan handphone, mereka akan buat duit dengan jual simkad. Instead off jadi promoter topup, sekarang dah boleh jadi promoter simkad. Lebih untung dan tak kiralah kat mana pelanggan tu nak topup nanti, tetap boleh dapat komisyen.Contohnya simkad onexox ataupun simkad tone excel
5. Job Dirumah
Jobdirumah ni sesuai untuk pelajar yang ada kemahiran tertentu dan ingin buat duit tambahan daripada kemahiran yang dimiliki. Ada banyak tugasan-tugasan, sama ada yang susah ataupun yang mudah seperti menaip, menterjemah dan sebagainya yang boleh dilakukan. Cara kerja job Dirumah ni adalah ala-ala freelancer. Jika masa di peringkat study lagi anda dah biasa dengan kerja-kerja freelancing, saya percaya, anda tak ada masalah untuk buat duit bila dah grad nanti. Even kalau lambat dapat tawaran kerja pun tak ada masalah.
6.Jual servis pelik di Fiverr
Kita pergi ke peringkat global. Ada satu laman web yang dikenali sebagai Fiverr yang anda boleh jadikan platform untuk anda jual servis atau bakat anda. Servis-servis pelik yang ada ditawarkan di fiver adalah seperti menyanyi ikut rentak tertentu sempena hari jadi, hasilkan video dalam bentuk animasi dan banyak lagilah.
7.Blogging.
Dulu saya tulis blog sebab nak buat nota belajar. Sambil tulis dalam blog, sambil tu saya boleh ingat apa yang saya baru belajar. Pada masa yang sama, saya pun dapat improve typing speed.
Bila anda tulis blog, anda boleh buat duit dari pelbagai cabang, antaranya program affilate, program pengiklanan, jualan produk sendiri ataupun jualan servis. Kaedah ini memang terbukti boleh buat duit. Sebab tu saya sampai sekarang masih lagi gigih update blog ha ha
 8.Bisnes Printing
Dengan bisnes printing ni sebenarnya ada macam-macam cara untuk anda buat duit. Lazimnya, siapa-siapa yang ada printer tu, boleh la tawarkan perkhidmatan printing assignment dan sebagainya. Itu cara biasa. Nak yang LUAR BIASA tak? Kita buat cara kedai-kedai printing besar buat bisnes, tetapi yang ini kita tak gunakan modal yang besar sangat.
9.Live Streaming
Konsep live streaming ni ialah kita mengeksploitasi minat sebahagian peminat-peminat sukan untuk menonton siaran sukan menerusi live streaming sahaja. 

10. Tusyen dan personal coaching

Ok personal tutor. Itupun jika anda mempunyai kefahaman dan penguasaan yang baik dalam subjek-subjek tertentu. Ada banyak sebenarnya student yang TAKUT GAGAL dan tak kisah nak belajar dari anda. Semua ni semata-mata mereka dapat kekalkan score CGPA yang baik.
Kalau anda tak berapa yakin nak mengajar rakan-rakan sebaya ataupun yang mungkin lebih berusia dari anda, boleh juga ofer servis personal tutor kepada adik-adik yang baru nak ambik exam SPM dan sebagainya, bila kita perhalusi, ada banyak betul peluang untuk kita buat duit yang terhidang kat luar sana. Anda perlu korbankan sesuatu, untuk dapatkan sesuatu yang berharga. Dalam konteks nak buat duit bagi golongan pelajar ni misalnya, anda terpaksa korbankan masa untuk anda bersuka ria dan bersosial dengan rakan-rakan anda untuk buat duit.
Satu ilmu yang tak diajar di universiti adalah ilmu buat duit. Jadi, jika anda berjaya memecahkan formula bagaimana nak buat duit, saya percaya anda berpotensi untuk menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding rakan-rakan lain yang tak pernah peduli pun untuk explore cara-cara nak buat duit dari zaman belajar lagi.
Apa yang penting, jangan sampai terabaikan pelajaran anda!
c&p
sabreehussin.com/10-idea-jana-pendapatan-sampingan-untuk-pelajar-ipta-ipts/

26 Jun

Urusan ASB hanya menggunakan mykad tanpa menggunakan buku

Sebagai langkah meningkat taraf perkhidmatan ASB, kini Unit Trust System (UTS) akan dinaiktaraf kepada Fund Distribution System (FDS).

Ini bermaksud semua urusniaga saham PNB akan menggunakan satu nombor akaun sahaja. Ini lebih menjimatkan masa dan lebih efisyen. Penambahbaikan sistem operasi ini juga membolehkan ASNB meluaskan rangkaian ejen yang menawarkan urus niaga ASB, seperti Bank Simpanan Nasional, Affin Bank dan Ambank. Ini menjadikan rangkaian cawangan ejen ASNB yang menawarkan ASB kini meningkat kepada 2,262 cawangan.

Mulai 28 Jun 2017, semua urusniaga ASB hanya menggunakan Mykad sahaja.

Perlu diingat juga, transaksi ASB akan ditangguhkan pada 23 Jun 2017, manakala bagi pelabur di Kelantan dan Terengganu, penangguhan urus niaga sehingga 27 Jun 2017.

Sila rancang pengeluaran ASB anda kerana penangguhan ini agak lama dan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.

05 Februari

SHALAHUDDIN AL-AYYUBI


Kali ini kita akan bercerita tentang seorang laki-laki mulia dan memiliki peranan yang besar dalam sejarah Islam, seorang panglima Islam, serta kebanggaan suku Kurdi, ia adalah Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub bin Syadi atau yang lebih dikenal dengan Shalahuddin al-Ayyubi atau juga Saladin. Ia adalah seorang laki-laki yang mungkin sebanding dengan seribu laki-laki lainnya.
Asal dan Masa Pertumbuhannya
tikritShalahuddin al-Ayyubi adalah laki-laki dari kalangan ‘ajam (non-Arab), tidak seperti yang disangkakan oleh sebagian orang bahwa Shalahuddin adalah orang Arab, ia berasal dari suku Kurdi. Ia lahir pada tahun 1138 M di Kota Tikrit, Irak, kota yang terletak antara Baghdad dan Mosul. Ia melengkapi orang-orang besar dalam sejarah Islam yang bukan berasal dari bangsa Arab, seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmidzi, dan lain-lain.
Karena suatu alasan, kelahiran Shalahuddin memaksa ayahnya untuk meninggalkan Tikrit sehingga sang ayah merasa kelahiran anaknya ini menyusahkan dan merugikannya. Namun kala itu ada orang yang menasihatinya, “Engkau tidak pernah tahu, bisa jadi anakmu ini akan menjadi seorang raja yang reputasinya sangat cemerlang.”
Dari Tikrit, keluarga Kurdi ini berpindah menuju Mosul. Sang ayah, Najmuddin Ayyub tinggal bersama seorang pemimpin besar lainnya yakni Imaduddin az-Zanki. Imaduddin az-Zanki memuliakan keluarga ini, dan Shalahuddin pun tumbuh di lingkungan yang penuh keberkahan dan kerabat yang terhormat. Di lingkungan barunya dia belajar menunggang kuda, menggunakan senjata, dan tumbuh dalam lingkungan yang sangat mencintai jihad. Di tempat ini juga Shalahuddin kecil mulai mempelajari Alquran, menghafal hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, mempelajari bahasa dan sastra Arab, dan ilmu-ilmu lainnya.
Diangkat Menjadi Mentri di Mesir
Sebelum kedatangan Shalahuddin al-Ayyubi, Mesir merupakan wilayah kekuasaan kerajaan Syiah, Daulah Fathimiyah. Kemudian pada masa berikutnya Dinasti Fathimiyah yang berjalan stabil mulai digoncang pergolakan di dalam negerinya. Orang-orang Turki, Sudan, dan Maroko menginginkan adanya revolusi. Saat itu Nuruddin Mahmud, paman Shalahuddin, melihat sebuah peluang untuk menaklukkan kerajaan Syiah ini, ia berpandangan penaklukkan Daulah Fathimiyyah adalah jalan lapang untuk membebaskan Jerusalem dari kekuasaan Pasukan Salib.
Nuruddin benar-benar merealisasikan cita-citanya, ia mengirim pasukan dari Damaskus yang dipimpin oleh Asaduddin Syirkuh untuk membantu keponakannya, Shalahuddin al-Ayyubi, di Mesir. Mengetahui kedatangan pasukan besar ini, sebagian Pasukan Salib yang berada di Mesir pun lari kocar-kacir sehingga yang dihadapi oleh Asaduddin dan Shalahuddin hanyalah orang-orang Fathimyah saja. Daulah Fathimiyah berhasil dihancurkan dan Shalahuddin diangkat menjadi mentri di wilayah Mesir. Namun tidak lama menjabat sebagai menteri di Mesir, dua bulan kemudian Shalahuddin diangkat sebagai wakil dari Khalifah Dinasti Ayyubiyah.
Selama dua bulan memerintah Mesir, Shalahuddin membuat kebijakan-kebijakan progresif yang visioner. Ia membangun dua sekolah besar berdasarkan madzhab Ahlussunnah wal Jamaah. Hal ini ia tujukan untuk memberantas pemikiran Syiah yang bercokol sekian lama di tanah Mesir. Hasilnya bisa kita rasakan hingga saat ini, Mesir menjadi salah satu negeri pilar dakwah Ahlussunnah wal Jamaah atau Sunni. Kebijakan lainnya yang ia lakukan adalah mengganti penyebutan nama-nama khalifah Fathimiyah dengan nama-nama khalifah Abbasiyah dalam khutbah Jumat.
Menaklukkan Jerusalem
Persiapan Shalahuddin untuk menggempur Pasukan Salib di Jerusalem benar-benar matang. Ia menggabungkan persiapan keimanan (non-materi) dan persiapan materi yang luar biasa. Persiapan keimanan ia bangun dengan membersihkan akidah Syiah bathiniyah dari dada-dada kaum muslimin dengan membangun madrasah dan menyemarakkakn dakwah, persatuan dan kesatuan umat ditanamkan dan dibangkitkan kesadaran mereka menghadapi Pasukan Salib. Dengan kampanyenya ini ia berhasil menyatukan penduduk Syam, Irak, Yaman, Hijaz, dan Maroko di bawah satu komando. Dari persiapan non-materi ini terbentuklah sebuah pasukan dengan cita-cita yang sama dan memiliki landasan keimanan yang kokoh.
crusadeDari segi fisik Shalahuddin mengadakan pembangunan makas militer, benteng-benteng perbatasan, menambah jumlah pasukan, memperbaiki kapal-kapal perang, membangun rumah sakit, dll.
Pada tahun 580 H, Shalahuddin menderita penyakit yang cukup berat, namun dari situ tekadnya untuk membebaskan Jerusalem semakin membara. Ia bertekad apabila sembuh dari sakitnya, ia akan menaklukkan Pasukan Salib di Jerusalem, membersihkan tanah para nabi tersebut dari kesyirikan trinitas.
Dengan karunia Allah, Shalahuddin pun sembuh dari sakitnya. Ia mulai mewujudkan janjinya untuk membebaskan Jerusalem. Pembebasan Jerusalem bukanlah hal yang mudah, Shalahuddin dan pasukannya harus menghadapi Pasukan Salib di Hathin terlebih dahulu, perang ini dinamakan Perang Hathin, perang besar sebagai pembuka untuk menaklukkan Jerusalem. Dalam perang tersebut kaum muslimin berkekuatan 63.000 pasukan yang terdiri dari para ulama dan orang-orang shaleh, mereka berhasil membunuh 30000 Pasukan Salib dan menawan 30000 lainnya.
Setelah menguras energy di Hathin, akhirnya kaum muslimin tiba di al-Quds, Jerusalem, dengan jumlah pasukan yang besar tentara-tentara Allah ini mengepung kota suci itu. Perang pun berkecamuk, Pasukan Salib sekuat tenaga mempertahankan diri, beberapa pemimpin muslim pun menemui syahid mereka –insya Allah- dalam peperangan ini. Melihat keadaan ini, kaum muslimin semakin bertambah semangat untuk segera menaklukkan Pasukan Salib.
Untuk memancing emosi kaum muslimin, Pasukan Salib memancangkan salib besar di atas Kubatu Shakhrakh. Shalahuddin dan beberapa pasukannya segera bergerak cepat ke sisi terdekat dengan Kubbatu Shakhrakh untuk menghentikan kelancangan Pasukan Salib. Kemudian kaum muslimin berhasil menjatuhkan dan membakar salib tersebut. Setelah itu, jundullah menghancurkan menara-menara dan benteng-benteng al-Quds.
Pasukan Salib mulai terpojok, merek tercerai-berai, dan mengajak berunding untuk menyerah. Namun Shalahuddin menjawab, “Aku tidak akan menyisakan seorang pun dari kaum Nasrani, sebagaimana mereka dahulu tidak menyisakan seorang pun dari umat Islam (ketika menaklukkan Jerusalem)”. Namun pimpinan Pasukan Salib, Balian bin Bazran, mengancam “Jika kaum muslimin tidak mau menjamin keamanan kami, maka kami akan bunuh semua tahanan dari kalangan umat Islam yang jumlahnya hampir mencapai 4000 orang, kami juga akan membunuh anak-anak dan istri-istri kami, menghancurkan bangunan-bangunan, membakar harta benda, menghancurkan Kubatu Shakhrakh, membakar apapun yang bisa kami bakar, dan setelah itu kami akan hadapi kalian sampai darah penghabisan! Satu orang dari kami akan membunuh satu orang dari kalian! Kebaikan apalagi yang bisa engkau harapkan!” Inilah ancaman yang diberikan Pasukan Salib kepada Shalahuddin dan pasukannya.
Dome of The Rock atau Kubatu Shakhrakh
Dome of The Rock atau Kubatu Shakhrakh
Shalahuddin pun mendengarkan dan menuruti kehendak Pasukan Salib dengan syarat setiap laki-laki dari mereka membayar 10 dinar, untuk perempuan 5 dinar, dan anak-anak 2 dinar. Pasukan Salib pergi meninggalkan Jerusalem dengan tertunduk dan hina. Kaum muslimin berhasil membebaskan kota suci ini untuk kedua kalinya.
Shalahuddin memasuki Jerusalem pada hari Jumat 27 Rajab 583 H / 2 Oktober 1187, kota tersebut kembali ke pangkuan umat Islam setelah selama 88 tahun dikuasai oleh orang-orang Nasrani. Kemudian ia mengeluarkan salib-salib yang terdapat di Masjid al-Aqsha, membersihkannya dari segala najis dan kotoran, dan mengembalikan kehormatan masjid tersebut.
Masjid al-Aqsha
Masjid al-Aqsha
Wafatnya Sang Pahlawan
Sebagaimana manusia sebelumnya, baik dari kalangan nabi, rasul, ulama, panglima perang dan yang lainnya, Shalahuddin pun wafat meninggalkan dunia yang fana ini. Ia wafat pada usia 55 tahun, pada 16 Shafar 589 H bertepatan dengan 21 Febuari 1193 di Kota Damaskus. Ia meninggal karena mengalami sakit demam selama 12 hari. Orang-orang ramai menyalati jenazahnya, anak-anaknya Ali, Utsman, dan Ghazi turut hadir menghantarkan sang ayah ke peristirahatannya. Semoga Allah meridhai, merahmati, dan  membalas jasa-jasa engkau wahai pahlawan Islam, sang pembebas Jerusalem.
Sumber:
Shalahuddin al-Ayyubi Bathalu al-Hathin oleh Abdullah Nashir Unwan
Shalahuddin al-Ayyubi oleh Basim al-Usaili
Shalahuddin al-Ayyubi oleh Abu al-Hasan an-Nadawi
Islamstroy.com
Ditulis oleh Nurfitri Hadi
Artikel www.KisahMuslim.com