30 Jun

Solat Sunat Ihram

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
Solat Sunat Ihram ialah solat dua rakaat yang didirikan sebelum berniat memulakan ibadah haji atau umrah. Iaitu solat sunat sebelum berniat ihram yang dilakukan selepas siap mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram.

Solat sebelum berihram bukanlah sebagai satu syarat sahnya ihram, tetapi hukumnya sunnah menurut majoriti ulama.
.
.
.
Cara Melaksanakan Solat Sunat Ihram
.
Apabila selesai berwudhuk, lakukanlah Solat Sunat Ihram dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah سبحانه وتعال semata-mata.
.
.
1.  Niat Solat Sunat Ihram
.
Lafaz Niat Solat Sunat sebelum Ihram:
 niat solat sunnah ihram
.
.
2.  Bacaan Surah
.
Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah: 
.
a)      Raka’at pertama:
Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)

b)  Raka’at kedua:
Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad) 
.
.
3.  Cara Melakukan Solat Ihram
.
Cara melaksanakan Solat Sunat Ihram adalah sama dengan solat sunat dua rakaat biasa yang lain. Berikut adalah ringkasan kaedah mendirikannya:
a.  Rakaat Pertama
                                                        i.            Berniat untuk melakukan Solat Sunat Tawaf
                                                      ii.            Takbiratul Ihram
                                                    iii.            Doa Iftitah
                                                    iv.            Membaca Surah Al-Fatihah
                                                      v.            Membaca Surah Al-Quran
                                                    vi.            Rukuk
                                                  vii.            Iktidal
                                                viii.            Sujud pertama
                                                    ix.            Duduk di antara dua sujud
                                                      x.            Sujud kedua
                                                    xi.            Bangun untuk ke rakaat kedua

b.  Rakaat Kedua
                                                 i.            Ulang (iv – x) seperti pada rakaat pertama, bermula dari membaca Surah Al-Fatihah sehingga Sujud kedua.
                                                      ii.            Duduk untuk Tahiyyat Akhir
                                                    iii.            Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
.
.
4.  Berniat Ihram
.
Selepas selesai Solat Sunat Ihram dua rakaat, maka pasanglah niat Ihram dalam hati bergantung kepada ibadah haji atau umrah yang ingin dilakukan. Lafaz niatnya boleh lihat dan klik di sini.
Namun begitu kesemua niat tersebut tidak semestinya dilafazkan dalam bentuk ucapan, bahkan cukup sekadar lintasan di dalam hati, kemudian membaca Talbiyah.

.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

c&p : shafiqolbu

Solat Sunat Awwabin

Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.
.
.

Fadhilat Solat Awwabin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

 Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
.
.

Doa Sebelum Solat Awwabin

Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:
 
.
.

CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN:

.
1.  Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabin
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:
 
Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut:
1. Surah al-Qadr    1 kali
2. Surah al-Ikhlas   6 kali
3. Surah al-Falaq   1 kali
4. Surah al-Naas    1 kali
.
c.  Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!
.
d.  Baca lafaz berikut selepas memberi salam:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
.
.
2.  Solat Sunat Awwabin
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:
Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
.
.
3.  Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharah
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:
Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 – 70
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 – 38)
.
c.  Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
.
.
by; shafiqolbu

Solat Sunat Asyura

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
.
Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan dua salam.
1.  Niatnya
.
2.  Bacaan selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali.
Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
.
3.  Selepas salam membaca 70 kali;
.
4.  Membaca doa Asyura;
  Rasulullah SAW mengamalkan doa di bawah selepas menunaikan solat:
.

Fadhilat Doa Asyura:

Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik untuk membacanya.
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”   (Riwayat Bukhari dan Muslim)

c&p shafiqolbu

Solat Sunat Aidilfitri

Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.
.
Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun di kawasan lapang dan terbuka.
Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.
.
Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
.
.

A.  Tujuan

.
Tujuan bersolatpada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT  kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan.
.
Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.
.
.

B.  Lafaz Takbir Hari Raya:

.
Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

.
Video dan lafaz Takbir Raya lengkap .. ‘Klik di sini’
.
.

C.  CARA SOLAT AIDIL FITRI

.
Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;
“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”
.
1.  Niat:
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun.
Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
.
.

D.  Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri

.
1.  Pada rakaat pertama:
a.       Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir  (اَلله ُ اَكْبَرُ) tujuh kali yang diselangi tasbih:
.
b.     Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan.
.
c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
.
.
2.  Rakaat ke-dua:
a.      Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
b.     Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
c.      Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
.
.

E.  Khutbah Solat Aidilfitri

.
Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir   (اَلله ُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar;
1.     Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir.
2.     Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir.
.
Diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
.
.

F.  Perempuan

.
Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.
.
.

G.  Adab Solat Aidilfitri

    1. Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).”
    2. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh.
    3. Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan.
    4. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
    5. Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri.
    6. Membanyakkan membaca takbir,tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT.
    7. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam-salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan.
    8. Apabila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jum’at.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
by;
shafiqolbu