30 Jun

Solat Sunat Gerhana

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.
Melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian. Solat Sunat Khusuf waktunya bermula ketika sedang berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan tamatnya gerhana itu. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
.
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
.
.

A.  Solat Gerhana Bulan (Khusuf)

1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
.
2.  Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات

.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء,  اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَات

.
.

B.  Cara Solat Sunat Khusuf

 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:
.

1.  Cara Pertama

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
a.   Rakaat Pertama
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
b.   Rakaat kedua.
1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة

Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”
.

2.  Cara Ke-dua

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
.
  1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
  2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana.
  3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
  4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
  5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
  6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
  7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.


Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

 “Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”  (Riwayat Bukhari r.a.)
.
.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

c&p : shafiqolbu

Solat Sunat Isyraq

Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.
.
.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya  ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.  Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
.
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.”  (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.
.
.

Keutamaan Solat Isyraq

.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

 “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.”  (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
.
Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’.
.
.

Keterangan Hadis

Keterangan lanjut tentang hadis di atas:
 .
  • Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha.
.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti'”  menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)
.
  • Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari terbit dan meninggi.”  (HR Muslim dan at-Tirmidzi)
.
  • Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.
.
  • Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.
.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.
.
  • Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu.
.
.
.
Cara Melakukan Solat Isyraq
.
1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
         
.
2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
.
3.     Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
.
4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
                    Atau;
      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.
.
5.     Selepas salam bacalah doa ini;

.

.

6.     Atau boleh dibaca doa ini;
.
~shafiqolbu~

Solat Sunat Istisqa'

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

solat sunat istisqa'.
Solat Istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada Allah سبحانه وتعالى menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau panjang. Ia merupakan sunat muakkad (sangat dituntut) bagi penduduk Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerubu dan kesukaran memperolehi sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air (hujan).
.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiadalah sesuatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan itu malainkan nanti Allah akan mencabut nikmat-Nya dan membuat penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat, kecuali Allah akan menahan turunnya hujan dari langit.”  Riwayat  Ibnu Majah dan Ibnu Umar.
.
Oleh kerana itu Rasulullah ﷺ telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah سبحانه وتعالى akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya.
.
.
Kaedah Melakukan Solat Sunat Istisqa’
.
A)  Persediaan sebelum melakukan Solat Sunat Istisqa’:
1. Berpuasa sunat selama tiga hari.
2. Meninggalkan segala kezaliman, maksiat dan kemungkaran.
3. Melakukan Solat Sunat Taubat.
4. Beramal soleh seperti berzikir dan bersedekah.
.
B)  Tiga cara untuk meminta hujan turun iaitu:
1. Berdoa secara individu atau beramai-ramai.
2. Diadakan doa khas (mohon hujan) di akhir khutbah kedua Solat Jumaat.
3. Kaedah terbaik adalah mendirikan Solat Sunat Istisqa’ secara berjemaah.
.
Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah digalakkan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian biasa, sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk Solat Sunat Istisqa’.
Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama, imam/khatib hendaklah membaca istighfar sebanyak 9 kali dan 7 kali pada khutbah kedua.
.
Rasulullah ﷺ memindahkan selendangnya secara bertentangan sebelum mengerjakan solat sunat Istisqa’. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata; “Nabi  pernah keluar untuk mengerjakan solat Istisqa’ bersama kami, kemudian Baginda SAW mendirikan solat sebanyak dua rakaat tanpa didahului azan dan iqamah. Setelah itu Baginda  pun menyampaikan khutbah dan berdoa. Kemudian Baginda  mengadap kiblat sambil mengangkat kedua tangannya. Seterusna Baginda  memindahkan selendangnya dari sebelah kiri ke sebelah kanan dan dari sebelah kanan ke sebelah kiri.”  
(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).
.
.

Cara Melaksanakan Solat Sunat Istisqa’

.
1. Lafaz dan niatnya:
a)      Lafaz dan niat solat sendirian:
niat solat istisqa'
.
b)      Lafaz dan niat solat berjemaah:
niat solat berjemaah solat istisqa'
.
2. Selepas membaca doa Iftitah, bacalah takbir dan tasbih berikut sebanyak tujuh kali:
tasbih solat istisqa'
.
3. Selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacaan surah iringan yang disarankan adalah seperti berikut:
    Raka’at pertama:
Surah Al-Hadid atau Surah Al-Qaaf atau Surah Al-A’la.
    Raka’at kedua:
Surah Al-Qmar atau Al-Ghasyiyah.
.
4. Pada raka’at kedua, sebelum membaca Surah Fatihah, hendaklah dibaca takbir dan tasbihyang sama sebanyak lima kali lagi.
tasbih solat istisqa'
.
5. Sekiranya berjemaah, imam atau khatib membaca dua khutbah yang khusus untuk Istisqa’ dan memulakan khutbah pertama dengan beristighfar 9 kali manakala pada khutbah kedua dimulai dengan 7 kali istighfar.
.
6. Berdoa.
.
A)  Doa Selepas Solat Sunat Istisqa’
.
Doa Solat Sunat Istisqa’
Ya Allah! Berilah kepada kami cucuran dengan hujan yang lebat dan menyeluruh. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah jadikan kami orang- orang yang berputus asa. Ya Allah! Jauhkanlah hamba-Mu, negeri, binatang ternak dan semua makhluk dari kehidupan yang dalam kesempitan dan kesukaran. Tiada tempat untuk kami mengadu selain kepada-Mu. Ya Allah! Tumbuhkanlah kepada kami tanaman dan lenyapkanlah dari kami segala kelemahan. Curahkanlah kepada kami berkat dari langit dan  tumbuhkanlah kepada kami berkat dari bumi. Ya Allah! Lenyapkanlah dari kami bala dan bencana. Tiada yang dapat menyingkirkannya melainkan Dikau. Ya Allah! kami  memohon keampunan-Mu. Sesungguhnya Dikau adalah Tuhan yang Maha Pengampun! Maka turunkanlah hujan yang lebat dari langit. Ya Allah! Berilah minuman kepada hamba-hamba-Mu dan binatang ternak-Mu. Sebarkanlah Rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati.
.
.
B)  Atau boleh juga dibaca doa ringkas berikut:
.
Doa Ringkas Solat Istisqa’ 1
.
.

C) Doa-Doa Lain Solat Sunat Istisqa’ boleh didapati dan lihat di sini…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

C&P : Shafiqolbu
.

Solat Sunat Istikarah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.


by; shafiqolbu