14 Oktober

Ketahui Gas dapur anda

Info Penting & Keselamatan Keluarga

Tong Gas Juga mempunyai tarikh luputnya sendiri. Adakah kita periksa bila tong gas tamat tarikh luput?

Jom baca sebagai perkongsian bersama. Kejadian kebakaran akibat tong gas bocor dan meletup sering berlaku. Malang tidak berbau tetapi kita boleh elakkan kejadian ini dengan memastikan tong gas yang dibeli selamat digunakan.

Untuk memeriksa tong gas, lihat di salah satu sisi selinder gas yang mana tarikh luput akan dikodkan secara alpha-numerical,

Contohnya D-17. Huruf A, B, C atau D bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun.

A untuk March (Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk September (Suku ketiga)
D untuk December (Suku keempat)

Digit dibelakang huruf itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa tong gas itu selamat digunakan. Jadi D 17 bermaksud tong gas itu selamat digunakan sehingga December 2017 sahaja.

Langkah kecil ini boleh memastikan keselamatan jiwa keluarga tersayang. C21 tu ,tong gas tu masih selamat diguna sehingga bulan jun tahun 2021.

Tolong Share

12 Oktober

Pengetahuan Am Kereta

JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1> Minyak hitam

Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.

2> Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3> Spark plug

20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.

4> Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L...begitu la citernya!

5> Timing belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!

6> Clutch plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7> Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.

8> Air Filter

Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9> ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!

10> Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11> Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12> Radiator Coolant

Sebotol Rm 15-20... selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13> Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"

14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!

15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

18> Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.

19> Water pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

20> Spark plug

Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.

21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

22> Brake pad

Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.

25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Kredit to FB Limau Ais :)

17 September

PUSAT TAHFIZ TERBAKAR: LEBIH 20 NYAWA TERKORBAN. AL-FATIHAH

Kuala Lumpur, 14 Sept. 2017 - Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

Sumber: Berita Harian Online

Generasi apakah Yang dilahirkan masa kini ???

Berhampiran Maahad Tahfiz Ittifaqiah adanya Taman Tasik Keramat. Di sinilah tempat pasangan muda bermadu kasih di bawah langit gelap, tidak kurang juga ada yang hidu gam dan hisap dadah.

Ia juga menjadi tempat lepak orang muda dikala malam, terutama hujung minggu. Ada beberapa buah gerai makanan sekitar tasik. Ya, mereka nampak remaja yang sedang bermaksiat ini, namun tidak ditegur.

Dah nama pelajar tahfiz, takkanlah nampak remaja sebaya mereka hisap dadah, mereka biarkan sahaja. Boleh jadi mereka tegur, kemudian ejek-mengejek berlaku. Namun teguran atau ejekan itu membawa kepada tragedi yang lebih besar. Sungguh! Aku tak tahu betapa remuknya hati ini.

Semalam, aku sedapkan hati dengan teori Tahfiz dibakar oleh orang upahan Ahlong. Mereka tak puas hati dengan PPIM, mahu bakar bangunan berkenaan, namun tersalah. Nampak juga rasionalnya.

Sebentar tadi, polis sebutkan ia angkara remaja belasan tahun, hati ini seperti dihiris pisau yang tajam. Generasi apa yang telah kita lahirkan hari ini?

Saya jangka kes buli hingga mati di UPNM dahulu sudah tragis dan kejam, rupa-rupanya kes ini lebih dahsyat! Manusia membunuh manusia dengan membakarnya hingga rentung!

Sebagai manusia yang waras, jangan sekali-kali cepat menuding jari kepada ibubapa pesalah. Boleh sahaja sebut mak ayah pandai lahirkan anak, tak pantau mereka, sibuk bekerja, anak jadi syaitan! Elok kau pakai kondom masa berjimak dahulu dari lahirkan zuriat seperti ini!

Persoalannya, betul ke semua kesalahan terletak kepada ibubapa pelaku? Sudah ke kita kaji bagaimana rumah mereka? Adakah ia rumah yang selesa untuk didiami, atau tempat yang sempit untuk didiami.

Bagaimana pula dengan pendapatan isi rumah? Pekerjaan ibubapa mereka? Tahap pendidikan?

Boleh jadi remaja ini sertai kumpulan-kumpulan gengster di ibukota. Cara mereka mengatur strategi untuk membakar itu terlihat profesional. Seolah-olah, ada mastermind yang mengajar mereka semua ini.

Suka untuk saya katakan, remaja yang membunuh ini juga adalah mangsa. Mangsa bagi kepincangan yang berlaku dalam negara. Baik sistem pendidikan, ekonomi, kos sara hidup yang tinggi, kurangnya skil mendidik anak-anak, tak tahu hala tuju hidup serta pembangunan material tidak disertai dengan membangunan insan.

Saya risau sekali bilamana wajah-wajah mereka tular di whatsapp dan facebook. IC mereka didedahkan, alamat rumah mereka terpampang sana sini. Bukankah semua ini akan membuatkan keluarga mereka tidak selamat?

Boleh jadi ada masyarakat yang cari alamat berkenaan, kemudian belasah mak ayah mereka. Boleh jadi juga balas dendam berlaku, dibakar pula rumah remaja ini.

Akhirnya, ia berbalik kepada kita semua. Masyarakat yang tak pedulikan hal orang lain. Nampak budak couple, raba sana sini, comolot, tangkap gambar mereka, viralkan. Netizen sambung maki-maki.

Nampak remaja yang berpeleseran lewat malam, rempit basikal atau motor, maki sahaja yang kita tahu. Tiada inisiatif untuk menyantuni, bahkan untuk membantu. Percayalah, ada sebab mereka jadi macam tu.

Kita tinggal kawasan rumah flat. Hari-hari kita nampak budak hidu gam dan hisap dadah. Mula-mula rasa marah juga, lama-lama ia jadi kebiasaan. Kita terima ia dengan menganggap ini kebiasaan anak muda di tempat ini.

Tuding jari kepada orang lain memang mudah, yang sukarnya adalah untuk menerima hakikat yang membunuh itu juga berpunca dari kita sendiri.

Kita tu boleh jadi rakannya, jirannya, pemimpin setempat, penduduk sekitar, menteri, penggubal dasar, ustaz, ustazah, guru hinggalah Perdana Menteri.

Jika hal semacam ini tak mampu untuk menyedarkan kita betapa teruknya generasi yang telah kita bina dari sistem yang sedia ada, maka jangan pelik ia akan berulang kembali.

Ketika itu, kita akan nampak betapa bodohnya kita tak belajar dari pengalaman, tak berbuat apa-apa untuk membina generasi baru dalam negara, hanya pandai beri komen, lebih sudu dari kuah!

Sungguh, negara ini sudah layak untuk digelar sebagai #NegaraMurai!

Bak kata Tuan Fdaus Ahmad, "Tuhan ambil anak-anak tahfiz dan tinggalkan kita anak-anak hisap syabu. Padan muka kita!"

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA!!!

16 September

Onexox Kuat Makan Data ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam saya dapat maklum balas dari seorang pelanggan.
Katanya
- ONEXOX PENIPU!!! Langgan 1.5gb 2 hari dah habis. Layan facebook dan youtube je pon, bukan download apa2.

Saya tanya
- Maaf cik, (nasib baik awek). Boleh cik screenshot setting mobile data cik, setting facebook dan setting youtube cik

Keputusan screenshot
- mobile data 4G LTE
- facebook video auto play
- Youtube HD Streaming

*Disini saya ingin berpesan. Walaupun anda dah tahu mobile data tidak sesuai untuk streaming. Tapi nak juga streaming, saya nasihatkan anda bijak lah sedikit seperti "smartphone" anda.

*Langgan 1.5gb, memang mcm air kalau 4G LTE HD STREAMING.

Jadi saya telah sediakan screenshot set youtube kaedah utk menjimatkan usage anda. Yang bersesuaian dengan 1.5GB langganan data internet

1 - Buka aplikasi youtube. Tekan 3 titik bertindih dipenjuru atas kanan

2- pilih setting

3- pilih General
on setting "limit mobile data usage" dan off setting "Autoplay"

4- Bila play video, pilih 3 titik bertindih di penjuru atas kanan

5- Pilih quality

6- Pilihlah quality mengikut kesesuaian anda. Mcm saya yang kaya raya ni langgan 8GB, so saya pilih 480p untuk HD. Anda yang langgan 1.5gb jer tuu pilihlah yg low quality supaya kuota data anda x ditelan mcm air dicincang takkan putus..

*Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan terriak bicara. Sekadar gurauan dipagi hari.

"PENJIMATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

#otwao #simkadjimat #murah #sensen #membaziramalansyaitan #usahaone #ugu #rm10 #10fnf #5sen #xox #onexox #ceokoman #4glte #simkadxmasukakal #penjajajalanan #tkkr

C&P..

14 September

Sebuah Inspirasi

Michael Jordan, berkulit hitam, lahir pada tahun 1963, di daerah kumuh Brooklyn, New York. Ia memiliki empat orang saudara, sementara upah ayahnya yang hanya sedikit tidak cukup untuk menafkahi keluarga. Semenjak kecil, ia melewati kehidupannya dalam lingkungan miskin dan penuh diskriminasi, hingga ia Sama Sekali TIDAK BISA MELIHAT HARAPAN MASA DEPANNYA.

Ketika ia berusia tiga belas tahun, ayahnya memberikan sehelai pakaian bekas kepadanya, “Menurutmu, berapa nilai pakaian ini?”

Jordan menjawab, “Mungkin 1 dollar.”

Ayahnya kembali berkata, “Bisakah dijual seharga 2 dollar? Jika engkau berhasil menjualnya, berarti telah membantu ayah dan ibumu.”

Jordan menganggukkan kepalanya, “Saya akan mencobanya, tapi belum tentu bisa berhasil.”

Dengan hati-hati dicucinya pakaian itu hingga bersih. Karena tidak ada setrika untuk melicinkan pakaian, maka ia meratakan pakaian dengan sikat di atas papan datar, kemudian dijemur sampai kering. Keesokan harinya, dibawanya pakaian itu ke stasiun bawah tanah yang ramai, ditawarkannya hingga lebih dari enam jam. Akhirnya Jordan berhasil menjual pakaian itu. Kini ia memegang lembaran uang 2 dollar dan berlarilah ia pulang.

Setelah itu, setiap hari ia mencari pakaian bekas, lalu dirapikan kembali dan dijualnya di keramaian. Lebih dari sepuluh hari kemudian, ayahnya kembali menyerahkan sepotong pakaian bekas kepadanya, “Coba engkau pikirkan bagaimana caranya untuk menjual pakaian ini hingga seharga 20 dolar?”

Kata Jordan, “Bagaimana mungkin? Pakaian ini paling tinggi nilainya hanya 2 dollar.”

Ayahnya kembali memberikan inspirasi, “Mengapa engkau tidak mencobanya dulu? Pasti ada jalan.”

Akhirnya, Jordan mendapatkan satu ide, ia meminta bantuan sepupunya yang belajar melukis untuk menggambarkan Donal Bebek yang lucu dan Mickey Mouse yang nakal pada pakaian itu. Lalu ia berusaha menjualnya di sebuah sekolah anak orang kaya. Tak lama kemudian seorang pengurus rumah tangga yang menjemput tuan kecilnya, membeli pakaian itu untuk tuan kecilnya. Tuan kecil itu yang berusia sepuluh tahun sangat menyukai pakaian itu, sehingga ia memberikan tip 5 dolar. Tentu saja 25 dollar adalah jumlah yang besar bagi Jordan, setara dengan satu bulan gaji dari ayahnya.

Setibanya di rumah, ayahnya kembali memberikan selembar pakaian bekas kepadanya, “Apakah engkau mampu menjualnya kembali dengan harga 200 dolar?” Mata ayahnya tampak berbinar.

Kali ini, Jordan menerima pakaian itu tanpa keraguan sedikit pun. Dua bulan kemudian kebetulan aktris film populer “Charlie Angels”, Farah Fawcett datang ke New York melakukan promo. Setelah konferensi pers, Jordan pun menerobos pihak keamanan untuk mencapai sisi Farah Fawcett dan meminta tanda tangannya di pakaian bekasnya. Ketika Fawcett melihat seorang anak yang polos meminta tanda tangannya, ia dengan senang hati membubuhkan tanda tangannya pada pakaian itu.

Jordan pun berteriak dengan sangat gembira, “Ini adalah sehelai baju kaus yang telah ditandatangani oleh Miss Farah Fawcett, harga jualnya 200 dollar!” Ia pun melelang pakaian itu, hingga seorang pengusaha membelinya dengan harga 1.200 dollar.

Sekembalinya ke rumah, ayahnya dengan meneteskan air mata haru berkata, “Tidak terbayangkan kalau engkau berhasil melakukannya. Anakku! Engkau sungguh hebat!”

Malam itu, Jordan tidur bersama ayahnya. Ayahnya bertanya, “Anakku, dari pengalaman menjual tiga helai pakaian yang sudah kau lakukan, apakah yang berhasil engkau pahami?”

Jordan menjawab dengan rasa haru, “Selama kita mau berpikir dengan otak, pasti ada caranya.”

Ayahnya menganggukkan kepala, kemudian menggelengkan kepala, “Yang engkau katakan tidak salah! Tapi bukan itu maksud ayah. Ayah hanya ingin memberitahumu bahwa sehelai pakaian bekas yang bernilai satu dolar juga bisa Ditingkatkan Nilainya, apalagi kita sebagai MANUSIA yang hidup? Mungkin kita berkulit lebih gelap dan lebih miskin, tapi apa bedanya?”

Seketika dalam pikiran Jordan seakan ada Matahari yang Terbit. Bahkan sehelai Pakaian Bekas saja bisa DITINGKATKAN HARKATNYA, lalu apakah saya punya alasan untuk MEREMEHKAN DIRI SENDIRI?

Sejak saat itu, dalam hal apapun, Michael Jordan merasa bahwa Masa Depannya Indah dan Penuh Harapan.

Potensi diri kita begitu besar, jangan dipandang kecil hanya karena kita terlihat Lecek, Kumal, dan belum “diasah”. Tetaplah berusaha dan teruslah mengasah kecerdasan dalam melakukannya.
SEMANGAT !!*Sebuah Inspirasi*

SEMANGAT !!

05 September

Senarai kenderaan yang tak boleh daftar untuk GrabCar

Perodua Kelisa
Perodua Viva
Perodua Kancil
Perodua Kembara
Perodua Kenari
Inokom Atos
Inokom Matrix
Proton Wira
Proton Iswara
Proton Savvy
Proton Satria Neo ( 2 doors )
Kia Picanto
Kia Spectra
Renault Kangoo
Proton Gen 2
Hyundai i10 (old model)