19 April

"Zaid menyifatkan kemarahan dan kebencian Mahathir terhadap Najib adalah total dan tidak kehabisan."


Menurutnya, kemarahan Mahathir terhadap Najib tidak ada kena mengena dengan 1MDB kerana beliau tidak pernah menghukum sesiapa pun termasuk dirinya sendiri kerana skandal kewangan.

Kebencian dan kemarahan Mahathir terhadap Najib berpunca apabila Ahli Parlimen Pekan itu mahu menjadi Presiden UMNO dan perdana menteri yang agak bebas daripada arahan dan telunjuknya.

Katanya, Mahathir marah Najib kerana Najib menolak permintaannya untuk dana yang besar untuk Proton, selain usaha Najib menjual Proton kepada kumpulan luar yang dapat menghidupkan semula Proton dan menghentikan kerugian besar.

Zaid Ibrahim ini tahu sebab dia bersama Mahathir masa dia mula bergerak secara umum menentang saya termasuk membawa Mahathir ke himpunan BERSIH.

Memang benar bahawa punca Mahathir benci saya bukan sebab 1MDB seperti yang saya tulis dahulu.

Dia memang tahu bukan saya yang rancang untuk songlap 1MDB.

Jika tak percaya, tanyalah soalan ini pada dia.

"Kenapa Najib yang "curi" RM2.6b (tapi sudah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian) tapi Goldman Sachs yang bayar RM16 bilion dan Ambank yang bayar RM2.83 bilion untuk selesaikan kes pula?"

Tengok dia jawab apa.

Dari tahun 2014 lagi (iaitu sebelum berita RM2.6b terkeluar) dia sudah berpakat dengan PM8 untuk tumbangkan saya seperti diakui oleh anak dia sendiri dalam mahkamah tinggi.

(PM8 juga pernah buat perkara yang sama dengan Pak Lah dan selepas itu juga tumbangkan Mahathir sendiri. Sebab itu, saya pecat dia dahulu - bukan sebab dia tanya mengenai 1MDB tapi sebab berkomplot dengan Mahathir bersama beberapa pegawai kerajaan)

“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” kata Mukhriz dalam keterangan di Mahkamah Tinggi.

"13 Julai 2017: Mukhriz Mengaku Mahathir, Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib"
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/07/13/mukhriz-mengaku-tun-m-jatuh-najib

Namun sebelum tahun 2014 pun, Mahathir sudah mula tidak gemar dengan saya apabila saya tolak cadangan dasar dia yang saya anggap ketinggalan zaman, tak adil pada Rakyat atau langsung tak masuk akal.

Dia juga bantah keras sebab saya laksanakan dasar gaji minima dan naikkan gaji penjawat awam (sebab dia mahu Malaysia tetap sebagai negara kos murah untuk tarik pelabur asing) serta dasar BR1M.

Seperti apa yang saya pernah tulis sebelum ini, Mahathir lagi marah pada saya sebab dia salahkan saya apabila anak dia kalah dalam pemilihan UMNO pada akhir tahun 2013 dan selepas itu kerajaan BN tolak permintaan dia sebagai Executive Chairman Proton untuk mendapat geran percuma sebanyak RM3 bilion untuk Proton.

Masa itu Proton sudah 100% milik swasta. Bagaimana pula kerajaan boleh beri wang RM3 bilion secara free kepada sebuah syarikat 100% milik swasta? 

Lebih-lebih lagi, syarikat Proton rugi besar masa itu dan kita berpendapat bahawa memberi wang percuma berbilion-bilion pada Proton tanpa pembahuran dan rakan strategik tidak akan menyelematkan Proton.

"Just two months ago, Minister of International Trade and Industry (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed confirmed that Proton had requested a grant, but said it was not an unusual practice among local industry players. While he did not disclose the amount, it reportedly was as much as RM3 billion, although this was denied by Proton."

"30 May 2014: Edge Weekly: Dr Mahathir as Proton chairman sparks debate"
https://www.theedgemarkets.com/article/edge-weekly-dr-mahathir-proton-chairman-sparks-debate

Ini juga berlaku pada awal tahun 2014. Sebab itu, anak dia kata dia dah berpakat dengan PM8 untuk tumbangkan saya pada tahun 2014 juga.

Sebab itu, Mahathir amat benci pada saya dan selepas dia jadi PM, dia kenakan saya dengan pelbagai jenis dakwaan mahkamah dan tindakan agensi kerajaan (yang diteruskan kerajaan PN).

Tak apalah. Dia nak benci saya buat selama-lamanya, dia punya hal.

Saya tetap tenang sebab saya yakin saya telah berusaha untuk buat paling baik untuk negara dan Rakyat (termasuk berjaya selamatkan Proton) dan saya bukan perompak, penyamun atau penyangak seperti sering diratib dia.

Najib ini cuma seorang sahaja daripada 32 juta penduduk Malaysia.

"18 April 2021: Dr Mahathir akan bertanding atas tiket Bersatu kerana masih marah Najib, Anwar"
https://malaysiagazette.com/2021/04/18/dr-mahathir-akan-bertanding-atas-tiket-bersatu-kerana-masih-marah-najib-anwar/

Coretan,
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Kerajaan BN Bukan Kerajaan Yang Gagal


Kalau semua dok bantai kerajaan, pelabur tak berani masuk?

Ko ingat masa saya PM, pembangkang tak bantai kerajaan ke?

Tiap-tiap hari mereka bantai kia.

Sampai bekas Menteri yang jaga agama tidur tepi jalan, saya digelar kepit dan Mahathir kata isteri saya gemuk sehingga jalan macam gearbox.

Ya, pembangkang bantai kerajaan BN masa saya PM dengan amat kuat sekali tiap-tiap hari tapi pelaburan asing dan ekonomi tetap mantap sehngga pelaburan asing kita masa itu paling tinggi dalam sejarah dan antara tertinggi di ASEAN.

Sebab itu, dividen dan hibah tiap-tiap tahun adalah amat tinggi secara konsisten sepanjang tempoh 9 tahun saya PM.

Takdelah berita Hibah 1.25% atau dividen ASB 4.25% masa itu.

Bukan secara pelaburan asing datang masa kita dibantai teruk dan difitnah kerajaan yang bankrup tapi pelabur asing turut datang ke Malaysia masa itu.

Seperti Raja Saudi, Raja Salman yang datang ke Malaysia dengan pelaburan RM33 bilion.

Kita tak pergi ke sana untuk zoom meeting dengan baginda dan menteri Umrah dan Haji Arab Saudi juga tidak dipecat selepas kita melawat.

Raja Salman yang datang ke Malaysia.

Seperti Jack Ma, pemilik syarikat internet terbesar negara China yang datang ke sini untuk buka data center dan Free Trade Zone Digital.

Dan banyak lagi tahun itu seperti syarikat HSBC, Prudential dan CCCC yang bersetuju buka HQ ASEAN mereka di Malaysia.

Sebab apa? 

Sebab kerajaanBN dulu bukan #kerajaangagal

Coretan,
Facebook Page Rasmi,
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

18 April

Cadangan Dato Seri Najib Razak Kepada Kerajaan Malaysia Cara Untuk Tarikh Pelabur Melabur di Malaysia


Nak tarik pelabur?

1. Henti darurat. Pulihkan demokrasi.

2. Kawal Covid betul-betul. Jgn dengan cara separuh masak. Percepatkan kadar vaksinasi Covid.

3. Jgn salahgunakan perundangan dan institusi kerajaan termasuk LHDN untuk tujuan politik.

4. Pulihkan sebuah kerajaan dipilih Rakyat dengan majoriti yang kukuh tanpa membeli katak.

5. Halatuju dan visi ekonomi yang jelas. Bukan visi seperti WKB2030 yang entah siapa faham.

6. Jgn sesuka hati batal perjanjian-perjanjian projek termasuk projek bersama negara-negara lain.

7. Jgn jual semua aset-aset yang jana pendapatan untuk negara

8. Jgn pilih menteri yang terbukti gagal jaga ekonomi/negara dalam kerajaan PH dan ditugaskan semula dalam kerajaan PN untuk tarik pelabur. Pilih pemimpin yang ada track-record baik.

9. Jgn asyik memberi alasan-alasan tak masuk akal kepada Rakyat seperti "terlalu banyak orang tua dalam parlimen", "perlu 3 tahun 2 bulan untuk integrasi JPN/SPR untuk laksana Undi18", "Graduan perlu bersyukur jika mendapat kerja dengan gaji di bawah gaji minima".

10. Jangan asyik keluarkan kenyataan yang menghakis keyakinan pelabur seperti negara tidak ada wang lagi atau penjawat awam perlu potong gaji untuk bantu ekonomi negara.
 
https://www.facebook.com/11726505964/posts/10157992331440965/?d=n

Coretan,
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Covid-19 : Varian India ini ada dua mutasi dan ramai pakar bimbang sebab ianya menular dengan begitu laju sekali.


Pada 15 Feb 2021, jumlah kes baru Covid negara India adalah sekitar 9,100 orang manakala Malaysia sekitar 2,700 kes.

Masa itu, beberapa pakar berpendapat bahawa keadaan Covid di India sudah reda sebab antara 50% hingga 60% daripada penduduk di sana sudah mencapai imuniti secara semulajadi sebab ramai telah dijangkit dan pulih tanpa disedari.

Namun kes Covid India mula melonjak naik pada bulan lalu dengan kadar amat seram sehingga mencapai lebih 260,000 kes baru semalam.

Lebih 60% daripada kes baru Covid di India didapati adalah dari varian baru yang mempunyai mutasi berkembar yang kini digelar Covid varian India.

Varian-varian berbahaya seperti mutasi UK dan Afrika Selatan (yang telah berjaya menular dalam komuniti tempatan di Malaysia) hanya ada satu mutasi.

Varian India ini ada dua mutasi dan ramai pakar semakin bimbang sebab ianya sedang menular dengan begitu laju sekali.

Kebanyakan yang dijangkit pula adalah orang muda. Mereka yang sakit juga lebih sukar untuk dirawat berbanding varian lain.

Pakar-pakar juga tak pasti jika vaksin Covid yang ada sekarang akan berkesan ke atas varian baru India ini.

Sebelum ini, saya perhatikan dari laporan-laporan MKN bahawa masih ramai pengunjung dari negara India yang sedang masuk ke Malaysia.

Kluster Sivagangga yang mengganas di negeri Kedah tahun lepas  juga berpunca dari pelawat dari India yang ingkar kuarantin.

Dengan ini, saya TUNTUT kerajaan PN naikkan kembali tempoh kuarantin wajib bagi pelawat dari luar negara terutamanya dari negara India dari 7 hingga 10 hari ke 14 hari dengan serta-merta.

Jangan ambil risiko dan jangan memperjudikan nyawa Rakyat dan negara.

Coretan,
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

15 April

TERUMBU LAYANG LAYANG.


Setelah meletusnya konflik ketenteraan antara China dan Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels, China secara terang-terangan menuntut keseluruhan Laut China Selatan sebagai perairan yang berada di bawah takluk dan penguasaannya.

Vietnam pula bertegas mempertahankan Gugusan Paracels dengan alasan gugusan tersebut telah berkurun-kurun di bawah kedaulatannya. 

Konflik ini secara langsung telah membuka mata negara lain yang bersempadan Laut China Selatan untuk membuat tuntutan dan penempatan di terumbu berkenaan termasuklah Malaysia.

Laut China Selatan merupakan laluan perhubungan antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Keindahan dasar lautnya yang diiktiraf antara 10 yang tercantik di dunia juga antara faktor perairan ini menjadi rebutan. 

Ini jelas dengan penempatan yang dibuat oleh Filipina di Terumbu Laksamana yang terletak hanya 26 batu nautika timur laut Terumbu Peninjau dan penempatan Vietnam di Terumbu Perahu yang terletak hanya 35 batu nautika barat laut Terumbu Mantanani. 

Terumbu lain yang berdekatan ialah Pulau Kecil Amboyna dan Terumbu Cornwalis yang diduduki oleh Vietnam.

Berikutan pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979, kabinet telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang berada dalam lingkungan ZEE Malaysia bagi mengukuhkan tuntutan Malaysia di Perairan Spratly. 

Melalui keputusan dan arahan kabinet, kajian terperinci telah dilakukan oleh Rejimen Jurutera Tentera Darat yang mendapati sebahagian sahaja terumbu berada dalam kawasan ZEE yang sesuai untuk didirikan tugu sebagai penanda dan penempatan.

Antaranya ialah Terumbu Layang-Layang (Stesen LIMA TLDM) yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Layang-Layang. Pembinaan tugu bermula pada 21 Jun 80, manakala penempatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM pada Mei 1983. 

Pada awal penubuhan penempatan TLDM di Terumbu Layang-Layang pada tahun 1989, kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini perlu dimajukan sebagai pusat pelancongan seiring dengan kerja-kerja pembangunan ke atas penempatan TLDM.

Dan berikut catatan anggota tentera yang terlibat dalam operasi berkenaan.

1. Awal tahun 80an dahulu belum ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu.

2. Tun Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.

3. Maka ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.

4. Kumpulan pertama seramai 11 anggota mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana. 

5. Ponco digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang, kawasan kering yang terdapat di TLL berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 5 ke 10 kaki lebar. 

6. Jadi, khemah perlu didirikan di atas kawasan kering ini. Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa anggota sedang tidur dan membasahi pakaian dan peralatan yang ada di dalam khemah! Kerana kepenatan, ada juga anggota Paskal yang terus tidur walaupun pakaian mereka telah basah!

7. Makanan yang dibawa adalah ‘Pack Rations’ dan air tawar dibawa dalam ‘jerry can’. Kerana kesulitan bekal-ulang, air tawar hanya digunakan untuk minum dan masak. 

8. Untuk mandi dan mencuci, air laut digunakan sepenuhnya! Hujan yang turun merupakan satu nikmat, dimana akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota untuk mandi dan sebagainya.

9. Memancing merupakan hobi untuk anggota yang tidak bertugas bagi mendapatkan ‘rangsum segar’.

10. Disebabkan ketiaadan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati (Observation Post) di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan khemah baik pada siang atau pun malam hari.

12. Semasa air pasang, anggota perlu meharungi air laut untuk merapat ke tempat tugas di atas batu-batu karang tersebut. 

13. Ada kalanya mereka terpaksa mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam gelap untuk ke tempat tugas di atas batu! 

14. Di siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan pada malam hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China Selatan tanpa sebarang perlindungan. 

15. Pada musim Monsoon pula, mereka dibasahi hujan yang mencurah-curah tanpa henti baik pada siang atau pun di malam hari. 

16. Setelah bertugas di TLL selama dua minggu atau lebih, semua anggota Paskal kelihatan lebih mirip kepada ‘African’ daripada ‘Asian’ kerana terbakar matahari!

17. Kumpulan ini hanya dibekalkan dengan senjata ringan seperti M16 dan GPMG untuk mempertahankan diri.

18. Alat komunikasi yang dibekalkan adalah radio HF TRA 921 dan PRC77. Disebabkan keterbatasan bateri, radio hanya dihidupkan dua kali sehari iaitu pada jam 8 pagi dan 8 malam untuk menghantar ‘sitrep’ (situation report) ke Markas di Labuan.

19. Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat helikopter Nuri TUDM.
20. Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.

21. Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.

22. Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.

23. Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.

24. Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.

25. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.
26. Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.

27. Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur.

28. Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.

29. Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.
30. Akhirnya stesyen LIMA berdiri megah.

Begitulah kisah ATM mengambil pulau terumbu sekangkang kera ini bagi menghalang Vietnam, Filipina dan China masuk campur.

Kemudian kerajaan Malaysia bawah kepimpinan berani Tun Dr Mahahtir menambak terumbu ini, menggunakan tanah yang diangkut dari tumpah darah kita, dari Sabah, sehingga Layang Layang kini berkali ganda saiz asalnya, menempatkan markas tentera, pangkalan TLDM, sebuat resort, sebuah landasan terbang yang mampu daratkan pesawat Hercules C130 dan pesawat tempur.

Kini Pulau Layang Layang adalah kubu pertahanan utama kita di Laut China Selatan, mengawas laut ZEE. 

Layang Layang wujud ketika China menuntut seluruh Laut China Selatan hingga ke pesisir Sabah dan Sarawak.
:
Credit Ali Qaseh


Rumah Anak Yatim Ustaz Ebit Lew di Rumah Kasih Umat' di Durban South Afrika

Sayu sebak gembira sangat. Tercapai cita-cita saya untuk bina 'Rumah Kasih Umat' di Durban South Afrika. Kami ambil 50 orang anak jalanan dan anak yatim. Tak sekolah. Kebanyakannya bukan Islam. Saya beri tanggungjawab pada ustaz ustazah di sana menguruskan. Gaji dan lain-lain akan kami tanggung. Semua free buat anak ini.
Sedih tengok anak ini semua. Sebahagian orang takut dengan mereka. Tapi mereka semua anak yang sangat baik. Tadi sempat buat ice breaking dengan mereka. Sebahagian kami ambil dari jalanan dan tiada mak ayah. Comel jer semua. Rindu anak dekat rumah. Semua cepat mesra dengan kami.

Kami akan daftarkan anak ini sekolah harian. Petang akan sambung kelas dirumah. Disini juga akan siapkan makanan untuk penduduk susah disekitar sini setiap hari. Kami beli tilam, peti ais dan semua keperluan rumah yang lain. 

Tadi masa nak tinggalkan mereka. Semua sebak dan melambai. Semoga menjadi asbab kebaikan.

14 April

Ustaz Ebit Lew Memberi Kasih Sayang Kepada Hamba Allah Sehingga Keringkan Rambut di Bandar Durban, Afrika Selatan


Sayu masa tengok pakcik ni. Kasihan rasa. Masa pusing dekat bandar Durban South Afrika tunggu makanan tiba ternampak seorang seperti orang gila. Tidur tepi longkang dekat kedai. Mundar mandir dan kerja garu kepala. 

Saya terus dekat dan cuba berbual. Scott berumur 60 tahun. 15 tahun tidur dijalanan.  Katanya selalu bila hujan baru mandi. Bila rapat baru tahu dia pernah berkahwin dan ada 3 orang anak. Isterinya dah berkahwin lain seorang boss besar sebuah tempat. Dia kecewa gagal dalam hidupnya. Dia teringat anaknya. Katanya apapun semua salah saya. 
Saya sebut saya cina Malaysia. Dia cerita jackie chan. Saya tanya pernah tengok movie mission imposible. Dia kata tak suka tengok sebab katanya cerita itu mudah jer semua boleh capai dan mudah. Tapi hidup ini tak semudah itu. Tak semua benda kita dapat. Saya cerita bahagia itu dihati dan menerima positif dengan yang terjadi dalam hidup.

Orang tempatan ada yang membantu. Tapi dia memang susah nak ajak buat apa-apa terutama gunting rambut. Sentiasa tidur tepi longkang situ depan kedai. Saya bawa beli baju seluar dan barang lain. Ajak makan kfc. Dan cuba bawa ke hotel. Hari pertama bila ada orang mencelah dia terus menolak semuanya. Saya datang lagi hari kedua. Dari takut-takut dia jadi rapat dengan saya. Macam kawan-kawan dah. Sekarang saya bawa ke hotel disini untuk mandi dan tidur. Dia gembira sangat. Dia macam ketinggalan tentang hp dan lain-lain. Orang tempat semua terkejut dia nak ikut saya. Syukur rasa. 
Saya ada cadangkan tempat tinggal untuknya. Sedang berusaha memujuknya. Berbeza ujian setiap orang. Siapa tahu apa rahsia disebalik semuanya.