15 Mei

Dato Seri Najib Razak Mohon Rakyat Berhati-Hati dan Jaga SOP Semasa Hari Raya Aidilfitri


Saudara dan saudari.

Saya harap semua akan lebih berjaga-jaga pada musim perayaan kerana keadaan Covid sekarang adalah sangat genting dan penularan lebih agresif.

Buat kali pertama, jumlah kes baru Covid di Malaysia hari ini (4,765) telah melepasi negara Indonesia (4,608). Pada saya ini sangat membimbangkan.

Dari segi saiz penduduk, jumlah kes baru Covid Malaysia telah melepasi negara Ameria Syarikat buat kali pertama semalam selepas kita melepasi United Kingdom dua minggu lalu.

Bilangan pesakit ICU (641 orang) dan pesakit paling serius yang memerlukan bantuan pernafasan (244 orang) adalah pada rekod tertinggi.

Bilangan kluster aktif sebanyak 462 adalah rekod tertinggi.

Bilangan kematian baru hari ini adalah 39 orang. Jika kadar ini berterusan untuk tempoh setahun, jumlah mangsa mampu mencecah 14,200.

Sehingga hari ini, 1,761 nyawa telah terkorban akibat Covid. Ia bukan sekadar angka. Mereka yang terkorban ini adalah bapa, ibu, suami, isteri, anak, kakak, nenek, datuk kepada sebuah keluarga. Mereka kehilangan ahli keluarga mereka. 

Kita ucapkan takziah kepada ahli-ahli keluarga mangsa dan moga mereka tabah mendepani kehilangan orang disayangi.

Saya telah kongsikan kebimbangan bulan lepas. Covid telah berakar umbi dalam komuniti akibat pembukaan semula sekolah dan sektor-sektor ekonomi tertentu pada ketika penularan Covid masih tinggi  susulan PKP 2.0 separuh masak.

Pada saya, tidak membuat keputusan pantas untuk tutup semula sekolah apabila lebih 23,000 murid didapati positif Covid pada ketika kluster-kluster pendidikan semakin bertambah pada awal bulan April adalah satu kesilapan yang amat besar sebab ianya membolehkan Covid menular dengan meluas secara senyap melalui kanak-kanak yang tidak bergejala dan tidak sedar mereka positif Covid.

KP KKM turut mengakui, apabila dia kata 80% kes adalah sporadik iaitu tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster.

Varian baru yang lebih berbahaya juga sedang mengancam dalam komuniti setelah kerajaan terlambat 4 bulan untuk naikkan semula tempoh kuarantin dari 7 hari ke 14 hari. 

Vaksin pula lambat dengan hanya 2.2% penduduk Malaysia lengkapi dua dos.

Sebab itu, jaga diri dan jaga keluarga kita. 

Jangan keluar rumah untuk ke sana ke sini ke sana ke sini jika tiada urusan penting. 

Saya faham, anda perlu keluar bekerja kerana SOP yang mengelirukan. Bertabahlah. Jika tiada urusan penting, duduklah di rumah. Kita sendiri mampu mengatasi wabak ini dan kita sudah buktikan tahun lalu. Kita usah berharap lagi pada orang lain, tetapi marilah kita ratakan lengkuk dan hentikan penularan. 

Saya sayang kamu semua dan berdoa semua akan selamat semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri ini. 

Saya doakan agar kehadiran Syawal ini membawa keberkatan dan rahmat kepada kita semua.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

BNM keluarkan laporan fiskal bagi Suku 1 tahun 2021 Hutang Malaysia Terus Naik - Kata Najib Razak

Minggu lepas, BNM keluarkan laporan fiskal bagi Suku 1 tahun 2021.

Suku ini hampir sepenuhnya di bawah perintah darurat di mana akta kewangan telah digantung oleh ordinan Darurat dan kerajaan boleh berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet dan dipantau parlimen.

Hutang langsung negara naik RM37.9 bilion dalam 3 bulan suku 1 2021 sahaja ke RM917.5 bilion.

Pada tahun lepas, hutang negara naik dari RM823.8 bilion pada
akhir suku 1 2020 ke RM879.6 bilion pada akhir suku 4 2020.

Iaitu kenaikan RM55.8 bilion dalam tempoh 3 suku atau purata kenaikan RM18.6 bilion setiap suku.

Tahun 2020 lepas masa PKP 1.0, paling banyak bantuan diberi kerajaan tapi tak ada darurat. Hutang naik purata RM18.6b setiap suku.

Tahun 2021 pula, darurat + PKP 2.0 dilaksana di mana bantuan tidak seberapa tapi hutang naik RM37,9 bilion pula dalam tempoh 3 bulan sahaja. 

Itupun sebelum ambil kira penjualan aset negara, korek tabung KWAN dan duit Petronas.

Perhatikan juga laporan BNM yang sama bagi tahun 2017 masa BN.

Hutang negara RM686.8 bilion dan nisbah hutang kepada KDNK jelas diberi sebagai 50.8%.
(Hutang negara sudah naik 34% atau RM231 bilion selepas PRU14)

Tapi nisbah hutang ini tidak lagi dinyatakan dalam laporan BNM tahun 2021.

Kenapa?

Nisbah hutang negara pada akhir suku 1 tahun 2020 telah naik ke 64.6%

Pada bulan Ogos tahun lepas, RUU kerajaan PN untuk naikkan had hutang dari 55% ke 60% berjaya diluluskan dalam kerajaan.

Pada akhir tahun 2020 pula, had 60% telah dicecah dan menjadi 62.2%.

Masa itu, saya suruh kerajaan PN untuk usulkan sekali lagi untuk naikkan had hutang dari 60% ke 65% supaya tidak melanggar undang-undang kerajaan sendiri.

Tapi kerajaan PN tak layan.

Lalu nisbah hutang naik lagi ke 64.6%.

Kuasa darurat melindungi kerajaan walaupun bajet negara dibuat kerajaan PN sendiri teruk terpecah dan had hutang dinaikkan sendiri diketepikan begitu sahaja.

Tak apa. Bukan dorang yang perlu bayar balik hutang ini masa depan pun. Pinjam pun pinjamlah. Itu hak kerajaan.

Paling pelik ialah suku 1 tahun 2021 ini, begitu banyak dipinjam.

Tapi bantuan PKP 2.0 tak seberapa. Duit entah sudah guna di mana.

Dalam suku 2 ini pula, lagi banyak dipinjam dan tabung KWAN dikorek.

Dan bantuan untuk PKP 3.0 setakat ini pula hanya  panggilan telefon percuma untuk tempoh 12 jam pada malam Raya dari 10 malam hingga 10 pagi walaupun panggilan telefon sebenarnya sudah unlimited call dari dulu lagi.

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157890354055952/?sfnsn=mo


Sumber:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Maaf, saya tak setuju bahawa PKP 3.0 tak beri impak kepada ekonomi - Kata Dato Seri Najib Razak


Ekonomi ini ada dua jenis. Jangan dipukul rata.

Ekonomi eksport/pembuatan dan ekonomi Rakyat tempatan.

Ekonomi eksport dan pembuatan terutamanya barang elektronik adalah kukuh pada masa kini sebab ekonomi-ekonomi gergasi seperti Amerika Syarikat dan China sedang catat pertumbuhan ekonomi yang luar biasa tinggi pada masa kini. 

Pertumbuhan ekonomi Suku 1 tahun 2021:
USA: 6.4%
China: 18.3%
Taiwan: 8.2%
Malaysia: negatif 0.5%

Tapi yang dapat manfaat adalah tauke-tauke dan pemilik asing kilang-kilang besar.

Manakala ekonomi Rakyat tempatan seperti Makcik Kiah sudah tentu terjejas dan sedang berpeluh menghadapi dengan PKP 3.0 hanya dua bulan selepas PKP 2.0 berakhir.

Cuba tanya pengusaha bas sekolah dan pengusaha bas ekspress yang tidak dapat beroperasi.

Tanya pemilik gerai tepi jalan serta restoran yang penjualannya terjejas akibat no dine-in masa PKP.

Tanya pada sesiapa yang terlibat dalam sektor pelancongan dan hiburan yang langsung tidak dibenar beroperasi berbulan-bulan lamanya.

Tanya peniaga-peniaga kecil bazar Ramadan, bazar Aidilfitri atau pasar malam.

Nak kata PKP 3.0 tiada impak besar pada mereka tapi siapakah yang bayar sewa dan gaji pekerja pada akhir bulan?

Ceritanya begini:
PKP 1.0: Rakyat masih ada sedikit simpanan. Bantuan kerajaan banyak.

PKP 2.0: Tabung simpanan Rakyat dah lama pecah. Bantuan kerajaan sikit tapi masih ada duit i-Lestari dan i-Sinar.

PKP 3.0: Tabung simpanan pecah. Duit i-Lestari dan i-Sinar habis diguna tapi masih tak ada bantuan khusus diumum.

Sebab itu, bantuan adalah masih amat diperlukan sebab pemulihan ekonomi sekarang adalah bentuk "K" dan tak sama rata.

Ada sektor yang bersyukur dengan durian runtuh tapi jauh lagi banyak sektor yang tunggu runtuh. 

Sekejap diarah tutup. Sekejap dibenarkan. Sekejap diarah tutup semula.

Mana tak runtuh? 

Sebab itu, saya kata PKP 2.0 dan PKP 3.0 adalah tidak adil bagi berjuta-juta Rakyat biasa sebab ianya lebih mementingkan dan melindungi syarikat-syarikat besar dan pemilik asing kilang-kilang barang eksport.

Jika perlu berkorban sebab keadaan Covid sudah kritikal maka semua perlu berkorban untuk seketika supaya semua mendapat kelegaan bersama apabila rantaian Covid berjaya diputuskan.

Tapi pendekatan kerajaan untuk PKP 2.0 dan PKP 3.0 amat berbeza sekali.

Yang kaya dan pemilik kilang asing dilindung tapi Rakyat biasa pula yang disuruh berkorban memanjang dan disuruh terus menghadapi jumlah kes Covid tinggi selama 8 bulan sejak gelombang ketiga bermula pada bulan Oktober lalu.

Lapan bulan dengan kes Covid tinggi setiap hari bukan tempoh yang singkat padahal banyak lagi negara lain sudah berjaya kawalkan Covid dalam tempoh masa yang pendek.

Bantulah mereka yang terjejas. Makcik Kiah tengah tunggu perutusan khas.

Jangan beri alasan bahawa PKP 3.0 tidak beri impak besar pada ekonomi.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Dato Seri Najib Razak di Label Zioni5 Hanya Dengan Satu Gambar


Hanya sebab satu gambar saya pernah terserempak dengan PM Isr4el dekat pintu masuk ke PBB pada tahun 2015, saya dituduh zioni5.

Ratusan gambar saya menjadi PM pertama Malaysia dan pimimpin Asia pertama elak sekatan tentera Y4hudi untuk lawat ke Gaza, tak nak guna.

Gambar-gambar Imam Besar Masjid Al-Aqsa datang ke Malaysia pada tahun 2015 untuk melawat saya dan menyampaikan surat penghargaan pada saya, takde.

Gambar-gambar saya dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Aqsa di Khan Yunis di selatan Gaza, tak kelihatan. 

Gambar-gambar saya beberapa kali berucap dan menghentam kekejaman Isr4el di perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yilekk!

Gambar-gambar kita berjaya usulkan dan luluskan resolusi 2334  Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa supaya Isr4el hentikan segera aktiviti penempatan haram rejim itu di wilayah Palestin pada tahun 2016, lagi tak ada.

Balik-balik pula satu keping gambar sahaja yang saya terserempak. Terus dicop saya zioni5.

Sebenarnya, saya pernah jawab pada tahun 2015.

Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap.

Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB.

"4 Okt 2015: Najib nafi adakan pertemuan dengan Netany4hu di PBB"
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-nafi-adakan-pertemuan-dengan-netanyahu-di-pbb-75353

Tak kan nak saya belasah dia dalam HQ United Nations apabila dia nak salam saya, lalu saya jerit "Mak kau hijau" kat dia pula?

Tapi yang paling pelik ialah lain-lain pemimpin-pemimpin Arab benar-benar bermesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Isr4el dan Y4hudi tapi tidak digelar Zioni5.

Tapi saya yang terserempak tak sampai 1 minit, terus digelar Zioni5 pada masa hari Raya pula.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

14 Mei

Tempoh bagi PKP 3.0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0



Ini pasti, jika mengikut segala logik, sains dan data sebab:

1) keadaan sekarang adalah jauh lebih kritikal berbanding masa darurat + PKP 2.0 diumumkan
- bilangan pesakit dalam ICU adalah hampir 3 kali ganda
- jumlah kes baru adalah lebih 2 kali ganda
- jumlah kluster aktif hampir sekali ganda
- jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan hampir sekali ganda
- penularan sudah masuk ke komuniti dengan 80% kes sporadik yang tidak dapat dikesan puncanya berbanding lebih tertumpu kepada sektor kilang dan tapak pembinaan
- varian-varian baru lebih berbahaya sedang menular sejak PKP 2.0

Kenapa keadaan jadi begini di mana ianya lebih kritikal dan PKP 3.0 perlu dilaksanakan hanya selepas PKP 2.0 tamat?

Kenapa PKP 3.0 menyeluruh perlu dilaksanakan walaupun PM8 dah dua kali beri jaminan tiada lagi PKP menyeluruh?

Kenapa janji kerajaan bahawa kes baru jatuh ke dua angka menjelang bulan Mei dengan perlaksanaan darurat yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan tidak kesampaian tetapi apa yang kita dapat ialah keadaan berkali ganda lebih kritikal pada bulan Mei ini?

Sehingga lawatan raya disekat walaupun ramai telah berbelanja untuk persediaan raya?

Sebenarnya, kerajaan PN sudah mengaku kesilapan.

"Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengakui kerajaan mungkin memberi kelonggaran terlalu awal kepada beberapa sektor ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan awal tahun ini."

"11 Mei 2021:Kelonggaran mungkin diberi terlalu awal ketika PKP 2.0, kata Noor Hisham"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/11/kelonggaran-mungkin-diberi-terlalu-awal-ketika-pkp-2-0-kata-noor-hisham/

Sehingga kini, hanya KP KKM seorang sahaja yang mengaku kesilapan kerajaan. Lain-lain dalam kerajaan diam saja dan buat-buat tak nampak. Langsung tak rasa bersalah.

Pada saya, kerajaan PN telah membuat dua kesilapan paling besar yang saya telah berkali-kali tegur dan memberi amaran dari awal-awal lagi sebab ianya terlalu jelas di depan mata.

Bahawa, ianya PKP 2.0 ini akan gagal dan kerajaan akan membazirkan duit dan sia-siakan pengorbanan Rakyat untuk menghadapi PKP 2.0.

Bahawa PKP 3.0 akan terpaksa dilaksanakan dan mudarat serta penderitaan Rakyat akan berpanjangan jika PKP 2.0 tidak dibuat dengan betul.

Kedua kesilapan itu adalah:

1. Turunkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing dari 14 hari ke 7 hari pada bulan Disember ketika banyak negara-negara lain naikkan lagi tempoh kuarantin sebab bimbang dengan varian-varian yang baru muncul.

2. Buat PKP 2.0 secara separuh masak dengan membenarkan sektor-sektor yang merupakan penyumbang terbesar kes dalam gelombang ketiga untuk terus beroperasi seperti biasa.

Lalu, kerajaan terpaksa tamatkan PKP 2.0 walaupun kes baru lebih tinggi berbanding masa ianya bermula sebab Rakyat dah hilang sabar dan tertekan dengan PKP 2.0 separuh masak yang kurang berkesan.

Tapi geng Jkom dan PN pula kata saya meroyan berpanjangan masa itu. Cuma syiok sendiri untuk mendapat "likes". Hanya tahu mengkritik dan mencari kesilapan.

Maaf, kesilapan-kesilapan itu adalah terlalu jelas dan akibatnya terlalu nyata.

Patutkah saya berdiam diri jika akibat kesilapan-kesilapan itu ialah mudarat, penderitaan berjuta-juta Rakyat yang berpanjangan dan kehilangan nyawa bagi lebih 1,100 warga Malaysia dalam tempoh 4 bulan darurat ini?

Lalu, Jkom akan sindir bahawa Najib selalu betul. Kerajaan selalu salah.

Najib bukan maksum. Bukan selalu betul.

Tapi Jkom perlu menghadapi realiti bahawa:

1) PKP 3.0 perlu dilaksana pada ketika hari raya dan hanya 2 bulan selepas PKP 2.0 tamat. Tempoh PKP 3.0 juga bakal lagi panjang berbanding yang lalu.

2) PM8 telah capatikan jaminan-jaminannya bulan lepas bahawa PKP menyeluruh tidak akan dilaksanakan lagi.

3) Keadaan pada PKP 3.0 adalah berkali ganda lebih parah biarpun kuasa penuh Darurat diberi selama 4 bulan dan PKP 2.0 telah dilaksanakan.

4) Malaysia diperli Indonesia setelah keadaan Covid dan jumlah kes baru melepasi negara jiran dan kita menjadi paling teruk dari segi saiz penduduk di ASEAN. Malah, kita lebih teruk berbanding Amerika Syarikat dan United Kingdom sekarang.

Ini bukan mencari kesilapan. Ianya kenyataan.

Tapi realitinya ialah kesejahteraan hidup bagi berjuta-juta Rakyat telah terkorban dan mudarat Rakyat masih berpanjangan akibat kesilapan-kesilapan yang telah diakui kerajaan.

Tak kan ini salah Najib juga?

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Kapal Dari India Tidak Wajib Kuarantin 14 Hari di Laut


Saya perhatikan ramai yang kurang senang dengan berita hari ini bahawa semua kapal yang tiba atau masuk ke kawasan pelabuhan Malaysia dari India tidak diwajibkan menjalani proses kuarantin 14 hari di laut.

Kebimbangan mereka bahawa varian dengan mutasi berkembar India berpotensi menular ke Malaysia melalui kapal dari India bukan tak berasas.

Pernah berlaku perkara ini.

Antara punca cetus gelombang kedua Covid-19 di Hong Kong pada bulan Ogos 2020 lalu ialah krew kapal asing.

Ianya juga pernah berlaku pada masa yang sama di Malaysia dengan kluster MV Glen di mana seorang agen perkapalan yang merupakan warga Malaysia telah dijangkiti oleh seorang krew kapal.

Kes agen perkapalan ini telah diklasifikasikan sebagai penularan tempatan.

Kluster MV Glen bukan kes pertama krew kapal didapati positif Covid di Malaysia.

Kluster Alam (8 krew positif Covid) dan kluster Bunga (3 krew) turut melibatkan kapal yang berlabuh di Malaysia tetapi MV Glen merupakan kes pertama di mana seorang krew kapal telah menjangkiti orang tempatan yang bukan krew.

Saya yakin bahawa SOP Covid kerajaan bagi sektor perkapalan telah ditambah baik sejak itu tetapi kawalan sempadan perairan negara ini dan pematuhan SOP semasa permindahan kargo perlu dipertingkatkan lagi supaya Rakyat lebih selesa.

Jika boleh, jangan benarkan individu darat dibenarkan berinteraksi dengan anak kapal di atas kapal atau memasuki ruangan kabin.

(Mengikut kenyataan Jabatan Laut Malaysia (JLM), ini masih dibenarkan ketika ini tetapi individu berkenaan perlu penambahan pemakaian pelindung muka dan apron pakaian perlindungan diri (PPE).)

Larangkan juga anak kapal dari mendarat ke tanah Malaysia bagi tempoh ini.

Boleh video call sahaja tanpa bersemuka secara fizikal.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

12 Mei

Ustaz Ebit Lew Sedih Adik Remaja 17 Tahun Bersama Babynya Terkandas di Airport KLIA


Sayu rasa nak menyambut Raya ni, bila tengah malam dapat mesej dari petugas di airport tentang adik remaja 17 tahun ini bersama babynya. Adik ni nak balik Sabah terkandas kerana masalah dokumen. 

Sedih rasa adik ni semenjak feb tahun lepas bekerja di kl datang dari Sabah cari rezeki. Sewa rumah bersama kawan dan adik ni tak lepas bayar sewa rumah. Duduk merata akhirnya ada rezeki sikit nak balik Sabah dan terus beli tiket.. Tapi ada masalah dokumen dan umurnya dan anak kecil ni. Anak tak sah taraf. Mendengar kisah hidupnya buat rasa sedih sangat. Teringat anak-anak perempuan kita sendiri

Ya Allah berat ujianmu adik dan babynya. Wajah adik ni baik jer dan nampak lurus jer. Sopan dan baik. Anaknya comel jer. Beberapa petugas di airport tadi cuba membantu. Adik ni tiada duit sangat. Tidur di surau klia jer.

Di Sabah tinggal dengan neneknya yang hidup susah. Dengar ayah adik perempuan ini juga susah kerja tempat lain cari rezeki. Nampak wajahnya sangat sedih. Besarkan baby seorang diri. Saya pesan padanya adik sangat muda 17 tahun. Kena percaya ada rahmat disebalik semua yang terjadi. Supaya adik jadi lebih kuat dan berjaya. Saya beri duit belanja untuknya Hari Raya ni dan belanja.

Saya bawa ke tempat rumah perlindungan bagaikan keluarga untuk adik-adik ni sementara membantu dari segi dokumen-dokumen lain dan report-report.. Semoga dipermudahkan segala urusannya. Semoga Allah beri kekuatan buat anak ni.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew