28 Disember

Permohonan Cuti Bersalin Tanpa Gaji Personal MySTEP


Assalamuallaikum dan salam sejahtera,  memandangkan ramai yg tertanya² berkenaan boleh ke my step ambil cuti tanpa gaji sb cuti bersalin tanpa perlu letak jawatan. Jawapannya BOLEH dengan syarat:

1) kakitangan my step buat surat rasmi permohonan cuti tanpa gaji. 

2 ) surat tersebut disokong oleh pegawai penyelia. (Tidak ada org lain yg berkuasa ke atas kakitangan my step selain drpd pegawai penyelia dia) 

3) surat permohonan cuti tanpa gaji yang telah disokong perlu dikemukakan kepada unit pentadbiran yg menjaga rekod my step DAN unit kewangan yg menguruskan byrn gaji.

Harap jelas.. Sekian, terima kasih. 

Jika ada yang diminta untuk letak jawatan oleh pegawai pentadbiran.. Minta mereka nyatakan justifikasi knp anda perlu letak surat resign memandangkan dlm kontrak tidak terkandung dibahagian penamatan perkhidmatan bahawa kakitangan my step yg bakal bersalin perlu buat surat perletakan jawatan.selain itu, dsbkan pegawai penyelia puan² telah sokong utk puan² diberi cuti tanpa gaji..jadi hanya mereka sahaja yg berhak utk menamatkan perkhidmatan puan² sekalian.

Kena faham apa maksud surat letak jawatan.. Surat letak jawatan ni kita akan kemukakan atas kerelaan hati kita dan bukan secara paksa rela.. Sekiranya pihak agensi puan² arahkan utk letak surat letak jawatan. Katakan padanya "bukankah pegawai penyelia sy adalah en/puan ..(nama).. memandangkan sy dibawah seliaan En/Puan... Jadi sy hanya perlu ikuti arahan dari mereka sahaja. Jadi pada asasnya pihak tuan/puan xboleh memberikan arahan kpd sy tanpa pengetahuan drpd pegawai penyelia sy..

04 Disember

Omicron Sudah Sampai ke Malaysia


Seperti yang saya kata sebelum ini, pada masa kita waspada, kita juga jangan terlalu menakut-nakutkan diri sehingga lebih banyak lagi maklumat berhubung varian ini diketahui.

Kita jangan panik sebab kerajaan sudah pun mengambil langkah pantas untuk sekat pelawat dari negara-negara yang terbabit sebaik sahaja WHO isytiharkan varian Omicron sebagai "variant of concern".

Ada juga laporan-laporan awal yang kata walaupun varian Omicron ini boleh menular dengan kadar lebih laju berbanding varian Delta tetapi mereka yang dijangkit Omicron hanya mempunyai gejala ringan sahaja dan sembuh dengan kadar laju.

Harap ini akan dapat disahkan komuniti perubatan dunia pada minggu-minggu mendatang.

Tapi tidak salah untuk kita mulakan kerja meningkatkan kapasiti perubatan, ambulans, fasiliti kuarantin, stok perubatan, PPE dan lain-lain sebagai langkah persediaan.

Tidak salah juga bagi Rakyat Malaysia lebih menerima dos penggalak sebagai langkah pencegahan.

Pada ketika ini, dos penggalak merupakan satu-satunya cara untuk kita lebih selamat bagi menghadapi varian Omicron.

Saya sendiri sudah menerima dos ketiga ini dengan selamat sebulan dahulu. 

Tetap cergas dan sihat.

Dan sekiranya angka jangkitan baharu Covid menaik semula, saya cadangkan kerajaan melaksanakan circuit breaker atau lockdown ketat dan singkat antara lima hingga tujuh hari di peringkat negeri yang mencatatkan kadar penggunaan katil ICU yang tinggi dan bukan pukul rata bagi seluruh negara.

Sebab ekonomi dan kehidupan Rakyat tidak akan bertahan lagi sekiranya darurat serta lockdown PKP separuh masak yang berbulan-bulan lamanya dilaksanakan lagi seperti bawah kerajaan PN dahulu.

Mari kita sama-sama doakan perlindungan yang terbaik bagi Malaysia.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

30 November

Kenapa Orang Kaya Semakin Kaya?

1. Orang kaya (read as berharta) menjadi kaya bukan sebab mereka TERLIHAT KAYA. Tapi mereka menjadi kaya sebab mereka ada skill dan strategi tentang kekayaan.

2. Orang kaya invest duit yang mereka ada pada aset dahulu, baru cipta liabiliti. Mereka percaya "biarlah hidup biasa-biasa tapi harta luar biasa". Bukan berpegang kepada konsep "biar papa asal bergaya".

3. Orang kaya memaksimumkan pendapatan mereka dengan meningkatkan gaji atau hasil bisnes mereka melalui cara "kurang santai, lebih masa bekerja", bukan "banyak rehat, kerja kurang".

4. Orang kaya bijak membina multiple income streams. Mereka tak bergantung kepada satu pendapatan sahaja.

Antara Pajakan dan Percuma


Dah seminggu saya dedahkan bukti-bukti tersebut.

Hari ini dia baru jawab balik.

Jawapannya ialah "ianya Pajakan dan bukan percuma".

Tapi dia mengaku juga.

Mengaku bahawa dia memang dapat tanah kerajaan tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi.

Pajakan 60 tahun. Kos pajakan RM7.80 satu ekar sebulan ataupun RM3,200.

Masa dia dapat tawaran tanah dengan harga murah giler itu dari LADA pada tahun 2014:
1. Dia adalah penasihat LADA.
2. Anak dia pula adalah MB Kedah dan juga EXCO tanah. Hal Ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Dan memang benar dia serahkan kembali tanah tersebut pada tahun 2017.

Kenapa pula?

Mahathir jawab sewa tanah telah dinaikkan berkali ganda. Sebab itu dia serah balik.

Pada ketika tahun 2017 itu, dia sudah letak jawatan penasihat LADA pada tahun 2016. Anak dia juga hilang jawatan MB Kedah buat kali pertama pada tahun 2016.

Tapi dalam posting hari ini, dia tidak pula sebut tanah balak yang diberi pada anak dia seperti yang saya turut dedahkan.

Konsesi balak serta tanah 1,000 hektar (2,471 ekar) diberi pada anak dia pada tahun 1994 masa dia PM.

Takde juga Tun Mahathir jawab tanah Putrajaya yang dia kata dia beli dari kerajaan.  Berapa luasnya dan berapa harganya yang kamu bayar?

Bagus juga Atok mengaku minggu lepas bahawa dia lah yang pinda akta tersebut bagi saya minta kediaman dari kerajaan.

Saya minta bawah akta yang kamu pindah pada tahun 2018. Saya minta masa saya bukan lagi jadi PM ataupun kerajaan di bawah BN dan anak saya bukan pun Ketua Menteri atau MB di mana-mana negeri.

Takde akta pun yang pernah kata ayah boleh ditawarkan tanah kerajaan dengan harga murah giler oleh kerajaan anak dia seperti dalam kes tanah Langkawi atok.

Takde akta juga yang kata anak boleh ditawarkan konsesi balak dan tanah beribu ekar semasa ayah dia PM.

Office saya cuma minta kediaman kerajaan pada tahun 2018 selepas PRU14 seperti hak bawah akta yang kamu pinda itu. Tak langgar apa-apa undang-undang. 

Saya diberi pilihan rumah milik kerajaan di 3 lokasi dan saya pilih satu.

Takde pulak saya minta kerajaan bayar RM100 juta untuk beli bagi saya ataupun saya diberitahu nilai.

Dan saya juga telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.

Dan suruh kerajaan jual tanah tersebut dan sekiranya benar-benar bernilai RM100 juta, sila masukkan dalam tabung untuk disalur sebagai pinjaman tanpa faedah bagi 20,000 penerima dengan nilai RM5,000 seorang.

Apa yang saya dapat sekarang selepas 9 tahun berkhidmat sebagai PM dan menaikkan nilai simpanan negara dari RM800b ke RM2 trilion?

Dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi secara peribadi seperti disahkan mahkamah, saya juga memberinya sepenuhnya untuk kerja CSR dan program-program Rakyat. Saya tak guna untuk peribadi saya pun.

Saya pun dah tak mahu apa-apa sebab kamu asyik meroyan.

Jika saya atau keluarga saya pernah menerima apa-apa tanah dari kerajaan, sila Atok dedahkan.

Sila dedahkan. Sila bocorkan.

Bukti yang saya kemukan minggu lepas: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/450863353071275

Posting Tun Mahathir hari ini: https://www.facebook.com/100044516073020/posts/465140234979842/?d=n

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

29 November

Kadar Pertumbuhan Ekonomi Semua negara-negara jiran bagi Suku 3 tahun 2021.


Semua negara-negara jiran sudah selesai lapor kadar pertumbuhan ekonomi bagi Suku 3 tahun 2021.

Malaysia satu-satunya negara sahaja yang jatuh secara rasmi ke status kemelesetan ekonomi teknikal pada ketika ini. Tengok graf.

Kemelesetan teknikal bermaksud ekonomi mencatatkan penguncupan dua suku tahunan berturut-turut.

"10 Nov 2021: Malaysia tipped to enter technical recession in Q3: analysts"
https://www.businesstimes.com.sg/asean-business/malaysia-tipped-to-enter-technical-recession-in-q3-analysts

Malaysia juga paling teruk dari kadar pertumbuhan ekonomi tahun ke tahun bagi suku 3 2021 antara semua negara jiran.
Indonesia: +3.5%
Singapura: +6.5%
Thailand: Negatif 0.3% 
Filipina: +7.1%
Malaysia: Negatif 4.5%

Ini berikutan negara kita satu-satunya dalam dunia yang umumkan darurat untuk gantung parlimen dengan alasan nak melawan Covid tetapi sebenarnya sebab dorang mahu kekalkan kuasa.

Biarpun darurat dibuat, RM600 bilion duit negara dibelanjakan oleh kerajaan dan lockdown separuh masak antara paling lama dalam dunia yang banyak menjahanamkan ekonomi Rakyat dan perniagaan kecil, negara kita masih mampu mencatat kadar kes Covid dan kadar kematian Covid antara paling tinggi dalam rantau dan dunia.

Harga barang-barang juga menaik tinggi akibat lockdown separuh masak tersebut - sehingga Guan Eng pun faham.

“Half-baked lockdowns” the cause for rising food prices, Guan Eng says
https://focusmalaysia.my/half-baked-lockdowns-the-cause-for-rising-food-prices-guan-eng-says/I

Harap jangan diulangi kegagalan ini.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Afrika Selatan Jangka Gelombang Ke-4 Akibat Omicron


Varian Omicron menyebar ke banyak negara di luar Afrika, makin dekat dengan Malaysia.

Malaysia perlu lebih waspada dan ketatkan kawalan serta pemantauan sempadan sementara waktu saintis dunia buat kajian berhubung varian ini.

Pada masa kita waspada, kita juga jangan terlalu menakut-nakutkan diri sehingga lebih banyak lagi maklumat berhubung varian ini diketahui.

Tapi tidak salah untuk kita mulakan kerja meningkatkan kapasiti perubatan, ambulans, fasiliti kuarantin, stok perubatan, PPE dan lain-lain sebagai langkah persediaan.

Tidak salah juga bagi Rakyat Malaysia lebih menerima dos penggalak sebagai langkah pencegahan.

Saya sendiri sudah menerima dos ketiga ini dengan selamat sebulan dahulu. 

Tetap cergas dan sihat.

Mari kita sama-sama doakan perlindungan yang terbaik bagi Malaysia.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

18 November

Pelaburan UAE ke Indonesia


Jan 2020: UAE labur RM93.5b ke Indonesia
Mac 2021: UAE labur RM41b ke Indonesia
Nov 2021: UAE labur RM136b ke Indonesia

RM93.5b+RM41b+RM136b = RM270.5b.

Sejak PRU14, Malaysia dapat apa dari UAE?

Sifar.

Walaupun Azmin dan Abah kau pernah lawat ke sana.

Kenapa?

Ini sejak kerajaan PH batalkan perjanjian penyelesaian 1MDB dengan syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk lawan di mahkamah serta tindakan pihak SPRM masa kerajaan PH mendedahkan secara umum perbualan telefon peribadi antara saya dengan Putera Mahkota Abu Dhabi.

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi, UAE.

Dari tahun 2015 hingga 2017, saya telah membuat dua perjanjian penyelesaian dengan Abu Dhabi untuk mendapat kembali dana dari mereka tanpa menuduh secara terbuka bahawa pihak-pihak mereka telah mengelapkan dana 1MDB demi menjaga hubungan antara kedua negara kita. 

Perjanjian penyelesaian muktamad pada tahun 2017 yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.

Kalau niat utama kerajaan PH dahulu adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.

Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali segala yang didakwa hilang.

DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit.

Tetapi niat kerajaan PH dahulu berlainan.

Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.

Jadi, saya agak kecewa bahawa perjanjian penyelesaian ini tidak diteruskan oleh kerajaan PN walaupun Sarawak Report turut membuat spekulasi apabila PM8 melawat UAE pada bulan lepas bahawa kerajaan PN akan menyelesaikan dengan IPIC dengan menerima bayaran yang murah dari UAE.

"8 Feb 2021: Abu Dhabi Cheap Settlement Looks Imminent To Get Royals Off The Hook"
https://www.sarawakreport.org/2021/02/abu-dhabi-cheap-settlement-looks-imminent-to-get-royals-off-the-hook/

(Ini juga kali pertama Sarawak Report mengaku bahawa wujudnya perjanjian penyelesaian ini dan Najib cuba mendapat kembali dana yang didakwa hilang dari 1MDB)

Paling pelik pula ialah geng-geng PH juga tak tertanya-tanya juga kenapa perjanjian penyelesaian dengan UAE ini tidak diteruskan.)

PH tak mahu sebut pun perjanjian penyelesaian ini sebab ianya bercanggah dengan propaganda PH terhadap saya.

Sebab itu, kerajaan PH dahulu batalkan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi itu walaupun ianya bermakna negara akan rugi.

Sebab itu juga, kerajaan PH rela untuk saman kerajaan Abu Dhabi di London berhubung dengan dana 1MDB itu dan sanggup merosakkan hubungan antara dua negera itu.

Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.

Jika perjanjian batal dan kita saman IPIC maka dana itu pun diklasifikasikan sebagai dana hilang dan haram.

Malah SPRM di bawah kerajaan PH lebih rela untuk membongkarkan rakaman perbualan telefon peribadi saya dengan putera Abu Dhabi apabila kita berdua cuba menyelesaikan masalah 1MDB-IPIC.

Sebab itu juga, kerajaan Abu Dhabi lebih rela untuk melabur RM270.5 bilion dengan negara jiran Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.

Dan kerana itu juga, Guan Eng tak pernah berani untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian IPIC.

Kerana apabila didedahkan, klausa untuk mendapat kembali semua dana yang dihilang sebelum akhir tahun ini akan terdedah kepada Rakyat.

Dan dengan itu, Najib bukan lagi perompak dan penyamun dana 1MDB.

Itu tak boleh!

Sebab itu, kerajaan PH sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.

Sebab itu, kerajaan PH sanggup rosakkan hubungan antara Abu Dhabi dengan Malaysia sehingga Abu Dhabi melabur RM270.5 bilion di Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.

Negara kerugian besar tak apa.

Asalkan propaganda bahawa Najib adalah perompak dan penyamun 1MDB boleh diteruskan oleh PH.

(Tonton video 11 Nov 2018 ini apabila saya tanya tentang perjanjian itu. Tak seorang dari PH pun berani sangkal saya. Semua terdiam - termasuk Jelutong dan Guan Eng yang ada dalam dewan.: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/420165068519453/ )

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia