09 April

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK

1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika
☑- 20 batang cili merah
☑- segenggam cili padi merah + hijau 
☑- 1/2 biji bawang holland
☑- 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
☑- 4 ulas bawang putih
☑- 2 biji tomato kecil
☑- 2 genggam kecil ikan bilis
☑- 1 sudu kecil udang kering
☑- 1/2 inci belacan

2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika. 
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.

3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*

4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.

5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.

6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya. 

Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer. 

Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.

Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.

*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*

RESEPI AYAM PENYET

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam:

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik.

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau

½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau

3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

1 sudu besar Serbuk Kari Ayam

1 sudu besar Serbuk Kunyit

½ sudu besar Serbuk Lada Putih

3 ulas Bawang Putih

1cm Halia

Sedikit Air

1 sudu kecil Garam

Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal:

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet:

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal:

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.

Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.

Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk sup:

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).

Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi:

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

RESEPI MEE SOTO AYAM

Bahan-bahan:

500gm mee kuning (mee hoon/sohun pun boleh) – dicelur

100 gm/50 sen taugeh – dibersihkan dan dicelur

1 ekor ayam dibelah dua atau empat

3-4 liter air

3 sudu makan ketumbar*

3 sudu makan jintan kasar*

2 sudu makan jintan halus* (*disangai & dikisar halus)

1 sudu teh serbuk lada putih

1 batang kayu manis

4 biji buah pelaga

4 biji bunga cengkih

garam&secukup rasa

minyak untuk menumis

1 biji bawang besar hiris

1 kuib ayam dan 1 sup bunjut adabi

Bahan Kisar

3 biji bawang besar

8 ulas bawang putih

5 cm halia

Bahan Sampingan

secukupnya daun sup & daun bawang

bawang goreng

begedil

sambal kicap cili padi

isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi –

25 biji cili padi merah/cili api

4 ulas bawang putih

125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis

jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara Membuat:

Kuah Soto πŸ‘‡

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit.

2. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.

3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.

4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.

5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih.

6. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Sambal KicapπŸ‘‡

1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak.

2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Menghidangkan Mee Soto:

1. Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.

2. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.

3. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji begedil dan sedikit sambal cili padi.

Sumber resepi:FB

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

KEPAK AYAM MANIS & PEDAS


Bahan-Bahannya:

Kepak Ayam dibersihkan

kicap manis

sos tiram

madu

sos cili pedas

serbuk sweet paprika@serbuk cili

serbuk black pepper

bawang putih n halia (termasuk kunyit tu yang kuning..ehehehe..tumbuk lumat yer)

halia tu dalam 2ruas..bwg putih dalam 10 ulas utk 10ketul chicken wings

perencah cukup rasa..klo xnak boleh letak garam n gula secukup rasa.

Cara-Cara Memasak:

campurkan semua bahan secukup rasa.

perap selama sejam atau lebih

panaskan minyak dalam kuali (sikit ajer)

tuangkan semua masuk.guna api perlahan saja.

so biarkan masak.alih2kan untuk elakkan hangit.Sedia untuk dihidang!

Selamat Mencuba!

Kredit: Amira Hasan

08 April

NASI MINYAK SIMPLE

- 3 cawan beras basmathi

- 1/2 cawan margerin/planta

- 3 1/2 cawan air

- 1 cawan susu cair

- 2 kuntum bunga lawang

- 2 batang kulit kayu manis

- 3 biji buah pelaga

- 2 helai daun pandan

- garam secukupnya

- 1 kuib stok ayam

- Pewarna kuning

BAHAN KISAR:

- 6 biji bawang merag

- 3 ulas bawang putih

- 1 cm halia

BAHAN HIASAN:

- bawang goreng

- daun bawang dihiris

CARA :

1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.

2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

- DAGING BERIANI -

- 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )

- 1/2cawan minyak

- 1 cawan air

- 125 gm rempah beriani ( agak-agak )

- 2 tangkai daun ketumbar

- sedikit garam

- 2 biji kentang dipotong 4

- sedikit susu cair ( agak2 )

- 2 sudu cili kisar

BAHAN KISAR:

- 7 biji bawang merah

- 5 ulas bawang putih

- 3 labu bawang besar

- 1 1/2 cm halia

CARA :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.

2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

- SELAMAT MENCUBA -

Kredit : angah izan

07 April

RESEPI MI KARI MELETUP


Bahan-bahan:
Sediakan bahan kisar lain:
3 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 ulas bawang putih
1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
Sehiris nipis halia
Dua hiris bulat nipis serai
7 ekor udang kering

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan sehingga lumat. *sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti.
2. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
4. Untuk penyediaan campuran rempah:
3 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Masukkan rempah campuran tadi ke dalam periuk.
5. Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Tak perlu larutkan rempah kering tadi dengan air. Guna api paling perlahan sahaja.
6. Kacau sehingga terbit minyak supaya keluar aroma wangi rempah semasa ditumis.
7. Masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa.
8. Masukkan perasa peringkat pertama: 1 keping bulat nisse@gula melaka, 1/3 sudu besar garam dan secubit dua serbuk perisa.
Tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak dalam 7-8 minit.
9. masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)
10. Masukkan pula 3 cawan santan. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)
11. Perasakan kuah peringkat kedua; Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
12. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
13. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan; tauhu pok (dibelah 4), fishcake, fishball goreng.
14. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. 

Siap kuah mi kari yang sangat lazat! https://shope.ee/8emfQ4H357

Credit : Afy Al Habibi

MEE BANDUNG

Resepinya

Bahan-bahan:

20 tangkai cili kering

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 pack udang kering (rm1.50)

1/2 inci halia

Blend halus

500gm daging rebus amik airnya

15-20ekor udang

1biji carrot

1biji Tomato

2pokok sawi pak choi

5biji telur

1kg mee kuning cuci dan celur

1cawan kacang tanah, goreng dan blend kering

4 sudu besar tpg jagung bancuh air utk pekatkan kuah

Daun sup

Bawang goreng

Garam

Gula

Perisa@1kiub ayam

2sudu besar sos tiram

2sudu besar sos cili

Cara-cara

Tumis bahan kisar,sehingga garing

masuk sos cili..sos tiram...

letak air daging..

dan tambah air..ikotlah banyak mana nak kuah..

Bila dah mendidih..masukkan kiub ayam,garam,gula,daging,udang,carrot...

Rasa ni ikut selera sendiri ye..

Bila mendidih lagi sekali..masukkan sawi..tomato..pecahkan telur sebiji demi sebiji..jangan kacau...nnti telur hancur..

Masukkan kacang tanah,dan air tepung jagung..siap.

Masukkan mee dlm mangkuk,curah kuah..tabur daun sup dan bawang goreng..

Selamat mencuba❤