PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Enggan Mengeluarkan Zakat Akan Diazab
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ شُجَاعًا أَقْرَعَ لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ يَقُولُ أَنَا مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَة
َ(وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرٗا لَّهُمۖ بَلۡ هُوَ شَرّٞ لَّهُمۡۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ)
Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang diberi harta oleh Allah -Azza wa Jalla-, lalu ia tidak menunaikan zakatnya, maka hartanya akan berubah pada hari Kiamat menjadi seekor ular berkepala putih (kerana banyak racunnya) serta memiliki dua titik hitam di atas matanya atau dua taring, lalu memakan dengan kedua tulang rahangnya (taringnya) pada hari Kiamat, lalu menyatakan, 'Akulah harta simpananmu, akulah harta simpananmu'." Kemudian baginda membaca ayat ini:
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan dia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dileher mereka apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak (Ali Imran: 180) (HR Bukhari No: 4199) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim wajib mengeluarkan zakat kepada hartanya yang telah mencukupi nisab dan haul.
2. Orang yang enggan mengeluarkan zakat, di hari kiamat nanti hartanya akan berubah menjadi seekor ular yang akan membelit dan memakan
3. Orang yang tidak mengeluarkan zakat, akan dikalungkan dileher mereka apa yang mereka bakhilkan pada hari kiamat kelak.
4. Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat 180 surah Ali Imran: Janganlah sekali-kali orang yang bakhil menyangka, bahawa harta yang dikumpulkan itu akan bermanfaat baginya. Bahkan ia akan membahayakannya dalam urusan agamanya, dan juga dalam (urusan) dunianya. Pada hari kiamat, harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di leher mereka.
5. Imam Nawawi: Muslim yang duduk di tengah-tengah umat Islam sedang ia mengingkari wajibnya zakat, maka dia dihukum kafir dan diperlakukan sebagai orang yang murtad yang harus diberi hukuman. Oleh kerana wajibnya zakat ini sudah diketahui oleh umum, yang mengingkari wajib zakat ini dinilai sama seperti tidak mengakui Allah dan RasulNya dan mereka ini dihukum kafir . (rujukan al-Majmuk jilid 5 : 334) Penegasan Imam Nawawi ini diperkuatkan pula oleh Ibnu Qudamah (rujuk al-Mughni jilid 2 : 573)
Ayuh, pastikan kita yang memiliki harta yang perlu dizakat agar segera mengeluarkan zakat apabila cukup nisab dan haulnya.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
01hb Mac 2018
13hb Jamadil Akhir 1439H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan