Sabtu, 14 April 2018
PAS BOLEH TADBIR MALAYSIA
*Parti Islam Tiada Sumbangan?*
Jawapan Saya Kepada UmnoBn dan Pengerusi HARAPAN, Tun Dr. Mahathir Mohamed.
1. Kerajaan PAS tutup akaun di bank konvensional dan buka di bank islam. Kemudian BN tiru.
2. Kerajaan PAS buat dasar rumah minimum 3 bilik seiring kehendak Syarak. Kemudian BN tiru.
3. Kerajaan PAS buat dasar cuti 2 hari seminggu. Kemudian BN tiru.
4. Kerajaan PAS beri cuti bersalin bergaji 60 hari. Kemudian BN tiru.
5. Kerajaan PAS beri juga suami yang isterinya bersalin cuti bergaji 2 minggu. Kemudian BN tiru.
6. Kerajaan PAS buat skim kifaalah untuk rakyat. Kemudian BN tiru.
7. Kerajaan PAS larang beri cenderamata kepada MB, exco pada setiap majlis kerajaan.
Kemudian ada negeri BN tiru.
8. Kerajaan PAS laksana waktu pulang kerja awal di bulan Ramadan. Kemudian BN tiru.
9. Kerajaan PAS menamatkan majlis rasmi sebelum waktu solat atau memulakannya selepas waktu solat. Kemudian ada negeri BN tiru.
10. Kerajaan PAS tetapkan setiap bakal pengantin perlu buat saringan AIDS demi maslahah pasangan. Kemudian BN tiru.
11. Kerajaan PAS asingkan pendapatan halal dan haram dalam akaun berbeza. Tak pasti BN tiru ke tak.
12. Kerajaan PAS memperkenalkan sistem gadaian Islam (Ar-Rahnu). Kemudian BN tiru.
13. Kerajaan PAS memberikan pinjaman perumahan kepada kakitangannya tanpa riba. Sampai sekarang BN tak tiru.
14. PAS ketika menganggotai BN mengusulkan penubuhan Amanah Ikhtiar dan sehingga hari ini ia telah membantu puluhan ribu usahawan kecil memula dan membesarkan perniagaan mereka.
15. PAS ketika menganggotai BN menggesa pakaian pasukan beruniform perlulah menutup aurat dan apa yang kita lihat hari ini itulah hasilnya.
16. PAS ketika menganggotai BN menggesa lambang hospital ditukar kepada bulan sabit bukan lagi "salib" dan apa yang kita lihat hari ini itu hasilnya. Bahkan ini terpakai di dunia Islam.
17. Semasa Pas bersama Bn . Ketegasan pas supaya ditiadakan dalam tv rtm cabutan no judi seperti toto,4d dan hasilnya siaran ini dihapuskan hingga sekarang.
18. Ketika Pas bersama Bn ,Saranan Pas supaya Suara Azan disiarkan dalam radio dan tv setiap kali masuk waktu Solat berhasil disiarkan hingga sekarang.
19. Lesen premis judi di bawah kuasa kerajaan negeri dihentikan dan tidak dikeluarkan lagi setelah Pas memerintah Kelantan pada 1990 dan 1999 di Terengganu.
20. Cukai pintu rumah kediaman yg diduduki pemiliknya dihapuskan semasa Pas perintah Terengganu. Bn tak mampu lakukan bila berkuasa semula di Terengganu.
21. PAS berdakwah memerangi kejahilan umat dan pemimpin Islam yang menghina agama sendiri, perundangannya bahkan sunnah Nabi s.a.w sehingga hari ini pemimpin yang jahil tidak lagi berani lancang sebagaimana 30, 40 tahun dahulu.
22. Air percuma dan nikah perdana percuma bagi pasangan yg nikah kali pertama ada terkandung dalam Manifesto Pas Terengganu utk pru 14 ditiru umnobn dlm belanjawan negeri Terengganu 2018.
Cukuplah dahulu (sekadar menyebut sebahagian kecil sahaja).
Jenuh taip pakai telefon bimbit ni.
Bagi umnobn & Dr MahathirPH, kita hanya dikira menyumbang sekiranya kita bersedia menerima kepimpinan dan kehendak hatinya.
Yang benar,
Fahrur Rozi Jalaluddin
Pengarah Eksekutif,
Initiative of Research and Halal Management - IRHAM
#undiPASpru14
#resumePASuntukMalaysia
#UndiPASdanGagasanSejahtera
~ sebarkan ~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan