Sabtu, 31 Julai 2021

Agak susah bagi sesiapa yang waras untuk percaya bahawa sidang parlimen esok perlu ditangguh ke satu tarikh yang belum diumum sebab Covid.


Saya bagi contoh.

Pada 12 Julai, 204 petugas di sahkan positif Covid di PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam.

PPV ditutup sehari dan dibuka semula pada 14 Julai.

Manakala 11 individu dikesan positif daripada 1,183 saringan di parlimen pada hari Khamis.

Jadi, ianya amat sukar bagi sesiapa untuk percaya bahawa PPV yang melibatkan puluhan ribu orang awam dibenarkan beroperasi semula hanya dua hari selepas 204 petugas dikesan positif tetapi parlimen pula perlu ditutup bagi tempoh yang tidak lagi diketahui.

Mengikut contoh PPV Shah Alam, parlimen sepatutnya sudah selamat dibuka bermula Sabtu. Jadi, kenapa sesi pada hari Isnin dibatalkan juga?

Adakah kerajaan percaya bahawa nyawa 220 ahli parlimen lebih mahal berbanding ribuan orang awam yang lawat ke PPV Shah Alam tiap-tiap hari?

Lagipun, sekiranya situasi di parlimen amat bahaya kenapa pula ramai menteri dan MP dibenarkan meninggalkan Dewan tanpa disaring pada tengah hari Khamis untuk berkunjung ke rumah PM8?

Andainya benar bahawa PM8 ada sokongan "cukup dan jitu" 110 ataupun 115 ahli parlimen maka kerajaan PN sepatutnya membenarkan ordinan-ordinan darurat dibahas dan diundi dalam Dewan.

Bukan tiba-tiba menipu dalam dewan bahawa ianya sudah back-date batal yang akhirnya membawa kepad kemurkaan YDP Agong.

Dan sekiranya benar bahawa PM8 ada sokongan cukup dan jitu, PM8 tak akan hilang diri sejak memberi sesi penerangannya pada hari Isnin.

Dia datang pada pagi Isnin untuk beri penjelasan tapi apabila tiba masa untuk dia disoal, dia sudah lari diri.

Tak pernah muncul kembali di parlimen sejak itu.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia


Kenapa kerajaan PN asyik kata tak ada banyak wang lagi untuk bantu Rakyat?


Biar saya jelaskan.

Semasa permulaan pandemik, saya saran kerajaan untuk naikkan had hutang negara dari 55% untuk membuka ruang untuk bantu Rakyat dan ekonomi walaupun Menteri Ekonomi kata Covid tak beri impak pada ekonomi.

"Koronavirus tidak beri implikasi ekonomi: Mohamed Azmin
https://www.sinarharian.com.my/article/67730/KHAS/Covid-19/Koronavirus-tidak-beri-implikasi-ekonomi-Mohamed-Azmin

Kerajaan BN masa saya PM berjaya turunkan had hutang kepada KDNK ke 48.7% sebelum PRU14 tetapi ianya dinaikkan semula ke 54.4% semasa kerajaan PH tumbang.

Melihat bahayanya, saya pun saran had ini dinaikkan dari 55% ke 60% atau 65%.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/naikkan-had-statutori-hutang-55-sekarangrejim-gagalkrasi-ph-adalah-era-paling-ga/10157037885530952/

Saya turut mengulangi saranan saya dalam parlimen. Boleh tonton.

"16 Julai 2020: Najib gesa Putrajaya naikkan had hutang"
https://youtu.be/q5NR4GCX_7o

Masa itu, kerajaan PN masih dengar saranan saya maka satu usul di bawa ke parlimen pada Ogos 2020 untuk naikkan hadnya ke 60% dan ianya berjaya diluluskan.

"Usul had statutori hutang negara dinaikkan 60 peratus daripada KDNK"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/718725/usul-had-statutori-hutang-negara-dinaikkan-60-peratus-daripada-kdnk

Namun, sebab kerajaan PN pecah bajet pada tahun 2020 selepas unjuran defisit serta unjuran pertumbuhan ekonomi jauh tersasar maka had 60% ini telah terpecah dengan kadad 62.2% pada akhir Disember 2020.

Tetapi masuk bulan Januari, kerajaan PN sudah laksanakan Darurat dan gantung akta-akta kewangan kerajaan.

Dengan itu, pintu terbuka bagi mereka untuk ubah cara pengiraan had hutang dan tiba-tiba keajaan PN umum nisbah hutang pada KDNK negara tiba-tiba jatuh 4% (satu angka yang besar dari konteks nisbah hutang) pada akhir suku 1 2020 di tengah-tengah pandemik ke 58% pulak!

Biarpun defisit negara bagi tahun 2021 telah cecah, pinjaman kerajaan naik mendadak, pertumbuhan KDNK terpaksa disemak turun hampir separuh dari 7% ke 4% dan pinjaman keraa.
https://www.thesundaily.my/business/gdp-fiscal-deficit-numbers-likely-to-be-revised-tengku-zafrul-AG7923424

Biarpun itu, tiba-tiba nisbah hutang pada KDNK pula boleh jatuh secara magic pulak!

Hanya orang yang paling taksub dan mudah sekali untuk ditipu akan percaya nisbah hutang boleh jatuh mendadak pada ketika pandemik dan pada keadaan negara berkali-kali tersasar dalam bajet dan unjuran ekonomi.

Cuma pandang graf yang saya lampirkan pun tahu ianya tipu.

Tak percaya graf lampiran saya? Baca sendiri dari laporan rasmi Kementerian Kewangan.
https://www.mof.gov.my/pdf/ekonomi/suku-tahunan/202101/ (page 10)

Sebab kerajaan sekarang tidak lagi ambil kira hutang jangka masa pendek kurang dari 1 tahun dan pinjaman wang asing dalam pengiraan nisbah hutang dalam tempoh darurat itu.

Sebab itu, Menteri Kewangan asyik ulang had hutang adalah terkawal sejak beberapa bulan lalu.

"24 Mac 2021: Hutang negara masih di bawah had statutori - Tengku Zafrul"
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/hutang-negara-masih-di-bawah-had-statutori-tengku-zafrul-289797

Tetapi darurat sudah tamat setelah gagal segagalnya dengan keadaan Covid lebih 10 kali ganda lebih tinggi berbanding masa darurat bermula.

Jadi, kerajaan PN sebenarnya perlu membawa satu lagi usul ke parlimen untuk luluskan satu lagi kenaikan had hutang ke atas 65% jika kerajaan berhasrat untuk membantu Rakyat.

Tapi kerajaan PN sekarang amat fobia pada sebarang undian dalam parlimen sebab tahu mereka tiada majoriti.

Jika kalah undian maka ianya akan terbukti bahawa kerajaan PN tak ada majoriti lagi dan kerajaan PN akan tumbang.

Rakyat tak dapat dibantu dengan wajarnya, tak apa.  

Rakyat lapar dan naik bendera putih, kita tolak ke tepi.

Tipu statistik kewangan negara? No problem.

Gagal segagalnya dan derhaka pada Istana pun tak apa. 

Asal tiada undian dalam parlimen.

Asalkan mereka kekal kuasa.Kenapa kerajaan PN asyik kata tak ada banyak wang lagi untuk bantu Rakyat?

Biar saya jelaskan.

Semasa permulaan pandemik, saya saran kerajaan untuk naikkan had hutang negara dari 55% untuk membuka ruang untuk bantu Rakyat dan ekonomi walaupun Menteri Ekonomi kata Covid tak beri impak pada ekonomi.

"Koronavirus tidak beri implikasi ekonomi: Mohamed Azmin
https://www.sinarharian.com.my/article/67730/KHAS/Covid-19/Koronavirus-tidak-beri-implikasi-ekonomi-Mohamed-Azmin

Kerajaan BN masa saya PM berjaya turunkan had hutang kepada KDNK ke 48.7% sebelum PRU14 tetapi ianya dinaikkan semula ke 54.4% semasa kerajaan PH tumbang.

Melihat bahayanya, saya pun saran had ini dinaikkan dari 55% ke 60% atau 65%.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/naikkan-had-statutori-hutang-55-sekarangrejim-gagalkrasi-ph-adalah-era-paling-ga/10157037885530952/

Saya turut mengulangi saranan saya dalam parlimen. Boleh tonton.

"16 Julai 2020: Najib gesa Putrajaya naikkan had hutang"
https://youtu.be/q5NR4GCX_7o

Masa itu, kerajaan PN masih dengar saranan saya maka satu usul di bawa ke parlimen pada Ogos 2020 untuk naikkan hadnya ke 60% dan ianya berjaya diluluskan.

"Usul had statutori hutang negara dinaikkan 60 peratus daripada KDNK"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/718725/usul-had-statutori-hutang-negara-dinaikkan-60-peratus-daripada-kdnk

Namun, sebab kerajaan PN pecah bajet pada tahun 2020 selepas unjuran defisit serta unjuran pertumbuhan ekonomi jauh tersasar maka had 60% ini telah terpecah dengan kadad 62.2% pada akhir Disember 2020.

Tetapi masuk bulan Januari, kerajaan PN sudah laksanakan Darurat dan gantung akta-akta kewangan kerajaan.

Dengan itu, pintu terbuka bagi mereka untuk ubah cara pengiraan had hutang dan tiba-tiba keajaan PN umum nisbah hutang pada KDNK negara tiba-tiba jatuh 4% (satu angka yang besar dari konteks nisbah hutang) pada akhir suku 1 2020 di tengah-tengah pandemik ke 58% pulak!

Biarpun defisit negara bagi tahun 2021 telah cecah, pinjaman kerajaan naik mendadak, pertumbuhan KDNK terpaksa disemak turun hampir separuh dari 7% ke 4% dan pinjaman keraa.
https://www.thesundaily.my/business/gdp-fiscal-deficit-numbers-likely-to-be-revised-tengku-zafrul-AG7923424

Biarpun itu, tiba-tiba nisbah hutang pada KDNK pula boleh jatuh secara magic pulak!

Hanya orang yang paling taksub dan mudah sekali untuk ditipu akan percaya nisbah hutang boleh jatuh mendadak pada ketika pandemik dan pada keadaan negara berkali-kali tersasar dalam bajet dan unjuran ekonomi.

Cuma pandang graf yang saya lampirkan pun tahu ianya tipu.

Tak percaya graf lampiran saya? Baca sendiri dari laporan rasmi Kementerian Kewangan.
https://www.mof.gov.my/pdf/ekonomi/suku-tahunan/202101/ (page 10)

Sebab kerajaan sekarang tidak lagi ambil kira hutang jangka masa pendek kurang dari 1 tahun dan pinjaman wang asing dalam pengiraan nisbah hutang dalam tempoh darurat itu.

Sebab itu, Menteri Kewangan asyik ulang had hutang adalah terkawal sejak beberapa bulan lalu.

"24 Mac 2021: Hutang negara masih di bawah had statutori - Tengku Zafrul"
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/hutang-negara-masih-di-bawah-had-statutori-tengku-zafrul-289797

Tetapi darurat sudah tamat setelah gagal segagalnya dengan keadaan Covid lebih 10 kali ganda lebih tinggi berbanding masa darurat bermula.

Jadi, kerajaan PN sebenarnya perlu membawa satu lagi usul ke parlimen untuk luluskan satu lagi kenaikan had hutang ke atas 65% jika kerajaan berhasrat untuk membantu Rakyat.

Tapi kerajaan PN sekarang amat fobia pada sebarang undian dalam parlimen sebab tahu mereka tiada majoriti.

Jika kalah undian maka ianya akan terbukti bahawa kerajaan PN tak ada majoriti lagi dan kerajaan PN akan tumbang.

Rakyat tak dapat dibantu dengan wajarnya, tak apa.  

Rakyat lapar dan naik bendera putih, kita tolak ke tepi.

Tipu statistik kewangan negara? No problem.

Gagal segagalnya dan derhaka pada Istana pun tak apa. 

Asal tiada undian dalam parlimen.

Asalkan mereka kekal kuasa.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



Berapa Lamakah PKP 3.0?


PKP 1.0 (45 hari)

PKP 2.0 (51 hari)

PKP 3.0 (81 hari setakat ini).

Saya amat kagum dengan daya kebertahanan mental, fizikal dan kewangan Rakyat Malaysia.

Saudara-saudari masih OK, tak?

Melihat situasa dan cara kerajaan melaksanakan PKP 3.0 separuh masak ketika ianya bermula, dari awal lagi saya dah beri amaran bahawa PKP 3.0 akan lebih lama tempohnya berbanding PKP 1.0 dan 2.0.

"15 Mei 2021: Najib beri bayangan tempoh PKP 3.0 lebih lama"
https://www.sinarharian.com.my/article/138515/VIDEO/SocMed/Najib-beri-bayangan-tempoh-PKP-30-lebih-lama

Masa itu, saya dan ramai lagi Rakyat yang waras berulang-kali suruh kerajaan perbetulkannya dengan perlaksanaan lebih ketat dan lebih adil - terutamanya bagi golongan paling tidak mampu dihukum.

Agar ianya tidak akan diheret berpanjangan dan membawa lebih banyak mudarat bagi Rakyat dan negara.

Adakah kerajaan PN mahu dengar masa itu?

Tidak. Degil. 

PM8 masuk TV untuk kata kita tak boleh tutup sepenuhnya sebab negara rugi RM2.4 bilion sehari. 

Minta siapa ada RM500 bilion untuk bayar dia buat lockdown.

Kata dia tak kisah orang panggil dia bodoh sebab dia tak boleh jaga 32 juta Rakyat.

Menteri Kewangan pula kata model PKP 2.0 yang "berjaya" akan diulang bagi PKP 3.0.

"18 Mei 2021: Kejayaan formula PKP 2.0 dorong ekonomi tidak ditutup sepenuhnya"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/818023/kejayaan-formula-pkp-20-dorong-ekonomi-tidak-ditutup-sepenuhnya

Tak pernah dijelaskan pula dari sudut mana PKP 2.0 dikatakan berjaya,  

Sekarang, kerugian bagi negara adalah jauh lagi besar sebab ianya diheret berpanjangan. 

Ekonomi Rakyat hampir lumpuh. Ramai lagi nyawa terkorban. Sistem hospital kita tetap tertekan.

Kes semakin tinggi pulak.  Rekod tetinggi 17,786 kes pada hari ke-81 PKP 3.0 hari ini.

Sekarang, nasi dah jadi bubur. Bubur pun dah basi.

Jadi, salah siapa bahawa Malaysia sudah menjadi satu-satunya negara dalam dunia di mana makin lama kita lockdown, makin tinggi kes Covid?

Dan kita juga antara negara yang paling lama berkurung dalam dunia bagi tahun 2021 tetapi tetap menjadi negara paling tinggi kes baharu dan kematian baharu berbanding saiz populasi.

Covid melanda semua negara tetapi kenapa Malaysia antara paling corot dalam dunia pula?

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Selamat Hari Pahlawan 2021.

Ramai yang telah terkorban dalam usaha memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Bumi yang kami pijak ini.

Kesejahteraan yang kami nikmati pada generasi ini.

Hasil jasa dan sumbangan perajurit kita.

Berkorban nyawa, bermandi darah.

Mempertahankan kedaulatan kita.

Menjadi tanggungjawab kita juga hari ini.

Menjunjung, mempertahankan institusi dan kedaulatan Raja dan Negara.

Kami rakyat Malaysia menghargai sumbangan dan jasa setiap anggota keselamatan dan pertahanan negara, yang turut menjadi frontliners hari ini.

Kami memperingati wira dan wirawati yang terkorban demi Malaysia. 

Selamat Hari Pahlawan 2021.

Al-Fatihah.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



Khamis, 29 Julai 2021

Pembangkang mahu Takiyuddin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan?..


PM8 dan peguam negara perlu selamatkan Menteri undang-undang yang didakwa mengeliru dewan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ordinan-ordinan darurat sudah mansuh sejak 21 Julai.

Pembangkang dengan amat bisingnya mengasak Speaker dan menteri sebab mereka kata tiada bukti kukuh bahawa pemansuhan sudah berlaku selain hujah-hujah menteri dalam Dewan.

PM8 boleh membantu dengan mengeluarkan kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan pemansuhan sudah backdated dan telah berlaku pada 21 Julai.

Tolonglah bekap sikit.

Peguam Negara pula boleh mengeluarkan warta kerajaan secara serta-merta bagi pemansuhan sudah berlaku pada 21 Julai.

Takkan peguam negara tak efficient sehingga begitu banyak ordinan-ordinan perundangan yang memberi impak kepada seluruh negara belum diwartakan sejak seminggu dahulu?

Kan?

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia


Apa gunanya kuasa?


Apa gunanya kuasa?
Apa gunanya jawatan? 
Apa gunanya lantikan? 

Jika asas perjuangan kita demi bangsa, agama dan negara tidak lagi diutamakan.

Jika prinsip kita mempertahankan kedaulatan institusi diraja tidak lagi didukung.

Jika asas perlembagaan dan undang-undang negara tidak lagi dihormati, dijunjung dan diamalkan.

Apakah sumber kuasa?
Apakah sumber jawatan?
Apakah sumber lantikan?

Rakyat. Rakyat. Rakyat.

Rakyat adalah segala-galanya yang menjadi tonggak demokrasi berparlimen kita.

Dan di mana kita hari ini?

Rakyat menderita, hidup dalam ketakutan. Meminta hari yang lebih baik.

Saya Najib Razak.

Sebagai seorang ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah

.....bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya,

.....bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.

.....dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.

Saya Najib Razak.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



Ucapan Dato Seri Najih Razak yang tidak menjadi pada hari yang penuh dramatik ini di Parlimen Malaysia


PERBAHASAN PARLIMEN
YB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6
DI DEWAN RAKYAT, PARLIMEN
PADA 29 JULAI 2021

Kebanyakan masa yang digunakan dalam sidang khas parlimen kali ini ialah bagi satu pihak menuduh kerajaan sudah gagal dan pihak lain pula mempertahankan kenapa kerajaan tidak gagal.

Pada pendapat saya, kita tak perlu lagi buang masa untuk ini sebab memang kita perlu mengaku.

Apabila, negara jatuh ke antara negara paling tinggi kadar kes baharu dan kes kematian berbanding saiz penduduk pada ketika ini dalam dunia - iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada kadar purata dunia dan Asia.

Malah dua kali ganda lebih tinggi kadarnya berbanding pada paras paling teruk yang dialami oleh negara India.

Apabila, pelaburan asing Malaysia menjadi paling corot dalam ASEAN, prestasi Bursa Malaysia menjadi keempat paling teruk dalam dunia - dikalahkan oleh Venezuela, Peru dan Colombia dan paling teruk di Asia Pasifik bagi tahun 2021.

Apabila kerajaan perlu sekali lagi turunkan hampir separuh unjuran pertumbuhan ekonomi yang diberi dalam bajet 2021 dan menaikkan sasaran defisit buat tahun kedua berturut-turut. 

Apabila kapasiti hospital-hospital sudah melebihi kapasiti maksimum - sehingga hospital kerajaan perlu minta pihak swasta untuk sumbang kontena tambahan untuk simpan mayat.

Apabila berpuluh ribu Rakyat Malaysia yang sudah positif Covid perlu beratur sehingga 10 jam di bawah matahari dan hujan sampai ke jalan raya untuk mendapat perhatian di pusat CAC.

Kita menjadi satu-satunya negara dalam dunia yang mengisytiharkan darurat untuk gantung perlembagaan dan parlimen dengan alasan melawan Covid tapi keadaan Covid menjadi 10 kali ganda lebih teruk pula.

Yang paling peliknya ialah negara lain buat lockdown, kes mereka turun tapi di Malaysia pula, kita buat satu demi satu lockdown dan PKP, tetapi yang peliknya lagi lama kita dikurung, makin tinggi kes Covid. 

Sejak 1 Januari sehingga kini iaitu sepanjang 210 hari sebanyak 63% kita berada dalam PKP iaitu 52 hari bawah PKP 2.0 dan 79 hari sejak PKP 3.0 yang bermula pada 12 Mei. Bakinya, kita bawah PKPB dan PKPD.

Memang benar bahawa pandemik Covid mencabar semua negara-negara dunia tetapi kenapa pula Malaysia paling corot dari kesihatan dan ekonomi? 

Kita tak menjadi paling corot dalam dunia tanpa sebab.

Ramai mendakwa kerajaan hari ini gagal tetapi apa yang menyebabkan kegagalan ini? 

Ia bermula pada bulan Jun 2020 lalu. Langkah tidak lagi memerlukan pelawat asing kuarantin di pusat kerajaan tetapi kuarantin kendiri di rumah. Lepas itu, kerajaan u-turn satu bulan kemudian tetapi sudah terlambat sebab varian baharu berjaya masuk dan mencetuskan kluster Sivagangga pada bulan Julai dan Covid mengganas di negeri-negeri utara.

Inilah sebenarnya punca gelombang ini - bukan sekadar PRN Sabah yang berlangsung dua bulan kemudian.

Pada Oktober, kerajaan menetapkan mereka yang pulang dari PRN Sabah perlu menjalani kuarantin selama 3 hari sahaja. Tetapi, kemudiannya u-turn semula kepada 14 hari. 

Kita tentu masih ingat permintaan melaksanakan darurat kali pertama ketika kes lebih kurang 500 kes. Namun, ketika kes sudah mencecah 1,600 kerajaan tiba-tiba membenarkan aktiviti pelancongan dan rentas negeri pada Disember 2020. 

Langkah kerajaan tiba-tiba mengurangkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing daripada 14 hari ke 7 hingga 10 hari pada Disember lalu pada ketika seluruh dunia sedang ketatkan lagi proses kuarantin mereka sebab varian baharu sedang mengganas.

Lebih malang, langkah ini hanya u-turn 5 bulan kemudian pada bulan April. Masa itu sudah terlambat sebab varian-varian UK, Afrika Selatan dan India ataupun dikenali sebagai varian Delta sekarang sudah merebak luas dalam negara. Malah sebut apa varian pun, kita sudah ada di Malaysia.

Langkah kerajaan melaksanakan PKP 2.0 secara separuh masak di mana kilang dan tapak pembinaan dibenarkan beroperasi, merupakan penyumbang terbesar Covid ketika itu, sedangkan semua sektor lain disekat.

Ini seumpama tangan kanan patah tetapi dibalutnya seluruh badan. Lain sektor yang menjadi penyebab, lain sektor yang kena tutup.

Dan pendekatan separuh masak ini terus diulangi lagi dan lagi, bagi PKP 3.0, total lockdown, PKPD dan PPN.

Langkah pertama untuk menyelesaikan sebarang masalah ialah dengan mengakui sememangnya kita ada masalah.

Dengan izin, ‘the first step to solve a problem is to admit we have a problem’.

Jadi, tak perlulah kita buang masa lagi untuk debat sekiranya kerajaan gagal atau tidak.

Sebab memang nyata gagal. Tak gagal, kita tak jadi paling corot dalam dunia. 

Pada pendapat saya, kerajaan PN terlalu taksub dengan PPN mereka dan terlalu bergantung penuh pada vaksinasi sahaja.

Ya, vaksin itu penting tapi kita perlu juga melihat kepada keadaan semasa dan kita perlu ada plan B sekiranya vaksin lambat berkesan seperti berlakunya pada negara-negara lain seperti Chile di mana keadaan Covid masih tinggi biarpun negara tersebut telah lama mencapai kadar 50% penduduknya divaksin penuh.

Kerajaan tidak boleh lurus bendul sangat, ikut pelan sahaja, ikut buku sahaja tanpa melihat keadaan semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan membayangkan bahawa angka Covid akan mencanak kepada 24,000 kes sehari dalam bulan September akan datang dan pada bulan oktober berikutnya akan merudum ke paras 1,000 kes. Ramai orang menyatakan kesangsian mereka sejauhmana penurunan ketara ini dalam masa sebulan akan menjadi kenyataan.

Persoalannya, apakah keadaan hospital kita dan jumlah kematian sehari ketika kita mencatat kes 24,000 kes baharu. Adakah 200, 300 mahupun 400 kematian setiap hari boleh diterima? Bayangkan jika angka kematian ini berterusan pada setiap hari selama tempoh 2 bulan 3 hari sehingga Oktober. Ini bersamaan 15,000 hingga 20,000 kematian baharu. Adakah ini boleh diterima kita semua?

Pada pendapat saya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan sayang kepada rakyat tidak boleh membiarkan sahaja kes aktif meningkat tanpa batas dan kes baharu naik ke 24,000 kes sehari tanpa membuat sesuatu.

Pada masa yang sama, rakyat sudah tidak mempunyai duit setelah dikurung berbulan-bulan lamanya. Dan kita tidak boleh mengetatkan lockdown tanpa memberi duit kepada rakyat untuk menghadapinya. 

Tiap-tiap hari ada berita rakan sekerja, kawan, kenalan atau saudara yang dijangkiti atau telah hilang nyawa akibat Covid.

Rakyat biasa semakin takut untuk keluar rumah tetapi semakin tidak berduit setelah berkurung 77 hari sejak PKP 3.0 bermula.

Justeru, pada pendapat saya, ada perlunya kerajaan melaksanakan lockdown yang paling ketat sekali di peringkat negeri yang mempunyai kes yang masih tinggi bagi tempoh yang sangat singkat iaitu 7 hari, 10 hari, mahupun 14 hari sementara menunggu keberkesanan vaksinasi. Jangan dibuat seperti sebelum ini. Total betul-betul total, full betul-betul full. F-U-L-L bukan F-O-O-L. 

Mengambilkira kenyataan dari kerajaan bahawa kita tidak ada banyak duit lagi untuk membantu rakyat, saya cadang skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah dengan caj perkhidmatan sebenar paling rendah sebanyak RM3,000 – RM5,000 setiap pemohon. Sesiapa dari golongan B40, M40 boleh memohon kepada bank dan akan diluluskan secara automatik untuk dibayar terus ke dalam akaun pemohon 2 – 3 hari kemudian. Pinjaman ini disediakan oleh pihak bank tetapi dengan jaminan penuh kerajaan. Caj perkhidmatan sebenar paling maksimum adalah 3% ataupun bersamaan dengan RM90.00 setahun bagi pinjaman RM3,000.00 dengan tempoh bayaran balik selama 3 tahun.

Kaedah ini tidak memberi impak kepada hutang langsung negara kerana ia merupakan jaminan kerajaan pada bank.

Jangan bimbang bank tidak mempunyai cukup dana untuk memberi pinjaman i-Survive jika 10 juta rakyat yang memohon RM5,000.00 seorang, jumlahnya RM50 billion. Tak sampai 10% daripada jumlah pinjaman bank yang dibuat bank hari ini. Bank-bank Malaysia mencatat keuntungan tertinggi biarpun dalam keadaan pandemik hari ini. 

Sebagai contoh, CIMB Bank telah mencatat keuntungan bersih berganda iaitu 500%. Sebagai perbandingan:
Suku pertama, 2020 – RM507.93 juta
Suku pertama, 2021 – RM2.46 billion!

Kerajaan negeri dan pusat akan membantu pembayaran balik setiap tahun dengan geran atau potongan dari BRIM/ BPN sehingga dijelaskan penuh. 

Dengan kata lain, kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan bayar balik bukannya pemohon. Kerajaan negeri dan pusat bagi memperolehi sumber dana ini kerajaan negeri dan pusat boleh mengenakan cukai pemulihan covid-19 seperti cukai durian runtuh, cukai pembangunan kondo mewah, cukai duti stamp transaksi pertukaran harta, cukai kepada golongan berpendapatan paling tinggi untuk tempoh 2 hingga 3 tahun atau apabila dana mencukupi. 

Tempoh lockdown 7 hari, 10 hari, mahupun 14 hari ini, jika tidak boleh memutuskan sepenuhnya rantaian Covid-19, sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan dan mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban.

Dalam tempoh ini, kerajaan juga perlu memenuhi 10 Tuntutan Rakyat yang sudah diserahkan oleh PEMUDA UMNO kepada Menteri Kewangan.

Saya harap kerajaan akan melaksanakan cadangan saya secepat mungkin dengan memberi dana kepada rakyat sambil mengurangkan keadaan Covid-19 mencapai 24,000 kes sehari dan mengelak lebih nyawa terkorban. 

- TAMAT -
-----
10 TUNTUTAN RAKYAT PEMUDA UMNO.

10 PERMINTAAN RAKYAT UNTUK TAMBAH BAIK BANTUAN RAKYAT

1. SEGERAKAN Bantuan Khas Covic (BKC), jangan tunggu bulan Ogos. Itupun belum ada tarikh bulan Ogos bagi tujuan pembayaran. Rakyat amat terdesak sekarang. (Nota: Nilai BKC adalah RM250 untuk M40, RM800 untuk B40; RM1,300 untuk Miskin Tegar; RM100 untuk Bujang)

2. Jangan BERKIRA sangat, luluskan sahaja kedua-dua kategori penerima BPR/BKC dan penerima GKP-Geran Khas Prihatin (M40: BKC (RM250) + GKH (500) = RM750 sahaja; B40: RM300 + GKH:RM500 = RM800 sahaja). Ramai mengadu dinafikan BPR/BKC kerana GKP sedangkan GKP untuk bantu perniagaan terjejas sedangkan BPR/BKC lebih kepada keperluan menampung kehidupan diri dan keluarga.

3. Permudahkan proses rayuan tanpa perlu banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan. Karenah birokrasi akan menyusahkan rakyat terutamanya M40 yang hanya menerima RM250 (takut-takut kos nak merayu akhirnya yang tinggal berbaki jika berjaya sekalipun sudah tidak berbaloi).

4. LHDN wajar ambil kira data terkini. Ramai di kalangan rakyat terutamanya M40 yang jatuh ke kategori B40 sejak awal tahun ini ketika PKP 2.0 dan makin parah apabila PKP 3.0. Data pembayaran cukai 2020 tidak menggambarkan realiti sebenar keadaan majoriti rakyat!

5. Kerajaan wajar menambah suntikan fiskal dengan meningkatkan jumlah BKC terutamanya untuk M40. Nilai RM250 terlalu sedikit dalam keadaan rakyat sudah sampai ke peringkat terdesak.

6. Tambah baik i-Citra dengan dibenarkan pengeluaran secara ‘lump sum’ berbanding berkala setiap bulan dan kadar lebih tinggi mengikut simpanan pencarum, contohnya RM10,000 atau berkadaran dengan jumlah simpanan dalam Akaun KWSP.

7. Benarkan akses kepada  Akaun 1 KWSP dan permudahkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui karenah birokrasi dalam pengeluaran dan permohonan.

8. Benarkan akses kepada golongan T20 dan M40 untuk mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi bagi tujuan melangsaikan komitmen-komitmen seperti hutang akibat daripada pendapatan yang terjejas secara mendadak.

9. Selaraskan kaedah penawaran Moratorium yang dibuat oleh Bank-Bank dengan tidak mengenakan faedah terakru sehingga rakyat terpaksa membayar kos pinjaman lebih tinggi akibat memilih Moratorium. Perluaskan juga Moratorium kepada agensi kerajaan termasuk LPPSA.

10. Bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil yang ramai mula terpaksa gulung tikar akibat PKP 3.0 yang berpanjangan dan tiada berkesudahan.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia


Selasa, 27 Julai 2021

Kerajaan PN tersilap langkah sebab?? | Najib Razak

Pada pendapat saya, kerajaan PN tersilap langkah sebab:

- Memansuhkannya lebih awal merupakan pengangkuan bahawa darurat sudah gagal memerangi Covid dan sebenarnya tidak perlu dilaksanakan. Ianya hanya merosakkan keyakinan pelabur tanpa memberi sebarang manfaat pada negara. Bahawa darurat ini cuma satu permainan politik.

- memansuhkannya secara senyap dan secara backdated merupakan satu pengakuan bahawa kerajaan hari ini sudah hilang majoriti dan mereka telah gagal membeli lebih banyak katak. 

Maka katak yang pernah lompat masuk untuk selamatkan diri akan mula berfikir untuk lompat keluar sebelum kerajaan tenggelam dan mereka dijadikan sasaran pihak lawan.

Tiada siapa pernah kata bahawa katak yang lompat sekali tidak akan lompat kali kedua.

----
TINDAKAN Putrajaya “diam-diam” membatalkan semua Ordinan Darurat hanya menunjukkan apa yang kerajaan Perikatan Nasional sanggup buat untuk terus kekal berkuasa, kata penganalisis.

Mereka mendakwa kerajaan mempermain-mainkan rakyat dan memberi amaran kepada PN supaya tidak mengambil ringan Proklamasi Darurat.

Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan mengejutkan banyak orang semalam apabila beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sejak 21 Julai, kerajaan sudah membatalkan semua ordinan yang dimasyhurkan melalui Proklamasi Darurat.

Katanya, kerajaan juga tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar proklamasi darurat baharu apabila ia tamat 1 Ogos ini.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata keabsahan kerajaan ini dipertikaikan kerana majoritinya tidak jelas, selepas Umno berulang kali memberi amaran menarik balik sokongan mereka.

“Kerajaan sedia mempermainkan rakyat dengan menyembunyikan keputusan yang mereka buat walaupun keputusan itu sangat mustahak kepada kehidupan rakyat,” kata Ahmad Fauzi.

“Kalaupun pemansuhan ordinan itu untuk mengelak undian di Parlimen, ia tetap membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mahu menggunakan Darurat untuk melawan Covid-19.

“Kalau betul, ia sepatutnya mengemukakan pelan pemulihan lebih awal, sebaik-baiknya selepas Darurat dikuat kuasa.”

Tidak mustahil kerajaan ini bergelut untuk menangani pandemik kerana ia lebih mengutamakan nyawa politiknya berbanding kesejahteraan rakyat, tambahnya.

Bekas presiden Aliran Dr Francis Loh Kok Wah berkata tidak munasabah kerajaan PN memansuhkan ordinan darurat.

“Sama seperti kerajaan PN mengisytiharkan Darurat tanpa merujuk Parlimen, ia juga menamatkannya dengan mengetepikan Parlimen sekali lagi,” katanya.

Loh berkata rakyat mahu ahli parlimen mereka memberitahu kerajaan: “Jangan main-main dengan perisytiharan darurat.”

Beliau menjelaskan darurat sepatutnya hanya jadi pilihan apabila ada ancaman yang serius kepada keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat, dan bukannya kerajaan, terutamanya kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat.

Kesejahteraan kerajaan adalah urusan politik, dan dalam demokrasi, ia diselesaikan di Parlimen atau melalui peti undi, tambahnya.

“Nampaknya kerajaan PN takutkan Parlimen, mengelaknya seperti pandemik, seolah-olah ia tahu ia akan tumbang di situ,” kata Loh.

Dr Azmil Tayeb juga dari USM berkongsi pandangan sama.

“Menamatkan darurat dengan diam-diam samalah seperti mengaku darurat gagal dan kerajaan hanya mahu menyorok kegagalan itu.

“Ia tidak mahu kegagalan darurat itu diperiksa oleh pembangkang kerana akan mendedahkan bahawa selama ini tujuannya politik semata-mata,” katanya.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Jumaat, 23 Julai 2021

Ustaz Ebit Lew Memaafkan Semua Orang


Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya.  Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi,bodoh, penunggang, dan lain-lain. Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya,bidadari saya, dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. 

Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua. 

Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah covid ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua.

Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.

Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya ya.
Cukuplah sampai sini ye. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Khamis, 22 Julai 2021

Al-Fatihah Untuk Arwah Ayah Ustaz Ebit Lew - Ebit Lew


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer.  Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk kami sekeluarga.

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Buat Live Menjawab Semua Fitnah Pada Dirinya


Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya. 

Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.

Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis,isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah. 

Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya,keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih..

Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Isnin, 19 Julai 2021

Ustaz Ebit Lew membantu seorang pakcik 75 tahun tidur dalam kereta dah 2 bulan di bawah jejantas dekat central market KL.


Terkejut sebak kasihan sangat dengar seorang pakcik 75 tahun tidur dalam kereta dah 2 bulan di bawah jejantas dekat central market kl. Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. Sedih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba jer menangis.

Pakcik esok dah Raya Haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je. Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua. Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa.

Pakcik terus menangis. Kenapa menangis pakcik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais,mesin basuh, dan katil. Pakcik kata takperlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. Malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa jer pakcik. 

Ini berkat pakcik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja. Dan saya bawa ke elewsmart beli makanan kucing,pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan. 

Semoga Pakcik sentiasa sihat dan dimudahkan segala urusan. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Ahad, 18 Julai 2021

Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.


Hari ini saya berpeluang meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya. Ini adalah inisiatif terbaharu kerajaan bersama sektor korporat untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Alhamdulillah, pelaksanaan Bakul Prihatin Negara ini yang merupakan kesinambungan kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang dilaksanakan Kerajaan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat-syarikat korporat. Setakat ini, sejumlah RM16 juta telah disumbangkan oleh lima syarikat korporat yang tampil untuk menjayakan inisiatif ini. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Yayasan PETRONAS atas sumbangan sebanyak RM5 juta, AEON (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta) serta Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia yang masing-masing menyumbang RM2 juta. Sebagai komitmen di pihak Kerajaan, pejabat saya juga menyumbang sebanyak RM5 juta. Saya berharap lebih banyak syarikat  korporat akan tampil memberi sokongan selepas ini, agar lebih ramai yang memerlukan dapat dibantu.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara, anda bolehlah menghubungi Talian Kasih di 15999, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah di seluruh negara atau Whatsapp ke 019-2615999. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM). Maklumat lanjut seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.

Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian JKM bersedia untuk menghantar bantuan kepada pemohon sebaik sahaja mod penghantaran Bakul Prihatin Negara diaktifkan mulai Isnin, 19 Julai depan.

#MalaysiaPrihatin
#PrihatinBersamaHari ini saya berpeluang meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya. Ini adalah inisiatif terbaharu kerajaan bersama sektor korporat untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Alhamdulillah, pelaksanaan Bakul Prihatin Negara ini yang merupakan kesinambungan kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang dilaksanakan Kerajaan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat-syarikat korporat. Setakat ini, sejumlah RM16 juta telah disumbangkan oleh lima syarikat korporat yang tampil untuk menjayakan inisiatif ini. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Yayasan PETRONAS atas sumbangan sebanyak RM5 juta, AEON (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta) serta Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia yang masing-masing menyumbang RM2 juta. Sebagai komitmen di pihak Kerajaan, pejabat saya juga menyumbang sebanyak RM5 juta. Saya berharap lebih banyak syarikat  korporat akan tampil memberi sokongan selepas ini, agar lebih ramai yang memerlukan dapat dibantu.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara, anda bolehlah menghubungi Talian Kasih di 15999, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah di seluruh negara atau Whatsapp ke 019-2615999. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM). Maklumat lanjut seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.

Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian JKM bersedia untuk menghantar bantuan kepada pemohon sebaik sahaja mod penghantaran Bakul Prihatin Negara diaktifkan mulai Isnin, 19 Julai depan.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

Vaksinasi adalah kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19.

Jadi, apa yang Kerajaan buat?

Menempah lebih 76.1 juta dos vaksin – 70% Pfizer, 23.4% Sinovac, 10% Astrazaneca, 10.9% CanSino dan 10% daripada fasiliti COVAX. 

Setakat ini kita telah terima 20 juta dos dari keseluruhan jumlah vaksin yang ditempah. Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada bulan Ogos, 53 juta dos pada bulan September dan 58 juta dos pada bulan Oktober.

Jadual asalnya, 80% penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Sasaran ini kemudiannya dipercepatkan ke Disember 2021.

Kini, dengan penemuan varian-varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dan kes-kes positif meningkat dengan mendadak, sasaran program vaksinasi dipercepatkan lagi.

- 100% populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos 2021 di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti. 

- 100% populasi dewasa di Sarawak akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos.

- Hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50% pada akhir bulan Ogos 2021.

- Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70% pada bulan September 2021.

- 100% populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021. 

- Peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari. 

InsyaAllah. Kita terus istiqamah.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

#MalaysiaPrihatin
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

Jumaat, 2 Julai 2021

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan mesyuarat secara maya bersama Encik Xie Jian, iaitu Pengerusi dan Presiden Syarikat Risen Energy Co. Ltd, sebuah syarikat pengeluar kelima terbesar dunia bagi penghasilan solar module


Pagi ini, saya telah mengadakan mesyuarat secara maya bersama Encik Xie Jian, iaitu Pengerusi dan Presiden Syarikat Risen Energy Co. Ltd, sebuah syarikat pengeluar kelima terbesar dunia bagi penghasilan solar module.

Mesyuarat ini turut disertai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), YBrs Encik Arham Abdul Rahman. 

Berpengkalan di Republik Rakyat China, syarikat ini melalui Risen Solar Technology Sdn. Bhd. telah diluluskan Lesen Pengilang dan Galakan Insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi aktiviti rekabentuk, pembangunan dan pengilangan solar cells dan solar modules di Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM42.2 bilion. 

Insya-Allah, pelaburan untuk tempoh 15 tahun dari 2021 hingga 2035 ini dijangka akan menjana 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia selain syarikat itu juga akan menjalinkan kerjasama dengan universiti/ institusi tempatan dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk pengambilan pelajar secara internship. 

Saya yakin kehadiran Risen Solar ini akan menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran berintegrasi bagi produk solar. Ketika ini terdapat beberapa syarikat pengeluar global solar seperti Jinko Solar, Longi Solar, JA Solar, Hanwha Q Cell, First Solar dan Sun Power sedang beroperasi di Malaysia. 

Saya turut berkongsi dengan Encik Xie Jian bahawa Kerajaan Malaysia mengamalkan prinsip mesra pelaburan dan sentiasa mengalu-alukan kemasukan pelaburan baharu dan berkualiti ke negara ini dengan pelbagai galakan dan insentif disediakan kepada pelabur dan bakal pelabur dan menegaskan akan memastikan pelaksanaan projek yang telah dirancang oleh syarikat tersebut berjalan dengan lancar. 

Pelaburan daripada syarikat Risen Energy ini merupakan satu kejayaan besar buat negara, sekaligus menunjukkan keupayaan pengurusan ekonomi Malaysia ketika dunia sedang bergelut dengan cabaran pandemik COVID-19. 

Alhamdulillah, trend kemasukan berterusan pelaburan asing berimpak tinggi ini tentunya menyuntik lebih keyakinan dalam kalangan komuniti pelabur luar terhadap prospek pemulihan ekonomi Malaysia selari dengan aspirasi Pelan Pemulihan Negara. Ini pastinya akan membawa manfaat besar kepada masyarakat dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
PM Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) OKU-pandu lalu yang pertama di dalam negara bagi meninjau proses pemberian vaksin kepada komuniti orang kurang upaya (OKU).

Hari ini saya telah ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) OKU-pandu lalu yang pertama di dalam negara bagi meninjau proses pemberian vaksin kepada komuniti orang kurang upaya (OKU).

Hadir bersama-sama saya ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Pengerusi OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

PPV OKU-pandu lalu yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan OKU Sentral ini dibuka khas untuk membantu ahli komuniti OKU menerima suntikan vaksin mengikut kesesuaian dan keadaan mereka dengan dibantu oleh sukarelawan OKU yang berpengalaman berurusan dengan komuniti OKU.

Proses vaksinasi golongan OKU bukanlah suatu tugas yang mudah kerana sifat atau tidak balas mereka yang tentunya berlainan daripada biasa. Kesabaran petugas kesihatan dan sukarelawan di PPV ini mendepani karenah mereka amat dihargai. Langkah menyediakan bilik bertenang atau 'calm room' yang dilengkapi permainan dan juga alunan muzik juga adalah satu inisiatif yang amat baik dalam membantu 'menenangkan' anak-anak OKU ini.

Usaha Kerajaan dengan penglibatan NGO dan juga sektor swasta ini amat diperlukan dalam memastikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Terima kasih kepada semua petugas kesihatan, OKU Sentral sebagai pengendali, para sukarelawan OKU, Sime Darby Plantation dan Yayasan Sime Darby yang membantu menaja lokasi dan perkhidmatan logistik sepanjang program vaksinasi OKU ini dijalankan.

Saya amat berharap agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan atau GLCs dan pertubuhan bukan kerajaan dapat berganding bahu serta memberikan sokongan kepada usaha kerajaan untuk menjayakan program vaksinasi ini.

Alhamdulillah sehingga 20 Jun 2021, sebanyak 280,904 daripada 579,150 individu OKU yang berdaftar di bawah sistem maklumat OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun mendaftar dengan MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19. Daripada jumlah itu, sebanyak 15,914 individu telah menerima dos pertama manakala kira-kira 4,000 individu telah menerima dos kedua.

Saya amat berbangga dengan kesedaran ahli keluarga dan penjaga kepada individu OKU tentang ancaman virus COVID-19 serta menghargai sokongan mereka terhadap program imunisasi COVID-19.

Pada program ini, saya turut mengumumkan sukarelawan OKU juga akan menikmati kenaikan kadar elaun harian kepada RM100 sehari, sebagaimana yang bakal diterima sukarelawan kesihatan bermula hujung bulan ini seperti yang saya umumkan di Pagoh, Selasa lalu.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
PM Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin