PKP 1.0 (45 hari)
PKP 2.0 (51 hari)
PKP 3.0 (81 hari setakat ini).
Saya amat kagum dengan daya kebertahanan mental, fizikal dan kewangan Rakyat Malaysia.
Saudara-saudari masih OK, tak?
Melihat situasa dan cara kerajaan melaksanakan PKP 3.0 separuh masak ketika ianya bermula, dari awal lagi saya dah beri amaran bahawa PKP 3.0 akan lebih lama tempohnya berbanding PKP 1.0 dan 2.0.
"15 Mei 2021: Najib beri bayangan tempoh PKP 3.0 lebih lama"
https://www.sinarharian.com.my/article/138515/VIDEO/SocMed/Najib-beri-bayangan-tempoh-PKP-30-lebih-lama
Masa itu, saya dan ramai lagi Rakyat yang waras berulang-kali suruh kerajaan perbetulkannya dengan perlaksanaan lebih ketat dan lebih adil - terutamanya bagi golongan paling tidak mampu dihukum.
Agar ianya tidak akan diheret berpanjangan dan membawa lebih banyak mudarat bagi Rakyat dan negara.
Adakah kerajaan PN mahu dengar masa itu?
Tidak. Degil.
PM8 masuk TV untuk kata kita tak boleh tutup sepenuhnya sebab negara rugi RM2.4 bilion sehari.
Minta siapa ada RM500 bilion untuk bayar dia buat lockdown.
Kata dia tak kisah orang panggil dia bodoh sebab dia tak boleh jaga 32 juta Rakyat.
Menteri Kewangan pula kata model PKP 2.0 yang "berjaya" akan diulang bagi PKP 3.0.
"18 Mei 2021: Kejayaan formula PKP 2.0 dorong ekonomi tidak ditutup sepenuhnya"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/818023/kejayaan-formula-pkp-20-dorong-ekonomi-tidak-ditutup-sepenuhnya
Tak pernah dijelaskan pula dari sudut mana PKP 2.0 dikatakan berjaya,
Sekarang, kerugian bagi negara adalah jauh lagi besar sebab ianya diheret berpanjangan.
Ekonomi Rakyat hampir lumpuh. Ramai lagi nyawa terkorban. Sistem hospital kita tetap tertekan.
Kes semakin tinggi pulak. Rekod tetinggi 17,786 kes pada hari ke-81 PKP 3.0 hari ini.
Sekarang, nasi dah jadi bubur. Bubur pun dah basi.
Jadi, salah siapa bahawa Malaysia sudah menjadi satu-satunya negara dalam dunia di mana makin lama kita lockdown, makin tinggi kes Covid?
Dan kita juga antara negara yang paling lama berkurung dalam dunia bagi tahun 2021 tetapi tetap menjadi negara paling tinggi kes baharu dan kematian baharu berbanding saiz populasi.
Covid melanda semua negara tetapi kenapa Malaysia antara paling corot dalam dunia pula?
Sumber:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan