Hari ini saya berpeluang meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya. Ini adalah inisiatif terbaharu kerajaan bersama sektor korporat untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Alhamdulillah, pelaksanaan Bakul Prihatin Negara ini yang merupakan kesinambungan kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang dilaksanakan Kerajaan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat-syarikat korporat. Setakat ini, sejumlah RM16 juta telah disumbangkan oleh lima syarikat korporat yang tampil untuk menjayakan inisiatif ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yayasan PETRONAS atas sumbangan sebanyak RM5 juta, AEON (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta) serta Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia yang masing-masing menyumbang RM2 juta. Sebagai komitmen di pihak Kerajaan, pejabat saya juga menyumbang sebanyak RM5 juta. Saya berharap lebih banyak syarikat korporat akan tampil memberi sokongan selepas ini, agar lebih ramai yang memerlukan dapat dibantu.
Kepada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara, anda bolehlah menghubungi Talian Kasih di 15999, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah di seluruh negara atau Whatsapp ke 019-2615999. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM). Maklumat lanjut seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.
Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian JKM bersedia untuk menghantar bantuan kepada pemohon sebaik sahaja mod penghantaran Bakul Prihatin Negara diaktifkan mulai Isnin, 19 Julai depan.
#MalaysiaPrihatin
#PrihatinBersamaHari ini saya berpeluang meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya. Ini adalah inisiatif terbaharu kerajaan bersama sektor korporat untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Alhamdulillah, pelaksanaan Bakul Prihatin Negara ini yang merupakan kesinambungan kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang dilaksanakan Kerajaan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat-syarikat korporat. Setakat ini, sejumlah RM16 juta telah disumbangkan oleh lima syarikat korporat yang tampil untuk menjayakan inisiatif ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yayasan PETRONAS atas sumbangan sebanyak RM5 juta, AEON (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta) serta Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia yang masing-masing menyumbang RM2 juta. Sebagai komitmen di pihak Kerajaan, pejabat saya juga menyumbang sebanyak RM5 juta. Saya berharap lebih banyak syarikat korporat akan tampil memberi sokongan selepas ini, agar lebih ramai yang memerlukan dapat dibantu.
Kepada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara, anda bolehlah menghubungi Talian Kasih di 15999, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah di seluruh negara atau Whatsapp ke 019-2615999. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM). Maklumat lanjut seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.
Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian JKM bersedia untuk menghantar bantuan kepada pemohon sebaik sahaja mod penghantaran Bakul Prihatin Negara diaktifkan mulai Isnin, 19 Julai depan.
Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan