Isnin, 28 Februari 2022

Resepi Buat Roti Canai


Sy halal kn resepi ni untuk semua..."dari Pemilik Resepi"

-Tepung gandung 1kg

-gula

-garam

-air suam

-planta 2sudu

-minyak masak 3sudu

-kuning telur sahaja(sebijik)

-larut kan garam,gula bersama air suam..

-planta,telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung td..

-masuk kan air td sedikit demi sedikit..

-uli sampai doh x melekat di tangan

(Jika lembik tambah kn tepung...klu keras renjis kan air dan uli semula

-siap di uli biarkan dlm 10 minit..kemudian boleh buat doh bulat2..

-doh td sapu dengan Planta,,biar semalaman esok pg baru tebar..

Kredit: Facebook Page Resepi MAMA

#bestmalaysiafoodviral

Isnin, 21 Februari 2022

Apa Yang Menarik di Melaka Nak beritahu kami orang melaka jalan dekat sini je

Apa Yang Menarik di Melaka Nak beritahu kami orang melaka jalan dekat sini je 
1.Kota A Famosa (FREE)
2.Jonker Walk aka Jonker Street (FREE)
3.The Stadthuys (FREE)
4. melaka river cruise di sepanjang Sungai Melaka 
5. The Shore Sky Tower 
6. The Shore Oceanarium 
7. The Orang Utan House 
8. Dataran 1 Malaysia Klebang (FREE)
9. Rumah Terbalik Melaka @ Upside Down House Melaka 
10. Makam Hang Jebat (FREE)
11. Mamee Jonker House (PERCUMA)
12.Menara Taming Sari 
13. Encore Melaka 
14. Perigi Hang Tuah, Jambatan Duyung (FREE)
15. Padang Kemunting Turtle Management Centre (PERCUMA)
16. The Pirate Adventure – Melaka Alive 
17. Melaka Tropical Fruit Farm
18.Jangan lupa menaiki beca di bandar Melaka. BEST!

Pantai :
1. Tg bidara
2. Pengkalan balak
3. Tg kling (pantai puteri)
4. Klebang
5. Pantai kuala sungai baru
6. Pantai siring

Hiburan family berkeluarga :
1. Zoo melaka
2. Taman buaya
3. Taman rama²
4. Afamosa water world
5. Bayou lagoon.
6. Kolam air panas gadek
7. Kolam air panas jasin

Kedai Makan di Melaka:

1.Waronk Melaka Jonker Street (12tgh - 10 malam)
2.Roti Canai Kayu Arang (7 pagi – 12 tenghari)
3.Mee Bodo Hassan (7.30 pagi – 11 pagi)
4.Perhentian Kuih Kampung (8.30 pagi – 7 malam)

Tempat Makan Tengahari di Melaka Yang Best
1 Asam pedas Selera kampung (7 pagi – 6 petang)
2.Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil (9 pagi – 5 petang)
3.Nasi Gunting Haji Awal (8.30 pagi – 1 petang)
4.Lontong Singapura masjid tanah ( 8.30pg - 11 pagi)
5.Restoran Sup Lembu Tangkak (8.30 pegi – 5 Petang)
6.Restoran Dima Arabic Food (12 tengahari – 12 pagi)

Tempat Makan Petang Sedap di Melaka
1.Kuih Keria Antarabangsa (1 petang – 6 petang)
2.Mee Sup Tengkera (3 petang – 7 petang)
3.Warung Hijau Rojak Sotong Jumbo (2ptg -9 mlm)
4.Nasi ganja bawah pokok (11pg - 3ptg)
5.Coconut Shake Klebang (11.30 pagi – 6.30 petang)
6.Coconut Shake Batu Berendam (10 pagi – 10 malam)
7.Coconut Shake Alai (11 pagi – 6.30 petang)
8.Sultan Salai Alor Gajah (11pg - 4ptg)
9.Manggo Float Royale (11 pagi – 11.30 malam)
10.Cendol Jam Besar (9 pagi – 6 petang)
11.Klebang Coconut Shake (9 pagi – 6 petang)
12.Tempat Makan Malam Sedap & Menarik di Melaka
13.Asam pedas Pasar Borong Batu Berendam (6 petang – 3 pagi)
14.Char Kuey Teow Stesen Kandang (6 petang – 12 malam)
15.Asam Pedas Claypot Kota Laksamana (6 petang – 4 pagi
16.Aida Rich Cafe (12 tengahari – 11 malam)
17.Berkat Roti John (5.30 petang – 1.30 pagi)
18.Qasreena kafe (8 pagi – 11.45 petang)
19.Kari kambing warisan seylon (7pg - 12tgh hari)
20.Leque (12 tenghari – 11 malam)
21.Mee Besan Ori Melaka (3.30 petang – 10 malam)
22.Mejistic burger (5ptg - 11mlm)
23.Dapur Rita (5 petang – 2 pagi)
24.Pak Putra Tandoori & Roti Naan (5.30 petang – 1 pagi)
25.Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai (5 Petang – 12 pagi)
26.Medan Ikan Bakar Deli Muara Alai (5.30 petang – 11 malam)
27.Mee Udang Kak Rose, Bukit Rambai (4.30 – 1 pagi)

Sumber : Melaka Daily

Isnin, 14 Februari 2022

Pengalaman menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) atau Ujian Bakat untuk jawatan Pegawai Kebudayaan (B41) dalam MOTAC selepas berjaya dalam ujian PSEE SPA


Assalamualaikum semua.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) atau Ujian Bakat untuk jawatan Pegawai Kebudayaan (B41) dalam MOTAC selepas berjaya dalam ujian PSEE SPA. Memandangkan sebelum ini saya tak menemui banyak rujukan berkaitan PAC ini, jadi saya berharap agar penulisan ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu mana mana calon yang terpilih ke PAC MOTAC. 

Sesi pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi dan kami telah dibahagikan kepada 3 sesi. Saya mendapat sesi yang ketiga. Selepas itu, kami dikehendaki memakai nombor giliran sehingga tamat PAC. Seterusnya, kami terus dibawa ke auditorium untuk menjawab ujian bertulis. Terdapat 40 soalan objektif yang perlu dijawab dalam masa 40 minit. Tahap kesukaran ujian tersebut pada saya agak tinggi. Hal ini kerana, soalan soalan semuanya berkisar mengenai MOTAC, pentadbiran kebudayaan, Dasar Kebudayaan Negara, warisan kebudayaan Malaysia dan pengetahuan am. 

Untuk sesi pengucapan awam pula, tajuk ucapan adalah secara rawak dan urusetia akan menyuruh calon untuk membuat cabutan tajuk. Setiap calon akan mendapat tajuk yang berbeza. Masa persediaan pula cuma 10 minit dan 5 minit masa diberikan untuk berhujah di hadapan dua orang panel. 

Peringkat seterusnya adalah sesi perbincangan secara berkumpulan. Kami telah diberikan soalan dan dikehendaki untuk menghuraikan isi isi penting secara bergilir gilir. Soalan yang kumpulan saya dapat adalah berkenaan dengan langkah langkah atau strategi pemasaran untuk produksi filem. Keadaan amat riuh sekali ketika sesi ini berlangsung kerana masing masing saling bantu membantu antara ahli kumpulan yang lain. 

Akhir sekali, sesi yang paling ditunggu tunggu ialah bakat kesenimanan. Sesi bakat kesenimanan ini terbahagi kepada 5 bidang iaitu seni lukis, seni tari, seni sastera, seni lakon dan seni muzik. Biarpun saya mempunyai latar belakang muzik namun saya telah memilih seni sastera dan seni lakon, memandangkan saya tidak mempunyai alat muzik untuk dimainkan. Setiap calon perlu memilih dua seni bakat untuk dipersembahkan. Alat muzik perlulah dibawa sendiri oleh calon. Pemilihan bidang seni akan diberitahu lebih awal iaitu melalui emel, jadi calon tidak perlu risau dan boleh membuat persiapan sebelum datang ke PAC. 

Akhir kata daripada saya, selamat berjaya kepada semua calon. Jangan gementar dan buatlah persiapan secukupnya sebelum hadir ke PAC. Berusahalah sehabis baik kemudian baru tawakal. InshaAllah, semoga ada rezeki!😀

Sumber Facebook Sahiran Azizan

Sabtu, 5 Februari 2022

Pengalaman Proses Pemilihan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29.

SIRI 1
Proses Pemilihan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29.

Saya ingin membuat sedikit perkongsian berkenaan jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29. Sepanjang kajian saya berkenaan jawatan ini, tidak banyak maklumat yang terperinci mengenai proses bagi menjawat jawatan ini di Internet. Oleh itu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sendiri dalam melalui proses yang ditetapkan SPA bagi menjawat jawatan ini.
 
Saya ingin tegaskan, sebelum anda membaca perkongsian ini, semua yang saya tulis adalah pengalaman peribadi saya dan hasil kajian yang saya lakukan bagi menyediakan diri saya menghadapi setiap peringkat pemilihan dan temu duga untuk jawatan ini. Pengalaman dan pengetahuan calon lain dalam proses pemilihan jawatan ini mungkin berbeza dari saya.

Untuk pengetahuan, saya telah mula memohon jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 sejak dari 2018. Dari tahun 2014 saya telah mula memohon jawatan perkhidmatan awam melalui SPA9, menjawab 8 Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSSE), dan menghadiri 4 kali sesi temu duga untuk pelbagai jawatan. Akhirnya saya berjaya mendapat lantikan tetap sebagai Penolong Penguasa Bomba KB29 pada Februari 2022. Jawatan ini juga adalah jawatan yang paling saya minati, dan boleh dikatakan antara yang paling lama tempoh menunggu keputusan, bermula dari tarikh PSSE pada November 2020.

Apa itu Penolong Penguasa Bomba KB29?

Sedikit maklumat mengenai jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29. Jawatan ini adalah salah satu dari 3 jawatan yang boleh dimohon dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Bagi KB29, kelulusan minimum yang membolehkan anda memohon ialah sekurang-kurangnya diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh kerajaan. Anda juga boleh memohon jawatan ini sekiranya anda memiliki ijazah sarjana muda. Terdapat 4 peringkat yang telah saya tempuhi sebelum saya mendapat lantikan tetap KB29. Peringkat pertama ialah PSSE, peringkat kedua ialah Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan, peringkat ketiga ialah Ujian Psikometrik, dan yang terakhir ialah proses temu duga.
Sekiranya anda berjaya melepasi kesemua 4 peringkat ini, maka anda akan ditawarkan untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29. Sebelum anda dihantar untuk bertugas ke mana-mana tempat yang diarahkan oleh jabatan, anda diwajibkan menghabiskan satu kursus asas. Kursus mandatori ini dikenali sebagai Program Diploma Lanjutan Sains Kebombaan (PDLSK). Dalam program yang dijalankan selama 6 bulan ini, para pegawai gred KB29 akan dilatih dengan pelbagai ilmu kebombaan agar semua pegawai dapat menjadi Penolong Penguasa Bomba KB29 yang terlatih dan kompeten dalam menjalankan tugas-tugas kebombaan yang semakin mencabar. Setiap peringkat pemilihan yang dijalankan bertujuan untuk memilih individu yang dirasakan terbaik untuk menjadi seorang pegawai bomba. Oleh itu, anda harus faham bahawa jawatan ini memerlukan kekuatan fizikal dan ketahanan mental yang tinggi.

PSSE, susah atau senang?

Saya mula memohon jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 pada sekitar 2018. Terdapat beberapa lagi jawatan lain yang turut saya mohon dan mendapat panggilan PSSE, tetapi panggilan untuk PSSE jawatan KB29 hanya saya peroleh pada bulan November 2020. Sebelum PSSE gred KB29, saya pernah menjawab 4 lagi PSSE bagi jawatan lain. Secara asasnya, saya sudah mempunyai pengalaman dalam menjawab PSSE. Tidak banyak yang saya ingat mengenai soalan yang ditanya ketika PSSE KB29. Tetapi secara am, terdapat 3 seksyen iaitu pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa Inggeris. Bagi seksyen pengetahuan am, kebanyakan soalan adalah mengenai perkara asas bidang kebombaan. Bagi seksyen kedua pula, semuanya soalan matematik. Saya dapati soalan yang ditanya berada dalam lingkungan silibus matematik tingkatan 4 dan 5. Jadi anda harus ulangkaji semula silibus matematik tingkatan 4 dan 5 untuk menyediakan diri menjawab seksyen ini. Bagi seksyen ketiga pula, semestinya kefahaman bahasa Inggeris harus di tahap terbaik. Anda boleh mengulang kaji aspek grammar dan comprehension yang saya percaya adalah elemen penting bagi seksyen kefahaman bahasa Inggeris PSSE gred KB29.

Terdapat banyak perbincangan yang anda boleh dapati di media sosial mengenai berapakah markah yang diperlukan untuk lulus PSSE. Untuk persoalan ini, tugas sebagai calon ialah cuba sedaya upaya bagi menjawab SEMUA soalan dengan betul. Jika anda dapat markah 100%, sudah tentu anda ada peluang untuk dipanggil ke peringkat seterusnya. Anda harus ingat, dalam masa yang sama anda menjawab soalan, terdapat ribuan lagi calon yang sedang bersaing dengan anda. Yang paling penting, buat persediaan yang rapi sebelum menjawab PSSE. 

Saranan saya, ulang kaji secara am mengenai JBPM, membuat latih tubi soalan matematik dan tingkatkan skill dan kefahaman asas bahasa Inggeris anda. Lazimnya, kegagalan memahami soalan ialah punca ramai yang kandas PSSE. Selain persediaan aspek akademik, anda harus menyediakan diri anda dengan keadaan yang selesa pada hari PSSE dijalankan. Berikan komitmen 100% pada hari tersebut. Pastikan talian internet dalam keadaan baik dan laptop atau telefon bimbit anda mempunyai bateri yang mencukupi. Persediaan fizikal rapi akan memberikan anda 'peace of mind' ketika menjawab PSSE. Anda juga dapat memberikan sepenuh tumpuan ketika menjawab soalan. 

Kurangkan merungut soalan susah, tidak logik, orang lain guna kabel, dan sebagainya. Sebaiknya banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita. Sekiranya anda lemah dalam sesuatu aspek, cari jalan untuk atasi kelemahan anda. Carilah mentor yang boleh membantu kita untuk mengatasi kelemahan yang kita kenal pasti. Jika kita betul-betul berminat untuk menjadi penjawat awam, sudah tentu kita akan terus berusaha gigih untuk lulus dalam ujian ini. 

Dalam siri yang akan datang, saya akan cuba menghuraikan pengalaman saya hadir Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan bagi jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29.

Sumber Group FB Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam - Mohamad Fakhrurazi

Jumaat, 4 Februari 2022

Bacaan Doa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ya Allah ampunilah dosa kedua  ibu bapa kami,dosa  pasangan hidup kami dosa zuriat kami dosa saudara kami dosa guru2 kami dosa sohabat kami dosa pemimpin  kami serta dosa kaum muslimin dan muslimat.

Sesungguhnya ya Allah kau maha pengampun dan maha penyayang.

Ya Allah Ya Wahab kurniakanlah kami kesihatan yang baik dan lindungilah kami dari jangkitan wabak Covid 19.

Ya Allah ya Azim panjangkanlah umur kami sentiasa beriman dengan mu ya Allah.

Ya Haiyun Ya Qaiyum
Jauhilah kami keluarga kami dari mendatangkan keburukan, kejahatan, buruk bencana mala petaka bersangka buruk berselisihan faham dan jauhilah dari fitnah dunia dan fitnah akhirat.

Allahuma Ya Razaq kurniakanlah bukakanlah permudahkanlah rezeki yang halal dan barakah.

Ya Allah Ya Syukur
Sesungguhnya kami mensyukuri nikmat yang kau berikan kepada kami ya Allah.
Kurniakanlah kami kejayaan didunia dan diakhirat dengan rahmat serta keredhaanmu Ya Allah.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untuk-Mu Ya Allah‎.

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَالْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين