Khamis, 29 September 2022

RESEPI NASI TOMATO

Klu buat Nasi Tomato haruslah dgn Ayam Msk Merah 
2 lauk ni pon da cukup ๐Ÿ˜‹

Resepi Nasi Tomato ๐Ÿ‘‡

3 cwn beras basmathi 
Air secukupnya - anggaran air 1 cwn beras basmathi ( 1.5 cwn air)
1/2 cwn susu cair 
2 helai daun pandan 
3 sdb tomato puri 
3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
Sedikit minyak/marjerin
4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih 
1 inci halia 
1 kiub pati ayam 
Garam dn gula secukup rasa

Beras direndam dlm 30 minit, basuh dan toskan 
Panaskan minyak, tumis bwg dan halia 
Masukkn 3 sekawan dan daun pandan 
Bila da layu masukkn tomato puri 
Masukkn beras  
Masukkn susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam 
Transferkan dlm periuk nasi 
Biarkan nasi masak 
Bila da kering kacau jap guna garfu
Taburkan kismis dn bwg goreng 

Ayam Msk Merah yg Simple ๐Ÿ‘‡

1/2 ekor ayam 
2 cwn cili kisar 
2 biji bwg besar * 
4 ulas bwg putih *
1 inci halia *
3 sekawan 
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram 
Air anggaran 1 cwn klu nak berluah letak lebih 
Garam dn gula secukuonya 
1 biji bwg besar hiris (hiasan )
Daun bwg 
Kacang peas dlm tin 

Ayam digoreng dgn garam kunyit 
Blendkan bahan yg bertanda *
Panaskan minyak dn tumiskan bahan * sampai naik minyak 
Masukkan 3 sekawan dn cili kisar
Tumis sampai cili garing 
Masukkn sos cili dn sos tiram 
Masukkn air, garam dn gula 
Bila da mendidih masukkn ayam dan bwg besar hiris 
Bole masukkn kacang peas jika suka 
Hiaskan dgn bwg goreng dn daun bwg 

Acar Nenas dan Timun Bersunquick ๐Ÿ‘‡

1/2 biji nenas 
1 btg timun
2 biji cili merah 
2sdb oren sunquick
Garam dan gula 

Potong nenas dan timun
Hiris cili
Gaulkan semua bahan da siap 

Selamat mencuba uols happy trying!

Kredit : Hidayati hana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan