Jumaat, 4 April 2025

LOMPANG GULA MERAH


BAHAN A

3/4 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
4 cawan air
Sedikit garam halus

👉 Satukan semua bahan. Masak hingga gula hancur dan mendidih. Sejukkan dan tapis air gula.

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
Sesudu kecil kapur makan

CARA2

👉 Terlebih dahulu panaskan periuk kukus.
👉 Satukan tepung dalam satu bekas dan masukkan air gula merah yang telah ditapis serta masukkan juga air kapur.
👉 Kacau hingga betul2 sebati dan tapiskan sekali lagi.
👉 Jangan lupa sapukan minyak dalam acuan lompang supaya tidak melekat.
👉 Setelah air kukusan mendidih, panaskan acuan lompang lebih kurang 2 hingga 3 minit sahaja.
👉 Kemudian kacau2 adunan tersebut dan tuang terus dalam acuan. Tak perlu angkat kukusan.
👉 Tuang penuh ke dalam acuan.
👉 Kukus selama 10 hingga 11 minit sahaja.

Kredit resepi : Rozza Roha

Gula Merah :-
https://s.shopee.com.my/g5x7fShkd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan