24 Februari

KISAH ISTIMEWA DUA INSAN ..BAPA &.ANAK Dari KOLAM MENGABANG TELIPOT


Coretan : Lanbayu 
                 (Lanbayu Seafood , Pulau Duyong)

 Namanya Shukri bin Mat Nong. Lanbayu pergi menemuinya kerana diberitahu dia boleh bertutur dalam bahasa Vietnam walaupun tidaklah sepenuhnya tetapi boleh difahami.

 Umurnya lewat 40an. Dia berasal dari Kg Kolam Mengabang Telipot. Lanbayu pernah kenal arwah ayahnya Mat Nong dan.arwah ibunya Mek Ngah. Neneknya bernama Minah Pok Omar jiran Lanbayu masa di Kg Pengkalan Maras, Mg Telipot.

3. Dia boleh berbahasa Vietnam kerana pernah selama lebih dua tahun tinggal di Vietnam termasuk di bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi .

 4. Mengapa dia sampai ke sana...sebenarnya dia suatu ketika pernah menjadi nelayan bubu dan mengail di Laut China Selatan tetapi memasuki perairan Vietnam lalu ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam.

 5.  Selepas dibebaskan dia tidak balik dan terus bekerja di Vietnam hinggalah beberapa tahun lalu pulang ke tanahair dengan kerjasama kedutaan Malaysia di Vietnam. Beliau juga sering.diminta menjadi penterjemah kepada nelayan Vietnam di Terengganu bila diperlukan.

 6. Dia kini bekerja di sebuah pusat membasuh kenderaan di Kg Kolam Mengabang Telipot.

7. Pada ketika Lanbayu menceritakan kisah kedatangan pelarian Vietnam ke Malaysia/Terengganu, berlainan pula  kisah Shukri ini yang adalah sebaliknya.

8. Ayahnya Mat Nong juga tidak kurang hebat, bijak berpidato, boleh berbahasa Inggeris walaupun tidaklah terlalu fasih serta seorang Qari yang bagus memperdengarkan bacaan Al Quranul Karim.
9. Selain seorang ahli persilatan, Mat Nong juga mempunyai ilmu menjinakkan sejenis binatang yang tidak kurang buas, iaitu beruk.

 10. Pernah berlaku beruk milik seorang pemanjat kelapa terlepas di kampung pantai Pengkalan Maras..Mat Nong dipanggil untuk membantu menangkap semua binatang itu.

 Dengan mulut kumat kamit membaca sesuatu lalu ditangkapnya beruk itu, diiikat semula pada tali dan diserahkan semula kepada tuannya tanpa perlu membunuh binatang ganas itu.

 12. Di suatu peristiwa lain, terdapat seorang pemanjat kelapa yang sedang berusaha menumpulkan taring beruk miliknya, Mat Nong  datang membantu dengan memegang taring beruk itu dengan menggunakan kapur sirih,.arang dan getah betik. Lalu tiba tiba dalam tempoh sepuluh minit bahagian tajam taring beruk itu patah dengan mudah. Demikian hebatnya arwah Mat Nong ini yang juga turut mempunyai beruk untuk memetik buah kelapa. Tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang tukang guting yang mahir di Pantai Kolam suatu ketika dahulu sekitar awal 1980an.
 12. Walaupun terkait gelaran dirinya dengan binatang itu, tetapi sebenarnya kisah arwah dengan binatang itu amat positif dan menunjukkan keistimewaan yang dimiliki arwah Mat Nong.
   Semoga roh arwah Mat Nong dalam rahmat Allah & semoga Syukri sihat, mampu bekerja dan menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat.
   Wallahualam ...wsap Lanbayu 013 581 1561

23 Februari

Sejarah Batu Burok


Selalu dengar, pergi, melawat pantai batu buruk. Tapi tak pernah tengok batu buruknya tu kat mana?. 

Inilah Batu Buruk rupanya. Berada  tengah laut, sebelah kanan pantai. 
Dahulunya cerita orang lama-lama kalau air surut, boleh main bola sampai kat batu tu. Sekarang masih boleh dilihat kalau perhati betul-betul. 

📸 @mohd_tarmizi_mohd 

#batuburuk #terengganu #pantaibatuburuk #amazingterengganu

Warung D' Pantai, Terengganu

Mengabang di Kampung Tanjung Kapur, Batu Rakit (lebih ramai kenal kawasan ni sebagai Kg.Tanjung Batu Rakit atau nama panggilan mengabang kapal). Keindahan yang tak disedari sekitar kawasan pantai disini. 
Bayangkan sebuah perahu/sampan kayu menyusuri alur ngabang ini diiringi lagu klasik dan  angin bayu sepoi-sepoi bahasa. Secawan kopi termenung disini. Asyikkan ☺️🙏🏻
Yang biasa sebenarnya luarbiasa. 
☺️ With love from Terengganu.
📍 Warung D' Pantai
https://maps.app.goo.gl/5HEYdAGAJjfLhVRq8
📸 Amazing Terengganu

#amazingterengganu 
#pantaitimur #terengganu #baturakit #MalaysiaTrulyAsia 
#ExploreTerengganu #tourismterengganu 
#visitterengganu #terengganudaruliman #kualanerus

Sekali lagi, pendakwa raya gagal dalam cubaan yang dimulakan zaman PH untuk lucut hak wang UMNO.


"Dalam penghakiman, Muhammad Jamil berkata mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram, dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah mengemukakan keterangan untuk membuktikan bahawa wang yang disita diterima daripada sumber-sumber lain."

Daru zaman PH hingga zaman PN ini, saya perhatikan kerajaan asyik kalah saman lucut hak dana kononya dana haram 1MDB bila responden membantah dan melawan dalam mahkamah.

Ini bermakna wang yang dibayar saya tidak dapat dibuktikan adalah dari 1MDB atau dari sumber haram.

Saya dah kata banyak kali. Segala wang yang saya terima dari Raja Arab Saudi sudahpun digunakan untuk tujuan kebajikan. Yang RM2.6 bilion pula telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian.

"Disember 2019: Kerajaan gagal lucut hak harta UMNO Kedah dan Habib Jewels "
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/638301/kerajaan-gagal-lucut-hak-harta-umno-kedah-dan-habib-jewels

Februari 2020: Kerajaan gagal lucut hak harta UMNO, MCA, Syarikat Binsabi Sdn Bhd dan Syarikat Perano Sdn Bhd
https://www.sinarharian.com.my/article/69139/BERITA/Mahkamah/Kerajaan-gagal-lucut-hak-harta-UMNO-MCA-dua-syarikat

9 Jun 2020: Mahkamah tolak lucut hak wang Jakel dan BN Johor Bahru
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/587695/mahkamah-tolak-lucut-hak-wang-jakel-dan-bn-johor-bahru

11 Jun 2020: Kerajaan kalah kepada Yayasan Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM) 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/699026/kerajaan-gagal-lucut-hak-rm100000-dari-akaun-yayasan-pbakm

"Ogos 2020: SPRM Gagal Lucut Hak Wang Dikait 1MDB Dari SUPP"
http://www.pnbbcportal.com/2020/08/19/sprm-gagal-lucut-hak-wang-dikait-1mdb-dari-supp/

"Sept 2020: SPRM gagal lucut hak RM700,000 milik UMNO Pekan"
https://www.kosmo.com.my/2020/09/17/sprm-gagal-lucut-hak-rm700000-milik-umno-pekan/

Namun ada juga kes-kes di mana kerajaan menang saman lucut hak tetapi ianya terdiri daripada dua kategori:

Kategori 1: Responden merupakan agensi atau badan yang dikawal kerajaan PH sendiri seperti Yayasan Penyelidikan Transformasi, Yayasan GENIUS (Permata), Yayasan Tun Hussein Onn dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

(Ya, kerajaan PH dulu saman kerajaan PH di mana kerajaan PH tak bantah kerajaan PH nak lucut hak wang kerajaan PH supaya wang kerajaan PH dibayar kepada kerajaan PH dan kos guaman dua belah kerajaan PH serta kos mahkamah dibiayai oleh kerajaan PH)

ataupun 

Kategori 2: Responden tidak melawan kes di mahkamah atau perjanjian penyelesaian dicapai - seperti kes Yayasan Rahah (perjanjian penyelesaian dicapai kerana saya tidak mahu ada tambahan prosiding Mahkamah untuk saya hadir lagi) dan parti LDP (LDP setuju kerajaan lucut hak RM9k dan RM500k dikembalikan kepada parti), 

Yayasan Rahah dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Pekan Ibrahim Awang mencapai penyelesaian bagi saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.

"Wang berjumlah RM9,560.96 disita SPRM daripada Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun baki wang berkenaan berjumlah RM500,000 yang turut disita SPRM, dikembalikan kepada parti i

"18 Oktober 2019: LDP dapat baki wang RM500,000"
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/619149/ldp-dapat-baki-wang-rm500000

Namun kes kerajaan PH dahulu nak lucut hak wang dan barang-barang kemas saya masih belum sampai ke tahap perbicaraan walaupun dah hampir 3 tahun disita kerajaan PH.

Kesimpulannya ialah jika responden tak lawan, mahkamah akan benarkan kerajaan lucut hak.

Tetapi apabila responden lawan, peluang untuk kerajaan kalah adalah amat tinggi.

Adakah ini bukti bahawa kerajaan PH semasa Tommy Thomas adalah AG telah menyalah gunakan kuasa mereka untuk memfailkan saman yang tidak berasas dan sukar untuk menang hanya sekadar nak menyusahkan musuh politik mereka?

22 Februari

Entah kenapa Astro Awani gunakan gambar Tun Mahathir dan Anwar dalam laporan berita dengan tajuk ini.

Kenapa tak letak gambar Shafie Apdal, Mat Sabu atau Uncle Kit Siang juga?

Saya cuma menjawab secara am apabila ditanya dalam wawancara tersebut bahawa berkerjasama dengan seteru bukan perkara baharu dalam politik Malaysia.
Biar saya jelaskan secara lebih lanjut.

Semasa Allahyarham ayahanda saya Tun Razak mengasaskan Barisan Nasional pada tahun 1973 selepas darurat tragedi Mei 13, beberapa parti yang merupakan musuh politik kita masa itu seperti Gerakan, PPP dan PAS turut menyertai BN. 

Masa itu, pemikirannya ialah agenda paling penting adalah kestabilan dalam negara untuk memulihkan negara.

Dari ini, saya diajar bahawa politik ini adalah dinamik dan kita perlu sentiasa kaji apakah langkah boleh diterima oleh alih-ahli kita yang paling sesuai bagi parti dan kepentingan negara. 

Sesiapa pada tahun 2017 akan kurang percaya bahawa pada tahun 2018, PAS yang merupakan "musuh" kita pada PRU14 akan bergabung dengan UMNO dalam Muafakat Nasional. 

Hakikatnya, ia berlaku sebab majoriti ahli-ahli parti UMNO bersetuju.

Sesiapa pada akhir tahun 2019 juga akan kurang percaya bahawa PPBM yang merupakan "musuh" kita masa itu dan masih berlawan dengan UMNO di PRK Tanjung Piai pada Nov 2019 dan di PRK Kimanis pada Jan 2020 akan berpakat dengan UMNO dalam kerajaan baru pada Feb 2020. 

Ia juga menjadi realiti sebab ahli-ahli UMNO dan BN bersetuju untuk bekerjasama dengan PPBM masa itu (tetapi kini ditolak oleh majoriti ahli).

Jadi, apa langkah untuk berkerjasama dan siapa yang kita mahu berpakat dengan perlu dipersetuji dan diterima majoriti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO-BN dan wajar dikaji demi masa depan parti dan juga demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Tapi dengan syarat – ahli-ahli dan pemimpin UMNO mesti boleh terima, dan mereka ikhlas, ada trust (kepercayaan) dalam kerjasama.

Jika majoriti ahli-ahli parti bersetuju untuk bekerjasama dengan Tun Mahatir atau Mat Sabu atau Shafie Apdal, kita explore.

Jika majoriti ahli-ahli parti bantah untuk kita bekerjasama dengan Anwar Ibrahim atau DAP atau Shafie Apdal, kita tak teruskan.

"Explore all options and think out of the box" kata orang putih.

India Diramal Ada Lebihan Stok Covid19

6 Feb 2021: Najib ramal India akan ada kelebihan stok vaksin sebab mereka adalah pengeluar terbesar vaksin dalam dunia dan program vaksinasi mereka akan menghadapi masalah logistik dan masalah pujuk penduduk mereka untuk terima vaksin.

Najib gesa kerajaan Malaysia call India serta-merta untuk booking bekalan tambahan vaksin supaya proses vaksinasi negara dapat dipercepatkan (tapi Najib pesan jangan hantar Tun M untuk runding dengan India).

11 Feb 2021: Perdana Menteri Kanada call Perdana Menteri India untuk minta vaksin sebab pembekal jenama vaksin lain terlambat membekal.

15 Feb 2021: India beritahu Kanada bahawa 1 juta dos vaksin AstraZeneca dikeluarkan India on the way 1-2 minggu lagi untuk dihantar ke Kanada. 

P.S. Encik Trudeau, kamu guna akaun palsu FB yang mana untuk follow page FB saya? 😀

Kerajaan PN tak perlu tunggu lagi. Jika tambahan stok vaksin dapat diperolehi segera, kita boleh percepatkan pelan imunisasi agar Malaysia lebih cepat untuk bebas Covid.

(Vaksin AstraZeneca sudah dilulus Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga antara vaksin yang akan diberikan kerajaan Malaysia kepada rakyat)


Keuntungan Bank 2020 Semasa Wabak Pendemik Covid-19

Menurut laporan terbaru Bank Negara Malaysia, jumlah keuntungan semua bank di Malaysia bagi tahun 2020 adalah:

Suku 1: RM8.55 bilion
Suku 2: RM8.05 bilion
Suku 3: RM8.20 bilion
Suku 4: RM6.35 bilion
JUMLAH: RM31.15 bilion

https://www.theedgemarkets.com/article/banks-unlikely-deliver-stellar-results-4q20

Jadi saya tak tengok bank-bank rugi sebanyak RM6.4 bilion bagi moratorium pinjaman pertama tahun lepas seperti diumum Menteri Kewangan.
https://www.sinarharian.com.my/article/94151/BERITA/Nasional/Moratorium-Bank-rugi-RM64-bilion

Ini juga bermakna bank-bank masih mampu memberi lanjutan moratorium pinjaman secara pukal dan automatik untuk tempoh 6 bulan lagi tanpa faedah sebab bank tetap akan catat keuntungan biarpun kita masih dalam kemelut Covid. 

Sebab itu janganlah mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk mengaut lebih keuntungan dengan mengstruktur semula pinjaman dan menambah tempoh bayaran sehingga 3 atau 4 tahun lagi.

Bukan suruh pun bank hapuskan semua hutang B40 atau suruh BNM cetak duit seperti seorang timbalan menteri PN itu.

Ramai yang susah dalam tempoh PKP 1.0 tahun lepas.

Ramai lagi susah dalam tempoh PKP 2.0 sebab simpanan dan rizab mereka sudah habis diguna untuk menghadapi PKP1.0 dan juga PKPB sejak bulan Oktober tahun lepas