Rabu, 24 Februari 2021

KISAH ISTIMEWA DUA INSAN ..BAPA &.ANAK Dari KOLAM MENGABANG TELIPOT


Coretan : Lanbayu 
                 (Lanbayu Seafood , Pulau Duyong)

 Namanya Shukri bin Mat Nong. Lanbayu pergi menemuinya kerana diberitahu dia boleh bertutur dalam bahasa Vietnam walaupun tidaklah sepenuhnya tetapi boleh difahami.

 Umurnya lewat 40an. Dia berasal dari Kg Kolam Mengabang Telipot. Lanbayu pernah kenal arwah ayahnya Mat Nong dan.arwah ibunya Mek Ngah. Neneknya bernama Minah Pok Omar jiran Lanbayu masa di Kg Pengkalan Maras, Mg Telipot.

3. Dia boleh berbahasa Vietnam kerana pernah selama lebih dua tahun tinggal di Vietnam termasuk di bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi .

 4. Mengapa dia sampai ke sana...sebenarnya dia suatu ketika pernah menjadi nelayan bubu dan mengail di Laut China Selatan tetapi memasuki perairan Vietnam lalu ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam.

 5.  Selepas dibebaskan dia tidak balik dan terus bekerja di Vietnam hinggalah beberapa tahun lalu pulang ke tanahair dengan kerjasama kedutaan Malaysia di Vietnam. Beliau juga sering.diminta menjadi penterjemah kepada nelayan Vietnam di Terengganu bila diperlukan.

 6. Dia kini bekerja di sebuah pusat membasuh kenderaan di Kg Kolam Mengabang Telipot.

7. Pada ketika Lanbayu menceritakan kisah kedatangan pelarian Vietnam ke Malaysia/Terengganu, berlainan pula  kisah Shukri ini yang adalah sebaliknya.

8. Ayahnya Mat Nong juga tidak kurang hebat, bijak berpidato, boleh berbahasa Inggeris walaupun tidaklah terlalu fasih serta seorang Qari yang bagus memperdengarkan bacaan Al Quranul Karim.
9. Selain seorang ahli persilatan, Mat Nong juga mempunyai ilmu menjinakkan sejenis binatang yang tidak kurang buas, iaitu beruk.

 10. Pernah berlaku beruk milik seorang pemanjat kelapa terlepas di kampung pantai Pengkalan Maras..Mat Nong dipanggil untuk membantu menangkap semua binatang itu.

 Dengan mulut kumat kamit membaca sesuatu lalu ditangkapnya beruk itu, diiikat semula pada tali dan diserahkan semula kepada tuannya tanpa perlu membunuh binatang ganas itu.

 12. Di suatu peristiwa lain, terdapat seorang pemanjat kelapa yang sedang berusaha menumpulkan taring beruk miliknya, Mat Nong  datang membantu dengan memegang taring beruk itu dengan menggunakan kapur sirih,.arang dan getah betik. Lalu tiba tiba dalam tempoh sepuluh minit bahagian tajam taring beruk itu patah dengan mudah. Demikian hebatnya arwah Mat Nong ini yang juga turut mempunyai beruk untuk memetik buah kelapa. Tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang tukang guting yang mahir di Pantai Kolam suatu ketika dahulu sekitar awal 1980an.
 12. Walaupun terkait gelaran dirinya dengan binatang itu, tetapi sebenarnya kisah arwah dengan binatang itu amat positif dan menunjukkan keistimewaan yang dimiliki arwah Mat Nong.
   Semoga roh arwah Mat Nong dalam rahmat Allah & semoga Syukri sihat, mampu bekerja dan menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat.
   Wallahualam ...wsap Lanbayu 013 581 1561

Tiada ulasan:

Catat Ulasan