Isnin, 22 Februari 2021

MENGABANG TELiPOT & PELARIAN VIETNAM SUATU KENANGAN

MENGABANG TELiPOT & PELARIAN VIETNAM SUATU KENANGAN

 Di sepanjang pantai Mengabang Telipot yang berbatuan sekarang kerana hakisan..suatu ketika dulu sekitar 1975/76 malah hingga ke awal 80an adalah sering didatangi orang Vietnam yang lari akibat peperangan di negaranya.


: 2. Datang dengan bot kecil yang di dalamnya terdapat puluhan manusia, termasuk orang tua, kanak.kanak kecil dalam keadaan lemah tidak bermaya, kelaparan dan derita yang amat sangat setelah berhari hari mengharung.Laut China Selatan dari selatan Vietnam


3. Kadang kadang dalam tempoh semingu.hinggakan dua tiga buah bot pendatang yang menjadi mangsa peperangan itu singgah di sepanjang pantai Mengabang Telipot dari Pengkalan Maras hinggalah Tanjung Gelam...pantai pantai tempat lain seperti Merang, Batu Rakit  Seberang Takir tidak terkecuali

4. Lanbayu dan rakan rakan sempat jugalah diawal remaja tetapi dah mula  memasuki sekolah menengah, melihat suasana pilu itu yang dikatakan elarian Vietnam itu. Sungguh menyayatkan hati melihat mereka, malah difahamkan ada yang menjadi mangsa rompakan di laut, ada bot yang tenggelam dan sebagainya. Yelah jauh juga mereka datang dari laut Vietnam ke pantai timur Semenanjung Malaysia dengan bot kecil dan usang


5. Seingat Lanbayu di kalangan mereka sudah berhari hari tidak makan kerana kehabisan bekalan makanan, yang baik hati di kalangan kami ada yang memberikan makanan dan susu kepada kanak kanak kecil..walaupun mereka bukan saudara seagama, tetapi atas.dasar kemanusiaan (sebelum pihak keselamatan datang).


: 6. Kebanyakan mereka bercakap dalam bahasa Inggeris ala Amerika selain bahasa ibunda mereka Vietnam. Namun sedikit sebanyak boleh difahami juga ..seperti hungry ..drink..food..gold..money..

7. Ye mereka perlukan wang, mereka ada emas yang hendak dijual,.mereka lapar, dahaga perlukan minuman dan makanan


8. Pernah ada seorang pelarian  itu  (wanita) nak jual 'ring' yakni cincin kepada Lanbayu...manalah ada duit hendak belinya sebab kita masih kanak awal remaja waktu itu, baru sahaja masuk sekolah menengah. Tapi seingat Lanbayu wajah wanita itu putih mirip bangsa Cina.


: 9. Bagi golongan muda remaja memanglah rasa terpikat dengan wanita/gadis Vietnam yang berkulit putih itu walaupun mereka tidak berhias, malah dalam keadaan lemah sekian lama hanyut di lautan. Tidak kurang juga yang terus terpikat dan jatuh cinta. Ini berlaku sewaktu ramai petugas kalangan orang kita yang bertugas di kem pelarian Vietnam Pulau Bidong (sekitar 1978-1992) tergila gilakan wanita berkulit putih itu. Banyak kisah kisah di belakang tabir.


 10. Sebenarnya kami (Lanbayu) waktu itu tidak ada maklumat sangat siapakah mereka orang Vietnam yang sanggup harungi laut bergelombang itu datang melarikan diri ke Malaysia. Bukan kita ambil peduli sangat apa itu perang di Veitnam dan sebagainya. Yang kita lihat apa yang di hadapan mata sahaja..kehadiran mereka dalam derita itu.


 11. Mungkin mereka yang lebih dewasa waktu itu yang telah berumur 70an sekarang lebih memahami kisah 40-45 tahun yang lalu peristiwa pilu di pantai Mengabang Telipot yang pernah mereka saksikan. Itupun kalau mereka membaca laporan laporan Akhbar waktu itu atau mendengar berita radio dan TV pada masa itu.


 12. Rupanya peperangan Vienam Utara (Komunis di bawah Ho Chi Minh) berlaku sejak 1955 lagi malah sejak sebelum itu lagi semasa Perancis menjajah Vientam dan kemasukan Jepun. Tetapi selepas itu Vietnam terbahagi dia Utara dan Selatan..Vietnam Selatan dinaungi tentera Amerika yang berjuang atas dasar memastikan komunis bertapak manakala Vietnam Utara (komunis) terus mengasak secara perang gerila (pasukan pasukan kecil) hingga membuat tentera Amerika dan Veitnam Selatan sukar bertahan.


 13. Lanbayu beberapa tahun lepas ke negara Vietnam khususnya bandar Ho Chi Minh (dulunya Saigon). Sempat ke muzium perang untuk menghayati sejarah perang Vietnam yang pernah menyaksikan pelarian mereka di Pantai Mg Telipot


 14. Vietnam Utara ibukotanya Hanoi di bawah penguasaan komunis dinaungi komunis Russia dan China waktu perang yang lalu. Kehebatan tentera gerila komunis yang mampu membuat lorong/laluan bawah tanah (tunnel) dengan bilik bilik dan peralatan perang memaksa tentera Amerika berundur hinggalah 1975 komunis menguasai sepenuhnya Vietnam, termasuk Vietnam Selatan


 15. Saigon kita bertukar menjadi Bandaraya Ho Chin Minh yang merupakan pemimpin Vietnam yang berideologi  dan.menjalankan dasar pemerintahan komunis (asalnya pemimpin nasionalis Vietnam menentang penjajahan Prancis)  yang amat disanjungi orang orang asal bumiputera Vietnam tetapi tidak oleh kebanyakan rakyat Vietnam Selatan di bawah naungan Amerika.

 

 16. Sebenarnya pelarian Vietnam mula lari keluar dari Saigon setelah kejatuhan Saigon pada April 1975. Majoriti yg lari dgn bot ini terdiri daripada etnik Cina Vietnam dan para professional yg berkhidmat dgn kerajaan Vietnam Selatan yang pro.Amerika. 


17.Cina Vietnam menguasai 80% perniagaan di Vietnam Selatan pd waktu kekalahan perang. Mereka memiliki 28 daripada 32 bank perdagangan. Apabila Vietnam Utara menguasai Selatan harta kekayaan mereka dirampas dan mereka dipindahkan ke kawasan lain yg agak daif. 


18 .Oleh itu ramai yg lari dgn membayar sejumlah wang yg banyak kpd pihak berkuasa dan tekong tekong bot untuk lari takut dikhianati dan dibunuh sebab mereka dulu terlalu gah kaya dan mewah di bawah Amerika.


19. Sebenarnya Malaysia telah banyak membantu pelarian pelarian ini dgn menerima mereka di pusat pusat  transit sebelum diambil oleh negara negara maju barat .


20. Mereka diberi izin utk tinggal sementara di Pulau Bidong, Terengganu. Pada waktu puncak pada 1978-79 pulau kecil ini menempatkan 60 ribu pelarian menjadikan ia tempat tinggal yg paling padat dlm dunia. Dari 1975 hingga ia ditutup pada 1991 pulau ini telah memproses 250 ribu orang bot Vietnam. 


21.Selain pulau ini Malaysia juga telah membuka Pusat Transit Sementara Pelarian Vietnam di Sungai Besi. Blok blok kediaman didirikan di kawasan Bukit Jalil sekarang, memberikan perlindungan kepada 6000 pelarian. Ada yg diambil oleh negara ketiga dan ada yg kemudiannya dihantar balik ke Vietnam. 


22. Apabila Malaysia mengambil keputusan utk menutup pusat ini dan menghantar mereka balik, pelarian pelarian ini merusuh dan membakar 3 dari 5 blok yg ada. 


23  Begitu juga di pulau Bidong mereka juga merusuh malah ada yang bertindak membunuh diri kerana takut dihantar pulang.


 24. Apapun segalanya tinggal kenangan. Mereka yang ada kenangan  apa yang Lanbayu paparkan ini boleh komen dan ceritakan pengalaman.


 25. Ambillah iktibar dari apa yang berlaku bahawa kekayaan, kemewahan dan darjat boleh ditarik bila bila masa seperti yang berlaku kepada warga Vietnam Selatan suatu masa dahulu.


 Semoga pantaiku Mengabang Telipot terus terpelihara dan kepada generasi baru melalui tulisan Lannbayu ini berharap dapat mengetahui bawa di pantai ini  menyimpan banyak kenangan di zaman pendatang Vietnam 45/46 tahun yang lalu. Wallahualam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan