0leh: Lanbayu @ Lanbayu seafood
Kubur Sharif....Mengabang Telipot, kini ramai yang menghuni kawasan itu, terdapat banyak perumahan terbina, tidak lagi sepi seperti 30 atau 40 seperti dulu dulu.
2. Tapi ramai yang tidak tahu di situ terdapat kubur seorang pejuang digelar Pahlawan Sharif atau Tok Sharif , seorang yang dikenali amat kuat beribadat dan tiada henti berzikir kepada Allah semasa hayatnya
(Lanbayu Seafood..Pulau Duyong..jom singgah.makan makan, tempat yang indah damai)
3. Bahkan sebelum ini Lanbayu pernah coretkan mengenai persembahan drama pentas Pahlawan Sharif oleh Angkatan Muda Sepakat (AMS) Mengabang Telipot sekitar 1970/71/72
4. Hanya kubur Almarhum sahaja terdapat di situ di depan Dewan Sivik Padang Nenas, di belakang kedai fotostat, Jalan Kg Baru Gong Dato'.
5. Dahulunya kawasan itu agak semak dan hutan kecil tetapi.kini semakin membangun, terutama bila wujudnya bandar Baharu Kuala Nerus tidak jauh dari situ.
6. Akan tetapi kini siapa peduli kubur itu, seperti menumpang di birai pembangunan. Perigi yang ada di sekitarnya sudah lama ditimbus dan sudah tidak dapat dikesan lagi. Begitu juga pondoknya sudah tiada dan tidak tahu ke mana.
7. "Tetapi saya diamanahkan oleh arwah ayah untuk memastikan kubur ini tidak dimusnahkan' kata Badli Hassan ,65 tahun.
8. Badli yang dikenali Pok Awang adalah anak kepada Tok Hassan sahabat baik Tok Sharif sejak belum merdeka lagi.
9. Tok Sharif @ pahlawan Sharif dipercayai dari keturunan Raja terakhir Patani Tengku Abdul Kadir (Phrya Patani V) yang dipecat oleh kerajaan Siam.
10.Tok Sharif dari keturunan Raja Kerajaan Patani itu diancam bunuh oleh penentang keturunan raja itu bersama seorang anak perempuannya yang cantik yang mahu dirampas pihak yang berdendam akan keturunan raja Patani yang dipecat 1901.
11. Mungkin isteri dan keluarganya yang lain telah dibunuh, lalu YM Tok Sharif lari ke Kelantan hinggalah sampai ke Mengabang Telipot sekitar 1950 dan diterimabaik oleh penduduk tempatan bernama Hassan.
12. Penduduk tempatan tahu Tok Sharif ini seorang yang zuhud, sentiasa berzikir , begitu juga Hassan mengikut jejaknya. Dipercayai meninggal pada awal tahun ,1960an dan dikebumikan di kawasan pondoknya di situ. Manakala anak perempuannya yang meninggal terlebih awal dikebumikan tidak jauh dari situ di tempat bernama Wakaf Melintang.
13. Selepas itu ada berlaku khurafat zaman dulu dulu 60/70an bilamana kubur Tok Sharif itu dipuja secara yang bercanggah dengan Islam. Ada juga yang datang menggantung pisang , buah buahan dan sebagainya, malah terdapat yang datang memohon nombor ekor.
14. Bagaimanapun Tok Hassan sentiasa mengawasi sehinggalah 1975 Tok Hassan meninggal dan dikebumikan di kubur Gong Pok Jin/Padang Nenas.
Demikianlah Tok Sharif yang kuburnya masih ada di tepi rumah di kawasan tidak jauh dari bandar Baharu Kuala Nerus...
Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan