31 Mac

PUTROE PHANG JULUKAN DARI TENGKU KAMALIAH SEORANG PUTRI KESULTANAN PAHANG


Tengku Kamaliah adalah seorang putri yang berasal dari Kesultanan Pahang di Semanjung Melayu (Negara Malaysia sekarang) yang menjadi permaisuri Sultan Iskandar Muda Meukuta Alam dari Kesultanan Aceh Darussalam, kemudian di Aceh dikenal dengan sebutan Putroe Phang. Setelah Putri Sendi Ratna Istana sebagai pemaisuri meninggal dunia, Sultan Iskandar Muda mempersunting putri jelita dari keluarga diraja Pahang.

Latar Belakang Keadaan Politik Negeri-Negeri Melayu dalam Persaingan Pengaruh Antara Kesultanan Aceh Darussalam dan Kekuasaan Portugis di Malaka pada Abad ke-17
Kekuasaan Imperialisme Eropa yang pertama datang ke Asia Tenggara adalah Portugis, pada tahun 1511 menaklukkan Malaka. Portugis kemudian menaklukkan Samudera Pasai (1521) dan memperluas pengaruhnya di Selat Malaka. Akan tetapi dari Utara Sumatera muncul lawan sepadan Aceh Darussalam, konflik berlangsung ratusan tahun dan akhirnya Sultan Aceh terbesar Iskandar Muda lahir dan pertarungan kian dahsyat. Sebagaimana diceritakan dalam Sejarah Pahang1)

“Dalam bulan Juli 1613, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Raja Aceh yang masyhur gagah perkasanya itu, telah menghantar suatu angkatan perang laut yang besar datang menyerang dan mengalahkan Negeri Johor, Batu Sawar dan Kota Seberang. Bandar-bandar utama di Negeri Johor masa itu telah diduduki oleh orang-orang Aceh. Mengikut setengah sumber, Iskandar Muda sendiri mengepalakan Angkatan Perang Aceh yang menyerang Negeri Johor itu. Sultan Alauddin Riayat Syah III, adinda baginda Raja Abdullah serta Bendahara (Perdana Menteri) Johor Tun Sri Lanang dan beberapa ramai pengiring-pengiring Sultan Johor telah ditawan dan dibawa ke Negeri Aceh…”

Setelah beberapa tahun di Aceh, Sultan Alauddin Riayat Syah III berjanji tidak akan lagi membantu Portugis yang telah menduduki Malaka, maka Sultan Iskandar Muda membebaskan Sultan Alauddin dan diantar kembali serta ditabalkan kembali sebagai Sultan Johor. Akan tetapi ternyata Sultan Alauddin Riayatsyah III ternyata berkhianat dan bekerjasama dengan Portugis untuk memperluas jajahan mereka di Semenanjung Melayu. Alauddin membantu Portugis untuk mengangkat Raja Bujang menjadi Raja Pahang. Raja Bujang sebelumnya adalah seorang pangeran Pahang yang telah bersumpah setia kepada Portugis.

Maka, September 1615. Sultan Iskandar Muda menyerang Johor kembali dengan angkatan perang yang besar, Sultan Alauddin ditangkap dan dibawa (lagi) ke Aceh sampai meninggal. Serangan armada Aceh Darussalam dilanjutkan ke Pahang  sebagaimana yang dituliskan oleh Haji Buyong Adil:

“Oleh sebab orang Portugis telah menolong Sultan Johor menaikkan Raja Bujang menduduki Kerajaan Negeri Pahang, pada tahun 1617 Sultan Aceh telah mengeluarkan Angkatan Perang Aceh menyerang Negeri Pahang dan laskar-laskar Aceh yang datang itu telah membinasakan daerah di Negeri Pahang. Raja Bujang melarikan diri, sementara ayah mertuanya, Raja Ahmad, dan putranya yang bermana Raja Mughal serta 10.000 rakyat negeri Pahang ditawan ditahan dan dibawa ke Negeri Aceh. Seorang pitri dari keluarga diraja Pahang, yang bernama Putri Kamaliah, juga turut dibawa ke Aceh, yang kemudian diperistri oleh Sultan Iskandar Muda Meukuta Alam, dan Putri Pahang itu termasyur dalam sejarah Aceh karena kebijaksanaannya dan disebut oleh orang-orang Aceh Putroe Phang…”

Peran Putroe Phang dalam Pemerintahan Kesultanan Aceh Darussalam

Tengku Kamaliah adalah seorang putri yang berasal dari Kesultanan Pahang di Semanjung Melayu (Negara Malaysia sekarang) yang menjadi permaisuri Sultan Iskandar Muda Meukuta Alam dari Kesultanan Aceh Darussalam, kemudian di Aceh dikenal dengan sebutan Putroe Phang.

Putri Pahang dalam istana Darud Dunia tidak hanya sebagai Permaisuri, juga menjadi penasehat bagi suaminya Sultan Iskandar Muda. Salah satunya nasehatnya adalah pembentukan Majelis Syura (Parlemen) yang beranggotakan 73 orang sebagai perwakilan penduduk dalam kerajaan Aceh2). Sebagai penghormatan kepada Putroe Phang sebuah Hadih Maja (Kata-kata berhikmat) yang berbunyi:

Adat bak Poteu Meureuhom,

Hukom bak Syiah Kuala,

Kanun bak Putroe Phang,

Reusam bak Laksamana,

Hukom ngon adat lagee zat ngon sifuet,

Hadih Maja ini adalah ajaran tentang pembagian kekuasaan dalam kerajaan Aceh Darussalam3), yang bermakna:

Kekuasaan eksekutif berupa kekuasaan politik/adat berada di tangan Sultan sebagai Kepala Pemerintahan. Sultan Iskandar Muda menciptakan sistem ini, maka dibangsakan kepadanya (Poteu Meureuhom);
Kekuasaan yudikatif atau pelaksanaan hukum berada di tangan ulama. Syekh Abdurrauf Syiah Kuala merupakan seorang ahli hukum dan Kadi Malikul Adil yang paling menonjol, maka pelaksanaan yudikatif ini dibangsakan kepadanya;
Kekuasaan legislatif atau pembuatan undang-undang dibangsakan kepada Putroe Phang karena ia yang memberi nasehat untuk membentuk Majelis Syura (Parlemen);
Peraturan keprotokolan atau reusam berada di tangan Laksamana sebagai Panglima Angkatan Perang Aceh dibangsakan kepada Laksamana Malahayati;
Baris kelima adalah sintesis dari silogisme empat baris sebelumnya, yaitu: Dalam keadaan bagaimanapun, adat, kanun, dan reusam tidak boleh dipisahlan dari hukum/ajaran Islam sebagai penuntun jalan setiap orang yang memegang kekuasaan di Kesultanan Aceh Darussalam.
Hadih Maja ini menjadi falsafah hidup orang Aceh. Sultan Iskandar Muda, Syekh Abdurrauf Syiah Kuala, Putri Pahang dan Laksamana Malahayati adalah teladan bagi orang-orang Aceh. Kita melihat dalam Hadih Maja ini menyebutkan empat nama, dua laki-laki dan dua perempuan menunjukkan bahwa Islam sebagai dasar kerajaaan, Al-Quran dan Hadist menjadi sumber hukum memberikan hak dan kewajiban yang sama antara laki-laki dan perempuan untuk memegang jabatan apa saja dalam kerajaan, diakui sepenuhnya.

Gunongan sebagai persembahan cinta dari Sultan Iskandar Muda kepada Puteri Pahang; Foto bersumber dari situs nederlandsekrijgsnacht.nl

Sejarah Aceh mencatat nama-nama perempuan yang memainkan peranan penting di tanah Aceh, banyak tokoh besar perempuan, baik sebagai pemimpin pemerintahan maupun sebagai pahlawan dalam peperangan.  Itu karena berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadist-hadist nabawi di Kesultanan Aceh Darussalam memberikan hak dan kewajiban yang sama antara laki-laki dan perempuan.

29 Mac

Projek HSR KL-Singapura terbatal dengan rasminya setelah Malaysia selesai membayar gantirugi RM320 juta kepada Singapura.


Dengan ini, projek HSR KL-Singapura terbatal dengan rasminya setelah Malaysia selesai membayar gantirugi RM320 juta kepada Singapura.

Mengikut laporan media dan sumber dalaman, projek ini akan diganti dengan projek keretapi Kuala Lumpur-Johor Bahru dengan menggunakan teknologi ETS KL Sentral ke KLIA yang lebih perlahan berbanding keretapi 350km sejam untuk projek asal.

Kos HSR-JB juga dilaporkan antara RM63 bilion hingga RM65 bilion - iaitu tak jauh berbeza berbanding kos asal sebanyak RM60 bilion hingga RM68 billion untuk projek asal HSR KL ke Singapura.

Akibat penukaran ini, jumlah penumpang setahun juga dijangka turun dari 8.4 juta setahun ke 4.2 juta menjelang tahun 2031.

Ini akan memberi impak yang amat besar dari segi harga tiket (pengguna dari Singapura mampu membayar tambang lebih mahal) dan jumlah penumpang sehingga projek ini mengalami kerugian besar tahunan memanjang - bermakna kerajaan mungkin akan perlu membayar gantirugi setiap tahun atau bail-out operator HSR pada masa depan.

Jika ditukar ke JB sahaja dan menjadi lebih perlahan berbanding kelajuan asal sebanyak 350 km/sejam, projek ini tidak boleh bersaing lagi dengan sektor penerbangan KL ke Singapura.

Sektor penerbangan ini adalah paling sibuk dalam dunia dan HSR dijangka boleh menurunkan kos tiket, jumlah tempoh perjalanan dan juga pencemaran udara sebab tren elektrik adalah lebih efficient dan kurang mencemar.

Impian pergabungan antara dua ekonomi terbesar dan dua ibukota negara ASEAN juga tidak akan tercapai.

Projek HSR KL-JB ini hanya akan bersaing dengan projek Landasan Berkembar ETS KL-JB yang dijangka siap tahun ini. 

Akibatnya, manfaat ekonomi bagi Malaysia dari projek ini akan berkurang beberapa TRILION Ringgit menjelang tahun 2050.

Tapi satu manfaat bagi kerajaan Malaysia ialah kerajaan boleh membuat segala keputusan perolehan untuk memberi kontrak kepada mana-mana pihak dengan sendirinya berbanding model JV dahulu di mana segala proses perolehan dan pemilihan vendor perlu ditimbang, dilaksanakan dan dipantau secara bersama oleh kedua-dua negara.

Alasan yang akan diberi kenapa batal dan tukar ke KL-JB dipercayai adalah Singapura tak benarkan HSR berhubung dengan KLIA. 

Ini tidak benar kerana rancangan asal ialah untuk HSR berakhir di Bandar Malaysia. Sebuah stesen ERL juga akan dibina di Bandar Malaysia sebab trak ERL KL Sentral-KLIA lalu berhampiran Bandar Malaysia.

Jika projek HSR tidak lagi berakhir di Bandar Malaysia seperti pada asalnya maka projek Bandar Malaysia juga tidak akan mencapai potensi pembangunannya sebanyak RM140 bilion juga.

Jika benar, keputusan kerajaan ini akan banyak merugikan negara sebanyak bertrilion-trilion Ringgit untuk tempoh 50 tahun akan datang sebab walaupun kos projek agak sama tetapi jumlah pendapatan HSR, daya penarikan pelaburan asing serta manfaat ekonomi (kerana tiada lagi cerita integrasi ASEAN) bagi Malaysia adalah jauh lebih rendah.

28 Mac

𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗔𝗭𝗜𝗭 𝗜𝗦𝗛𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜


Aziz Ishak adalah merupakan adik kepada Yusof Ishak yang merupakan Presiden pertama di Singapura dan beliau dilahirkan di Trong, Perak dalam tahun 1913.

Tokoh yang ingin diceritakan adalah merupakan waris dari keturunan Dato Jenaton yang merupakan bangsawan Minangkabau yang telah berhijrah ke Pulau Pinang sewaktu zaman Sultan Muhammad Jiwa (Sultan Kedah ke 9).

Ayahnya yang bernama Ishak bin Ahmad adalah orang Asia pertama yang dilantik sebagai Pemangku Pengarah Jabatan Perikanan bagi Negeri-Negeri Selat dan Melayu Bersekutu.

Mereka sekeluarga telah mengikut ayahnya berpindah ke Singapura dalam tahun 1923. Aziz telah bersekolah rendah di Victoria Bridge School dan seterusnya meyambung pelajaran di Raffles Institution.

Aziz Ishak pernah berkerja sebagai Pegawai Perikanan sewaktu ketika usia mudanya dan pada tahun 1935 ketika berusia 22 tahun, beliau telah diarahkan untuk bertugas di Kuala Kurau, Perak.

Tersebutlah satu riwayat sewaktu zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau yang pada waktu itu sedang menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Perikanan di Majlis Pembandaran, Singapura.

Aziz Ishak telah dipukul oleh Kempeitai Jepun kerana enggan memberikan lesen kelong kepada seorang pemborong yang merupakan tentera laut Jepun kerana hendak berniaga di tempat yang telah dikhaskan untuk nelayan-nelayan tempatan.

Sebelum pegawai Jepun tersebut hendak marah dan memukulnya, Aziz Ishak telah mencampakkan sebuah fail ke mukanya. Tindakan beliau itu telah menyebabkan beliau dibawa ke dalam sebuah bilik dan ditumbuk serta diterajang selama 20 minit sehingga menyebabkan hidungnya berdarah.

Selepas Jepun menyerah kalah, abangnya iaitu Yusof Ishak telah menjemputnya untuk membangunkan Utusan Melayu. Oleh itu, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perikanan.

Dalam tahun 1946, Aziz Ishak bersama-sama dengan Thaharuddin dan A. Samad Ismail telah menubuhkan Gerakan Angkatan Melayu Muda (GERAM) di Singapura yang cenderung kepada pro Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Pada tahun 1951 pula, Aziz Ishak selaku wakil Utusan Melayu telah ditugaskan untuk ke London supaya dapat buat liputan tentang pertabalan Queen Elizabeth II.

Diceritakan bahawa Aziz Ishak telah melaporkan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill sering duduk dan bangun ketika upacara pertabalan. Beliau juga telah menyifatkan upacara pertabalan tersebut seperti wayang Cina kerana beberapa pekerja menyapu sampah permaidani ketika acara pertabalan berlangsung.

Akibat daripada laporan beliau itu, Sir Gerald Templer yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya telah memanggil Aziz ke pejabatnya untuk soal siasat.

Sewaktu di dalam bilik tersebut, Aziz Ishak telah digelar sebagai “rat reporter” (wartawan tikus) oleh Templer. Ketika mahu keluar dari bilik, Templer terus memaki dan mencabarnya agar pertengkaran mereka itu dilaporkan di dalam dada akhbar Utusan Melayu.

Aziz Ishak menjawab, beliau akan menulis kejadian ini lalu menghempaskan pintu dengan kuat tetapi malangnya hanya berbunyi perlahan kerana pintu tersebut mempunyai spring untuk menghalang hentaman.

Setelah menyertai pelbagai pertubuhan politik sejak muda seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), GERAM, UMNO dan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), akhirnya dalam tahun 1953, Aziz Ishak telah dilantik sebagai Menteri Pertanian, Perikanan dan Syarikat Kerjasama di bawah Kabinet Tunku Abdul Rahman.

Ketika Khir Johari bertugas di luar negeri, beliau telah memangku jawatan Menteri Pelajaran. Satu peristiwa telah berlaku berkenaan dengan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Bahasa telah mengadakan mogok kerana membantah tindakan pengetuanya seorang pegawai berbangsa Inggeris.

Sebuah Jawatankuasa ditubuhkan dan Aziz Ishak dan beliau telah mengambil tindakan tegas dengan melucutkan jawatan Pengetua tersebut. Selain itu, beliau juga telah menukarkan nama Sekolah Umum (nama yang diberikan oleh Khir Johari) kepada Sekolah Kebangsaan yang dipakai hingga hari ini.

Dalam tahun 1961, Aziz Ishak selaku Menteri Pertanian telah mencadangkan Penubuhan Kilang Baja Urea milik kerajaan untuk membantu petani-petani miskin di kampung-kampung.

Malangnya, cadangan beliau itu tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dengan alasan ianya memerlukan perbelanjaan yang cukup besar dan Aziz Ishak pula beranggapan Tunku mahu mempertahankan kilang baja milik British daripada sebarang persaingan.

Pertikaian itu berlanjutan sehinggakan Aziz Ishak telah dipindahkan ke Kementerian Kesihatan. Namun, Aziz Ishak telah menolak perlantikan tersebut dan tindakan beliau itu akhirnya telah membawa kepada pertembungan terbuka.

Tunku memecat Aziz Ishak pada tahun 1963 sebagai ahli UMNO. Dengan itu, jawatan Menteri yang disandangnya selama tujuh tahun setengah gugur secara automatik dan beliau telah menjadi rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa jawatan. Al Fatihah untuk Abdul Aziz Ishak.

SALASILAH WARIS KESULTANANMELAKA KINI KEMBALI DARIMOYANG SULTAN PERAK KE-28


Percayakah Kita terdapat tiga Kerajaan 
negeri lain selain di Perak yang dapat 
mewarisi dan pernah memiliki garis
kesinambungan dari gen Paraweswara
Kesultanan Melayu Melaka. Seperti kita
maklum antara 3 negeri ini selain Perak
pernah memiliki pewaris dari Kerajaan
Melayu Melaka. Salah satunya Pahang,
Johor dan Selangor, yang paling awal
diperintahkan menakluki negeri lain
dari jurai pewaris Keturunan Kerajaan
Melaka ialah negeri Pahang. Ini Kerana 
melihat pada catatan cerita negeri besar
Pahang, Kerajaan negeri ini telah awal
ditubuhkan pada tahun 1470 Masehi 
dari era Sultan Mansur Shah iaitu Sultan
Melaka Yang Ke-6 sebelum datangnya
Keturunan pecahan dari waris yang
terakhir dari Sultan Melaka Yang Ke-8 
iaitu Sultan Mahmud Shah akibat kes
peristiwa insiden pembunuhan :

NEGERI PAHANG MULA TERBENTUK 
DARI JURAI KESULTANAN MELAKA
(1470)

Corak pemerintahan oleh Kesultanan
Melayu Islam di negeri Pahang dari
jurai Kesultanan Melayu Melaka wujud 
selepas terbentuknya Kerajaan Islam
di Melaka. Sultan Pahang yang pertama
adalah putera kepada Sultan Mansur 
Shah, Melaka pada tahun 1470.

Sebab-sebab Kerajaan Pahang dari
jurai Kesultanan Melaka berakhir :

Setelah itu tahun demi tahun silih 
berganti dan itu berlakulah peristiwa
di mana anak Bendahara sendiri iaitu
Paduka Raja Tun Perak yang bernama 
Tun Besar sedang bermain sepak raga, 
telah dibunuh akibat ditikam dengan 
sebab telah menjatuhkan destar Raja 
Muhammad yang sedang berkuda. 
Pertelagahan di antara kedua-dua
keluarga ini telah segera ditegah oleh
Bendahara Tun Perak dengan katanya
yang masyhur “Nyiah! Nyiah kamu 
semua, nyiah kerana istiadat hamba 
Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi
akan anak raja seorang ini janganlah
kita pertuan”. Lantaran peristiwa itu,
Raja Muhammad telah ditolak dari
bumi Melaka dan telah dirajakan di 
Pahang sebagai sultan yang pertama,
dan bergelar Sultan Muhammad Shah
pada Tahun 1470. Makam baginda
terdapat di kawasan Dusun Pinang, 
Pahang Tua, Pekan pada tahun 1475 
Masehi.

Raja Ahmad menyusul menjadi Sultan
Pahang setelah kemangkatan Sultan 
Muhammad Shah. Dari keturunan 
baginda kedua inilah wujudnya dinasti 
pertama Kesultanan Pahang dari jurai
Kesultanan Melaka sehinggalah Sultan
yang terakhir iaitu Sultan Abdul Ghafur
Mohayuddin Syah, Setelah pada itu jurai
keturunan dari Sultan Abdul Ghafur ini
tiada lagi waris kerana anakanda Sultan
Abdul Ghafur iaitu Raja Muda Abdullah
yang tidak sempat berkahwin juga
telah dibunuh. Dinasti ini telah tamat di
negeri Pahang setelah selepas Sultan 
Abdul Ghafur Mohayuddin Syah serta
anakanda baginda, Raja Muda Abdullah 
telah dibunuh oleh seorang anggota 
keluarganya yang turut juga menerima hukuman yang sama pada tahun 1614.
Setelah itu tiada lagi kisah penceritaan
mengenai Keturunan dari galur mereka.
Makam keluarga diraja ini terdapat di
Makam Chondong, Padang Buluh,
Pekan, Pahang.

Jurai Keturunan Kesultanan Melaka
dari Pahang bersambung semula
(1926) :

Jurai dari Keturunan Kesultanan
Melaka telah bersambung semula
apabila Sultan Perak Ke-30 telah
mengkahwinkan anakandanya iaitu
Tengku Ampuan Fatimah dengan
Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Pahang
Moden Ke-4 pada tahun 1926. Dan
4 tahun selepas itu memiliki seorang
cahaya mata iaitu anakandanya Sultan
Ahmad Shah (Sultan Pahang Moden 
Ke-5) iaitu Armarhum bapa kepada 
Agong Kita pada hari ini iaitu "Al-Sultan 
Abdullah Ria'yatuddin Al-Mustafa Billah 
Shah". Lalu berkembanglah semula
jurai Sultan Pahang Moden dari jurai
Keturunan Kesultanan Melaka pada
hari ini.

NEGERI JOHOR MULAI TERBENTUK
DARI JURAI KESULTANAN MELAKA
(1528)

Corak pemerintahan oleh Kesultanan
Melayu Islam di negeri Johor dari jurai 
Kesultanan Melayu Melaka telah wujud 
selepas terbentuknya Kerajaan Islam
di Melaka, negeri Johor ini ditubuhkan
pada tahun 1528 Masehi iaitu sezaman
dengan pembukaan negeri Perak pada
tahun yang sama 1528, ini kerana jurai
Kedua Kerajaan ini memiliki keturunan 
yang sama dari Sultan Melaka Ke-8
(Sultan Melaka Terakhir) iaitu Sultan 
Mahmud Shah.

Sebab-sebab Kerajaan Johor dari jurai
Kesultanan Melaka telah berakhir :

Cerita ini berlaku pada zaman Megat,
Megat Seri Rama (bergelar Laksamana
Bentan) yang telah pulang dari medan 
peperangan di Linggi atas perintah
sultan itu telah dikhabarkan tentang 
kematian tragis isteri kesayangannya. 
Bendahara Paduka Raja Tun Abdul
Jalil dengan pembesar istana lainnya 
bersepakat untuk menghapuskan raja. 
Menurut adat Melayu, seseorang raja 
boleh diturunkan dari takhta apabila
terbukti ia gila atau murtad. Mereka
bersepakat dalam musyawarah yang
telah diadakan secara tertutup untuk
membunuh raja.

Walau bagaimanapun, ada seorang 
pembesar bernama Orang kaya Seri
Bija Wangsa daripada suku orang laut 
menentang komplot itu kerana tidak
mahu menderhaka kepada raja. Bagi 
menjayakan rancangan dan menutup
rahsia misi yang penting itu, Seri Bija
Wangsa dibunuh orang dengan keris 
penyalang. Pembesar ini merupakan 
orang keutamaan suku Orang Laut
(orang Riau / Lingga) yang pernah
menjadi pembantu laksamana dalam 
perang Johor-Bugis di Linggi. Lalu
Orang-orang Laut sangat marah dan 
berdendam atas kematian pembesar
mereka itu. Manakala Megat Seri
Rama mengambil tugas berat untuk 
menderhaka dan ketika tepat waktunya 
sultan dijulang juak-juaknya ke masjid
untuk sembahyang Jumaat, Megat
Seri Rama pun membunuh Sultan
yang dianggap gila itu lantas tragedi
itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud 
Mangkat Dijulang'. Kononnya sebelum 
mati, baginda sempat menyumpah 
pembunuhnya dan mengharamkan 7
keturunan Megat Seri Rama daripada
menjejaki Johor lama itu.

Pada hari Jumaat, Ogos 1699, Sultan 
Mahmud Shah II mangkat dalam usia
24 tahun, dipercayai ditikam oleh
Megat Seri Rama. Akhirnya, baginda
lebih dikenali sebagai "Marhum
Mangkat Di Julang" atau "Marhum
Kota Tinggi". Baginda dimakamkan
di Kota Tinggi.

Jurai Keturunan Kesultanan Melaka
dari Johor bersambung semula
(1982) :

Jurai dari Keturunan Kesultanan
Melaka telah bersambung semula
apabila Sultan Perak Ke-33 iaitu
"Sultan Idris Shah ll (Anak Sultan
Perak Ke-30)" telah mengkahwinkan 
Puterinya iaitu "Raja Zarith Sofea"
dengan "Sultan Ibrahim ibni Almarhum 
Sultan Iskandar" yang merupakan
Sultan Johor ke-25, juga merupakan
Sultan Johor Moden Ke-5 dari jurai
Kerabat Temenggong. Perkahwinan
mereka memiliki 6 orang anak dan
salah seorangnya adalah Tungku
Mahkota Johor iaitu "Tungku Ismail"
pada tahun 1982. Lalu berkembanglah 
semula jurai Sultan Johor Moden dari 
jurai Keturunan Kesultanan Melaka
pada hari ini.

NEGERI SELANGOR MULAI TERBENTUK
DARI JURAI KESULTANAN MELAKA
(1875) (Selangor ditubuhkan 1766)

Sultan Selangor yang pertama (Raja 
Lumu) adalah dari keturunan Melayu
Bugis, yang mengaku keturunan dari
penguasa Luwu di bahagian selatan
Sulawesi. Putera Daeng Chelak, Raja 
Lumu tiba di Selangor menubuhkan 
kerajaan baru di Kuala Selangor di
tahun 1766. Ia dinobatkan oleh Sultan 
Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah,
dan menjadi Sultan pertama di negeri
Selangor.

Tiada catatan keseluruhan mengenai
salasilah jurai Kesultanan Melaka dari
Kerajaan negeri Selangor ini, akan
tetapi boleh dibuktikan dari cacatan
hasil perkahwinan dari anak Sultan
Perak Ke-29 (Anak Sultan Perak Ke-28) 
iaitu Raja Pemaisuri "Che Yong Sapiah 
Muhammad Yunus" iaitu Isteri kepada 
"Tengku Badar Shah Ibni Al-Marhum 
Sultan Ala'uddin Suleiman Shah (Anak 
Raja Muda Musa Selangor Ke-5, tahun
1898-1938), dikahwinkan pada tahun 
1875 Masehi dan anakandanya yang
bernama Raja Embin Izma, ayahanda
kepada Raja Saidatul Ehsan. Lalu 
berkembanglah semula jurai moyang 
Sultan Perak Ke-28 dari Kesultanan
Melayu Melaka sehingga ke hari ini.

MITOS DAN LAGENDA PUTERI SANTUBONG DAN SEJINJANG


Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi, ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi.

Pada asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri di dua buah kampung.

 Kejelitaan dan sifat kewanitaan terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.
Puteri Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan aluk.

Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan. Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.
Kemakmuran di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi.

Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.

Saban hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu, kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan antara satu sama lain.

Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari tanpa henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu di hayun di pipi Puteri Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung.

Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur kesakitan. Kemudian kilat sambung menyambung serta guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan.

Putera Serapi pulang kesedihan terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Serapi.
Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……

Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,

Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari

26 Mac

NOSTALGIA ROTI.CANAI ARWAH POK GEMBOR MG TELIPOT

 Pok Gembor @ Yahya adalah nama yang tersohor suatu masa zaman dahulu yang amat sinonim dengan 'Roti Canai' dan kantin sekolah.

2. Sebut saja Roti Canai Gembor pasti terbayang keenakannya, ranggup serta kuah karinya yang tersendiri..tiada pengaruh 'mamak' tetapi ada kejatiannya.
.
3. Menurut cucunya, Zuber sebenarnya tokki dia memulakan perniagaan roti canai di Kuala Pahang awal tahun 1960an, selepas menjadi nelayan di sana.

4. Selepas itu pulang semula ke Mengabang Telipot membuka kedai roti canai di pantai Kolam, kemudian berpindah ke Wakaf Tengah. Dulu jarang orang berniaga roti canai kerana sukar membuatnya, terutama uli.& tebar.

 Apa keistimewaannya roti canai arwah Gembor, Zubir berkata antara lainnya ialah cara adunan yang lembut serta kuah kari ikan selayang yang ditumbuk hancur ..begitu juga bawang ditumbuk dalam lesung batu, bukan pakai 'blander'.

5. Orang ramai pelanggan , khususnya orang kampung boleh bawa telor ayam sendiri untuk dimasukkan ke dalam roti canai tanpa apa apa bayaran tambahan..bayar harga roti kosong sahaja.

6. Paling melucukan ada juga yang bawa telor kotor masih ada tahi ayam di kulit, terpaksa dibasuh..dan kata Zubir kisah yang bawa telor 'temelang'juga amat mencuit hati...lalu kami ketawa bersama sama waktu bercerita tentangnya...siapa? Biarlah ia menjadi rahsia!
7. Sekitar 1970an juga Gembor mendapat tempat untuk menjual di kantin Sek Keb Mg Telipot, masa itu kantin hanyalah bangunan kayu kecil sahaja. Banyak makanan makanan dan minuman yang harga antara 5 sen dan 10 sahaja..teh o 5 sen, cokelat nisan 5 sen..roti canai dah lupa berapa sen.

 8. Pernah suatu ketika murid murid pakai kupon dari pihak sekolah untuk membeli di kantin.

9. Legasi roti canai diteruskan oleh anaknya bernama Zali Gembor (dah arwah) di Wakaf Tengah ...selepas Gembor meninggal 1978.
 Kemudian Zubir Gembor (anak Zali) juga ada meneruskan seketika di gerai MBKT di Taman Perumahan Wakaf Tengah.

 Anak anak Gembor ialah arwah Zali, arwah Ya, Rosid.. ...arwah mekyah..Leha..Zaharah.Abdullah (Najil@ Nazir) dan Zila kembor dengan Da. Emak mereka iaitu  isteri Pok Gembor ialah Mokteh Amoh..

Nazir@ Abdullah sebaya Lanbayu (kawan sekolah) kini berada di Miri Sarawak bertugas sebagaia anggota polis

 10. Apapun kini anak Gembor bernama Rashid (bekas tentera) meneruskan legenda roti canai resepi gembor dekat klinik di Wakaf Tengah.

 Sesiapa yang kepingin  roti canai gembor legend...bolehlah cuba roti canai berkenaan.
 Menurut Zubir gelaran Gembor itu ialah kerana tokkinya berbadan gempal..orang kampung panggil 'gembor'.

 12. Wallahualam. Semoga arwah Gembor (Yahya) , arwah Zali, dll yang telah pulang kerahmatullah dalam rahmatNya jua.

24 Mac

Awang Gagoh @ Tarzan


Awang Gagoh @ Tarzan?..Insan dari Mengabang Telipot dikurniakan Allah kebolehan luarbiasa!

Lanbayu hari ini mencoretkan sesuatu yang pernah dicoretkan beberapa tahun lalu tentang seorang insan dari Mg Telipot yang luarbiasa ini.

Dia mempunyai kekuatan dan kehebatan yang agak luar biasa. Dia mampu menebang pokok dengan kemahiran tertentu walaupun menggunakan kaedah lama (tradisional), terutama bagi pokok tinggi yang berhampiran rumah.

Awang Dagang, namanya. Berasal dari Mengabang Telipot Kuala Terengganu, lebih dikenali sebagai ‘Awang Gagoh” atau “Tarzan” dan ada juga generasi muda memanggilnya sebagai “Pok Long”.

Menurut seorang penduduk kampung , Mokhtar Ishak, Awang bolehlah dianggap sebagai ‘pakar penebang pokok’ dengan menggunakan kaedah manual atau cara lama.
Beliau akan memanjat pokok itu bersama kapak atau gergaji  dan mencantas batang dan dahan pokok sedikit demi sedikit agar tidak menimpa rumah atau apa apa yang berdekatan pokok berkenaan.

Masyarakat sekitar Mengabang Telipot dan Batu Rakit ramai yang mengenali Awang dan mengetahui kepakaran yang dimilikinya, malah ramai juga yang telah mendapat khidmatnya dengan bayaran yang agak murah dengan kerja kerja berisiko itu.

Difahamkan Awang menjalankan kerja itu seawal usia 20 an lagi di tahun-tahun 1980 an.Kini usianya sudah menjangkau 60an..tetapi masih berkeupayaan dengan izin Allah.

Namanya begitu tersohor berikutan keberaniannya memanjat pokok yang tinggi seperti pokok kelapa sambil memotongnya hingga mencecah bumi tanpa menimpa bangunan yang bersebelahan pokok berkenaan.

Awang juga dikatakan mempunyai kemahiran untuk mengalih atau menggerakkan rumah secara tradisional dari tapak asal ke tapak baru tanpa perlu merombak rumah berkenaan. 
Lanbayu sedang menjejaki kembali ' Awang Gagah' ini.

Difahamkan sudah pindah ke Jalan Batu Rakit, area Mg Telong/Kg Tanjung Bt Rakit. 

Dimaklumkan masih aktif melakukan kerja demikian dibantu oleh seorang cucunya. InsyaAllah Lanbayu akan menemui 'Awang Gagoh' untuk mendapatkan kisah lanjut mengenai dirinya yang dikatakan luar biasa itu serta asal usulnya anak Mengabang Telipot ini.

Wallahualam...

Jom petang atau Lanbayu 1 Steambot& ikan Bakar, bbq & masakan panas (Pulau Duyong) &  Lanbayu 2 Westernfood (Jalan Gong Badak- Tok Jembal Golf Cafe  Hadami Resthouse)..menikmati selera sambil bertemu dan berbicara dengan lanbayu. Nak datang wsap dulu sepatah 013 581 1561

Marilah bersama kita mendoakan agar “ Awang Gagoh’ terus diberi kekuatan tenaga fizikal dan mental demi mencari rezeki dan sesuap nasi buat keluarganya.
Sesuatu hadiah dan penghargaan barangkali perlu difikirkan untuk diberi kepada insan berhati mulia dan bertenaga dan berkemahiran luar biasa ini.
 Gambar: ehsan Mokhtar Ishak Tg Gelam.

Salam hormat dari Lanbayu buat pembaca coretan Lanbayu di GAMT ini...pastikan semua ikut SOP bila ke mana mana.. semoga dihindari dari sebarang gejala yang tidak diingini.