Pok Gembor @ Yahya adalah nama yang tersohor suatu masa zaman dahulu yang amat sinonim dengan 'Roti Canai' dan kantin sekolah.
2. Sebut saja Roti Canai Gembor pasti terbayang keenakannya, ranggup serta kuah karinya yang tersendiri..tiada pengaruh 'mamak' tetapi ada kejatiannya.
.
3. Menurut cucunya, Zuber sebenarnya tokki dia memulakan perniagaan roti canai di Kuala Pahang awal tahun 1960an, selepas menjadi nelayan di sana.
4. Selepas itu pulang semula ke Mengabang Telipot membuka kedai roti canai di pantai Kolam, kemudian berpindah ke Wakaf Tengah. Dulu jarang orang berniaga roti canai kerana sukar membuatnya, terutama uli.& tebar.
Apa keistimewaannya roti canai arwah Gembor, Zubir berkata antara lainnya ialah cara adunan yang lembut serta kuah kari ikan selayang yang ditumbuk hancur ..begitu juga bawang ditumbuk dalam lesung batu, bukan pakai 'blander'.
5. Orang ramai pelanggan , khususnya orang kampung boleh bawa telor ayam sendiri untuk dimasukkan ke dalam roti canai tanpa apa apa bayaran tambahan..bayar harga roti kosong sahaja.
6. Paling melucukan ada juga yang bawa telor kotor masih ada tahi ayam di kulit, terpaksa dibasuh..dan kata Zubir kisah yang bawa telor 'temelang'juga amat mencuit hati...lalu kami ketawa bersama sama waktu bercerita tentangnya...siapa? Biarlah ia menjadi rahsia!
7. Sekitar 1970an juga Gembor mendapat tempat untuk menjual di kantin Sek Keb Mg Telipot, masa itu kantin hanyalah bangunan kayu kecil sahaja. Banyak makanan makanan dan minuman yang harga antara 5 sen dan 10 sahaja..teh o 5 sen, cokelat nisan 5 sen..roti canai dah lupa berapa sen.
8. Pernah suatu ketika murid murid pakai kupon dari pihak sekolah untuk membeli di kantin.
9. Legasi roti canai diteruskan oleh anaknya bernama Zali Gembor (dah arwah) di Wakaf Tengah ...selepas Gembor meninggal 1978.
Kemudian Zubir Gembor (anak Zali) juga ada meneruskan seketika di gerai MBKT di Taman Perumahan Wakaf Tengah.
Anak anak Gembor ialah arwah Zali, arwah Ya, Rosid.. ...arwah mekyah..Leha..Zaharah.Abdullah (Najil@ Nazir) dan Zila kembor dengan Da. Emak mereka iaitu isteri Pok Gembor ialah Mokteh Amoh..
Nazir@ Abdullah sebaya Lanbayu (kawan sekolah) kini berada di Miri Sarawak bertugas sebagaia anggota polis
10. Apapun kini anak Gembor bernama Rashid (bekas tentera) meneruskan legenda roti canai resepi gembor dekat klinik di Wakaf Tengah.
Sesiapa yang kepingin roti canai gembor legend...bolehlah cuba roti canai berkenaan.
Menurut Zubir gelaran Gembor itu ialah kerana tokkinya berbadan gempal..orang kampung panggil 'gembor'.
12. Wallahualam. Semoga arwah Gembor (Yahya) , arwah Zali, dll yang telah pulang kerahmatullah dalam rahmatNya jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan