Jumaat, 12 Mac 2021

Khazanah Menjual SilTerra kepada DNeX

Sejak Khazanah bersetuju untuk menjual sepenuhnya syarikat semikonduktor Siltera kepada konsortium 60% milik DNex dan 40% milik Beijing pada awal bulan lepas ketika kita masih dalam tempoh darurat, harga saham DNex telah naik 5 kali ganda dari 20 sen ke RM1.01.

Sebelum itu, saya telah beberapa kali menulis jika ianya wajar untuk kerajaan PN menjual Silterra yang telah dipulihkan kerajaan BN dahulu dan telah mencatat keuntungan sejak beberapa beberapa tahun yang lalu.

Lebih-lebih lagi pada ketika industri semikonduktor dunia merupakan antara sektor yang menerima manfaat paling besar dari pandemik Covid akibat keperluan Work From Home.

Namun, nasi sudah menjadi bubur sebab keputusan sudah dibuat kerajaan.

Nukilan,
Dato Seri Najib bin Tun Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan