Selasa, 9 Mac 2021

Lagi lelaki MG TELIPOT menghampiri 100 tahun..berjalan kaki/bertongkat hampir tiap hari di Jalan Pantai Kolam- Pengkalan Maras


Oleh : Lanbayu 
  (Lanbayu Seafood Pulau Duyong..013 581 1561,  WhatsApp)

 Selalu kelihatan berjalan jalan dalam keadaan yang agak sukar, menggunakan tongkat. Berjalan pula bukan dekat, tetapi dari Kolam hingga ke Pengkalan Maras, kadang kadang sampai ke sempadan pantai Pengkalan Maras- Mengabang Telong. Wajah seperti garang, tetapi ternyata orangnya baik dan mesra sekali bila didekati.

2.  Siapakah lelaki yang telah berusia itu? Mengapa dia sanggup berjalan begitu jauh di birai jalan raya yang mungkin merbahayakannya.

3. Orang kenali dia sebagai 'Pok Wei', dulu pernah bekerja menjual ikan @ tok peraih ikan.

4. Lanbayu ambil kesempatan menemuinya di kedai kopi Jantan di pantai Pengkalan Maras, tempat kesukaan hariannya untuk minum dan damaikan jiwa di usia yang sudah menghampiri angka 100 tahun.

5. Pok Wei, pada usia hampir 95 tahun itu masih menggagahkan diri keluar dari rumah berjalan kaki kerana 'kesepian' bersendiri tanpa isteri dan anak anak di sisi.

6.Di zaman muda dulu pernah menjadi nelayan hingga ke Mersing, tetapi tidak lama di Mersing, 1967/69 sahaja sekadar pergi menemui ayahnya bernama Muda yang berada di sana kerana ayahnya buat kali kedua berkahwin dengan wanita Endau setelah berhijrah dari Mengabang Telipot.

7. Pokwei kemudian balik ke Mengabang Telipot, menjadi nelayan tangkul, termasuk antaranya tangkul Poklib.

8. Selepas itu katanya, buat ikan kering dan jual ikan kering,.kecil.kecilan.
9.  Selepas itu, mendapat pertolongan dari jirannya dikenali sebagai 'Pokloh Dayang' yang juga usahawan ikan kering untuk memulakan hidup sebagai 'tok peraih ikan' . Katanya, Pokloh Dayang memberikannya sebuah basikal besar lama, dibaiki dan sedikit modal awal.

10. Guna basikal tidak boleh pergi jauh, paling jauh ke Kubang Badak sahaja, lalu berusaha membeli sebuah motosikal untuk menjaja ikan kampung ke kampung

12. "Dengan motosikal Pokwei pergi jual ikan sampai ke Tepoh dan Gemuroh" katanya mengenang zaman zaman bertenaga .pada suatu ketika kemalangan di Jalan Gelong Maras, menyebabkan kakinya patah, beritahunya.

13. Biasanya beli ikan dengan nelayan kolek, tetapi yang biasa dia dapatkan bekalan ikan ialah dari Pektam Mamat Pokyok di Pengkalan Maras, beritahunya.

14. Sekarang hidupnya sepi sendiri, isteri sudah lama meninggal..anak anak jauh di Kuantan dan Kerteh.
 
15. Lelaki tua ini dalam kesedihan dan kesepian akan terus berjalan dan berjalan setiap hari mencari.damai di hati...berjalan dan terus berjalan..biarpun letih dan memenatkan..

 Semoga Allah merahmatinya..siapa yang hendak derma untuk lelaki bertongkat di tepi jalan raya pantai Kolam- Pengkalan Maras ini amatlah dialukan alukan. Wallahualam
Jom jumpa Lanbayu malam ini di Duyong bertukar tukar kisah....Lanbayu seafood..steamboat...mini bbq , ikan bakar dsb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan