Jumaat, 12 Mac 2021

SEJARAH SEKOLAH AGAMA PONDOK DI MENGABANG TELIPOT SECARA RINGKAS

UNTUK TATAPAN KITA WARGA MENGABANG TELIPOT TAK KIRA USIA,DIANTARA KITA SEMUANYA ADA KAITAN PERSAUDARAAN. 

Sekolah Agama Pondok di Mengabang Telipot. Mungkin tulisan ringkas ini boleh membuka sedikit lembaran sejarah yang mungkin dilupakan kalau Lanbayu tidak selidik dan tulis mengenainya.
2. Kalau di sebelah Kelantan, Besut Terengganu, sejarah sekolah agama pondok ini,  sudah tersohor diketahui ramai dan banyak ditulis.

3. Antara yang pernah wujud di Mengabang Telipot ialah sekolah Agama Pondok yang diasaskan oleh Ayah Chik Man (1940an)  Haji Abdullah (Hj Pok Da Dolloh)- sekitar 1950an dan sebelumnya lagi ada juga institusi berkaitan disebut sebagai madrasah Pektam Tok Haji (mungkin sekitar 1920an/30an). Pektam Tok Haji ini dipercayai adalah anak murid Tokku Paloh.

4. Fokus bicara kepada sekolah Agama Pondok Ayah Cik.Mang ini dibangunkan sekitar tahun 1945/46 di Pantai Kolam/sempadan dengan pantai Pengakalan Maras sebelah Selatan.

5. Ayah Cik Man  berkahwin dengan Sawiah (Mok Cik Yah) anak Hjh Midah dan Tok Khatib Mat yang tinggal berdekatan masjid Jamek Mengabang Telipot pada masa itu.

6. Beliau (arwah Ayoh Chik Man) menuntut agama di India seangkatan dengan arwah Pok Su Id (Dato' Mohd Said Jeram Manir). Sepulang dari belajar di sana beberapa tahun, kira.kira tahun 1945 , yakni sebelum merdeka lagi beliau mengambil tanggungjawab untuk mengembangkan ilmu yang dipelajarinya itu, lalu membuka sekolah agama pondok di Kampung Kolam itu. Tapaknya di sebelah rumah arwah Mokcik Yah, Ayohchik Man sekarang. 

7. Antara yang menjadi subjek yang diajarkan ialah tauhid, fekah, hadis, nahu bahasa Arab di samping kitab kitab Arab dan jawi (Melayu). Dibuka juga kelas untuk anak anak tempatan belajar solat, Al Quran dan fardhu Ain.

8. Menurut Mokhtar Abdullah, 73, salah seorang yang sempat di zaman remajanya belajar dengan Ayah Chik Man bahawa pelajar kebanyakan dari Maras dan Tepoh serta Batu Rakit, di samping Mengabang Telipot

9. Bekalan padi/beras percuma banyak.diperolehi dari pelajar dari Maras/Tepoh untuk makanan/masakan pelajar pondok di situ, di zaman sebelum merdeka yang serba kekurangan selepas penjajah Jepun keluar.
10. Antara bekas pelajarnya ialah Ustaz Pok, (Padang Kemunting) Ustaz Talib, Balai Maras, Hj Ab Ghani (bekas polis Bt Rakit) , Jusoh Jeram Tepoh - dll sekadar menyebut beberapa nama.

11. Anak Mengabang Telipot sendiri yang belajar di Sekolah agama pondok Ayah Chik Man itu ialah, Haji Ibrahim (Che Him wakil Pos) , Mat Nong tukang jahit (Mat Nong Songkok), Awang Sawiah, Ustaz Yusof (Ustaz Choh) dll- sekadar menyebut beberapa nama.

12. Besarlah juga peranan sekolah pondok agama yang diasaskan itu, walaupun secara sederhana atau kecilan dengan segala serba kekurangan lantaran kesukaran zaman belum merdeka, tetapi Alhamdulillah mampu juga  melahirkan agawawan atau ustaz ustaz atau guru agama penyambung kerja kerja dakwah Islamiah.

13. Usahanya itu disambung pula oleh Haji Dolloh (imam masjid Mengabang Telipot dulu) dengan membuka sekolah pondok di Kampung Tengah bersebelahan surau dan rumahnya. Allahyarham Haji Abdullah adalah bapa saudara MokCik.Yah (isteri ayahcik.Man) iaitu adik beradik Tok Khatib Mat (suami Hjh.Midah, emak kepada Mok CikYah). Haji.Pokda Dolloh ini sebelum itu belajar agama di Mekah. Adik beradik perempuannya ialah dikenali.Mok Cik.Nik rumah dekat selekoh pantai  Kolam.(dahulu).

14. Selepas 11 tahun beroperasi , pada tahun 1956 sekolah pondok ini terpaksa.ditutup dan AyohChik Man melebarkan ilmu agamanya sehingga di Kuala Berang khususnya dengan institusi formal di bawah kerajaan.

15. Beliau akhirnya dilantik mengetuai (Mudir) sekolah Agama Tok.Jiring pada tahun 1964 sehinggalah bersara sekitar 1970an.

16. Beliau (Ayoh ChikMang) di samping sebagai ulamak adaalah seorang pemimpin/pembimbing masyarakat yang disegani, pernah ditawar untuk menjadi calon dalam pilihanraya oleh sebuah parti, tetapi beliau tidak mahu, sebaliknya meneruskan khidmat mengikut caranya sendiri.

17. Semoga tulisan ringkas ini boleh memberi sedikit info kepada kita semua. Mana mana yang hendak bertukar maklumat atau tambah info lagi berkenaan tokoh dan perkara yang dibicarakan ini bolehlah whatsapp kepada saya (HjLan Bayu 018 910 8039). Terima kasih..Wassalam

GAMBAR DIATAS HANYA SEBAGAI HIASAN SEMATA²..JIKA ADA DIANTARA KITA YANG ADA MENYIMPAN KOLEKSI² GAMBAR LAMA KAMPUNG,BOLEH KONGSI ATAU PM SAYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan