Setelah diminta oleh seorang anak muda untuk "bom" isu ini semalam, saya mula faham apa sebenarnya isu ekzos motorsikal.
Isu ekzos motor terlalu bising dan diubahsuai ini dah lama wujud.
Tidak dinafikan ianya melanggar undang-undang dan ianya juga kurang disukai ramai. Dan saya rasa penunggang motor juga bersetuju mengikut undang-undang.
Namun masa pandemik ini bukan masa paling sesuai untuk melakukan operasi penguatkuasaan untuk mencari salah dan mengeluarkan saman secara besar-besaran terhadap isu ini.
Sebab virus Covid tak takut pada bunyi ekzos.
Jika pengguna motor nak perbetulkan ekzos dan aksesori motor mereka pun perlukan masa dan wang.
Tapi dalam krisis pandemik ini, ramai tidak ada duit berlebihan untuk memperbetulkannya.
Ekoran itu, ramai anak-anak muda yang tidak lagi berani membawa bike keluar untuk mencari pendapatan sebab takut disaman RM2,000, penjara 6 bulan dan bike disita.
Saya rasa usaha mencari salah ekzos berbunyi tidak membantu dalam usaha melawan Covid dan tidak menyumbang kepada pemulihan ekonomi.
Jika nak dilaksanakan operasi penguatkuasaan, saya berpendapat ianya lebih adil untuk beri tempoh pengampunan selama separuh tahun atau setahun setelah pandemik Covid sudah berakhir dan ekonomi telah memulih untuk memberi peluang pengguna motor mencari pendapatan untuk memperbaiki motor mereka.
Berilah tempoh yang munasabah bagi anak-anak muda untuk bernafas semula ketika pandemik Covid ini.
Jika parlimen boleh ditangguh dengan alasan tak masuk akal sehingga darurat berakhir dan PRU boleh diketepikan dengan alasan perlu tunggu sehingga pandemik berakhir, kenapa pula operasi penguatkuasaan ekzos serta aksesori motor tidak boleh ditangguh selagi ianya tidak membahayakan nyawa?
Pada masa ini, usaha penguatkuasaan boleh bermula dari sekarang juga dengan menyasarkan kedai-kedai aksesori dan motor untuk memastikan penjualan aksesori tidak dibenarkan dan pengubahsuaian ekzos keterlaluan tidak berlaku lagi.
Sebenarnya, tempoh pengampunan (grace period) bagi pengguna kenderaan untuk perbaiki kereta dan mengikut undang-undang sebelum penguatkuasaan besar-besaran dilakukan bukan satu perkara yang luar biasa.
Pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu untuk perlaksanaan 3rd brake light, window tinting dan kerusi keselamatan kanak-kanak kereta.
----
Salam sejahtera
Mintak PERDANA MENTERI MALAYSIA dan pihak Kementerian Pengangkutan Atau Agensi yg berkaitan BUKA MATA!!!!
TINDAKAN PENGUATKUASAAN MELAMPAU KE ATAS KENDERAAN KHAS NYA MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI/RENDAH DI ATAS JALAN RAYA!!!!
Kami mewakili RIDERS2 amat TIDAK berpuas hati di atas tindakan keterlaluan penguatkuasaan undang undang jalanraya (polis dan jpj)
Tindakan mencari cari kesilapan dan kesalahan yang melampau ini makin keterlaluan, kami tidak nafikan penguatkuasaan undang2 membantu kementerian, namun terlalu banyak focus pada perihal remeh temeh.
Saman saman yang dikeluarkan atas perihal remeh temeh ini menyebabkan BIKERS2 dmula membenci kerajaan.. kebanyakkan rakyat menyatakan perasaan tidak puas hati di media sosial!!!
Jika kesalahan pengubahsuaian exzos atau penambahan eksesori motosikal itu boleh atau meningkat kan punca kemalangan jalan raya..maka kami sokong tindakan saman atau apa sahaja hukuman dikenakan..tetapi isu exzos bukanlah satu punca statistik kemalangan meningkat!!!
Jalan raya berlubang, ROSAK dan tidak sempurna KAMI HADAP JUA TANPA HIRAUKAN RISIKO KAMI KEMALANGAN, dimana kesempurnaan fasility JALAN RAYA under JABATAN KERJA RAYA DAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN??
Namun, lebih banyak saman dan focus diberikan pada pengubahsuaian exzos,sportlight,plat no dan penambahan eksesori motosikal yg mana ada saman yg tidak masuk akal seperti saman terhadap pemasangan enjin bar pada motosikal!!!
Banyak ciri2 tambahan dipasang pada motosikal sebenarnya membantu penunggang untuk memastikan tahap keselamatan yg terbaik.
Aksesori lain pun sekadar keceriaan dan kekemasan atau sekadar melengkapkan hobi kami sendiri.. MOTOSIKAL yg di jaga dan dilengkapi kekemasan tambahan biasanya lebih terjaga dan lebih selamat untuk dipandu. KECERIAAN RAKYAT PUN ANDA NAK RAMPAS?? MANA TAG KERAJAAN PERIHATIN YG KERAJAAN SERING LAUNGKAN!!!
Apakah ini double standard??
Pada waktu ini jpj dan trafik seluruh negara dikerah untuk mencari cari kesilapan dan kesalahan remeh temeh..
Sedangkan ketika pandemik covid19 tgh kritikal, kami semua rakyat berdepan lagi dengan masalah ekonomi yang teruk!!!
Adakah kementerian pengangkutan inginkan KESEMPURNAAN 100% pematuhan undang undang???
Be logical dan jangan mencari kesempurnaan jika pihak kerajaan pun banyak dibantu rakyat dengan cukai cukai dan hasil rakyat. Jangan cari kesempurnaan jika JALAN RAYA ROSAK TERUK BERLUBANG LUBANG.
Tindakan keterlaluan mencari KESEMPURNAAN DALAM PEMATUHAN UNDANG UNDANG mula membentuk bibit bibit kebencian rakyat pada PIHAK KERAJAAN
Dengan rendah diri kami dan saya secara peribadi ingin ingatkan bahawa KAMI PUN PENGUNDI DAN PENENTU MASA DEPAN KERAJAAN
KEBENCIAN KAMI AKAN DITERJEMAH KEPADA KERTAS UNDI AKAN DATANG!!!
BERTINDAK SEGERA JIKA ANDA PEMIMPIN POLITIK INGIN STABILKAN KERAJAAN ANDA
kami mula hilang sabar bila kami susah untuk bekerja dalam keadaan ekonomi kami tenat dan POKET KAMI MULAI KOSONG DAN DIPERAH PERAH HINGGA KERING
Kami sudah bertahan beberapa kali PKP dan pkpb, jangan sampai kesabaran rakyat sampai kemuncak
Kami sudahi keluhan kami dengan satu ungkapan nasihat buat pemimpin politik
TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU LAYUAN
Sekian.
Luahan kami
Bikers SEJATI
BRO JAI
#mohonshare
#bikerssejati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan