Ada yang masih keliru dengan penjelasan Menteri Kewangan PN petang tadi.
Apa yang dia kata ialah:
(1) Bahagian atas dan sebelah kiri. Kotak HIJAU dalam gambar.
- Hutang statutori yang merupakan pinjaman tempatan bon kerajaan tidak melanggar had statutori nisbah hutang 60%.
(2) Bahagian sebelah kanan. Kotak OREN dalam gambar.
- Pinjaman luar negara (hutang asing) tidak melebihi had RM35 bilion bagi pinjaman asing manakala Bil Perbendaharaan Malaysia. juga tak melebihi had RM10 bilion bagi Bil Perbendaharaan Malaysia.
(3) bahagian bawah sekali. Kotak MERAH dalam gambar.
- Nisbah KESELURUHAN hutang kerajaan barulah cecah 60% (iaitu 62.2% pada akhir tahun 2020) JIKA digabungkan (1) pinjaman tempatan bon kerajaan dan (2) pinjaman luar negara dan Bil Perbendaharaan Malaysia. ⠀
Jadi, nisbah keseluruhan hutang kerajaan memang sudah naik ke 62.2% pada akhir tahun 2020 (iaitu cecah 60%) berbanding 48.7% suku-1 tahun 2018 sebelum PRU14 - seperti dalam diagram Menteri Kewangan PN.
Sebab itu, kerajaan tak perlu usul kenaikan had hutang sekali lagi dalam parlimen seperti apa yang dibulan Ogos lalu apabila had hutang telah dinaikkan dari 55% ke 60%.
Nisbah keseluruhan hutang negara juga dirancang kerajaan PH untuk naik ke 64.5% pada akhir tahun 2021 apabila jumlah hutangk kerajaan naik ke RM975 bilion - itupun JIKA unjuran kerajaan PN untuk pertumbuhan KDNK yang amat optimistik sebanyak 7.5% dapat dicapai.
Hutang kerajaan pada akhir tahun 2017 ialah RM687 bilion - bermakna, hutang kerajaan akan naik hampir RM300 bilion selepas PRU14 ke RM975 bilion pada akhir tahun 2021.
https://www.facebook.com/102339531415802/posts/279899350326485/
Sumber Facebook Page:
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan