Rakyat Malaysia tak layak untuk dapat PM yang berpandangan jauh seperti DSN....
Dia perdana menteri yang berani melaksanakan GST supaya negara tidak lagi bergantung kepada hasil minyak yang tidak menentu....tapi rakyat kata dia menyamun duit rakyat......
Dia perdana menteri yang memperkenalkan subsidi bersasar dalam bentuk BRIM kepada rakyat supaya hasil negara dapat pergi terus kepada golongan sasar....tapi rakyat kata dia bagi dedak
Dia perdana menteri yang berjaya meletakkan BSKL sebagai "world longest bull run" ...petanda aras paling tinggi keyakinan pelabur asing dengan dasar dasar ekonomi di bawah beliau....tapi rakyat kata itu hanya beri keuntungan kepada pelabur saham sedangkan mereka tak dapat apa apa....
Dia perdana menteri yang memudahkan karenah birokrasi kerajaan dengan memperkenalkan UTC, Klinik 1 Malaysia...tapi rakyat kata itu tanggungjawab sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan...
Dia perdana menteri yang merevolusikan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam negara....ECRL, MRT,HSR,Pan Borneo,dan pelbagai lebuhraya baru serta pemansuhan hampir 11 jalan bertol...tapi rakyat kata dia membazir wang negara....
Dia perdana menteri yang telah memberikan GLC utama negara projek projek mega kerajaan dan membuka ruang pelaburan antarabangsa hingga hasilnya, KWSP, Tabung Haji, Asb semuanya berjaya memberikan pulangan dividen yang begitu tinggi....tapi rakyat kata mereka tak redha Najib bagi duit dekat Amerika....
Rakyat Malaysia tak sabar untuk melihat hasil tranformasi lautan biru dan akhirnya telah membuang peluang terbaik Malaysia untuk menjadi negara maju....seperti mana krisis ekonomi 1998 mengambil masa sedekad untuk pulih sepenuhnya..petaka ekonomi yang di bawa PH akan melalui jalan yang sama....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan