Oleh lanbayu
Dulu waktu kita sekolah di SKMT wajah ini amat sinomim sekali.
2. Biarpun dia bukan guru, bukan sesiapa tetapi uniform bewarna cokelat tetap menggamit kenangan persekolahan.
3. Malah kita tetap menganggap dia dan rakan rakannya yang lain sebagai sebahagian orang penting sekolah.
4. Bahkan dia juga bagaikan guru yang juga menjaga kita pelajar, memesrai kita, sentiasa senyum dan boleh bersembang sembang mesra.
5. Itulah 'tukang kebun' sekolah kita SK Mengabang Telipot 1973 - 2004
6. Namanya Salleh bin Embong atau 'PokLeh Tukang Kebun' sekolah Kita, berasal dari Kg Tanjung Gelam
7. Mula mendapat tawaran bertugas sewaktu usianya 25 tahun. Sebelumnya Pokleh sejak umur 16 lagi.menjadi nelayan..bila.masuk umur 19 jadi tekong bot pukat tunda di bawah Syarikat Nelayan Pantai Timur (1967 - 1972) ..hebat Pokleh banyak pengalaman sebelum jadi tukang kebun sekolah lagi.
8. Rakan rakan sekerjanya dulu di SKMT termasuklah arwah Pokloh, Arwah Pok Awang dan Pok Tawang.
9. Bagaimana Pokleh dapat kerja tukang kebun'? Dia beritahu dengan sijil tamat sekolah darjah enam dia mendaftar dengan Jabatan tenaga rakyat (pejabat buruh) Terengganu.
10. Tahun 1973 dipanggil temuduga di Pejabat Pelajaran dan berjaya lalu ditempatkan di sekolah Mengabang Telipot ...itu permulaan kerjayanya
11. Waktu itu SKMT di bawah pimpinan Cikgu Wan Ibrahim Yusof yang kreatif..maka Pokleh pun turut menjadi tukang kebun kreatif dengan pelbagai tugas di belakang tabir
12. Bukan hanya siram pokok bunga atau menyapu, tetapi bertukang membina pentas, membina bilik mesyuarat yang lengkap dengan papan maklumat berlapis, membina bilik tayangan dan sebagainya.
13. Dulu kita kerja sungguh..tak main main, kadang kadang tak balik rumah nak siapkan sesuatu projek sekolah. Guna pula alatan 'manual' sekarang banyak guna mesin
"Tak ada bayaran OT sangat dulu, tapi makan minum bolehlah dibayar pihak sekolah masa kita tidak balik itu' jelas Pokleh .
14. Banyak kejayaan kejayaan SKMT hingga ke peringkat bartaraf dunia...di belakangnya yang mengolah sama kejayaan itu adalah tukang kebun atau pekerja am yang dikenali Pokleh ini.
15. Lanbayu temuinya kelmarin di pantai Pengkalan Maras, usianya kini 73 tahun..masih sihat tetapi hidup bersama anak anak kerana surinya sudah tiada lagi...semoga Pokleh tabah
16. 'Memang saya amat terkenang sekolah Keb Mg Telipot, 31 tahun berturut turut tanpa bertukar bersama SKMT, selepas 17 tahun bersara rasa ingin melawat tempat tempat yang pernah saya turut terlibat membinanya, tetapi saya segan, sebab mungkin pihak sekolah yang baru sudah tidak kenali saya lagi, ' ujar Pokleh kepada Lanbayu.
17. Apapun kita mendoakan Pokleh terus diberikan kesihatan yang baik dan diberkati hidup dan usianya...Lanbayu hanya sekadar pencoret kenangan Mengabang Telipot. Wallahualam
( Kalau sudi singgah singgahlah jumpa Lanbayu ...bernostalgia sambil nikmati selera di meja Lanbayu.
(MINI BBQ VIRAL
.,...santai santai bakar sendiri dengan kekawan atau keluarga hanya di atas meja sendiri, bakar guna arang aroma
Suatu inovasi baru Lanbayu...mini BBQ di atas meja pelanggan...pelanggan sendiri santai bakar bakar ikan, sotong, undang, ayam, daging, kambing dll..dengan rempah dan air asam percuma...nasi & masakan panas (sup, tonyam dll )boleh order jika ingin menambah lauk.
Tempatnya pula selesa di birai kuala, udaranya bersih segar serta mata bebas melihat bandar Kuala Terengganu indah bergemerlapan dari pulau Duyong. Lain lain..steamboat, ikan/sotong/udang celup tepung pun ada serta istimewa nasi goreng Lanbayu pun ada)
'NIKMATI SELERA DIIRINGi BISIKAN BAYU'
Buka 5 petang - 12 malam
Jom bila lagi...WhatsApp Lanbayu 013 581 1561)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan