Barang kemas dirampas di lautan dan
'Kami tidak menemui di mana pulau Bidong..
Oleh:.Lanbayu
(Lanbayu Seafood, Pulau Duyong)
BAHAGIAN KEDUA.
Semasa di dalam bot, setelah pam air dapat dibaiki masing masing berasa selamat, ujar Saydah.
"Keesokannya mula rasa lapar & dahaga namun hakikatnya segala makanan & air minuman sudah tidak ada kerana sebelumnya telah di buang ke laut (bagi meringankan bebanan bot semasa pam rosak dan air memenuhi perut bot).
'1st day ok lg
2nd day saya yang baru berusia 7 tahun mula lemah dan
3rd day tersangatlah lemah bahkan demam menggigil" sambung Saydah yang mampu mengingatkan peristiwa yang sungguh tragis dalam hidupnya, terasa baru sahaja berlaku dan terpapar di depan mata lautan yang sungguh menakutkan perasaan.
Lantaran terlalu dahaga arwah mak ambil air laut & cuba untuk minum tetapi terus muntah...yelah perut kosong & tiba tiba menelan air masin pula..
4th day pagi, ternampak bot nelayan (Thailand) kapten bot yang kami naiki elak & lari dari mereka, tetapi sebelah petangnya... terjumpa lagi bot Thailand tersebut... masa tu kapten (juragan) naikkan bendera putih tanda minta bantuan...sambung Saydah menceritakan.
"Mereka datang menghimpiti bot kami dan
juragan@ kapten bot kami berbahasa 'body language' (seperti ayam & itik)... yang memberitahu, bot kami hilang arah kerana kompas tak berfungsi...dalam ertikata ketua bot kami memohon bantuan tunjukkan arah untuk ke Pulau Bidong Terengganu" terang Saydah .
Menurut Saydah mereka nelayan memberi arahan supaya kami yang di dalam bot berpindah ke bot mereka... dengan rasa gembira arwah mak dan saya serta adik beradik ke bot nelayan tersebut bersama yang lain lain lagi..
'Mereka beri kami minuman... air paip + ice kisar yg digunakan untuk ikan... kami minum sepuas puasnya..."
Tetapi ada syaratnya ...
'mereka mula ambil barangan berharga yg kami pakai, satu persatu dicabutnya... selepas semuanya selelsai... kami semua diminta blk semula ke bot kami, ditunjuk arah serta diberikan sedikit bekalan makanan...
Yelah dengan jumlah 300 orang, walaupun sedikit seorang emas di badan milik kami diambil, sudah pasti terkumpul banyak..
Yang paling menakutkan mereka diancam bunuh dengan memukul salah seorang penumpang dari bot mereka hingga berdarah/pecah kepalanya, sebagai memberi amaran bahawa itu akan dilakukan jika tidak menyerahkan barang barang kemas kepada mereka.
Selepas itu, kata Saydah hari pun malam kembali selepas bot mereka dibenarkan meneruskan perjalanan ke arah yang ditunjukkan.
"Masa tu keadaan sangat gelap, tetapi laut sangat tenang... langsung tak ada angin atau gelombang...kami terasa ada sedikit harapan..." cerita Saydah.
Keesokan paginya, hari kelima.. tiba tiba semua bersorak ... rupanya dah nampak daratan & pulau. Kapten bot mereka menuju ke pulau... sangkaannya itulah pulau Bidong tetapi bukan (mungkin Pulau Tenggol atau Kapas- tidak pasti) ... Lalu mereka terus menuju ke darat ... bot mendarat di sebuah.pantai iaitulah Pantai Kg Jambu Bongkok.
"Pada mulanya orang kampung nampak bot kami dan dilaporkan kepada pihak berkuasa... tak lama kemudian askar (beruniform) datang"
Alangkah pilu dan sedihnya kami tidak dibenarkan ke darat, diminta terus berada di dalam bot yang berasakan itu sejak lima hari dengan segala cabaran di lautan..."
" Lalu arwah mak saya menjerit... muslim! muslim!... salah seorang askar di pantai itu nampak kami berlima dan.mendegari jeritan ibu sayup sayup dari bot ... . Disuruhnya emak saya membaca Al-Fatihah untuk membuktikan kami benar benar muslim.."
"Lalu beliau yakin kami muslim maka kami diberi kebenaran ke darat... secara tidak langsung semua dapat naik ke darat, termasuk 295 lagi bukan Islam & menunggu bantuan kemanusiaan seterusnya..."
Tunggu sambungannya di bahagian ketiga (akhir)
Bahagian ketiga akan mengisah kehidupan Saydah dan keluarga di Terengganu dan jodoh Saydah dengan seorang lelaki Melayu Champa (keturunan ayah Saydah)..sabar menunggu ye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan