SEJARAH BANGSA MELAYU YANG HILANG
Riwayat sejarah di negeri Kelantan ada menyebut tentang kisah seorang puteri raja yang sangat masyhur namanya di bumi Semenanjung Tanah Melayu. Suatu ketika dahulu, puteri Melayu ini bukan sahaja telah mengangkat martabat bangsa Melayu di mata dunia, malah baginda juga turut berjaya membuktikan kemampuan kaum wanita ketika di medan perang mahupun dalam seni mempertahankan diri.
Demi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Semenanjung Tanah Melayu dari dijajah oleh pihak musuh, puteri Melayu ini telah bertindak memenggal kepala salah seorang raja Siam (Thai) yang zalim. Ini sekaligus menjadikan nama baginda begitu gah dalam sejarah bangsa Melayu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia hari ini TIDAK lagi mengenali puteri Melayu ini. Lebih memilukan, sejarah hidup dan pengorbanan besar puteri Melayu ini hampir dilupakan oleh bangsa Melayu itu sendiri. Ada yang mengatakan, terdapat pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu melenyapkan nama puteri Melayu ini dari catatan sejarah demi kepentingan mereka.
Syabas diucapkan kepada Nisriwani Yahaya, Syed Zulflida S.M. Noor dan Dato’ Dr. Adi Haji Taha. Ketiga-tiga tokoh dari Malaysia ini telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan menyusun kembali kisah-kisah riwayat dan sejarah hidup puteri Melayu kebanggaan bangsa kita ini.
Semoga hasil usaha mereka akan dapat mengharumkan kembali nama puteri Melayu ini sebelum ianya luput dari ingatan anak cucu bangsa Melayu di masa akan datang. Berikut adalah kisahnya...
PENGENALAN
Adruja Wijayamala Singa.
Adruja Wijayamala Singa (1335-1345 Masihi) berasal dari Grahi - sebuah negara kota dan negara persekutuan Melayu yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu. Baginda merupakan puteri kesayangan kepada Raja Sang Tawal atau Sultan Muhammad (1267-1335), Maharaja Grahi yang ketiga. Tahun kelahiran dan nama bonda puteri Melayu ini tidak diketahui. Adruja dilahirkan dan membesar di Kota Grahi, iaitu ibu kota kerajaan Grahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan