Saya dah banyak kali memberitahu bahawa:
1. Barangan itu tak bernilai RM1 bilion dan bukan begitu banyak seperti didakwa propaganda PH
2. Duit itu adalah dana PRU14 UMNO dan sebenarnya disimpan dalam peti besi PMO (yang dibina PM4/7) dan telah dipindah selepas PRU14 untuk disimpan secara sementara di sebuah kondo bukan milik saya.
(Adakah ianya logik bahawa parti UMNO tak ada dana tunai untuk melawan PRU14 di mana BN melawan di 222 kawasan parlimen dan 505 kawasan DUN ataupun purata RM150k setiap calon?)
Saya telah menunjukkan bukti bahawa kebanyakan barang adalah hadiah peribadi yang dikumpul oleh 6 orang ahli keluarga saya sejak puluhan tahun lalu dan ini juga ditulis dalam afidavit yang difailkan pihak polis semasa merampas barang-barang dari rumah saya.
Saya juga telah memberi bukti termasuk senarai nama bagi penyumbang dana (yang termasuk ramai orang VIP) kepada pihak berkuasa untuk menjelaskan dana RM114 juta itu.
Namun hampir 3 tahun sejak rumah saya digeledah dan barang-barang milik keluarga saya dirampas, kerajaan masih tidak ada bukti bahawa barang-barang serta dana tersebut adalah dari 1MDB ataupun sumber haram.
Semalam, selepas pihak kerajaan kalah banyak kes-kes lucut hak berkait saya selama 2 tahun, pendakwa raya tiba-tiba cuba failkan satu afidavit secara senyap dan tanpa izin mahkamah untuk mendakwa ada aliran duit yang mengalir kepada saya untuk membeli barang-barang tersebut ataupun ianya dari akaun rahsia UMNO.
(Perlu ingat bahawa ini adalah afidavit iaitu ianya sekadar SD hasil dari kepercayaan seseorang dan bukanlah bukti kukuh)
Namun, hakim menolak afidavit pendakwa raya sebab kita sebagai pihak defenden sudah lama memfailkan afidavit-afidavit kita dan ianya tidak logik bahawa selepas 3 tahun merampas barang-barang kita, barulah mereka pada minit terakhir cuba failkan afidavit "bukti" aliran tunai dari 1MDB ataupun dari akaun rahsia UMNO?
Selama tempoh 2 tahun dari zaman PH hingga zaman PN ini, kerajaan asyik kalah saman lucut hak dana kononya dana haram 1MDB bila responden membantah dan melawan dalam mahkamah.
Ini bermakna sehingga kini, wang yang dibayar saya tidak dapat dibuktikan adalah dari 1MDB atau dari sumber haram.
Saya dah kata banyak kali. Segala wang yang saya terima dari Raja Arab Saudi sudahpun digunakan untuk tujuan kebajikan. Yang RM2.6 bilion pula telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian.
Dalam kes SRC yang saya telah dijatuhkan hukuman 12 tahun juga bukan untuk kegunaan peribadi dan saya bukan dituduh rompak atau samun tapi hakim kata saya tiada hak untuk sedekahkan RM42 juta tersebut.
Malah, RM642 juta yang saya terima dari Raja Saudi dalam akaun bank atas nama saya di mana perbelanjaan adalah mengikut budi bicara penuh saya juga tidak digunakan untuk peribadi saya dan digunakan untuk pelbagai kerja CSR sama ada secara terus ataupun melalui program-program parti BN.
(Penyamun dan perompak mana yang terima duit RM642 juta tapi tak guna untuk peribadi tetapi digunakan sepenuhnya untuk rakyat?)
"9 Sep 2020: Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim"
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571
"Disember 2019: Kerajaan gagal lucut hak harta UMNO Kedah dan Habib Jewels "
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/638301/kerajaan-gagal-lucut-hak-harta-umno-kedah-dan-habib-jewels
Februari 2020: Kerajaan gagal lucut hak harta UMNO, MCA, Syarikat Binsabi Sdn Bhd dan Syarikat Perano Sdn Bhd
https://www.sinarharian.com.my/article/69139/BERITA/Mahkamah/Kerajaan-gagal-lucut-hak-harta-UMNO-MCA-dua-syarikat
9 Jun 2020: Mahkamah tolak lucut hak wang Jakel dan BN Johor Bahru
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/587695/mahkamah-tolak-lucut-hak-wang-jakel-dan-bn-johor-bahru
11 Jun 2020: Kerajaan kalah kepada Yayasan Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM)
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/699026/kerajaan-gagal-lucut-hak-rm100000-dari-akaun-yayasan-pbakm
"Ogos 2020: SPRM Gagal Lucut Hak Wang Dikait 1MDB Dari SUPP"
http://www.pnbbcportal.com/2020/08/19/sprm-gagal-lucut-hak-wang-dikait-1mdb-dari-supp/
"Sept 2020: SPRM gagal lucut hak RM700,000 milik UMNO Pekan"
https://www.kosmo.com.my/2020/09/17/sprm-gagal-lucut-hak-rm700000-milik-umno-pekan/
"Feb 2021: Permohonan lucut hak RM677,872.55 milik UMNO Johor ditolak"
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/permohonan-lucut-hak-rm67787255-milik-umno-johor-ditolak-284228
"1 Mac 2021: SPRM gagal lucut hak wang RM2.7 juta milik UMNO Selangor"
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-gagal-lucut-hak-wang-rm27-juta-milik-umno-selangor-285423
(Kes-kes lucuthak di mana kerajaan berjaya adalah melibatkan agensi kerajaan sendiri seperti Yayasan Penyelidikan Transformasi, Yayasan GENIUS (Permata), Yayasan Tun Hussein Onn dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ataupun responden-responden lain yang malas untuk lawan dalam mahkamah sebab rasa ianya lebih murah untuk kerajaan lucut hak sahaja berbanding kos guaman).
Nukilan,
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan PM-9 Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan