Rabu, 17 Mac 2021

Ramai yang mula tertanya-tanya bagaimana kerajaan masih mampu mengumumkan pakej bantuan RM20 bilion lagi setelah banyak mengeluarkan beberapa pakej bantuan bernilai RM300 bilion sebaik sahaja kerajaan PN ditubuh.


Sebenarnya, hasil kerajaan telah jatuh teruk pada tahun lepas ke RM225 bilion pada ketika negara lembab dan pelaburan asing ke Malaysia telah jatuh ke paras paling corot di ASEAN.

Ianya jauh di bawah jumlah hasil sebanyak RM265 bilion pada tahun 2019 masa rejim gagalkrasi PH di mana ekonomi sudah mula teruk.

Jadi, bantuan-bantuan yang diumumkan kerajaan PN tahun lepas dibiayai oleh rizab tunai kerajaan, rizab tunai Petronas, penjualan aset-aset negara serta pinjaman kerajaan yang amat tinggi.

Hutang langsung negara pada tahun lepas telah naik RM86.6 bilion ke RM879.6 bilion pada akhir tahun lepas berbanding RM686.6 bilion masa BN.

Jaminan hutang kerajaan pula naik sebanyak RM19.3 bilion pada tahun 2020 ke RM294.7 bilion.

Dividen Petronas kepada kerajaan pula dinaikkan lagi ke RM34 bilion pada tahun lepas (berbanding RM16 bilion pada tahun 2017) walaupun Petronas rugi tahun lepas.

Bagaimanapun, kenaikkan hutang dan pengambilan dana dari Petronas serta Khazanah Nasional untuk membantu Rakyat menghadapi pandemik Covid adalah TIDAK SALAH.

Tapi apa yang tidak betul dan menyalahi undang-undang ialah kerajaan PN telah melanggar had staturoti hutang langsung yang dinaikkan sendiri dan tersalah membuat unjuran fiskal.

Pada bulan Ogos tahun lepas, kerajaan PN telah meluluskan kenaikan had hutang negara kepada KDNK dari 55% ke 60% di parlimen.

"7 Ogos 2020: Had statutori hutang negara diusul dinaikkan ke 60 peratus"
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/had-statutori-hutang-negara-diusul-dinaikkan-ke-60-peratus-254214

Kerajaan PN mengakui bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK sudah naik ke 62.2% pada akhir tahun 2020. 

(48.7% pada akhir suku 1 2018 bawah BN)

Tapi pada masa yang sama kerajaan PN pula kata nisbah 62.2% tidak menyalahi had 60% yang ditetapkan sendiri.

Saya telah beberapa kali tulis tentang penipuan had limit hutang ini dan saran kepada kerajaan untuk kurangkan hutang negara supaya di bawah had 60% diluluskan parlimen atau mengusulkan kenaikan had hutang sekali lagi ke 65% agar kerajaan tidak menyalahi peraturan serta undang-undang sendiri dan tidak menghina parlimen.

"21 Feb 2021: Nisbah hutang negara melebihi had statutori 60%, kerajaan jangan langgar undang-undang sendiri – Najib Razak"
https://mykmu.net/2021/02/21/nisbah-hutang-negara-melebihi-had-statutori-60-kerajaan-jangan-langgar-undang-undang-sendiri-najib-razak/

Minggu lepas pula, laporan The Edge juga tertanya-tanya kenapa kerajaan sendiri mengaku nisbah hutang negara sudah 62.2% tetapi kerajaan juga yang kata had 60% belum lagi dicecah.

"Yet, the Ministry of Finance (MoF) says the 60% statutory debt limit has not been breached, although it acknowledges that [direct] federal government debt stood at RM879.6 billion or 62.2% of GDP at end-2020."

"2 Mac 2021: Why statutory debt limit of 60% has not been breached"
https://www.theedgemarkets.com/article/why-statutory-debt-limit-60-has-not-been-breached

Kerajaan boleh tipu Rakyat dan tipu sendiri tapi kerajaan tidak akan mampu tipu pelabur asing dan ahli-ahli ekonomi yang akan membuat keputusan untuk melabur dalam Malaysia atau menurungkan penarafan negara.

Situasi ini bertambah serius pada ketika ini sebab kadar pinjaman kerajaan setakat tahun 2021 ini adalah sangat laju walaupun had statutori hutang negara sudah jelas dilepasi pada akhir tahun lepas.

Ini adalah pinjaman baru kerajaan PN bagi tahun 2021 setakat ini.

Januari 2021 (Pinjam RM19 bilion)
7 Jan 2021: Pinjam RM3.5 bilion https://bit.ly/2ZfKxRD
12 Jan 2021: Pinjam RM3 bilion https://bit.ly/2LQUO3p
15 Jan 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/3rWxX5X
19 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/37ge55I
22 Jan 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3dg9iW0
26 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3poeA3W

Februari 2021 (pinjam RM13 bilion)
4 Feb 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/2N6XoTD
9 Feb 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3barZrd
19 Feb 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3amcr4P
24 Feb 2021: Pinjam RM3.5 bilion https://bit.ly/2PRWfjL

Mac 2021 setakat ini (pinjam RM12 bilion)
5 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3cmoSgA
10 Mac 2021: Pinjam RM1.5 bilion https://bit.ly/3rIj8El
15 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/30DOT5w
17 Mac 2021: Pinjam RM2.5 bilion https://bit.ly/3vxd5Vu

Sudah tentu nisbah hutang 62.2% pada akhir tahun lepas telah naik lebih tinggi lagi bagi suku pertama tahun ini pada ketika ekonomi terus merosot setelah kita melaksanakan darurat.

Mengambil aset serta rizab ditinggalkan kerajaan BN dahulu serta meminjam dengan kadar amat besar untuk berkali-kali mengumumkan bantuan rakyat dan mengaku prihatin adalah perkara yang amat mudah sekali untuk dilakukan.

Mat Sabu sebagai PM dan Mahfuz sebagai Menteri Kewangan pun mampu buat.

Tapi ianya perlu dilaksanakan secara jujur dengan tidak menyalahi undang-undang sendiri, tidak sering membuat unjuran ekonomi yang jauh lari dari realiti dan juga perlu ada pelan untuk membayar balik hutang supaya ianya mampu dipulihkan ke bawah had yang ditetapkan kerajaan sendiri dan negara tidak akan lagi diturunkan penarafan seperti yang berlaku pada tahun lepas di mana kita turun menjadi negara gred "B" buat kali pertamanya sejak 20 tahun dahulu.

4 Dis 2020: Fitch Ratings turunkan penarafan Malaysia kepada 'BBB+'
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/12/761669/fitch-ratings-turunkan-penarafan-malaysia-kepada-bbb

Coretan,
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan