Pagi tadi Lanbayu minum pagi di sebuah kedai lama, di Seberang Takir hujung dekat pengkalan bot penambang. Bangunan kayu beratap bata lama...
2. Sebenarnya di kawasan ini tempat bersejarah penuh kenangan bagi kami orang Mengabang Telipot sekitar 1970an dan 1980an, kerana kami selalu naik bas (dikenali bas Company) dan pemandu yang paling sinonim ialah bernama Tokor (Cina Mengabang Telipot)
Dari sini selepas turun dari bas kami akan menaiki bot penambang pula untuk ke pusat bandar Kuala Terengganu, khususnya Pengkalan penambang Pasar Kedai Payang di sebelah seberang sana.
Kalau bot penambang penuh (ramai orang) kami rehat dulu di bawah pokok bidara. Pokok bidara tu masih ada..selalu kambing berkeliaran makan daun bidara itu..tapi jangan alpa, barang barang kita pun dia makan jugak, hatta kertas sekalipun (itu cerita benar bukan rekaan).
3. Keseronokan naik bas henti henti merah kuning itu tetap.menjadi kenangan ramai dari kalangan generasi seangkatan kami. Nak turun awal awal dah 'standby' nak tekan loceng supaya pemandu, khususnya Tokor berhenti pada tepat yang kita mahu..silap silap acap kali tekan loceng, Tokor marah, dia akan tekan brek hingga kita boleh terhoyong hayang dalam bas...sekadar kenangan kisah lucu...Tokor pun dah jadi mendiang.
Pergi ke bandar kadang kadang beli buku kedai Abdullah Al Yunani..lepak lepak stesen bas..ada juga yang tengok wayang gambar atau menonton bola.di stadium...atau berpeleser di Kuala Terengganu Supermarket ..ada satu je peringkat awal..selepas itu adalah tambah Bumi Supermarket..ada yang minat jurujual comel.molek,.bercinta dan.akhirnya ke jinjang pelamin pun daa...kini dah bercucu daaa
Yang berduit beli kedai Bian..
makan rojak ceranang atau kerpok rebus kedai Mek Awang dsb..atau ke Taman Selera Tanjung , Restoran Norhayati (rojak ayam.sedap)...lepas.tu ada Restoran bamboo room bawa teman (kekasih)...Zainuddin Tomyam..itu satu satu kedai Tonyam zaman dulu..atau mee sup orang Kemboja..sekarang wanita kemboja tu masih ada jual di pasar Payang baru.
Biasa memakan masa sejam juga bas dari Mg Telipot ke Pengakalan Bot Penambang S Takir. Kereta teksi pun banyak tapi kita mampu naik bas aja..sesekali naik kereta sapu kalau tertinggal bas.
Bayangkan emak Lanbayu kata zaman dia remaja dulu (tahun 40an/50an) hanya berjalan kaki melalui pantai dari Mg Telipot ke Seberang Takir kalau hendak ke bandar K.Terengganu. Selepas ini naik perahu , Seberang sungai ke pasar Kedai Payang..belum ada bot berinjin lagi..
Selepas akhir
1960an barulah ada bot penambang (berinjin)..injin Yammar... macam bot nelayan..bunyinya bagai menghiburkan penumpang...
4. Bot penambang dulu dulu banyak hampir 100 buah sebab ramai penumpang..bot berhimpit-himpit/bersesakan. Pernah kawan sekolah Lanbayu masa sekolah rendah awal 1970an..arwah Mansor Awang (Kg Banggol Mg Telipot) tersepit jari kerana letak tangan di luar bot penambang apabila bergesel dengan bot lain;. kadang kadang sudah bergerak ke depan undur balik..ambil penumpang...dulu dululah..
5. Ada juga alternatif lain untuk ke bandar melalui jalan atas (Manir) tapi tambangnya lebih mahal, tak silap 60 sen sehala..kalau ikut Seberang Takir hanya 20 sen sehala, naik bot penambang 10 atau 20 sen sahaja.
Jambatan Manir siap dibina tahun 1965 merentasi Sungai Terengganu, Manir- Pulau Rusa. Sebelumnya orang sebelah Manir dan sekitarnya naik bot penambang juga ke pusat bandar Kuala Terengganu.
Sebelum 1965 bagi orang sebelah Utara Kuala Terengganu..jalanraya hanya sampai ke Bukit Datu..di Bukit Datu ada bot penambang dan feri ke.Losong. Jadi kenderaan dari Besut dan Kelantan hendak ke selatan terpaksa melalui feri Bukit Datu - Losong. Lanbayu tak sempat merasainya, tetapi sedikit sebanyak tahu akan sejarahnya.
Katanya, Pengkalan Losong Feri (Selatan) dan Pengkalan Bukit Datu (Utara) amat meriah zaman dulu.
(Jom singgah di Lanbayu Seafood, Stemboat & Westernfood ...murah murah aja..wsap Lanbayu 013 581 1561)
6. Dulu tidak ramai yang mampu memiliki kereta, motosikal juga dikira mewah dah. Kebanyakan naik basikal. Pernah ada pelajar zaman dahulu yang bersekolah di bandar menaiki basikal dari Mengabang Telipot. Sama ada melalui Manir, Seberang Takir atau Bukit Datu.
Tetapi ramai juga yang berjaya dalam hidup dan kerjaya.
7. Era 1990 bermulalah perhubungan baru Utara - Selatan Kuala Terengganu, bila siap dan wujudnya jambatan Sultan Mahmud atau Jambatan Pulau Duyong.
Dari Utara (seperti Batu Rakit, Maras dsb) untuk ke bandar sudah tidak terasa jauh lagi..segalanya amat mudah.
8. Kini jambatan Telok Pasu- Pulau Sekati Sekati terus ke Losong dan Paloh, Jambatan Angkat (drawbridge) S Takir terus hubungkan pusat bandar.. seperti sudah tiada pemisah lagi...dalam masa hanya beberapa minit dengan kereta atau motosikal sendiri sampai ke bandar. Kampung kita sudah menjadi sebahagian dari bandar kini.
9. Biarpun bot penambang sudah kian hilang penumpang...namun kenangan tetap hidup.
10. Bersyukur kepada Allah atas segala kesenangan dan kemudahan..dan hargailah!
12. Nyatakanlah, ceritakanlah kenangan anda, ayah emak atau abang/kakak kalian tentang kisah yang Lanbayu coretkan kali ini.
Atau jom jumpa dan.kenali Lanbayu cerita.ceritakan..di Lanbayu 1 di pulau Duyong..steamboat RM35 untuk 3- 4 orang makan...bbq atas meja..aneka celup tepung , ikan bakar dsb.
atau: di Lanbayu 2 Jalan Tok Jembal Golf..Cafee Hadami Resthouse..nikmati ciken cop Rm5...masakan ala hotel..harga taraf warong..chef Puteri AnisGanu Ruslan..lulusan kulinari Kolej SM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan