Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian..
"Kesenangan sekarang bukan mudah atau diperolehi serta merta, saya lalui dari sejarah hidup yang susah dahulu," kata Ali bin Jusoh, 63 tahun,.seorang saudagar ikan dan pelbagai sumber laut yang berasal dari Kampung Pengkalan Mara's, Mengabang Telipot. Hampir 20 tahun jalankan perniagaan ikan....
2. Dikenali 'Ali Pengat' di kalangan rakan rakan taulan, sungguh tidak sangka anak kampung yang bergelumang dengan kemiskinan keluarga masa lalu, yang belajar setakat darjah enam, tetapi kini boleh dikatakan 'jutawan ikan'.
3. Kenapa orang 'gelor pengat? "Dok taulah Lan weh, budak budaklah tu panggil gitu...jelas Ali selamba.
4.Memiliki 10 buah bot serta 'awok-awok' dan lebih 60 nelayan pantai di bawah naungannya sebagai saudagar ikan atau Terengganu disebut 'daganan'.
5. Nelayan pantai itu adalah dari Seberang Takir sampailah ke Batu Rakit.
"Maknanya dalam tempoh sehari dari pagi sampai petang pembelian dan penjualan ikan terus berjalan" katanya yang memiliki beberapa buah lori angkut dan dibantu oleh anak anak dan beberapa pembantu.
6. Itulah hebatnya, 'Ali Pengat' kawan sepermainan Lanbayu 'mandi mengabang' di Pengkalan Maras zaman kanak kanak dulu. Ramai sebenarnya rakan di Pengkalan Mara's/Mg Telipot/Batu Rakit, kenal Ali, bahkan di mana mana.
7. Kini pendapatan dari jualan ikan, jualan sayuran serta hasil bot dan lain lain antara RM1 ribu sehari, bahkan kadang menjagkau RM2 ribu atau RM3 ribu sehari dengan jumlah jualan melebihi RM17 ribu sehari, terutama di bulan Ramadhan.
8. Beliau di zaman kanak kanak lagi sudah kelaut. "Aku umur 15 - 16 tahun kelaut doh Lan weh" beritahu Ali.
"Aku kelaut merata rata Lan, di Kuantan, Kuala Pahang, Rompin, Mersing, Endau bahkan Langkawi dan Tanjung Dawai Kedah".
9. Bila dah berusia sikit, Ali balik menjadi nelayan pantai (mengail) di Telipot.
'Kan aku kelaut ngail dua orang dengan tokki mu dulu akhir 1980an ' kata Ali menjelaskan kepada Lanbayu.
Maksud? "satu bot berdua dengan dialah..banyak dapat sehinggalah tokki mu terjatuh dalam bot lalu berhenti kelaut' jelas Ali . Tokki lanbayu dimaksud itu ialah arwah Pokngoh Man Pokyok (Ab.Rahman Ishak) Pantai Kolam Mg Telipot.
10. Ali berkata, rasa jemu sebagai nelayan berpuluh tahun dari tahun 1973/74 lagi, membuatkan dia buat keputusan berniaga.
11. Dulupun pernah kerja kontrak (buruh binaan) gaji RM6 dan RM9 sehari...akhir 1970an dan awal 1980 ..sempatlah kerja kontrak buruh binaan masa pembinaan MRSM dan Maktab Perguruan di Wakaf Tengah tu, " Ali mengingatkan zaman zaman susah dulu.
12. Masa itu orang panggilnya sebagai John, masa di Mersing orang sana panggilnya Ayoh Mat.
13. Tapi yang pastinya Ali ini seorang yang rajin bekerja, baik- dok suka cara hal orang," akui bekas kawannya dulu bernama Wan Junaidi, bekas pesara polis yang kini menetap di Negeri Sembilan.
14. Apa petua untuk berjaya tanya Lanbayu kepada Ali. Katanya: biarlah jual murah sikit..murah seringgit atau dua ringgit tapi, habis lalu dibeli sebab orang kita ini murah seringgit dua sekilo mereka ambilkira.
Apalah erti harapkan lebug untung dengan harga lebih tetapi jualan merosot.
15.Keduanya beliau berusaha membayar tunai sedaya mungkin kepada 'orang orang kelaut' kerana pengalaman sebagai nelayan dulu mengajar betapa beertinya wang dibayar segera apabila diserahkan ikan kepada 'tauke'.
"Kita perlulah sabar dan tabah dalam perniagaan.. dulu pernah isteri terpaksa buat keropok, ikan kering dari ikan yang tidak habis dijual, " katanya yang berkongsi hidup dengan isteri, Puan Lijah bt Mahad.
Bahkan suatu ketika terpaksa berulang ke Besut semata mata untuk dapatkan harga yang lebih murah, tetapi sekarang tidak lagi.
16.Demikianlah Ali yang hanya berpakaian 'simple' tetapi seorang tauke ikan yang disegani masa kini, khususnya di Kuala Nerus walaupun sudah kaya raya, Ali masih lagi turun ke bawah bekerja bersama isteri, anak anak dan pembantunya. Itulah sifat dan sikapnya yang sentiasa meredah diri, walaupun Lanbayu difahamkan Ali kini sedang menyiapkan dua kedai/pasar ikan miliknya di tanah miliknya di Jalan Pengkalan Mara's (depan kedai Jantan) dan satu lagi di Jalan Pantai Mengabang Telong- Batu Rakit.
Apa yang dicoretkan ini moga moga menjadi panduan kepada kita semua.
17. Salam hormat dari Lanbayu Seafood pulau Duyong dan Lanbayu AnksGanu WesternFood Jalan Gong Badak- Tok Jembal Golf sebelah Hadami Resthouse (chickencop RM5...Sup RM5)...pegang kepada falsafah Ali Pengat, murah tapi ramai pelanggan & banyak jualan.
013 581 1561 (wsap)
Jumpa malam ini ya...sembang sembang beri cadangan apa lagi kisah untuk Lanbayu coretkan!! Sambil jamu selera di Lanbayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan