Sabtu, 13 Mac 2021

MENGENALI SEORANG DATIN DI PENGKALAN MARAS,Mengabang Telipot

Coretan: Lanbayu @ Langtelipot 
Telah sekian lama mendengar tentangnya. Tentang seorang yang bergelar Datin di kampung kecintaanku Pengkalan Maras, Mengabang Telipot.

2. Seorang Datin yang selalu memberi bantuan kepada orang kampung sekitar rumahnya..selalu mengajak emak emak dan nenek datang ke rumahnya bersama mengaji Al Quran dan sebagainya yang menjadikan seorang yang bergelar Datin berbangsa Cina beragama Islam itu terlalu dekat di hati penduduk sekitar jalan Pantai Pengkalan Maras, kampung Lanbayu dibesarkan! Namanya sentiasa meniti dari bibir ke bibir, khususnya di kampung itu.
3. Sehinggalah apabila Lanbayu terbaca sebuah artikel dalam beberapa media tentang satu keluarga berbangsa Cina beragama Islam meraikan Tahun Baru Cina baru baru ini melalui online.   Bersama ahli keluarga yakni adik beradiknya dan sanak saudara yang berada di beberapa tempat termasuk di luar negara yang tidak dapat bersama kerana keadaan yang tidak mengizinkan, tetapi tetap bersama di alam.maya,.menggunakan kecangguhan teknologi ICT masakini. Suasana itu dirakamkan di rumah Datin itu di Pengkalan Maras, tidak jauh dari rumah bonda Lanbayu.

4. Lantas timbul keinginan untuk mengenali siapakah gerangan Datin yang telah 23 tahun menetap di Pengkalan Maras Mengabang Telipot.ini. Rupanya seorang insan yang hebat dan sungguh sungguh besar peranan dan sumbangan kepada Islam, tanahair. .dari bilik rumah turun hingga ke ceruk pelusuk membantu yang susah, berdakwah bukan setakat memberi penerangan dan menyampaikan, malah telah banyak diIslamkan golongan yang mula mencintai Islam atas penerangan dan dakwahnya.

5. Datin Norhana binti Abdullah Ng, 63 tahun yang berasal dari.Kajang Selangor, memeluk Islam sejak 1984 lagi iaitu 37 tahun nan lalu.
Malah mempunyai sarjana Pengajian Islam.selain pelbagai kelulusan lain. (lihat biodatanya)
6. Berkesempatan menemuinya di Pejabat Persatuan Cina Muslim di Bukit Besar, Lanbayu berkesempatan secara di hadapan mata sendiri Datin Cahaya Pernaisuri (Norhana) itu membimbing saudara baru seorang India untuk bersahadah. Selepas itu di bawa kepada Pejabat Agama untuk pengIslaman secara rasmi. 

8.Demikianlah Datin Norhana yang mendiami sebuah rumah indah di kampungku Pengkalan Maras. Letaknya  berhampiran kedai barangan basah, ikan sayur Wei Pektam Mamat (Ismail Mohd). 

10. Cukuplah di sini dulu untuk coretan awal tentang perjuangan dan tokoh terpelajar , dakwah, kebajikan dan aktivisis sosial yang banyak kita perlu pelajari dari semangat, komitmen, kegighan dan kesabarannya. Tahniah buat Datin Norhana kini telah menjadi sebahagian dari Mengabang Telipot (Pengkalan Maras)
LANBAYU (Lanbayu Seafood Pulau Duyong ..wsap 013 581 1561)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan