Tok Awang Kelana adalah seorang pendekar dari Perak yang berasal dari Aceh, tercatat namanya di dalam sejarah Negeri Pahang sebagai seorang pengkhianat bangsa yg meniagakan kehandalannya demi upah kekayaan.
Diceritakan, Tok Awang Kelana adalah seorg pendekar upahan yang gagah. Beliau yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam ilmu perang itu dipanggil dan dibayar oleh Inggeris untuk membunuh seorang lagenda pahlawan Pahang, juga mantan pembesar negeri yang dianggap penderhaka, iaitu Tok Gajah.
Idea mengupah pendekar handal dikalangan orang Melayu sendiri untuk menangkap Tok Gajah itu memecahkan kebuntuan yang dialami oleh Hugh Clifford. Beliau menganggap tindakannya yang mengupah pendekar melayu itu pasti berjaya menangkap atau membunuh Tok Gajah serta pengikutnya kerana hanya orang-orang Melayu itu sendirilah yang tahu selok-belok ilmu perang Melayu.
Akan tetapi jangkaan Hugh Clifford meleset, apa yang berlaku tidak seperti yang dibayangkannya. Tok Awang Kelana dikatakan mati terlebih dahulu sebelum beliau bertentang mata dengan Tok Gajah.
Mengikut catatan Talib Ahmad di dalam “Sejarah Dato' Bahaman”, Tok Awang Kelana mati kerana dibunuh oleh pengikut-pengikut Tok Gajah.
Rujukan: Sejarah Datuk Bahaman, Talib Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan