Khamis, 11 Mac 2021

MG TELIPOT & NOSTALGIA PUKAT TaNGkUL


KELAUT TANGKUL  atau pukat tangkul cukup terkenal di Mengabang Telipot di suatu masa dahulu.

2. Wujud beberapa buah tangkul..bahkan di zaman 1940an- 50an disumberkan terdapat lebih kurang 50 buah tangkul di sekitar pantai Mg Telipot.

3. Antara tangkul yang popular yang dapat diketahui sekitar awal 1970an ialah Tangkul Poklib, Tangkul Ngah, Tangkul Awang Koder, Tangkul Awang Pok Cer, Tok Katek Loh dan lain lain. Kalau zaman dulu lagi 1950an/60 an, tangkul Pok Minah, Pok Yeb (Tanjung Gelam) Tangkul Pokyok (Kolam) dan banyak lagi. Perlukan kajian lebih mendalam untuk lebih tepat dan terperinci.

4. Setiap tangkul memerlukan penglibatan kerja gotong royong antara 25 - 30 nelayan...bermakna kalau 50 buah tangkul (zaman dulu dulu) pastinya melibatkan hampir 1, 500 nelayan, mungkin 50 peratus penduduk Mengabang Telipot waktu negara belum merdeka itu.

5. Tangkul ini boleh disertai dengan mudah sebagai 'awok awok' kerana memerlukan diri sahaja, bukan modal..modal biasanya adalah tuanpunya tangkul berkenaan. Kalau hendak kelaut kolek sekalipun perlukan modal perahu kolek dan.peralatannya.

6. Sebab itulah barangkali ramai yang bermula sebagai nelayan melalui kelaut tangkul. Ia umpama kerja gotong royong nelayan membabitkan 4 perahu dan 1-3 buah bot berinjin, beritahu Hassan seorang yang pernah terbabit sebagai crew pukat tangkul seawal usia 15 tahun 1973.
    Hassan bagaimanapun kini pesara (Jabatan Kesihatan Pahang) dan menetap.di Temerloh Pahang .
 7. Pukat tangkul adalah sejenis pukat empat segi, sebab itu asasnya sekurang kurang 4 perahu yang diperlukan ( zaman dulu sebelum merdeka atau awal merdeka belum ada bot berinjin)

 8.Oreantasi menangkap ikan biasanya berdasarkan unjang (rumah/sarang ikan) yang dibuat dari daun kelapa dan pelbagai bahan pokok & daun daun yang dibuang ke laut sebagai.membina rumah ikan.

 9. Dari situlah mereka dapat mengesan 'sarang atau kawasan banyak ikan', juruselamlah yang memainkan peranan penting mengesan ikan dan mengurus unjam di dasar laut sana.

 10. Semasa memukat di kawasan unjam, juruselam akan turun ke dalam laut menjatuhkan unjam besar ke dasar laut dan membawa unjam kecil ke dalam lingkungan pukat kerana ikan ikan yang banyak itu akan mengikut ujjam kecil itu pula. Akhirnya ikan ikan terperangkap dalam pukat yang bersegi empat itu, jelas Hassan.

 11.. Memang hebatlah juruselam tangkul itu, mampu menyelam begitu lama (menahan nafas) dengan memakai 'spek khas' yang diperbuat dari bingkai kayu. Dialah yang akan menentukan operasi memukat dijalankan atau tidak berdasarkan jenis dan jumlah ikan yang dikesan.

 12.. Juruselam biasanya duduk dalam perahu yang dinamakan sampan. Selain itu terdapat juga perahu pukat  yang memerlukan tenaga yang lebih ramai dalam perahu tersebut dan di dalam bot berinjin hanya beberapa orang sahaja, bot berinjin juga berperanan menunda perahu supaya lebih cepat pergerakan (zaman dulu zaman sebelum negara merdeka menggunakan pendayung sahaja). Bot ini kadang kadang diarah bawa balik ikan segar/berkualiti untuk dijual segera dan meninggalkan lokasi pemukatan lebih awal.

 13.. Suasana riuh rendah bila opeerasi memukat berjalan...'tarik tarik...., cepat cepat... begitulah suasananya..kadang kadang ada yang menggunakan galah untuk menjuruskan ikan ke dalam kawasan pukat dan tidak keluar.
  Begitulah Lanbayu digambarkan suasana semasa memukat tangkul.

 14.  Boleh dikatakan setiap hari mereka turun kelaut kecuali hari Jumaat (cuti dan rehat). Biasanya turun ke laut sebelum waktu Subuh, kadang kadang jam 3 pagi...berdasarkan arahan juragan & juruselam. Juragan ni ibarat kapten, bahkan dalam setiap perahu/bot juga ada ketuanya (juga disebut juragan).

 15.. Juragan atau 'ship master' adalah orang yang dihormati, begitu juga juruselam. Kadang kadang sebut nama mereka berterusan walaupun sudah bersara. Misalnya bapa saudara Lanbayu 'Poklib Juselam' (Talib bin Jusoh)  adalah juruselam semasa tahun 1950/60 an lagi, bagi tangkul Pokyok (moyang Lanbayu sebelah emak). Ishak dan Jusoh adalah adik beradik, bermakna Pok Lib adalah juruselam kepada tangkul bapa saudaranya (Pokyok).

 16. Selepas tangkul Pokyok dah tiada, Pok Lib menjadi Juruselam tangkul Tok Khatib Loh dan selepas itu Poklib mempunyai tangkul sendiri iaitu tangkul PokLib yang menjadi begitu popular sekitar 1970an di pantai Mengabang Telipot. Poklib adalah abang kepada ayah Lanbayu, arwah Pok Man.

17. Tetapi ayah Lanbayu tidak kelaut kerana mabuk dan memilih menjadi penjaja/peniaga kecil di kampung.

 18. Arwah Pok Lib Juruselam adalah tokki kepada YB Ustaz Hishamuddin Ab Karim kerana emak YB bernama Ramlah adalah salah seorang dari anak Poklib.

 19. Menurut Hassan, pendapatan nelayan tangkul tidaklah banyak, harian puratanya RM1 atau RM2 sehari di samping ikan perolehi yang diberikan sebagai 'makan lauk' tetapi boleh jika mereka (awok awok) hendak jual bahagiannya.

20. Seminggu sekali ada pembahagian wang diberikan oleh kerani, seingat Hassan bagi tangkul Poklib, arwah adik Poklib bernama Pok Ud (Daud).yang menjadi kerani/pengira dan pengagih wang pendapatan, ikut bahagian masing masing. juruselam mungkin mahal sikit, yang ada saham dalam pembelian pukat, perahu dan bot juga ada bahagiannya. Untuk awok awok biasa dalam lingkungan RM10 - RM20 seminggu- berdasarkan jumlah tangkapan dan jualan minggu berkenaan setelah ditolak dengan perkara lain berkaitan operasi tangkul mereka.

21. Tetapi zaman itu pendapatan demikian mencukupi untuk menyara keluarga seadanya.Ini diakui oleh Pok Wei yang pernah kelaut dengan Tangkul Pok Lib dan juga Tangkul Pok Mat Kepek, "Selepas itu.Pok Wei buat perusahaan  ikan kering kecil kecilan dan .kemudian itu lagi jadi peraih ikan" ujarnya.

22. Tokki Lanbayu sebelah ayah bernama Jusoh pernah menjadi awok tangkul abangnya Pokyok dan dilantik sebagai kerani manakala anaknya Poklib sebagai juruselam- sumber : Mamat Poklib (Mamat bin Talib) sepupu  Lanbayu

23. Tetapi tidak lama Tokki Jusoh berhenti kerana menumpu kepada pengajian agama di Paloh dan banyak tumpu kepada hal ehwal ibadat di rumah terutama bila berhenti dari menjadi nelayan.

 24. Pembahagian pendapatan seminggu sekali biasanya di kedai kopi (kedai Cina Cik Muda) tetapi kadang kadang di rumah arwah PokLib sendiri. Lanbayu pernah zaman kanak kanak dapat 10 sen atau 20 sen jika hadir buat sibuk sama..hihi.
 25.. Biasa sebelum turun ke laut, menurut Cikgu Ariffin Embong (bekas Pengarah Pendidikan Terengganu) yang rapat dengan 'orang kelaut' awok awok tunggu di 'wakaf' tepi pantai (standby). Masa itulah akan menerima arahan dari Juragan atau Juruselam sama ada turun ke laut atau tidak, wakaf itulah sebagai pusat komunikasi bagi nelayan tangkul zaman itu.
 26. Menurut Cikgu Ariffin yang pernah membuat kajian semasa menunut di UM, juragan mempunyai kuasa penuh untuk menentukan sama ada turun ke laut atau tidak, ke arah mana hendak memukat dan ikan apa yang dijangka bakal diperolehi.

27. Biasanya arus air, cuaca dan burung burung camar di laut dijadikan panduan. Juruselam juga akan membantu kerana juruselam mahir mengesan suara ikan, dari suara ikan waktu dia menyelam diketahui jenis dan jumlah ikan...demikian hebatnya juruselam walaupun tanpa alatan moden

 28. Demikianlah kenangan Mengabang Telipot dan tradisi kelaut Tangkul...ramai anak cucu cicit cuit yang ada masa kini adalah datangnya dari tok nenek mereka yang terbabit sebagai nelayan tangkul. Kini ada keturunan mereka (nelayan tangkul) Mg Telipot yang sudah berkerjaya, hidup senang dan berpendapatan tinggi. Namun nostalgia tangkul ini harap harap dalam makluman mereka melalui sedikit sumbangan penulisan Lanbayu ini. 
  Dan masih ramai yang ada yang pernah kelaut tangkul ..walaupun tangkul sudah tiada...
  Lanbayu cadangkan adakan pertemuan dengan mereka ini tanda hargai peranan dan.jasa mereka,.sementara mereka masih ada!.
    Yang kurang dalam coretan ini bolehlah ditokok tambah ye.  Wallahualam.

 Jumpa Lanbayu di Pulau Duyong..Lanbayu Seafood .bakar bakar ikang dan sembang sembang ..WhatsApp 013 581 1561

Tiada ulasan:

Catat Ulasan