Rupanya suatu masa dulu sekitar awal 1970, Mengabang Telipot khususnya di Kg Kolam cukup terkenal dengan pementasan drama 'Pahlawan Sharif'.
2.Persembahan drama pentas atau sekarang dikenali teater itu diusahakan oleh kumpulan belia yang aktif di kala itu, AMS (Angkatan Muda Sepakat).
3 Sempat menemui salah seorang pelakon utamanya,.Mamat Talib @ Mat Pok Lib kebetulan sepupu Lanbayu. Dia melakonkan watak ketua kumpulan di pihak yang menentang pahlawan Sharif sebagai wakil seorang Raja yang ditugaskan mengambil anak perempuan pahlawan Sharif untuk diperisterikan raja berkenaan. Rosnani Salleh yang masih remaja cantik waktu itu melakonkan watak anak Pahlawan Sharif.
4 Maka berlakulah pertempuran Pahlawan Sharif lakonan Ab Aziz Awang (Aziz Awang Tokey). Difahamkan drama itu diarahkan oleh seorang anggota yang dikenali orang kampung polis hutan bernama, Yazid yang juga menulis skripnya.
5. Keris yang digunakan dalam drama pentas itu adalah keris betul yang dipinjamkan dari keluarga arwah Pok Awang yang tinggal di Kg Kolam, Mg Telipot.
6. Pahlawan di pihak Raja dilakonkan oleh Mat Poklib (sekarang usianya awal 70an) waktu memegang watak itu dulu awal 20an. Maka berlakulah pertempuran, di kedua belah pihak dalam drama tragis itu.
7. Difahamkan Pahlawan Sharif ini juga dari keluarga diraja juga sebenar asalnya tetapi merajuk dan berkelana, namun dapat dikesan. Justeru itulah anak perempuannya mahu diperisterikan oleh raja yang mengutuskan supaya mengambil puterinya itu untuk dieratkan kembali. Namun Pahlawan Sharif lakonan Aziz menikam mati wakil raja yang dilakonkan Mat Poklib itu.
8. Semasa ditikam darah berciciran..rupanya ada plastik yang diisi cat merah diletakkan di perut pelakon (Mat Pok Lib).
Maka gamatlah suasana, hingga Ada yang menyangka ia darah sungguh atau Mat Poklib ditikam sungguh. Dua orang penonton bernama arwah Daik antaranya berkejar ke belakang pentas untuk membantu kerana disangka Mat Poklib benar terhunus keris hingga berdarah.
9. Sebabnya dalam pementasan yang lalu pernah berlaku seorang pelakon tambahan (arwah Alias Ishak) terkena keris dan berdarah. Jadi mungkin kerana itulah disangka peristiwa itu berulang kembali.
10. Menurut Mat Poklib pementasan drama itu menjadi amat popular permintaannya hingga ke padang bola Batu 6. Bahkan ada permintaan untuk pentaskan di Kemaman, tetapi ditolak kerana terlalu jauh.
Ada rombongan dari luar negara (dari London kalau tidak silap) datang mengambil gambar lakonannya itu bagi tujuan dokumentari. Arwah And Wahab Abdullah (Wahab Pokloh Dayang) yang menguruskannya serta mengarahkan lakonan bagi tujuan dokumentari itu.
12. Demikian kelab AMS yang amat popular dengan pementasan drama dan lain lain kesenian di masa lalu, akhir 1960an hingga awal 1970.
13. Kelab Angatan Muda Sepakat AMS ,ada bangunannya sendiri di tepi sawah/pokok sagu Jalan Pantai Kolam.
14. Penggiat mereka ramai juga telah meninggal namun anak cucu cicit mereka pasti ada yang tahu dari cerita cerita mak ayah mereka.
15. Jasa yang paling besar AMS ini jugalah yang memulakan pembinaan tandas curah di Mg Telipot di awal 1970an..dulu katanya buang air besar di pantai atau dalam semak. Merekalah yang diamanahkan membina dan membekalkan tandas curah daripada simen itu dan berdinding kayu yang dibina di luar kawasan rumah penduduk.
16. Demikian adanya...semoga kejayaan AMS ini tetap dalam kenangan. Boleh tambah kenangan /coretan anda di ruangan komen.
Lanbayu Seafood, Pulau Duyong..013 581 1561 -whatsapp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan