Pagi ini Lanbayu bawakan coretan Pok Khalid penjual makanan pagi..di Mengabang Telipot
Lanbayu memulakan dengan suatu cabaran..Apakah orang orang muda tidak sanggup melakukannya sedangkan ia adalah usaha yang banyak memperolehi pendapatan lumayan..malu? Pendapatan beratus ratus ringgit sehari, tanpa modal tetapi perolehi keuntungan..
hendak malu apa Buangkan sifat itu kerana ia adalah kerja yang halal.
2.Demikian Pok Kholid atau Khalid bin Jaafar seorang penjual makanan pagi yang tersohor di Mengabang Telipot.
3. Tempat jualan utamanya ialah di depan Masjid Jamek Mengabang Telipot, tetapi beliau mempunyai motosikal roda tiga untuk bergerak ke mana mana jika perlu.
4. Seawal pagi (cerah cerah tanah, istilah orang kampung) sudah ada Khalid yang berusia 61 tahun di situ menunggu pelanggan dengan pelbagai jenis nasi, mee goreng berbagai kuih muih. Pelanggannya dari pelbagai lapisan, kakitangan kerajaan, nelayan, pelajar sekolah dan penduduk sekitar Mengabang Telipot yang luas itu.
5. Semuanya dalam bungkusan untuk dibawa pulang selepas membelinya, bukan untuk makan di situ.
Atau di makan di mana mana tempat atau menjadi bekalan ke tempat kerja, sekolah dan sebagainya.
6. Puluhan aneka makanan pagi itu bukannya dihasilkan oleh Khalid, tetapi dia sebagai penjual atau pengedar makanan beraneka itu sahaja..
Dan sebagaimana coretan Lanbayu yang lalu memanglah kawasan sekitar itu Kg Tengah, Tanjung Gelam, Kolam, Banggol dan sekitarnya adalah tempatan pembuatan berbagai makanan sejak turun- temurun lagi.
JOM makan makan bersama iringan bayu segar di malam damai di Lanbayu Seafood Pulau Duyong....pekena steambot (RM35 untuk 4 orang makan) beh bbq di hanya meja sendiri, ikan bakar, celup tepung dan tomyam poktek serta pelbagai masakan panas..wsap Lanbayu deh kalau nok mari & jumpa 013.581 1561)
7. Harga harga dari 50 sen, RM1 hinggalah kepada RM2, RM2.50 , RM3 mengikut jenis dan jumlah bungkusan itu. Pagi semalam (kelmarin pada sebutan orang Terengganu) Lanbayu beli nasi minyak gulai ayam, hanya RM2.50 sebungkus.
8. "Kita jual tidak mahal, orang akan ramai beli kalau harga lebih murah, kita ambil untung tidak banyak tetapi kita dapat jual dengan jumlah yang banyak" itu kata Khalid ketika ditanya berkaitan usahanya itu yang dijalankan hampir 30 tahun lalu (sejak tahun 1990an).
9. Dulu, dia bermula dengan ikan kering, bilis , produk laut dalam bentuk kering dan bahan bahan jualan seperti itu dijaja tetapi sekarang diteruskan lagi jualan itu selain jualan makanan, beritahu Khalid yang berasal dari Kg Kolam, Mengabang Telipot.
10. Menurutnya , jumlah jualan hariannya mencapai RM2,000, malah kadang kadang RM3, 000 hanya dalam masa beberapa jam sahaja.
11. Makanan itu juga diedar ke kedai kedai kopi sekitar, bermakna jualannya tidak mengenal perkataan 'tidak habis' semua habis dijual.
12. Pastilah dengan jumlah jualan itu dia mendapat bahagiannya tidak kurang antara RM200 hingga RM300 dalam masa beberapa jam.
13. Ditambah lagi jualan itu juga dibawa ke tempat tempat keramaian di sebelah tengahari..seperti di klinik dan lain lain, sebab itu pendapatannya semakin bertambah.
14. Khalid juga seorang pemurah, kadang kadang bila dah banyak dapat dijual dia beri makanan itu percuma kepada kenalan atau orang yang memerlukan.
15. Ditanya apakah kerjaya sebelum ini, beliau berkata sudah pasti 'kelaut' yakni nelayan "Saya merantau sampai Rompin , Mersing dulu untuk kelaut' beritahu Khalid jujur.
16.Lanbayu masih ingat arwah emak Khalid bernama Maimun seorang pembuat nasi lemak yang enak di hantar ke kedai kedai makanm
17. Mungkin itu juga menjadi inspirasi kepada.Khalid untuk menjual makanan sepertimana sekarang.
18. Semoga Khalid terus sihat sentiasa diberkati oleh Allah dalam menjalankan usaha halal dan menguntungkan itu.
19. Khalid kenalan lama Lanbayu kerana rumah emaknya dulu sebelah rumah emak saudara Lanbayu iaitu Mokcik Mek Pok Nik.
20. Dan emak ayahnya (Jaafar dan Maimun) lebih dikenali 'Maimun Jaafar' amat peramah dan suka membantu bila ada kenduri kendara.
Semoga roh arwah ibubapa Khalid dalam rahmat Allah jua.
( Jumpa.Lanbayu malam ini di Lanbayu 2 WesternFood..Jalan Gong Badak.- Tok Jembal Golf Cafe Resthouse Hadami ..Sepetir Rendang nama tempat itu. Bersama Chef anakanda Lanbayu, Puteri Nuranis Shabila lulusan Kulinari Kolej SM ...sekali makan pasti nak lagi...makanan taraf hotel,.tetapi harga warong
Atau jumpa di Lanbayu 1, Seafood di Pulau Duyong nan indah nyaman..wsap.sepatah ke Lanbayu 013 581 1561.)
Buka 5 petang - 12 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan